BAB 5

Thriller Series 2079

Setelah beberapa hari berkawan dengan Irdina, Aniq mengambil keputusan untuk belajar lebih masa bersama Irdina di rumah gadis itu. Sengaja dia tidak memandu keretanya hari ini kerana ingin menghabiskan masa bersama di dalam bas.

‘Asyik naik kereta je. Sekali sekala naik bas seronok jugak’ kata Aniq dalam hati.

Aniq mengeluarkan telefon pintar kerana terdengar notifikasi berbunyi. Aplikasi whatsapp di buka untuk membaca mesej daripada Faizal yang mengingatkannya tentang latihan futsal pada petang ini.

Aniq baru sedar selama beberapa hari ini dia jarang turun ke gelanggang untuk membuat latihan. Dia segera membalas mesej itu mengatakan dia sedikit sibuk mengulangkaji pelajaran di rumah Irdina.

Setibanya mereka di kawasan pendalam, mereka berdua berjalan beberapa meter dari jalan utama. Sampai saja di hadapan sebuah rumah banglo usang setingkat itu, mata Aniq melilau memandang sekeliling.

Sementara menunggu Irdina membuka kunci di pintu pagar. Setelah itu, Irdina menanggalkan pelitup muka dan menyimpan ke dalam beg sandangnya. Dia memandang mata Aniq yang tidak berkelip memandang rumah banglonya itu.

"Jomlah masuk'' pelawa Irdina. Aniq tersedar. Dengan senyuman paksa dia mengangguk dan mengekori langkah Irdina di belakang.

Setibanya mereka di hadapan rumah dengan perlahan-lahan pintu utama terbuka dengan sendiri. Seorang wanita 50-an muncul di muka pintu memandang mereka silih berganti dengan wajah yang serius.

Aniq sedikit terperanjat memandang muka wanita 50-an itu sedikit hodoh dengan muka yang dipenuhi bintik-bintik merah seperti bintik jangkitan campak. Air liur ditelan perit kerana wanita itu memandangnya tanpa senyuman.

"Ni. Err.. Mak cik Salma. Orang gaji dalam rumah ni" tergagap suara Irdina.

Wanita 50-an itu terus beralih memandang Irdina yang turut memandang mukanya dengan rasa yang sebersalah.

Dengan tiba-tiba Makcik Salma tersenyum kepada Aniq. Aniq menundukkan kepala dan turut melemparkan senyuman paksa sambil memperkenalkan diri.

"Marilah masuk" pelawa Makcik Salma dengan wajah yang ceria.

Aniq mengangguk dan terus mengikut langkah Irdina sehingga tiba di ruang tamu rumah itu.

"Duduklah dulu. Nanti makcik buatkan air ya.." kata Makcik Salma kemudian berjalan menuju ke dapur.

"Awak duduklah dulu. Saya nak pergi mandi and tukar baju kejap dengan ambik nota sekali. Kejap lagi saya datang semula" kata Irdina.

Aniq mengangguk faham dan hanya memandang langkah Irdina sehingga hilang di muka pintu bilik. Mata Aniq melilau memandang sekeliling rumah itu. Sedikit suram walaupun hari masih siang. Kemudian dia bergerak ke arah rak di satu sudut.

Aniq terpandang beberapa frame gambar lama di situ. Di dalam gambar itu terdapat seorang wanita muda bersama anak kecil yang sedang menundukkan wajahnya. Begitu juga dengan gambar yang lain.

Mata Aniq tertumpu pada satu gambar. Iaitu gambar Makcik Salma sedang tersenyum bersama seorang gadis muda di sebelahnya. Tetapi muka gadis itu tidak beberapa jelas kerana terdapat kesan toresan di situ. Hatinya tertanya-tanya itu siapa. Mungkin Irdina.

"Minumlah dulu''

suara Makcik Salma mengejutkan Aniq membuatkan dia pantas berpaling ke belakang. Dia melihat Makcik Salma sudah duduk di atas sofa sambil tersenyum memerhatikannya. Dengan perlahan Aniq melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan Makcik Salma.

Aniq hanya melihat air berwarna merah yang dihidangkan oleh wanita 50-an itu.

"Minumlah.." pelawa Makcik salma lagi.

Aniq mengangguk laju. Kemudian dengan perlahan dia menghirup minuman di dalam gelas itu. Kening Aniq berkerut kerana terasa sedikit payau. Sama rasa dengan air yang di bawa Irdina tempoh hari.

"Err. Air apa ni makcik?" Aniq tidak mampu untuk menghabiskan minuman itu.

"Itu air buah delima. Kena minum sampai habis. Baru rasa sedap" jawab Makcik Salma.

Aniq hanya mengangguk dan cuba menghabiskan segelas air itu. Setelah itu Aniq meletakkan gelas kosong itu semula ke dalam dulang.

Makcik Salma memandang Aniq tanpa berkelip. Aniq dengan rasa sebersalah dan takut mula bersuara setelah beberapa minit tiada suara antara mereka berdua.

"Err. Kenapa makcik pandang saya macam tu erh?'' soal Aniq dengan senyuman paksa. Makcik Salma tersenyum.

"Kacak kamu ni..'' puji Makcik Salma ikhlas. Aniq hanya tersenyum malu mendengarnya.

"Dah lama ke kamu kenal Irdina?'' soal Makcik Salma lagi.

"Err. Baru je makcik. Waktu kelas Bahasa Inggeris dalam beberapa hari ni je'' jawab Aniq dengan suara yang ramah.

"Kamu tinggal di mana?''

"Saya tinggal kat Maluri''

"Dengan siapa? Keluarga?''

"Iya makcik. Dengan keluarga saya"

"Oo" Makcik Salma mengangguk faham.

"Err. Makcik dengan Irdina tinggal berdua je ke kat sini?" Aniq pula cuba bertanya. Makcik Salma mengangguk.

"Ye. Berdua saja'' jawab Makcik Salma.

"Mana mak dengan ayah Irdina ye?'' soal Aniq lagi.

Makcik Salma terdiam mendengarnya. Sedang berkira-kira mahu menjawabnya atau tidak. Melihat muka Aniq yang menantikan jawapan dia cuba melemparkan senyuman.

"Ayah dia dah lama tinggalkan dia. Sejak keluarga dia meninggal. Makciklah yang membesarkan Irdina" jawab Makcik Salma.

Aniq mengangguk faham. Dia rasa sedikit pelik mendengarnya. Ayah Irdina saja yang di sebut Makcik Salma. Ketika dia ingin bersuara Irdina muncul di situ bersama buku nota Bahasa Inggeris di tangan. Kedua mereka memandang Irdina.

"Sorry lambat. Jom kita start. Dah pukul 6 ni. Nanti lambat pulak awak nak balik" kata Irdina kemudian melabuhkan punggung di sebelah Aniq.

"Korang belajar lah. Makcik masuk ke dalam dulu" pinta Makcik Salma. Kemudian bangun dari sofa dan melangkah masuk ke dapur.

Aniq mengangguk ramah. Kemudian dia tersenyum memandang Irdina di sebelah yang sudah mula untuk mengajarnya.

SEDAR tidak sedar hampir beberapa jam mereka berdua belajar bersama. Aniq sangat gembira kerana dia sudah mula pandai memahami maksud dan menyusun beberapa ayat di dalam Bahasa Inggeris.

Jam tangannya sudah menunjukkan hampir pukul 10 malam. Matanya mula terasa mengantuk tetapi Irdina disebelah masih bersemangat mengajarnya.

Aniq tersenyum memandang Irdina. Rambut Irdina yang lebat dan panjang separas dada adakala melayang-layang di hadapan mata Aniq. Kerana Irdina memakai seluar pendek membuatkan matanya melilau memandang peha Irdina yang putih gebu itu. Dia mula rasa terangsang. Ingin saja dia berbaring di atas peha gadis itu sekarang.

Petikan jari Irdina menyedarkan Aniq.

"Awak tengok apa?'' soal Irdina blur. Aniq tersengih.

"Tak ada. Saya tengok awak cantik"
Irdina tersipu malu mendengarnya.

"Ada-ada je awak ni"

"Betul. Tak tipu. Emm awak. Saya pergi tandas kejap boleh?'' pinta Aniq.

"Boleh. Pergi la. Awak terus je. Lalu depan dapur tu nanti ada pintu. Tu toilet tetamu" kata Irdina sambil menunjukkan arah.

"Ok awak" Aniq terus bangun untuk menuju ke arah tandas yang di maksudkan Irdina.

Mata Aniq memerhati setiap sudut laluan itu. Ia kelihatan sedikit gelap dan suram. Sedangkan ada beberapa lampu mewah di situ tetapi tidak di nyalakan. Mungkin keluarga Irdina seorang yang penjimat tenaga elektrik. Agaknya dalam hati.

Hampir saja Aniq sampai di hadapan tandas itu langkahnya terhenti setelah terdengar suara tangisan sayu di sebelah kirinya. Dengan perlahan kepalanya berpaling ke sisi. Terdapat satu pintu yang tertutup rapat di situ.

Aniq cuba memasang telinga untuk mendengar suara tangisan yang sayup itu. Ia mungkin datang dari arah pintu itu. Dengan perlahan-lahan Aniq melangkah ke situ. Semakin hampir dia di pintu itu semakin jelas suara tangisan seorang wanita.

Dia cuba mendekatkan telinga pada pintu.

"Tolong...... hum hum humm. Tolong...''

Sedikit terperanjat Aniq mendengar suara sayu yang semakin jelas. Spontan Aniq menjarakkan telinganya dari pintu itu. Jantung Aniq mula berdebar kencang. Entah kenapa bulu romanya tiba-tiba saja berdiri tegak.

Kerana rasa ingin tahu, tangannya menggigil untuk menyentuh tombol pintu itu. Tiba-tiba.. Ada sesuatu dengan laju menyambar tangan Aniq.

ZUPPPP!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience