Setelah tiba di hadapan bangunan dewan kursus itu, Aniq meletakkan kereta di kawasan parking. Kemudian dia berjalan masuk ke dalam dewan kuliah itu. Begitu ramai pelajar yang mengambil kursus bahasa inggeris di sini. Tidak kira usia. Ada yang tua ada yang muda. Masing-masing belajar untuk meningkatkan prestasi bahasa inggeris.
Aniq terus masuk ke dewan itu dan duduk di kerusi yang paling belakang sekali. Dalam beberapa minit mendengar kuliah itu, Aniq mula rasa mengantuk. Bosan dengan pensyarah yang asyik bercakap saja tanpa ada selit sebarang gurauan. Mulut Aniq menguap beberapa kali.
Tiba-tiba Aniq perasan seorang gadis berjalan di hadapan kelasnya. Entah kenapa Aniq rasa tertarik untuk melihat wajah gadis itu. Dengan laju dia mengangkat tangan meminta kebenaran untuk ke tandas.
Setelah mendapat kebenaran, Aniq terus keluar dari kelas itu dan mencari kelibat gadis yang di lihatnya tadi. Tetapi tidak kelihatan langsung di situ. Aniq mengeluh hampa. Terus dia berjalan ke tandas untuk mencuci muka.
Dengan mata yang masih rasa mengantuk membuatkan Aniq berjalan sambil menunduk ke bawah. Tiba-tiba pintu tandas wanita terbuka dengan laju dan tanpa sengaja Aniq telah melanggar seorang gadis yang ingin melangkah keluar dari tandas itu. Telefon pintar yang di pegang gadis itu terlepas dan jatuh berderai di atas lantai. Dengan cepat Aniq menunduk dn membantu gadis itu memasang telefonnya.
"Sorry.. sorry sangat-sangat. Saya tak sengaja" Aniq memandang gadis itu. Gadis itu menanggalkan mask dan membiarkan ia tergantung di telinga.
Aniq terpaku dengan kecantikan gadis itu. Gadis itu tersenyum dan bangun berdiri. Aniq juga ikut berdiri. Mata Aniq tidak lepas memandang muka gadis itu.
Gadis itu menghulurkan tangan meminta telefonnya. Aniq yang tersedar telefon pintar itu masih di tangan segera memberi kepada gadis itu sambil tersenyum paksa.
"Terima kasih.." selepas mengucapkan terima kasih, gadis itu terus berlalu pergi. Aniq hanya membatu di situ memerhatikan langkah gadis itu.
Keesokannya dia datang ke kursus itu dan mencari kelibat gadis itu lagi. Begitulah sepanjang 3 hari berturut-turut Aniq memerhati gadis itu.
Rupa-rupanya, mereka kursus di kelas yang sama. Kerana gadis itu memakai pelitup muka membuatkan dia tidak pernah perasan akan kehadiran gadis itu di situ.
Share this novel