BAB 12

Thriller Series 2079

Aniq tersedar dan cuba membuka mata. Pandangannya terasa sangat gelap. Dia mula berasa takut dan cuba meronta-ronta. Tetapi kedua tangan dan kakinya tidak boleh bergerak seolah-olah tersangkut.

Aniq terasa seperti sedang duduk di atas kerusi dengan mata yang tertutup serta tangan dan kakinya terikat dengan sesuatu.

"Tolong! Tolong aku!" dia cuba meronta lagi.

"Hahahaha"

Telinga Aniq terdengar suara seseorang sedang ketawa di hadapannya. Dia kenal suara itu.

"Makcik Salma? Makcik Salma ke tu??" Aniq cuba bertanya.

"Ya.! Aku Salma..'' jawab Makcik Salma sinis.

"Makcik! Tolong saya makcik!" pinta Aniq.

"Kenapa kau masuk bilik ni ha?! Aku dah cakap kalau kau cari tandas bukan di sini!!" marah Makcik Salma. Aniq mengangguk laju.

"Saya mintak maaf makcik... Saya tak sengaja...! Tolong lepaskan saya makcik. Saya janji saya takkan masuk ke sini lagi..." Aniq merayu dengan bersungguh-sungguh.

"Sesiapa yang dah masuk ke dalam bilik ni susah untuk aku lepaskan..!" kata Makcik Salma tegas.

"Kenapa makcik? Saya tak buat apa-apa. Sumpah!"

"Bohong! Kau dah buat sesuatu kat sini!" cepat Makcik Salma memotong kata Aniq.

Laju Aniq menggeleng kepala menafikan tuduhan itu. Makcik Salma bersuara lagi.

"Ahaha.. Aku tahu, kau mesti dah nampak kan apa yang ada dalam tempayan besar tu...'' kata Makcik Salma sambil ketawa.

Otak Aniq ligat berfikir kejadian tadi. Muka Irdina yang terbeliak memandangnya dari dalam tempayan yang terisi air merah itu bermain dalam fikiran. Aniq menggeleng kepala menafikannya.

"Tak! Tak! Saya tak nampak apa-apa. Tolong lepaskan saya makcik. Tolong...'' Aniq cuba merayu lagi.

"Bohong! Huh! Kau tahu tak siapa yang kau nampak tu??!" duga Makcik Salma.

Aniq terdiam. Dia teringat tentang Irdina ada memberitahunya Makcik Salma seorang dukun. Dan dia juga ternampak di dalam mimpi muka Irdina sangat hodoh ketika bermalam di sini tempoh hari.

'Jangan-jangan Irdina kau tu hantu kot'
kata-kata Faizal juga bermain dalam fikirannya.

Adakah sebenarnya Irdina sudah mati? Makcik Salma membunuhnya dan menyembunyikan mayat Irdina di dalam tempayan itu. Bermacam-macam spekulasi bermain dalam fikiran Aniq saat ini.

"Err mak..makcik.. bu..nuh Irdina ke?'' tergagap suara Aniq bertanya. Dia berasa sangat takut. Peluh sudah membasahi tubuh dan bajunya. Hatinya tertanya-tanya. Adakah dia akan menerima nasib yang sama? Dia tidak mahu! Dia belum mahu mati!

"Hahahah" Makcik Salma tergelak mendengarnya. Dia mula rasa seronok melihat Aniq yang sedang terikat di atas kerusi dengan mata yang tertutup dengan kain sambil menggigil ketakutan itu.

Tiba-tiba Irdina muncul di dalam bilik itu dan memarahi Makcik Salma.

"Ibu!! Apa ibu buat ni?!" Irdina tidak suka melihat Makcik Salma mengikat Aniq begitu.

Aniq memasang telinga saat terdengar suara Irdina. Jika Irdina masih hidup, mayat siapa yang dia lihat di dalam tempayan itu. Yang paling membuatkan dia tertanya-tanya. Kenapa Irdina memanggil Makcik Salma, ibu?

"Dia dah masuk dalam bilik ni! Dia dah nampak jasad perempuan tu dalam tempayan tu kamu tahu tak!" tegas suara Makcik Salma membalasnya.

"Kenapa kalau dia dah nampak?!" soal Irdina tidak berpuas hati.

"Kalau dia dah nampak muka mayat perempuan tu, dia takkan nampak kamu cantik lagi.! kamu faham?!" terang Makcik Salma dengan suara yang tegas.

Irdina terdiam saat mendengarnya. Mata beralih memandang Aniq yang sedang terikat di atas kerusi itu.

Makcik Salma mula membuka cerita pada mereka berdua. Aniq hanya memasang telinga dalam ketakutan. Peristiwa sebulan yang lepas mula bermain dalam fikiran Makcik Salma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience