Riuh rendah gelanggang futsal itu dengan suara Aniq dan kawan-kawannya. Kerana Aniq hebat bermain futsal dan banyak menjaringkan gol membuatkan pasukan kolejnya melantik Aniq sebagai kapten untuk mewakili negeri nanti. Jadi Aniq mengambil keputusan untuk membuat latihan setiap hari bersama rakan-rakannya.
"Weh rehat jap. Penat lah..!'' laung Aniq pada rakan-rakannya. Aniq duduk di kerusi berhampiran gelanggang itu.
Ketika itu, datang beberapa orang gadis memberi hadiah dan juga beberapa botol air mineral kepada Aniq. Aniq tersengih paksa menerima barangan daripada mereka.
Sejak dia telah mengharumkan nama kolejnya, ditambah pula dengan memiliki wajah yang kacak dan tampan membuatkan dia menjadi idaman beberapa gadis di kolej itu. Kerana itu membuatkan Liza, kekasihnya cemburu dan memutuskan hubungan dengannya.
"Hai.." seorang gadis menegur dan menghulurkan secawan plastik yang berisi air merah kepada Aniq. Aniq terperanjat dan berpaling ke sisi.
"Nah air buah delima. Untuk hilangkan dahaga" kata gadis itu.
Aniq memandang gadis itu sambil mengerutkan kening. Muka gadis itu berbintik dan sedikit hodoh membuatkan Aniq tersengih paksa untuk menerima air daripada gadis itu. Di telinga kiri gadis itu juga tersangkut mask berwarna putih.
Selepas cawan plastik berisi air merah itu berada di tangan Aniq, dengan cepat gadis itu beredar dari situ tanpa sempat Aniq mengucapkan terima kasih. Dia menganggap mungkin gadis itu salah satu peminatnya di kolej.
Faizal yang baru keluar dari gelanggang duduk di sebelah Aniq.
"Banyak air mineral kau. Nak 1" tanpa segan silu, Faizal iaitu kawan rapat Aniq membuka salah 1 air mineral yang di terima Aniq dari peminatnya tadi dan terus meneguknya.
Aniq hanya menggeleng kepala. Padahal air itu mereka beri kepadanya. Aniq terus menyedut minuman merah yang sejak tadi berada di tangannya. Mukanya berkerut dan memandang air itu.
"Eee air apa ni?"
"Asal kau?" Faizal memandang muka Aniq yang berkerut itu.
"Aku rasa pelik la air ni. Cer kau rasa..." Aniq menghulur air merah itu kepada Faizal. Faizal menolak perlahan.
"Eh tak naklah. Tu kan diorang bagi kau. Kau lah minum'' Kata Faizal. Dia juga tahu kawannya itu ramai peminat selepas menjadi kapten pasukannya.
"Habis air mineral tu diorang bagi tadi kau minum pulak. Air ni tak nak pulak share dengan aku.." kata Aniq membuatkan Faizal tergelak.
''Air mineral tak apa. Belum bukak. Air tu entah mana peminat kau beli dia bagi kau.. Tak nak aku share.."
Aniq menyedut minuman itu lagi. Lama kelamaan rasa kelat dan payau itu semakin hilang dan air itu berasa semakin sedap pula. Terus di sedutnya sampai habis.
Setelah itu, Aniq terus bangun dan mengambil beg sandangnya serta mengemaskan pakaiannya. Faizal memandangnya.
"Kau nak pergi mana? awal lagi''
"Aku ada kursus bahasa inggeris hari ni kat bandar. Kau tahu kan bapak aku bising. Bapak aku nak aku terror cakap orang putih. Kalau aku tak dengar cakap bapak aku dia dah tak kasi aku main futsal lagi. Terpaksalah aku ikut." Kata Aniq.
Ikutkan dia tidak berminat langsung untuk sambung belajar. Minatnya hanya pada sukan. Tetapi kerana di paksa oleh ibu dan ayahnya terpaksalah dia sambung belajar di kolej swasta ini. Nasib baik lah ada sukan yang menarik minatnya.
"Kau ni muka je handsome tapi speaking pun fail" gurau Faizal selamber.
"Kau ingat aku minat mat Saleh.? Dah la aku gerak dulu.. Jumpa lagi." Aniq terus keluar dari kawasan gelanggang futsal itu.
Share this novel