Irdina tersedar kerana cahaya pagi yang menyuluh masuk ke dalam biliknya. Mata beralih memandang Aniq yang nyenyak tidur di sebelah. Dia sendiri tidak sangka mereka sudah melakukan hubungan sejauh itu. Dia berharap Aniq memegang janji dan tidak meninggalkannya.
Dengan perlahan-lahan dia turun dari katil dan melangkah masuk ke bilik air untuk menyegarkan badan. Setelah selesai, Irdina duduk dihadapan cermin sambil menyikat rambut. Tangan membelek mukanya sendiri. Hatinya mula risau. Betul ke Aniq akan menerima dirinya setelah lelaki itu sedar dan mengetahui mukanya tidak seperti yang di lihat selama ini?
Mata terpandang Aniq di dalam cermin. Bibir tersenyum sendiri. Dia percaya Aniq seorang lelaki yang baik. Aniq sudah berjanji dengannya sekiranya dia tidak cantik sekalipun lelaki itu tidak akan meninggalkannya.
Irdina berpaling seketika memandang Aniq yang masih lena dibuai mimpi. Kemudian dia bangun lalu keluar dari bilik untuk ke dapur.
Ketika sampai didapur Irdina membelek bahan-bahan di dalam peti sejuk untuk di masaknya sebagai sarapan pagi. Tetapi hanya terdapat sayur dan beberapa bahan yang lain saja. Tidak cukup untuk dia menyediakan menu yang istimewa buat lelaki yang sudah di anggap kekasihnya itu.
Ketika Irdina berpaling, dia terkejut melihat Makcik Salma yang bediri betul-betul di hadapan dan memandangnya tanpa senyuman.
"Ish! Terkejut Dina.." katanya.
"Budak lelaki tu tidur sini ke malam tadi?'' serius suara Makcik Salma.
"Ye. Kenapa?'' Irdina memandang wanita 50-an itu.
"Dia tidur mana? Dalam bilik kamu?"
soal Makcik Salma lagi.
"Ye..'' itu saja jawapan Irdina. Tanpa mempedulikan Makcik Salma, dia berjalan untuk masuk ke dalam bilik.
Makcik Salma masih tidak berpuas hati. Dia mengekori Irdina di belakang sambil bersuara.
"Irdina.! Tunggu.!"
Irdina mendengus dan berhenti berjalan. Dengan malas dia berpaling memandang Makcik Salma.
"Apa lagi? Dina nak keluar beli sarapanlah untuk Aniq''
"Kamu tak jawab soalan. Dia tidur sini dalam bilik kamu? Kamu dah buat apa-apa ke dengan dia?!'' Makcik Salma memandang Irdina. Dia berharap gadis dihadapannya ini tidak bertindak sebodoh itu.
"Buat apa?'' soal Irdina berpura-pura.
"Kamu dah tidur dengan dia?"
"Kalau iya kenapa?" jawab Irdina selamber. Makcik Salma terkejut mendengar jawapan Irdina. Tidak sangka andaiannya tepat.
"Hei! Kamu ni gila ke? Takkan senang-senang kamu serahkan diri kamu pada lelaki yang baru kamu kenal!" marah Makcik Salma.
"Eh, suka hati Dina la.! Jangan campur boleh tak?! Hish!"
Makcik Salma menggeleng kepala mendengar kata Irdina begitu. Sejak kecil, gadis ini tidak pernah langsung melawan dan meninggikan suara kepadanya.
"Sejak kamu kenal dengan lelaki tu, kamu dah berani bersuara tinggi..!Kamu sedar tak kamu bercakap dengan siapa sekarang ni?!"
Irdina terdiam mendengarnya. Melihat Irdina yang berdiam itu, Makcik Salma bersuara lagi.
"Kamu tu dah gadaikan maruah kamu! Kamu tak kenal dia betul-betul Irdina!" kata Makcik Salma sambil menunding jari ke arah Irdina.
"Jangan sibuk la. Dina nak bahagia macam orang lain. Lagipun.. Aniq tu baik. Dia dah janji takkan tinggalkan Dina la..!" jawab Irdina tegas.
"Kamu jangan terlalu berharap Irdina! Dia boleh terima ke kalau dia sedar dan nampak muka kamu yang sebenar? Ha??!"
ANIQ tersedar dari lena setelah terdengar beberapa suara di hadapan pintu bilik tidur itu. Dia memandang dirinya di dalam selimut tanpa seurat benang. Hanya terbalut dengan selimut.
Bibir tersenyum sendiri. Tidak sangka pula Irdina dengan semudah itu menyerahkan kesuciannya. Ah tak apalah. Janji Irdina cantik. Pasti Faizal dan kawan-kawannya yang lain cemburu jika melihat muka kekasih barunya yang cantik itu.
Suara yang sedang berbunyi menyedarkan Aniq. Dia cuba memasang telinga. Kedengaran suara Makcik Salma sedang memarahi Irdina. Begitu juga Irdina yang bertegas melawannya.
Pintu bilik yang terkuak mengejutkan Aniq. Dengan pantas dia memejamkan mata dan berpura-pura tidur. Irdina menutup pintu bilik dan berjalan ke arah katil. Aniq membuka matanya setelah menyedari gadis itu duduk di sebelahnya sambil tersenyum.
"Morning.." ceria suara Irdina.
"Morning.." Aniq bangun dan duduk bersila di atas katil. Dia memandang Irdina dengan muka yang sebersalah.
"Awak gaduh dengan Makcik Salma ke?''
"Mana awak tahu?''
"Saya terdengar tadi. Makcik Salma marah awak ke sebab saya tidur sini? Dalam bilik awak?''
"Alar. Tak payah kisahlah pasal dia" Irdina bangun dari katil dan menyerahkan baju Aniq.
"Saya nak keluar kejap beli sarapan untuk awak. Awak tunggu tau. Nanti kita makan sama-sama ok?" pinta Irdina sambil menyarungkan mask di muka.
Aniq tersenyum dan mengangguk sambil memerhati perbuatan Irdina itu. Sehingga ke hari ini dia tidak pernah bertanya kepada Irdina, kenapa gadis itu sering memakai pelitup muka saat keluar dari rumah.
Setelah selesai mengemaskan diri, Irdina keluar dari bilik. Aniq mula memakai baju dan seluarnya. Selepas membasuh muka dia membelek telefon pintarnya di tepi katil. Kemudian dia menghantar gambar selfienya bersama Irdina kepada Faizal di whatsapp. Tidak langsung terlintas difikirannya tentang janjinya bersama Irdina semalam.
Dalam beberapa minit Aniq melangkah keluar dari bilik Irdina. Mata memerhati sekeliling. Dia mengintai di sebalik tingkap. Kelihatan Makcik Salma sedang sibuk menyapu halaman. Kelibat Irdina juga tiada di dalam rumah itu.
Kaki berjalan ke dapur untuk mencari segelas air bagi menghilangkan dahaga. Ketika Aniq membuka pintu peti sejuk, dia melihat begitu banyak botol yang berisi air berwarna merah memenuhi ruang peti sejuk itu. Dia membuat muka.
'Ee. Suka betul diorang dengan air merah yang payau tu' kata Aniq dalam hati.
Telefon pintar di dalam poket berbunyi. Nama Faizal tertera di skrin. Laju jari menolak butang hijau dan menjawab panggilan itu.
"Hello bro.."
"Hello bro.. Kau kat mana? Jom futsal. Coach nak kita turun training pukul 10 pagi nanti" kata Faizal.
Aniq memandang jam tangannya. Jam baru menunjukkan pukul 8.15 pagi. Masih terlalu awal.
"Ok bro. Nanti lepas aku breakfirst aku pergi kolej. Ni kau tahu aku kat mana?''
"Mana?'' soal Faizal.
"Aku kat rumah Dina ni.. Kau nak tahu. Semalam aku dah main dengan dia" cerita Aniq bangga.
"Wow. Cayalah bro kita ni. Dengan Liza pun kau dah main kau blah kan.. Playerlah kau ni.." Faizal tergelak.
"Eh, aku main ikhlas ok. Liza tu yang tinggalkan aku. Jealous sangat aku ramai peminat. Kali ni aku setialah dekat Dina ni. Lagipun muka dia cantik kot. Rugi kalau aku tinggalkan dia..'' kata Aniq sambil meneguk minuman kosong di dalam peti sejuk itu.
"Mana gambar kau dengan dia? Aku nak tengok jugak cantik mana Irdina kau tu sampai kau boleh sangkut teruk ni. Siap sanggup bermalam di rumah yang kau kata ada hantu tu. Hahaha.." Faizal ketawa dengan usikannya.
"Aku dah hantarlah dekat whatsapp. Cer kau tengok. Kau jangan cair pulak. Awek aku tu..!'' Aniq memberi amaran.
"Oklah nanti aku tengok. Aku nak mandi lepas tu bersiap-siap kejap. Jumpa kat gelanggang nanti. Bye!"
"Ok bye!" Aniq juga mematikan talian.
Setelah beberapa minit menunggu Irdina yang masih belum pulang, Aniq mula berasa bosan. Dia berjalan ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Mata Aniq memandang sekeliling mencari Makcik Salma untuk meminta izin menonton televisyen sementara menunggu Irdina pulang. Tetapi kelibat wanita 50-an itu tiada di halaman juga di dalam rumah.
Kerana tidak menjumpai alat kawalan jauh televisyen lama itu, Aniq membatalkan niatnya untuk menonton televisyen. Dia mula bergerak ke arah rak buku itu. Di bawah rak tersusun beberapa keping surat khabar.
“Zaman sekarang pun ada orang masih suka baca paper ke? Zaman sekarang orang tengok berita kat phone je la..” omel Aniq sendiri.
Kerana berasa bosan, dia mula mengambil salah satu surat khabar dan membeleknya. Berita utama mengenai seorang gadis yang telah hilang sebulan yang lalu menarik minat Aniq. Dia mula membacanya.
'PIHAK POLIS MASIH GIAT MENCARI SEORANG GADIS BERNAMA SUHAILI SAMAD YANG DI LAPORKAN HILANG SEJAK JUN LALU. SEGALA USAHA MENCARI SUDAH DI JALANKAN NAMUN GAGAL MENEMUI MANGSA SEHINGGA KE HARI INI
KELUARGA MANGSA MASIH BERHARAP SUHAILI AKAN PULANG KE PANGKUAN MEREKA'
Di situ, terpapar gambar Suhaili. Mata Aniq tidak berkelip memandang muka gadis itu. Dia sangat pelik kenapa muka gadis yang hilang itu sangat mirip dengan Irdina. Sebijik!
ZUPPPPPPP!
Satu kelibat hitam bersama angin sepintas lalu melintasi ke arah dapur mengejutkan Aniq.
Cepat kepala Aniq berpaling ke arah dapur.
Share this novel