BAB 14

Thriller Series 2079

"Biarlah dia tahu muka Dina macam ni..!" suara Irdina menyedarkan Makcik Salma. Peristiwa sebulan yang lalu hilang dari fikiran.

"Kalau dia tahu muka kamu yang sebenar, dia akan tinggalkan kamu. Percayalah..!" Makcik Salma meyakinkan anaknya itu.

"Tak! Aniq tak macam tu! Dia sayang Dina. Dia terima Dina bukan sebab muka cantik. Dia sayang Dina sebab keperibadian Dina..!" tegas Irdina. Makcik Salma menggeleng.

"Tak mungkin! Ibu tak rasa dia macam tu! Lelaki semua sama. Ayah kamu pun pergi tinggalkan kita sebab dia tahu semua ni! Dia ni dah tahu siapa kita. Kita harus bunuh dia!" Makcik Salma menunding jari ke arah Aniq. Dengan pantas dia mengambil pisau di atas meja ritual itu, kemudian ingin meluru ke arah Aniq yang sedang menggigil ketakutan.

Irdina cepat menahan dan menolak Makcik Salma sehingga wanita itu terganjak ke belakang. Makcik Salma memandang Irdina. Sejak mengenali lelaki ini, Irdina menjadi kasar melayannya. Kerana sayangkan Irdina, dia sanggup memendam perasaan saat anaknya mengaku dihadapan Aniq bahawa dia cuma orang gaji di dalam rumah banglo ini. Di tengking Irdina pun, dia hanya diam dan cuba menepis perasaan sedihnya itu. Janji dia dapat melihat Irdina tersenyum bahagia.

"Ibu jangan apa-apa kan dia! Dina sayangkan dia. Dia ikhlas! Dia bukan macam ayah! Kalau ibu masih nak bunuh dia. Ibu bukan ibu Dina!"

Makcik Salma berasa marah saat mendengarnya. Irdina sudah buta dengan cintanya itu. Dengan laju tapak tangannya melekat ke pipi Irdina.

Pap!!

Irdina memegang pipinya yang pedih itu. Tidak pernah seumur hidup ibunya menamparnya begini.

"Sampai hati ibu tampar Dina..!" mendatar suara Irdina.

Makcik Salma mengangkat jari. Dia harus menyedarkan Irdina. Sekiranya lelaki ini dilepaskan, mereka pasti akan ditangkap polis.

"Kamu kena sedar Dina! Lelaki macam ni tak pernah ikhlas pun kalau tahu muka kita yang sebenar. Kalau ibu lepaskan dia, dia akan keluar report polis. Kamu nak masuk penjara ke?! Dah tepi!" arah Makcik Salma dan ingin meluru ke arah Aniq.

Sekali lagi Irdina menghalang dan menolak kasar tubuh Makcik Salma membuatkan wanita 50-an itu terjatuh lalu pisau yang di pegang menusuk perutnya sendiri.

Irdina terkejut saat terpandang pisau itu sudah melekat di perut ibunya. Dengan pantas dia berlari mendapatkan Makcik Salma yang sedang berkerut menahan kesakitan itu.

"Ibu... Maafkan Dina bu...." rayu Irdina. Matanya mula berkaca.

"i...bu... Sayang.. Di...Na.." Makcik Salma berusaha untuk bersuara.

Irdina mengangguk laju dan mengatakan dia juga sayangkan ibunya. Mata terpandang darah hitam yang mengalir keluar dari perut Makcik Salma. Dia tidak sanggup melihat ibunya menanggung kesakitan.

"Ibu... ibu tahan sikit ya bu... Dina call doktor...!" Irdina ingin mengeluarkan telefon dari poket seluar.

Tangan Makcik Salma cepat menahan. Dia sudah rasa sangat sakit dan nafasnya mula rasa tersangkut-sangkut.

"Dina...ja..ga diri..ya..sa..yang..." Makcik Salma cuba memandang dan memegang pipi Irdina.

Akhirnya Makcik Salma menghembuskan nafas terakhir di atas riba anaknya dengan mata yang terbuka.

"Ibu!! Bangun bu!! Jangan tinggalkan Dina..!" Irdina menjerit dan menangis teresak-esak sambil memeluk ibunya. Dia sangat menyesal dengan apa yang dia lakukan.

"Too..long! Dina....?" Aniq yang sejak tadi memasang telinga mula memanggil. Dengan mata yang masih tertutup membuatkan dia tidak tahu apa yang telah berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience