BAB 16

Thriller Series 2079

4 HARI KEMUDIAN....

Selesai menyembunyikan kereta HONDA CITY biru di tengah hutan berhampiran rumah banglo usang itu, Irdina melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menuju ke dapur untuk mengambil popcorn sebagai kudapan lalu membawanya ke ruang tamu, kemudian melabuhkan punggung di atas sofa.

Alat kawalan jauh di capai lalu menonton televisyen sendirian. Siaran berita jam 8 pagi itu menarik minatnya.

''PIHAK POLIS GIAT MENCARI SEORANG REMAJA LELAKI BERNAMA KHAIRUL ANIQ ZAINAL YANG DI LAPORKAN HILANG SEJAK BEBERAPA HARI LALU. LAPORAN DIBUAT OLEH AHLI KELUARGA KHAIRUL ANIQ MENGATAKAN REMAJA ITU SUDAH BEBERAPA HARI TIDAK PULANG KE RUMAH. SEGALA USAHA MENCARI MASIH DI JALANKAN NAMUN GAGAL MENEMUI MANGSA.

PIHAK POLIS MEMINTA ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT TENTANG KHAIRUL ANIQ ZAINAL BOLEH MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT YANG TERTERA DI BAWAH ATAU MELAPORKAN DI BALAI POLIS BERHAMPIRAN”

Bibir Irdina tersenyum sendiri saat memandang gambar Aniq yang terpapar di kaca TV itu. Popcorn diletakkan ke tepi kemudian dia bangun dan melangkah masuk ke dapur.

Peti sejuk penyimpanan barang basah milik ibunya di buka. Kelihatan tubuh Aniq yang tidak bernyawa yang sudah kebiruan di situ.

"Kesian awak sejuk erk?" Irdina memandang mayat yang membeku itu.

"Awak nak tahu tak? Muka kacak awak tu dah masuk TV tau.. Femoslah awak nanti" kata Irdina sambil tersenyum sinis.

Dalam beberapa saat tersenyum wajah hodohnya itu berubah menjadi bengis. Sungguh dia rasa benci sekarang. Dia teringat tentang mesej Aniq bersama Faizal saat dia menyelongkar aplikasi whatsapp ditelefon Aniq. Setiap ayat lelaki itu hanya memuji mukanya yang cantik saja. Kerana muka cantik begitulah
membuatkan Aniq mahu memilikinya sebagai kekasih. Niat Aniq yang sebenar hanya mahu menunjuk-nunjuk saja.

Irdina baru sedar akan kata-kata ibunya. Lelaki semua sama seperti ayahnya. Tambah-tambah lelaki yang kacak seperti Aniq ini hanya mahukan perempuan bermuka cantik saja menjadi teman. Cinta lelaki ini tidak pernah ikhlas terhadap perempuan yang bermuka hodoh sepertinya!

Air mata mengalir di pipi saat teringatkan segala perbuatannya terhadap Makcik Salma. Kerana Aniqlah dia berasa malu untuk mengaku Makcik Salma ibu kandungnya saat pertama kali membawa Aniq datang ke rumah ini. Kerana mahu mempertahankan lelaki ini jugalah membuatkan dia terbunuh ibunya sendiri. Dengan kasar Irdina menghempas pintu peti sejuk beku itu.

BUMPP!!

"Huh! Bodoh kau ni Dina! Bodoh!" Irdina mengetuk kepalanya sendiri beberapa kali.

Dalam beberapa saat di situ Irdina mula melangkah masuk ke bilik misteri itu. Langsir lut sinar itu di selak perlahan.

Bunyi gegaran di salah satu botol kaca kecil yang tersusun di atas rak mengejutkan Irdina. Mata memandang botol kaca kecil yang terikat bersama kain kuning di sekelilingnya. Irdina memandangnya pelik. Dengan perlahan dia mengambil dan membuka penutup itu. Angin kuat yang bertiup ke muka melalui botol itu memeranjatkan Irdina. Bulu roma mula berdiri tegak. Dia pernah melihat Makcik Salma membuka penutup botol itu sambil mulut terkumat kamit membaca sesuatu.
Kerana tidak tahu membuatkan Irdina menutup semula botol itu lalu meletakkan semula di tempatnya.

Irdina beralih ke arah tempayan besar yang tertutup kemas. Kemudian dia membuka penutupnya. Kelihatan dua mayat perempuan yang tersimpan di dalam tempayan itu.

"Ibu.. Ibu dah makan? Maaf, Dina letak ibu dalam tempayan ni dengan perempuan tu sebab ibu busuk sangat..." kata Irdina sambil tangan mengusap kepala mayat Makcik Salma yang kelihatan pucat dan hampir membusuk.

Kerana mahu mengekalkan keadaan mayat Makcik Salma, Irdina mengamalkan cara dan bacaan mantra yang pernah diajar oleh ibunya dulu. Mata beralih memandang mayat Suhaili yang terbeliak memandang ke arahnya.

Lama dia memandang muka Suhaili. Muka jasad yang kaku itu tetap kelihatan cantik walaupun sudah hampir membusuk.

"Betul orang cakap. Muka yang cantik adalah senjata untuk memikat. Kan bagus kalau muka kau tu muka aku.. Tak adalah hidup aku jadi huru hara macam ni..! Huh!'' kata Irdina kepada mayat Suhaili seolah-olah mayat itu sedang berbual dengannya.
Irdina mengeluh kasar. Dia mula berasa benci melihat perempuan cantik begitu. Fikirannya teringatkan tentang janji manis Aniq kepadanya sewaktu lelaki itu melihatnya cantik sebelum semuanya terbongkar. Dia mula sedar bahawa kata-kata ibunya benar!

"Lelaki kacak semua nak berkawan dengan perempuan bermuka cantik je..! huh!" Irdina mula memikirkan rancangan. Kerana di selubungi dendam dan benci membuatkan Irdina mahu memasang perangkap kepada semua lelaki kacak di luar sana. Dia akan menyusun rancangan untuk memikat lelaki kacak dengan mengamalkan ritual yang pernah dibuat oleh Makcik Salma kepadanya dulu. Setelah itu. Dia akan membawa lelaki-lelaki itu dan membunuhnya di sini. Bibir tersenyum sinis saat membayangkan rancangan jahatnya itu.

Irdina keluar dari bilik ritual itu. Dalam beberapa saat dia datang semula membawa sebuah buku kecil di tangan. Dia mula membaca mantera yang di tulis oleh Makcik Salma di dalam buku itu. Tujuannya untuk mengambil perisai wajah Suhaili untuk dijadikan perangkap sebagai pemikat lelaki seperti yang pernah dibuat ibunya kepadanya sebelum ini.

TUK! TUK! TUK!!

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Irdina. Keningnya berkerut memikirkan siapa yang datang ke rumahnya. Sepanjang dia hidup di sini bersama ibunya, tiada satu orang pun yang sudi datang ke banglo usangnya ini walaupun pernah dijemput.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience