BAB 7

Thriller Series 2079

Selesai membuat latihan futsal pada petang itu, Aniq melepaskan lelah sambil termenung di atas kerusi di tepi gelanggang. Setelah kejadian malam itu, hampir dua hari dia tidak menghubungi Irdina.

"Hoi! Menung apa kau.." Faizal duduk di sebelah sambil menghulurkan air mineral kepada Aniq.

"Thanks bro"

"Kau asal? Kelmarin kau call aku pukul 2.30 pagi apahal?" soal Faizal sambil meneguk air mineral di tangan.

"Err saja la.. Aku nak mintak tolong kau"

"Mintak tolong apa?''

Aniq terdiam dan sedang berkira-kira mahu menceritakannya atau tidak. Dia tidak pasti samada dia bermimpi atau realiti. Masih terbayang lagi muka Irdina yang hodoh memandang tajam ke arahnya. Juga suara tangisan di dalam bilik yang tertutup berhampiran tandas itu.

"Hoi! Asal diam? Kau ada masalah ke?"

Suara Faizal menyedarkan Aniq.

"Err. Kau ingat tak dua hari lepas yang aku cakap aku nak belajar dekat rumah Irdina tu?" Aniq memandang kawannya itu. Faizal mengangguk.

"Aha. Ingat. Asal?''

"Aku tertidur kat rumah dia. Malam tu.. Aku rasa nak terkencing. Aku mintaklah tumpang toilet dia. Waktu aku jalan nak pergi toilet tu, aku terdengar suara orang menangis mintak tolong.." cerita Aniq.

"Siapa yang mintak tolong tu?''

"Entahlah. Suara macam perempuan.." Aniq menjongket bahu.

"Dah tu. Kau tolong la dia?"

"Tak la. Sebab aku dengar tak berapa jelas sangat pun." jawab Aniq. Setelah beberapa saat terdiam Aniq bercerita lagi.

"Lagi satu. Ni aku tak pasti aku mimpi ke apa. Aku nampak muka Irdina hodoh sangat. Macam hantu"

"Serius la.. Lepas tu? Kau call aku untuk apa? Ajak aku tidur rumah dia sekali?" seloroh Faizal.

"Tak la. Aku nak mintak tolong kau ambik aku kat rumah dia. Location pun aku dah share kat kau. Malam tu jugak aku balik rumah aku. Bas tak ada lalu situ tu aku call kau. Tapi kau tak angkat. Nasib baik grab still ada tau" cerita Aniq panjang lebar.

Terbayang semula difikirannya yang dia terpaksa berlari keluar dari rumah banglo itu pada waktu pagi yang sangat gelap. Sudahlah kiri kanan kawasan pendalaman itu hutan. Ditambah pula dia terpaksa menunggu di simpang jalan itu berseorangan dengan bermacam-macam bunyi yang menyeramkan. Meremang dia rasa seluruh badan.

"Macam mana kau boleh nampak muka dia hodoh pulak. Bukan kau kata dia cantik ke?" Faizal memandangnya.

"Err.. Mungkin aku mimpi kot" jawab Aniq.

"Jangan-jangan Irdina kau tu hantu kot" Faizal tergelak dengan gurauannya sendiri.

"Ish kau ni. Dia bukan hantu lah.. Takkan hantu cantik pulak. Kalau dia hantu dia dah cekik aku.." balas Aniq serius.

"Aku teringin jugak nak kenal dengan Irdina kau tu.. Bila kau nak bawak aku jumpa dia?"

"Nanti lah. Belum free lagi. Tapi aku ada gambar dia" laju Aniq mengeluarkan telefon pintar. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Asal?'' Faizal terus merampas telefon pintar di tangan Aniq lalu mencari gambar Irdina di dalam geleri.

"Baru aku teringat. Kitorang selfie dekat phone dia. Dia tak send kat aku lagi lah tu.." jawab Aniq.

"Lah. Aku baru nak tengok muka dia yang cantik sangat tu" Faizal mengembalikan semula telefon pintar itu kepada kawannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience