BAB 4

Thriller Series 2079

Selepas meletakkan kereta HONDA CITY biru miliknya, Aniq berjalan ke pintu utama dewan kursus Bahasa inggeris itu. Mata memandang jam di tangan. Masih terlalu awal. Mesti gadis semalam itu pun belum sampai ke sini lagi.

Sambil berdiri Aniq membelek telefon pintar di tangan. Segala gambar kenangan bersama bekas kekasihnya Liza, dia padam satu persatu. Dia mahu memulakan hubungan yang baru bersama Irdina yang baru dikenalinya semalam. Dia berharap Irdina sudi berkawan dengannya.

Ketika Aniq mengangkat muka, dia terpandang gadis yang memakai mask putih berjalan masuk ke pintu utama dewan kursus itu. Dia tahu itu Irdina. Dengan pantas Aniq berlari anak mengekori langkah Irdina di belakang.

Irdina melabuhkan punggung di kerusi kosong di dalam dewan itu. Dia sedikit terperanjat apabila seorang lelaki dengan laju menarik kerusi kosong lalu duduk di sebelahnya. Kening Irdina berkerut memandang Aniq yang tersenyum seperti kerang busuk itu.

"Hai.. Boleh saya duduk sini?'' kening Aniq terangkat berkali-kali memandang Irdina yang tidak berkelip memandangnya.

"Err duduk lah" jawab Irdina sedikit gagap. Dia berasa sedikit janggal kerana tidak pernah ada lelaki yang sudi duduk di sebelahnya selama ini.

Aniq mengangguk sambil memandang Irdina yang sedang mengeluarkan buku catatan dari dalam beg sandangnya. Dengan pantas Aniq membuat perkara yang sama. Tiada suara antara mereka. Hanya kedengaran bunyi bising suara lain yang bersembang di dalam kelas itu.

Aniq memusingkan kepala memandang Irdina yang tekun membaca nota bahasa inggeris di sebelahnya. Dia berasa pelik kenapa Irdina saja yang memakai pelitup muka di sini. Sedangkan semalam dia melihat Irdina sihat-sihat saja. Tiada sebarang gejala atau selsema yang di hadapi gadis itu. Mungkin Irdina berjaga-jaga dari terkena virus covid-19. Agaknya dalam hati.

Dalam beberapa minit mereka mendengar kuliah dari seorang pensyarah lelaki membuatkan Aniq mula berasa bosan. Dia memandang jam di tangan.

'Ah! 15 minit lagi nak habis..'
Sambil mengeluh Aniq menyembamkan muka di atas meja.

Aniq mengangkat kepala dan memandang Irdina yang tekun mendengar kuliah serta membuat nota. Dia mengagak Irdina mungkin seorang yang genius dalam subjek bahasa inggeris. Terdetik satu helah dalam fikirannya untuk terus mendekati Irdina. Dia berharap Irdina tidak akan menolak niatnya nanti. Senyuman kecil terukir di bibir.

Semua yang berada di dalam kelas mula beredar keluar setelah kuliah selesai. Hanya tinggal beberapa orang yang masih mengulangkaji di meja masing-masing. Aniq segera mengemaskan buku nota dan pen lalu di masukkan ke dalam beg. Dia beralih memandang Irdina yang masih tekun memandang nota di hadapannya.

"Awak.. Tak nak gerak lagi ke?" soal Aniq. Irdina beralih memandang Aniq di sebelah.

"Belum lagi. Saya nak study dulu.." jawab Irdina. Aniq mengangkut faham. Disebalik mask yang di pakai Irdina, Aniq tahu gadis itu sedang tersenyum memandangnya. Aniq turut tersenyum.

"Saya tengok awak rajin lah. Mesti awak pro kan berbahasa inggeris ni?'' kata Aniq ramah.

"Biasa je.." itu saja jawapan Irdina.

"Kenapa awak ambik kursus bahasa inggeris ye?" soal Aniq terasa ingin tahu.

"Saya memang minat english. Saje nak tingkatkan prestasi inggeris saya. Lagipun kat kolej saya saya ada join choral speaking" jawab Irdina. Aniq mengangguk faham.

'Oklah tu minat jugak. Kalau bapak aku tak paksa jangan harap aku nak join kursus ni' kata Aniq dalam hati.

"Kalau macam tu. Boleh la awak ajar saya. Banyak benda saya tak faham lagi"

"Kenapa saya pulak nak kena ajar awak?'' kening Irdina berkerut memandangnya.

"Err.. Yela. Kat sini saya kenal awak sorang je.. Nak tanya lecturer saya malu.. Saya tanya awak je la kalau saya tak faham. Hihi" Aniq tersengih menampakkan gigi yang tersusun cantik.

Melihat Irdina yang kembali tekun dengan nota Aniq bersuara lagi.

"Kolej Saya tak lama lagi nak exam. Dah lah paper semua dalam bahasa inggeris. Jawapan pun nak dalam bahasa inggeris. Sejak sekolah bab susun ayat saya dalam english saya masih lemah lagi. Sebelum ni saya selalu fail. Sebab tu papa saya hantar saya pergi kursus ni. Kali ni kalau saya fail lagi papa saya mesti bunuh saya. Hurmm'' Aniq membuat muka sedih. Kasihan Irdina memandangnya.

"Kesiannye awak"

"Kan..? kalau macam tu awak ajar lah saya. Boleh?" pinta Aniq dengan riak yang kembali ceria. Dia berharap dengan helahnya itu akan membuatkan Irdina tidak menolak. Dapatlah dia meneruskan niatnya untuk mendekati gadis itu.

Irdina hanya berdiam tidak menjawab.

"Boleh la? Please? Please..?'' Aniq mengangkat kedua tangan tanda merayu. Irdina mengangguk perlahan.

"Yela. Saya ajar mana yang boleh je la ye?" kata Irdina. Aniq tersengih seperti kerang busuk.

"Tak ape. Tak kisah. Janji awak yang ajar. Err.. Kalau saya belajar kat rumah awak boleh? Rumah saya ramai orang la. Saya tak boleh nak bagi tumpuan nanti" Aniq memandang Irdina.

Irdina turut memandang Aniq dengan pandangan yang agak terkejut. Dengan perlahan dia mengangguk.

"Boleh. Nanti datanglah rumah saya. Awak tahu kan rumah saya?" laju Aniq mengangguk.

"Tahu. Kan semalam saya ikut awak. Hihi" jawab Aniq sambil tersengih.

Irdina mengambil sebotol air minuman dari dalam beg sandangnya lalu membuka penutup kemudian menghulurkannya kepada Aniq.

"Awak nak air?"

Aniq memandang air merah di dalam botol itu. Dia seperti pernah melihat air berwarna merah itu. Tetapi tidak pasti di mana. Mata beralih memandang mata Irdina yang seperti berharap itu. Kerana tidak mahu menghampakan pelawaan gadis itu Aniq terus menghirup sedikit air dari dalam botol itu. Terasa sedikit payau. Dia sendiri tidak tahu itu air apa.

"Terima kasih. Err. Ni air apa ye?'' soal Aniq.

"Ni air buah delima. Untuk segarkan badan" Irdina menutup kembali botol itu lalu menyimpan ke dalam beg sandangnya semula.

"Oh.." Aniq hanya mengangguk.

KEESOKANNYA Aniq dan Faizal berjumpa di kolej. Setelah selesai kuliah untuk subjek Pengajian Malaysia Faizal melihat Aniq tergesa-gesa mengemaskan beg sandangnya.

"Woi. Relaks ah. Kau kalut sangat ni nak pergi mana. Tak lari pun gelanggang futsal tu" seloroh Faizal.

"Siap cakap aku nak pergi training?"
Berkerut kening Faizal memandang Aniq.

"Habis kau nak pergi mana?"

"Aku nak pergi kelas Bahasa Inggeris tu la. Jumpa Irdina" jawab Aniq sambil tersengih.

"Kau ni tak habis-habis Irdina. Cantik sangat ke dia sampai teruk sangat angau kau ni.."

"Cantik bro.. Nanti aku plan nak pergi rumah dia. Study berdua dengan dia" kata Aniq dengan ceria.

"Habis tu? Training kita macam mana? Kau tu dah la datang kejap-kejap je training tu. Tournament dah nak dekat tau" Faizal memperingatkan sahabatnya itu.

"Ye bro. Esok-esok aku turun training. Hihi. Aku gerak dulu bro. Bye!"

Faizal hanya menggeleng kepala. Dia mula berasa pelik dengan perangai Aniq sekarang. Dia juga sudah tahu tentang gadis yang disukai Aniq itu. Ingin juga dia berjumpa dengan gadis yang sudah membuatkan sahabat baiknya itu angau tidak bertempat. Tetapi belum berkesempatan lagi Aniq mahu memperkenalkan mereka.

Dengan malas dia turun ke bawah menuju ke gelanggang futsal di kolej itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience