BAB 9

Thriller Series 2079

Sedar tidak sedar hingga masuk ke waktu malam mereka berdua belajar dan bergurau senda di meja belajar di dalam bilik Irdina. Aniq memandang jam di tangannya.

"Dah nak dekat pukul 10 ni. Saya tak perasan pulak dah malam rupanya''

"Kenapa? Dah nak balik ke?'' soal Irdina sedikit kecewa. Dia sudah tertaut hati pada Aniq kerana lelaki itu pandai melontarkan kata manis yang membuatkan hatinya semakin terusik.

"Aha. Dah lewat kan. Saya datang naik kereta hari ni. So, tak risau sangat kalau bas tak lalu lagi'' Aniq tersengih memandang Irdina.

"Oh patutlah dekat depan pagar ada kereta. Awak punya rupanya'' kata Irdina.

Teringat ketika dia baru pulang petang tadi. Dia tertanya-tanya milik siapa kereta HONDA CITY berwarna biru ini. Rumah banglo usangnya ini tidak pernah dikunjungi sesiapa pun.

"Aha. Eh awak. Hari tu awak cakap nak send gambar kita kat phone saya. Tak ada pun"

Irdina terdiam. Dia memandang Aniq dengan pandangan yang sebersalah. Terasa berat hati mahu mengirim gambar selfie mereka. Dia takut sekiranya lelaki itu menyebarkan gambar mereka berdua. Dia tidak mahu sesiapa melihat mukanya kerana dia tidak memakai pelitup muka ketika mereka bergambar tempoh hari.

"Awak. Berangan apa tu?''

petikan jari Aniq menyedarkan Irdina. Dengan berat hati dia menghantar gambar mereka kepada Aniq melalui aplikasi whatsapp.

"Thanks awak" tersenyum Aniq ketika melihat gambar itu.

"Saya mintak sesuatu boleh?''

"Boleh. Apa dia?'' Aniq memandang Irdina.

"Awak janji jangan tunjuk kat sesiapa gambar kita tu ye?'' pinta Irdina perlahan. Kening Aniq sedikit berkerut.

"Kenapa ye?"

"Sebab saya tak suka orang tengok muka saya. Saya tak pakai mask tu" kata Irdina.

"La kenape? Awak cantik kot" puji Aniq.
Irdina terdiam mendengarnya. Otaknya ligat mencari helah.

"Err.. Biarla kecantikan saya awak je yang nampak. Ye? Please.. " pinta Irdina perlahan. Aniq tersenyum mendengar kata Irdina.

"Ye awak. Betul jugak. Rugi kalau saya share kecantikan awak ni dengan orang lain. Kan?"

"Janji?" Irdina mengangkat jari kelingking meminta janji. Aniq tersenyum sambil menautkan jari pada jari Irdina.

"Ye.. Janji."

Irdina tersenyum. Aniq memandang muka Irdina lama. Begitu juga Irdina. Aniq mula rasa terangsang apabila Irdina turut membalas pandangannya. Mata mereka bertaut antara satu sama lain. Dengan perlahan-lahan Aniq mendekatkan bibirnya ke bibir Irdina. Cepat Irdina menahan dengan tapak tangannya.

"Err. Awak. Saya tanya sikit boleh?''

"Tanya la sayang... " jawab Aniq manja.

Terkedu Irdina mendengar kata sayang itu. Jantungnya berdebar kencang. Tidak pernah seorang lelaki pun yang sudi memanggil dia sayang sepanjang hidupnya.

"Kenapa awak suka kawan dengan saya?''

"Sebab awak cantik"

"Err.. Kalau saya tak cantik? Awak masih nak kawan dengan saya tak?" duga Irdina. Aniq terdiam.

"Mesti awak tak nak and tak suka kawan dengan saya kan kalau muka saya tak cantik.. Humm" rajuk Irdina. Aniq tersenyum.

"Mana ada awak. Saya suka kawan dengan awak..."

"Sebab cantik je kan" potong Irdina.

"Ye. Cantik satu. Dan awak pun seorang yang baik. Keperibadian awak. Makcik Salma pun cakap awak seorang yang baik'' kata Aniq sambil tersenyum.

Dia sendiri tidak tahu sejauh mana kebaikan Irdina yang di maksudkan Makcik Salma itu. Kerana dia baru dua minggu mengenali Irdina. Dan dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia begitu tertarik dengan muka Irdina yang kelihatan sangat cantik dimatanya.

Dengan perlahan-lahan Aniq cuba merapatkan bibirnya ke bibir Irdina lagi. Perbuatannya terhenti setelah Irdina menahannya lagi.

"Awak takkan tinggalkan saya kalau saya tak cantik?'' duga Irdina lagi.

"Tak sayang. Saya takkan tinggal kan awak.. Awak jadi girlfriend saya erk..? " pinta Aniq dengan gaya yang menggoda. Sekali lagi Aniq cuba merapatkan bibirnya ke bibir gadis itu.

Irdina tersenyum mendengarnya. Hatinya rasa sangat gembira. Hubungan percintaan begini yang dia mahukan sejak dulu. Bercinta dengan lelaki yang kacak seperti Aniq.

Akhirnya Irdina membiarkannya. Dia turut membalas ciuman pada bibir Aniq itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience