Irdina meletakkan jasad ibunya ke atas lantai setelah menyedari suara Aniq yang memanggilnya berkali-kali.
Kemudian Irdina bangun dan pergi ke arah Aniq. Dia berharap Aniq tidak akan meninggalkannya kerana dia sudah tidak mempunyai sesiapa lagi.
"Aniq.. Awak dah dengar semua kan? Awak akan tinggalkan saya ke?'' mendatar suara Irdina menduga.
"Er tak. Tolong Dina.. Bukak mata dengan ikatan tangan saya ni.." Aniq dalam ketakutan hanya menggeleng. Dia akan mengiyakan saja asalkan dia dilepaskan.
"Awak janji dengan saya ye? Kalau awak tengok muka saya yang tak cantik ni, awak jangan takut tau?'' pinta Irdina perlahan.
Aniq tidak mengangguk atau menggeleng. Dia hanya menanti Irdina membuka ikatan pada matanya.
Setelah ikatan pada mata di buka oleh Irdina, kerana terlalu lama ditutup membuatkan mata Aniq terpejam seketika. Dengan perlahan-lahan Aniq membuka mata. Dia sangat terkejut memandang muka Irdina yang dipenuhi bintik hitam dan merah. Muka gadis itu sangat hodoh, tidak seperti yang dilihatnya sebelum ini.
Irdina mula menekup muka dengan kedua tangannya. Dia sangat sedih melihat reaksi kekasihnya itu. Jelas Aniq kelihatan jijik memandangnya sekarang.
"Mesti awak jijik kan tengok muka saya..humm'' teresak-esak Irdina menangis.
Mata Aniq membulat saat terpandang tubuh Makcik Salma yang tidak bernyawa di atas lantai. Pisau terpacak tegak di atas perut wanita 50-an itu. Setelah mendengar tangisan Irdina, Aniq cuba untuk bertenang dan otaknya ligat mencari helah untuk melepaskan diri. Dia cuba memanggil.
"Err.. Dina.. Awak tolong lepaskan saya ni.." pinta Aniq perlahan.
Irdina terhenti menangis. Dia berpaling memandang Aniq. sekali lagi Aniq terperanjat melihat muka Irdina. Aniq cuba untuk berlagak tenang.
"Awak akan pergi tinggalkan saya?'' soal Irdina serius. Dia berharap Aniq memegang janjinya semalam.
"Awak lepaskan saya dulu? Please..!" Aniq cuba merayu.
Irdina mendengus kasar. Dia tidak berpuas hati kerana Aniq tidak menjawab soalannya.
"Awak tak jawab soalan saya! Entah-entah, betul kata ibu! Awak ni sama macam ayah! Lepas awak dah nampak muka saya yang sebenar, awak akan pergi tinggalkan saya! kan?!" soal Irdina kasar.
Tanpa sempat Aniq bersuara Irdina dengan pantas mencabut pisau dari perut Makcik Salma kemudian menghalanya ke arah Aniq. Aniq mula menggelabah melihatnya.
"Dina! Sabar Dina.. Kita boleh bincang.. Bukak ikatan saya dulu.." kata Aniq sambil menelan air liur saat terpandang darah merah yang masih melekat di mata pisau itu.
Irdina menggeleng laju. Dia tahu. Selepas ikatan itu di buka, Aniq akan pergi meninggalkannya.
"Tak! Awak tak jawab soalan saya! Awak tak nak jadi kekasih saya kan lepas ni? Hmm?!" Irdina cuba mendekatkan mukanya dihadapan Aniq.
Aniq memejam kan mata seketika. Irdina terasa hati saat Aniq berbuat begitu. Sangat berbeza ketika Aniq sendiri mendekatkan muka kepadanya dan meluahkan kata yang romantik semalam.
"Awak.. Dah tak suka saya kan? hum?" perlahan nada Irdina. Aniq membuka matanya dengan perlahan-lahan.
"Tolong lepaskan saya. Err.. Saya janji saya tak kan bagitahu polis atau sesiapa pasal ni...'' jawab Aniq dengan nada yang perlahan.
Irdina berasa marah mendengarnya. Bukan jawapan itu yang dia mahukan. Jelas lelaki ini sudah tidak mencintainya lagi. Irdina menghalakan pisau yang dipegangnya pada Aniq.
Notifikasi telefon pintar Aniq yang berada di atas lantai berbunyi. Dengan pantas Irdina mengambil telefon itu dan membuka whatsapp yang di hantar oleh Faizal. Aniq hanya memerhati perbuatan Irdina tanpa mampu berkata apa-apa.
Irdina mula membelek setiap mesej-mesej itu. Rupa-rupanya, Aniq telah melanggar janji mereka semalam dengan menghantar gambar mereka berdua kepada kawannya itu. Bertambah marah Irdina dibuatnya.
"Berani awak hantar gambar kita dekat kawan awak ni.?! Awak langgar janji awak Aniq!!"
"Dina.. Saya mintak maaf. Saya tak sengaja..!" Aniq cuba memujuk. Irdina mengangkat tinggi telefon itu.
"Janji yang ini pun awak sanggup mungkiri. Apatah janji awak untuk terima saya seadanya. Huh! Betul kata ibu. Lelaki semua sama.! Nak berkawan atau bercinta pun memilih muka! Kerana awak lah saya terbunuh ibu saya sendiri tahu!" dengan kasar Irdina mencampak telefon pintar itu ke lantai.
Menggigil tubuh Aniq saat melihat telefon pintarnya pecah berderai. Pertama kali juga dia melihat Irdina mengamuk sebegitu. Irdina memandang Aniq dengan pandangan yang tajam.
"Saya silap! Saya buta dengan ayat manis awak tu! Lebih baik awak mati Aniq!!"
"Dina! Jangan!!"
Dengan laju Irdina mengangkat tinggi pisau itu lalu menikam dada Aniq beberapa kali. Aniq menjerit kesakitan.
"Arrrrhhh!!!"
Share this novel