Kursus bahasa inggeris yang berakhir pada pukul 8 malam membuatkan Aniq menunggu gadis itu di kaunter membeli buku. Sementara menunggu, Aniq memandang berita yang terpasang di kaca TV.
"KES INDIVIDU HILANG YANG BERAKHIR DENGAN KEMATIAN TRAGIS SEMAKIN KERAP DI LAPORKAN DI NEGARA INI.
PIHAK POLIS GIAT MENCARI SEORANG GADIS BERNAMA SUHAILI SAMAD YANG DI LAPORKAN HILANG SEJAK JUN LALU. SEGALA USAHA MENCARI SUDAH DI JALANKAN NAMUN GAGAL MENEMUI MANGSA.
PIHAK POLIS MEMINTA ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT TENTANG SUHAILI SAMAD BOLEH MEMAKLUMKAN KEPADA PEGAWAI PENYIASAT YANG TERTERA DI BAWAH ATAU MELAPORKAN DI BALAI POLIS BERHAMPIRAN”
Di kaca TV, terpapar gambar gadis yang hilang itu. Aniq hanya memandang muka gadis hilang dalam gambar itu sekali imbas saja.
Tiba-tiba gadis yang di minati Aniq lalu di hadapannya. Dengan cepat Aniq mengekori langkah gadis itu sehingga ke perhentian bas berdekatan. Dia berdiri beberapa meter dari gadis yang memakai mask itu dan melihat gadis itu asyik dengan telefon pintar di tangan.
Dalam beberapa minit menunggu, sebuah bas datang dan beberapa orang awam turut masuk ke dalam bas termasuk lah gadis itu. Aniq juga turut naik ke dalam bas dan duduk di kerusi yang jauh sedikit.
Tibanya di satu kawasan, gadis itu menekan loceng dan turun dari bas. Dengan cepat Aniq melangkah turun dari bas dan mengekori gadis itu beberapa meter di belakang. Dalam bebrapa minit mengekori gadis itu, tanpa sedar Aniq telah masuk ke dalam satu kawasan pendalaman membuatkan dia perasan cuma ada sebiji rumah banglo usang saja di situ.
Tiba-tiba gadis yang Aniq ikut tadi hilang dari pandangan mata. Aniq mencari kelibat gadis itu tetapi hampa. Gadis cantik itu sudah menghilang. Mata memandang banglo usang di tepinya. Mungkin gadis itu masuk ke dalam rumah ini.
'Tapi.. Takkan secepat itu.?' Jantung Aniq mula berdebar. Dengan cepat Aniq berpaling dan ingin melangkah pergi dari kawasan itu.
"Kenapa ikut saya?''
Suara perempuan mengejutkan Aniq dan membuatkan langkahnya terhenti. Dengan pantas Aniq berpaling ke belakang.
Gadis itu berdiri memandang Aniq. Tiada lagi mask yang menutup hidung dan mulut gadis itu. Mukanya juga nampak sedikit ketakutan. Aniq mula rasa sebersalah. Dia tidak mahu gadis itu salah faham akan niatnya. Mungkin sebab itu gadis itu bersembunyi tadi. Agaknya dalam hati. Dengan perlahan Aniq berjalan menghampiri gadis itu.
"Err saya.. Saya nak cakap sorry sebab pecahkan handphone awak kelmarin" tergagap Aniq berkata-kata. Mujurlah alasan itu yang terlintas difikirannya.
"Tak apa. Saya dah maafkan awak" jawab gadis itu.
Aniq tersenyum. Dia menghulurkan tangan.
"Aniq"
"Irdina." Irdina hanya tersenyum tawar dan tidak menyambut tangan Aniq. Irdina bersuara.
"Tak kan awak ikut saya semata-mata nak mintak maaf pasal tu je. Kat kelas kan boleh cakap nanti.?"
"Oh tak. Tadi saya dengar berita pasal orang hilang. Itu yang buatkan saya risau kan awak.." laju Aniq berkata. Irdina rasa terharu mendengarnya. Dia tersenyum.
"Terima kasih.."
"Awak tinggal sini?" Aniq menunjuk banglo usang di sebelahnya. Irdina mengangguk.
"Ye.. Saya tinggal sini. Kenapa?''
Aniq tersedar dengn soalan itu. Dia tidak mahu Irdina salah faham dan menganggap dia memperlekehkan tempat tinggal gadis itu.
"Err. Tak. sebab jauh awak berjalan nak pergi kursus inggeris tu hari-hari."
"Tak ape. Dah biasa.." jawab Irdina.
"Tak apa lah. Awak masuk lah. Dah lewat malam ni.." kata Aniq. Irdina tersenyum dan masuk melalui pagar utama banglo itu. Kemudian dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.
Aniq tersenyum. Dia betul-betul tertarik untuk mengenal gadis cantik itu lebih dekat. Dia sendiri tidak tahu aura apa yang membuatkan dia rasa mahu berkawan dengan gadis itu. Mungkin kerana muka Irdina yang cantik dan manis itu. Nasib baiklah gadis itu tidak sombong dan memarahinya kerana dia mengekori seperti perogol bersiri begini.
Dalam beberapa minit tersenyum di situ, dia pun berpaling untuk berlalu pergi. Tiba-tiba mata terpandang satu kelibat hitam berambut panjang sedang berdiri di tingkap banglo itu.
Cepat Aniq mengalihkan pandangan. Jantung Aniq mula berdebar kencang. Dengan perlahan-lahan Aniq berpaling dan memandang ke arah tingkap banglo itu lagi. Tetapi kelibat hitam itu sudah tiada di situ.
Tiba-tiba Aniq terasa bulu tengkuknya berdiri. Seluruh tubuh dia mula rasa meremang. Baju lengan pendek yang di pakainya membuatkan dia rasa seram sejuk di situ. Dengan pantas dia berlari keluar dari kawasan pendalaman itu.
Share this novel