BAB 17

Thriller Series 2079

TUK! TUK! TUK!!

Bunyi ketukan yang semakin kuat membuatkan Irdina berjalan laju keluar dari bilik ritual itu tanpa sempat menutup pintu. Dengan pantas tangan mencapai selendang yang tersangkut di dinding lalu di lilitkan ke atas kepala.

Setelah itu dia mengintai di tingkap. Cermin tingkap yang sedikit berhabuk membuatkan penglihatannya sedikit kabur untuk melihat siapa diluar. Irdina menarik nafas panjang sebelum membuka pintu.

Setelah pintu utama dibuka, Irdina menelan air liur saat terpandang dua orang wanita beruniform PDRM lengkap memandang ke arahnya. Tiga orang lelaki memakai t-shirt berkolar biasa dan hanya bersarungkan vest berwarna kuning di badan.

Menyedari reaksi kelima mereka memandang pelik ke arahnya, dengan pantas Irdina menarik selendang menutupi separuh muka.

"Ye? Cari siapa?'' soal Irdina.

"Err.. Maaf mengganggu. Saya Inspektor Najmi dari IPD Cheras, Taman Maluri. Kami mencari seorang gadis bernama Irdina. Boleh kami jumpa dia?" kata salah seorang lelaki berkaca mata hitam sambil menunjukkan kad kuasa yang tergantung di lehernya.

"Err saya Irdina. kenapa ye?" jantung Irdina mula berdebar.

"Kami sedang menyiasat kes kehilangan seorang remaja lelaki bernama Khairul Aniq. Lokasi terakhir yang pernah di kongsikan kepada kawan baiknya Faizal, sekitar kawasan sini" jelas anggota lelaki berkaca mata itu.

"Err saya tak tahu encik. Err. Aniq tak ada datang sini" tergagap Irdina menjawab. Dia cuba mengawal rasa menggelabahnya.

"Kami dapat maklumat orang terakhir yang bersama Khairul Aniq bernama Irdina" kata Inspektor Najmi lagi.

"Err. Ya. Hari tu last dia datang sini. Lepas tu dia dah tak datang lagi" kata Irdina.

"Cik cakap hari tu last? Emm. Last tu bila cik? Dia datang sini untuk apa tu?"

"Malam beberapa hari lepas kot. Dia datang sebab nak study sama-sama. Lepas habis study sama-sama tu dia terus balik rumah" jawab Irdina. Otaknya ligat mencari helah.

Inspektor Najmi menanggalkan kaca mata hitamnya. Keempat mereka juga saling berpandangan.

"Khairul Aniq pergi dari sini malam? Sekitar pukul berapa tu cik?" soal Inspektor Najmi.

"Err. Tak ingat la. Err.. Mungkin malam, pukul 10 kot'' suara Irdina sedikit gugup. Dia sendiri tidak ingat bila kali terakhir Aniq bersamanya. Dalam keadaan gementar membuatkan otaknya tidak mampu berfikir.

Inspektor Najmi memandang Irdina dengan pandangan yang mencurigakan dan mengangguk seketika. Kemudian dia bersuara.

"Siasatan kami mendapati kali terakhir Khairul Aniq menghubungi kawan baiknya Faizal, dalam empat hari lepas sekitar pukul 8 ke 9 pagi di rumah cik Irdina sebelum dia yang sepatutnya hadir ke latihan futsal di kolej pagi tu"

Jantung Irdina berdebar laju saat mendengarnya. Ingatannya mula memutarkan kejadian ketika dia pulang dari membeli sarapan pagi itu. Ibunya mati di atas riba dan dia menikam Aniq kerana dikuasai kemarahan dan benci. Otaknya masih ligat mencari helah.

"Err.. Tak encik. Dia memang dah pergi malam tu. Err maksud saya balik ke rumah dia. Encik salah orang kot..'' jawab Irdina dengan senyuman paksa. Dia berharap anggota polis itu mempercayainya dan segera pergi dari sini.

Inspektor Najmi masih memandang Irdina. Jawapan daripada gadis hodoh dihadapannya sedikit mencurigakan.

"Boleh kami masuk untuk melakukan siasatan?" pinta Inspektor Razif sambil mengarahkan pembantu di sebelahnya menunjukkan waran menggeledah rumah kepada Irdina.

Irdina menelan air liur dan terdiam seketika. Otaknya mula memikirkan apa yang akan terjadi. Bagaimana kalau mereka membuka peti sejuk beku itu? Patutkah dia membenarkan atau menghalau saja mereka pergi? Melihat bilangan mereka yang terlalu ramai membuatkan dia takut.

"Cik?" petikan jari Inspektor Najmi mengejutkan Irdina dari lamunan.

"Boleh kami masuk? sekadar melakukan siasatan? Minta kerjasama ye cik?'' kata Inspektor Najmi lagi.

"Err. Boleh.. Masuklah. Err... Tapi.. Sekejap je kan?'' soal Irdina.

"Ye cik'' Inspektor Najmi memandang Irdina sambil tersenyum paksa. Kaca mata hitamnya disangkut di celah baju.

Irdina mengangguk perlahan. Dia berharap mereka tidak menggeledah ke dalam bahagian dapur rumahnya itu.

Setelah mendapat kebenaran masuk, Inspektor Najmi mengarahkan beberapa anak buahnya masuk ke dalam rumah banglo usang itu. Hanya seorang anggota wanita saja di arah kan berdiri bersama Irdina di muka pintu.

Irdina mula gelisah saat terpandang salah seorang anggota lelaki berjalan ke arah dapur. Fikirannya melayang teringatkan tentang peti sejuk beku yang berada di situ. Dan pintu bilik berhadapan tandas itu juga tidak ditutup rapat. Dia berdoa dalam hati semoga anggota polis itu tidak membuka peti sejuk beku, dan tidak masuk ke dalam bilik ritual itu.

"Tuan! Arah sini tuan!"

Jeritan anggota lelaki itu mengejutkan mereka semua. Ketiga anggota yang lain segera berjalan ke arah dapur.

Irdina menelan air liur saat memandang langkah mereka. Beberapa minit mereka di dapur membuatkan dia mengagak mereka sudah membuka peti sejuk beku dan sudah masuk ke dalam bilik ritual itu. Jantung Irdina berdegup kencang dan peluh kecil mula membasahi dahinya.

Inspektor Najmi yang baru keluar dari dapur segera mengarahkan mereka menahan Irdina. Irdina berasa takut dan cuba berlari keluar dari rumah itu, tetapi anggota wanita yang berada bersama dengannya pantas menarik dan menggari Irdina. Irdina mula menangis ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience