Cepat kepala Aniq berpaling ke arah dapur. Dia fikir mungkin Irdina sudah pulang dari membeli sarapan.
Dengan perlahan-lahan Aniq meletakkan semula surat khabar itu di rak dan melangkah menuju ke dapur. Tetapi tiada sebarang kelibat yang ada di dapur itu.
Mata Aniq dengan tiba-tiba tertumpu ke arah pintu bilik misteri yang berhampiran tandas tetamu itu. Teringat beberapa hari lepas dia ada terdengar suara seseorang menangis sambil meminta tolong.
Kerana rasa ingin tahu dia berjalan menghampiri pintu bilik itu. Tiba-tiba Aniq terasa kakinya terpijak sesuatu. Dia menunduk ke bawah dan mengambil sesuatu di bawah tapak kakinya.
Satu foto kecil yang di dalamnya terdapat muka hodoh Makcik Salma sedang tersenyum sambil memeluk seorang gadis yang tidak jelas wajahnya. Ini kerana terdapat beberapa kesan toresan kecil di muka gadis itu.
Aniq meletakkan semula gambar itu ke atas lantai kerana bukan itu yang manarik minatnya sekarang. Dengan rasa berdebar dia cuba memulas tombol pintu. Aniq sedikit terperanjat apabila tombol itu boleh di pusing dan tidak berkunci. Kerana di dalam bilik itu sedikit suram dan gelap, Aniq hanya berdiri dan mengintai di muka pintu. Tetapi dia rasa tidak berpuas hati. Dia mahu tahu ada apa di dalam bilik misteri ini.
Dengan perlahan-lahan Aniq melangkah masuk ke dalam. Kerana rasa penasaran membuatkan dia terlupa bahawa dia sudah mencerobohi privasi orang lain.
Terdapat lubang-lubang kecil yang memancarkan cahaya dari luar membuatkan Aniq nampak dengan jelas beberapa benda yang terdapat di dalam bilik itu.
Kelihatan dua batang lilin merah yang sudah di nyalakan apinya, serta beberapa patung kecil berukiran pelik yang terletak kemas di atas rak. Terdapat juga sebuah meja besar yang beralaskan kain berwarna kuning. Di atas meja itu terdapat beberapa botol air yang berisi jus delima seperti yang dilihatnya di dalam peti sejuk sebentar tadi. Barang-barang pelik seperti barang pemujaan yang sering dilihat di dalam filem seram juga ada di atas meja itu.
Kening Aniq berkerut memandang sekeliling. Dia mengagak Makcik Salma bukan hanya dukun biasa. Wanita itu juga mungkin mengamalkan ilmu hitam di sini. Bau kemenyan dan kapur barus mula menusuk hidungnya. Muka Aniq berkerut kerana tidak tahan dengan bau busuk itu.
Telefon pintar yang berbunyi di dalam poket seluar mengejutkan Aniq. Nama Faizal tertera di skin. Dengan laju jari menolak ke butang hijau. Sambil sebelah tangan cuba menepis bau yang menusuk hidungnya.
"Hello..''
"Hello bro.! Aku dah tengok gambar kau send tu. Kau biar betul awek macam tu kau nak??'' semangat suara Faizal di talian.
"Asal? Salah ke?'' Aniq sedikit pelik mendengarnya.
"Kau tengoklah muka dia. Hodoh siut!" kata Faizal lagi.
"Kau biar betul??" soal Aniq serius.
HUMMMM....HUMMMMM.....
Suara tangisan seorang perempuan mengejutkan Aniq. Dengan pantas dia berpaling ke belakang. Mata tertumpu pada satu pintu kecil yang terlindung dengan tirai lut sinar di situ. Aniq yakin suara yang di dengari datang dari arah itu!
Jantung Aniq yang sedikit tenang tadi kembali berdebar. Kakinya mula berjalan perlahan-lahan ke situ.
“Hello! Bro! Kau dengar tak ni??!!’’
Suara Faizal yang memanggil beberapa kali dihujung talian tidak dipedulikannya.
Ketika tangan menyelak tirai itu, Aniq melihat sebuah tempayan besar yang tertutup tidak begitu rapat ada di situ. Jantung Aniq sejak tadi berdebar tanpa henti.
Dengan tiba-tiba penutup tempayan itu bergerak-gerak dengan sendiri. Aniq sangat terkejut dan terganjak sedikit ke belakang. Bulu romanya mula meremang di seluruh tubuh.
Peluh dingin juga sudah membasahi dahinya.
Kerana rasa ingin tahu Aniq cuba memberanikan diri sekali lagi mendekati tempayan itu. Air liur di telan perit.
Dengan tangan yang menggigil, dia cuba menyentuh dan membuka penutup untuk melihat isi yang terdapat di dalam tempayan besar itu.
Alangkah terkejutnya Aniq saat penutup tempayan itu dibuka. Terdapat kepala manusia berambut panjang sedang terapung-apung di permukaan air tempayan yang dipenuhi air berwarna merah.
"Arhhhhh!"
Aniq menjerit kerana terperanjat dengan apa yang di lihatnya. Sekali lagi dia terundur ke belakang membuatkan langkahnya terpelecok lalu terjatuh ke atas lantai. Telefon pintar di tangan juga terlepas dan bergolek di atas lantai itu.
Lebih menakutkan saat dia terpandang sosok muka seorang perempuan yang tarapung itu sedang memandang tepat ke arahnya dengan mata yang terbeliak. Muka sosok itu sebijik muka Irdina.
Dengan nafas yang tercungap-cungap membuatkan Aniq cuba bangun untuk berdiri. Dia rasa sangat takut dan mahu segera keluar dari rumah banglo ini.
Ketika dia ingin berlari untuk keluar dari bilik itu, dengan tiba-tiba kepalanya dipukul sesuatu yang keras dihadapan.
BUKK!
Aniq terjelepok dan terjatuh di situ sambil mengelupur menahan kesakitan. Dia dapat merasakan ada cecair hangat mengalir keluar di dahinya. Aniq mula berasa pening. Semakin lama pandangannya semakin gelap.
Share this novel