Bab 14

Romance Series 3186

NORA memandang ke sekeliling taman. Sudah mulai digerumi oleh pengunjung. Meriah juga. Taman Mawar banyak kelengkapannya yang telah disediakan oleh pihak yang berkuasa untuk menjaga dan mengekalkan keindahan taman ini serta keselamatan pengunjung sebab siap ada security taman yang jaga. Di dalam taman ini ada beberapa gerai yang menjual barang halal kepada kami apabila memerlukan, selain kedai, tandas awam juga disediakan. Taman Awam taman ini amatlah memuaskan tahap kebersihannya kerana telah dijaga rapi.

    " Eh, Pak Bob stop sini sahajalah tak payah masuk." Arahku. Aku melihat keluar tingkap. Syikin, Lily dan Mimie melambai-lambaikan tangan ke arah aku.

   Pab Bob ingin membuka pintu kereta tapi aku cepat-cepat menghalang. Segan.

   " Takpa Pak Bob, Nora boleh buat sendiri." Ikhlas kata-kata Nora.

   Walaupun kita kaya janganlah kita bersikap angkuh. Sikap itu tidak disenangi oleh Allah.

   Pak Bob atau nama sebenarnya Encik Rusdi. Entahlah dari mana datangnya nama samaran Bob tu. Biasanya Bob tu panggilan untuk orang yang berisi tapi aku tengok tak juga Pak Bob berisi.

   " Tapi Cik..." Pak Bob berasa bersalah. Bukan dia tak ingat pesan Nora agar tidak membuka pintu untuk Nora. Tapi walau bagaimanapun Nora tetap anak majikannya yang perlu dihormatinya sebagaimana dia menghormati majikannya.

   ' Pak Bob ni okay ke tidak or pelupa. Ayaa.  Berapa kali nak kata jangan panggil saya Cik. Malulah.' Kata Nora dalam hati. Dia tidak selesa dengan layanan Pak Bob yang terlampau mengikut arahan tu.

   " Pak cik tak payahlah nak bercik-cik dengan Nora, panggil jak Nora cukup." Pesan Nora sekali lagi. Entah ini kali ke berapa Nora berkata begitu. Pintu kereta ditutupnya sendiri.

   Baiknya anak Tengku ni. Bertuahnya dapat anak macam ni.

   " Dan lagi satu, kalau Nora tak balik tengahari nanti mungkin 5.30 petang Nora balik. Nanti Nora call pak Bob ya. Thanks and Nora pergi dulu ya Pak Bob." Pak Bob mengangguk tanda faham.

   Aku berlari anak menghampiri mereka bertiga. Aku menyiku Syikin. Ni mesti ada perancangan.

   " Let go! Siapa lambat jadi bini Aiman!." Teriakku. Aku berlari dengan laju. Haha! Aku pun tidak tahu apa tujuan aku berkata demikian. Tapi yang penting ada yang menaruh hati terhadap Aiman dalam diam.

   " Nora! Mana aci macam ni." Rungut Lily. Nafasnya tercungap-cungap. Mimie dan Syikin berlumba-lumba dari belakang sebab tak mahu kalah. Tak mahu jadi bini Aiman mata sepet tu.

   Bukan mereka tak tahu pun siapa yang minat gila dengan Aiman sepet mata tu. Nak tahu siapa?

   Setelah sampai di hujung Taman, barulah mereka berhenti. Taman Mawar juga mempunyai jambatan gantung yang taklah beberapa panjang sebab tak sempat kira. hihi. Tengah-tengah taman ada sebuah kolam yang besar menempatkan pelbagai jenis ikan kecuali Shark, untuk menjaga kestabilan ekosistem ikan di dalam kolam, pengunjung tidak dibenarkan untuk memancing ikan atau membuang sampah ke dalam kolam ikan. Kalau tidak akan didenda.

   " Haha! Kita dah ada calon tergempak Aiman." Ujarku dengan nafas tercungap-cungap. Peluh menitik di seluruh badan. Tak sia-sia mereka berlari. Dapat juga buang toksin dalam badan.

   " Mimie. Haha" Syikin mengusik Mimie. Lily hanya ketawa tetapi tersekat-sekat.

   Mereka ni kan. Ada je nak sakat aku dengan Aiman tapi kan... hihi aku suka.

   " Eee, korang ni kan. Tak mahu kawan lah." Rajuk Mimie. Mulutnya dimuncungkan.Macam mulut monyet. Haha. Kasihan itik,sikit-sikit kata macam mulut itik so sekarang aku umpamakan macam mulut Monyet. Sexy.

   "Ala bucu-bucu, comelnya baby tembam ni." Pujukku. Aku mengeletek pinggang Mimie. Syikin dan Lily turut melakukan hal yang sama. Akhirnya terpujuk juga rajuk Mimie.Senangnya!

AKU cuba untuk mengundur ke belakang apabila melihat Mimie dan Syikin cuba untuk membalas balik usikkan aku tadi. Tidak! Daripada mereka buat macam tu baik aku lari.

Aku mengundur setapak demi setapak ke belakang tanpa menoleh ke belakang. Tanganku melambai-lambai bukan sebab melambai seperti melambai kepergian orang tapi sebagai tanda mengalah.

Syikin dan Mimie serta merta berhenti macam nampak hantu jak aku pun tak tahu, apa yang penting sekarang ni aku nak LARI!. Aku dapat rasakan yang belakangku seperti terlanggar sesuatu yang pasti bukan tiang sebab benda yang aku langgar tu agak lainlah keras semacam. Serta merta aku pusing belakang dan kemudiannya serta merta mataku terbuntang luas.

OMG! Mamat Indon Mangkuk Lepas tu! Apasal dia buat sini. Arr! What are small world! Geramnya aku, bagus tak payah datang tadi kalau aku tahu aku jumpa mamat ni di sini. Kami saling bertentang mata. Kini aku menatap matanya yang berwarna amber dia tu. Mak Aii! Handsome juga mamat ni, sejak bila pula dia mata Amber? Dia anak mat salleh meh? Macam mana kau tak tahu Nora! Asal bertembung mesti bertekak. Kejap! Ya baru aku ingat Mamat ni memang ada mata Amber time tu. Macam pelik pula aku tengok tak! Macam handsome haha!.

Nora tak bergerak sama sekali tubuhnya kaku, Ambrose apa lagi terbuntanglah mata dia bukan nak kata kagum sebab kecantikkan Nora tapi Terkejut macam mana pula dia terlanggar dan terjumpa minah Strawberry kelat ni. Masing-masing berdebar dan jantung mereka dup dap dup dap!

Ambrose dan Nora sama-sama teringat akan peristiwa yang berlaku antara mereka. Ya! Cuma mereka berdua jak tahu kenapa mereka jika bertembung macam anjing dengan kucing!. Peristiwa ini berlaku masa mereka masih di sekolah rendah dulu. Korang ingat kan, di mana sekolah mereka dulu. Hah!. Tapi itu kenangan lama, sekarang! Kenangan itu kembali lagi tapi tempat yang lain cuma orangnya sama. Nora memandang wajah yang dikatanya macan alien tu. Wajah putih lelaki itu kelihatan kemerahan mungkin marah atau akibat cuaca mungkin.

" Err...Sorry.." Aku minta maaf. Salah aku sebab berjalan tak pakai mata. Syikin dan Mimie masih dalam keadaan terkejut dan pandang sama sendiri.

Ambrose terpesona dengan wajah manis milik minah Strawberry tu. Cantik. Mata hazel tu memukaunya untuk terus melihat. Indah. Tidak! Aku takkan suka dengan minah ni lagi. Out of my list! List apa tah yang Ambrose sebut ni aku pun tak tahu.

Aku memandang pakaian yang digunakannya. Baju jenama NiKE tanpa lengan berwarna hitam pekat! Menggoda! Arr! No Nora! Dia bukan mahram bagi kau!. Nora mengeleng-gelengkan kepalanya. Kejap! Warna hitam? Baju aku dan dia warna hitam ,ee sedondon betul pagi ni. Arr! No Nora. He is not your Jodoh!.

Apasal minah ni geleng-geleng. Kejap senyum sekejap marah. Gila ke apa minah ni. Langgar orang lepas tu sengih-sengih sorang diri. Kejap sengih sengih kejap cemberut.

" Lain kali ada mata guna! Ni tak mata letak dekat lutut." Marah Ambrose. Aiman dan Saiful hanya memerhatikan insiden tu. Cool! Haha. Tak tahu kenapa susah sangat Ambrose tu berlembut dengan Nora.

Sejak Nora pindah ke sekolah mereka barulah Ambrose mula membenci perempuan tapi perempuan tu hanyalah Nora sahaja. Perempuan yang lain Ambrose layan baik sangat. Peliklah member aku ni- Saiful.

! Aishh! Orang dah minta maaf secara baik! Dia marah pula kalau ikutkan hati aku tak minta maaf dekat mamat tu. Geramnya aku!'

" Orang dah minta maaf dekat dia, Dia bukan nak hargai! Baik tak payah minta maaf!." Marah Nora pula. Dia pantang dengan orang yang tak hargai orang lain. Hah! Seperti Ambrose tu lah.

Perlanggaran yang tak disengajakan menjadi pergaduhan besar antara dua anak Tengku ni. Hai.. nama jak anak Tengku tapi perangai memang tak macam Tengku. Macam suami isteri!. Haha!

" Nah! Take this! Ni baru saya sengaja! Kali ni no sorry morry dia. Bye!." Nora memijak kaki kiri milik Ambrose sekuat hati. Kan bagus kalau pakai high hill sedap tu.

Cepat-cepat Nora membawa pergi kawan-kawannya dari situ, takut ada yang meletus nanti. Ambrose melompat-lompat akibat pijakan Nora itu. Sakit! Hanya dia yang tanggung.

"Kurang ajar kau Minah! Takpa! Hari ni hari kau! Esok lusa hari aku pula!." Teriak Ambrose dengan kemarahan. Sakit di kaki tidak setanding dengan Sakit hatinya.

Kalau kau tu bukan Minah, dah lama penumbuk ni hinggap dekat pipi mulus kau tu! Baru padan dengan mulut!

AMBROSE menghenmpaskan punggungnya di atas kerusi empuk berwarna coklat. Kerusi mewah itu telah diimport dari German.

" Geram! Sial kau Minah Strawberry!." Ambrose melepaskan geramnya dengan menumbuk bantal kusyen. Bantal tersebut dia bayangkan yang dia tengah bagi punch yang istimewa buat Nora.Tengku Saloma yang baru balik dari rawatan rambut dan matanya terus terbeliak. Nasib tak terkeluar. Marahlah tu. Habis kau Ambrose.

Apa yang Ambrose buat dengan kusyen aku ni.

" Ambrose my dear! Stop it. Mummy beli mahal tau." Marah Tengku Saloma. Dia mengcekak pinggang.

Ambrose menoleh ke hadapan. Dia menelan Air liur. Habislah dia kali ni. Huhu.

" Mum...mummy.. er baru sampai?." Ambrose gagap. Takut dengan ibunya. Yalah siapa tak marah kan kalau ada yang cuba untuk merosakkan barang kesayangan kita.

Ambrose menyimpan kembali bantal kusyen tu. Dia menepuk-nepuk bagi mengebukan semula.

" Am sayang, kalau ya pun nak marah janganlah lepaskan kemarahan itu dekat kusyen. Hah! Cuba Ambrose bayangkan. Am dan wife bergaduh takkanlah nak lampiaskan kemarahan Am tu dekat anak kan?."

Tegur Tengku Saloma secara baik. Hilang amarahannya tadi. Biarpun anaknya salah ke apa dia tak akan buat perkara bodoh dengan menghukum anaknya. Bagi nasihat yang elok baru anak nak dengar kan?.

Sorry mummy, Am tak sengaja tadi. Ni pasal minah tu lah!

" Mummy! Cantik hari ni." Puji Ambrose. Nak lari dari topic asal lah tu. Tengku Saloma mengelengkan kepala. Ada jak ulah anaknya itu.

Bapa dengan anak sama jak perangai.

" Ada-ada jak Am tu, jangan tukar topik sayang. Dah! Mummy nak Am naik atas mandi, dah bau masam ni." Arah Tengku Saloma. Ambrose menuruti perintah mem besar tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience