" TENGKU ARISHA Nur Asywani bt. Tengku Dato' Rahim. Wah! Anak tengku kau ya Nora, asal tak bagitahu kami yang kau selama ni anak tengku. Kecik hati ni." Siti buat-buat rupa kecil hati. Sejujurnya dia tak ambil hati pun cuma dia sedih sebab baru jak dapat teman tapi sekarang temannya itu akan berpindah pula. Huhu.
Aku mengesat air mataku. Asal aku emo sangat ni?.
" Nora, perlu jugakah kau pindah tak puaslah nak menyakat kau nanti." Soal Esya pula yang dari tadi mendiamkan diri. Sebak kot.
Korang jangan ingat Esya tu masih sombong ya, sekarang ni dia jadi kawan baikku, pada mulanya memanglah sombong, mungkin berkat aku layan dia baik kot. Esya juga banyak perubahan juga kebelakangan ini. Rajin Solat rajin juga jadi mak nenek. Haha dialah yang rajin meleter kami kalau ada yang buat salah. Kalah ibu aku di rumah. Haha.
Tapi korang nak tahu lagi? Perubahan mengejut Esya ialah..Kepalanya yang dulu tu bebas nak tayang kat siapa saja sekarang dah ditutupi dengan tudung. Bertambah cantik wajahnya. Alhamdulillah ada hidayah juga kami sebilik dengan Esya. Tidak sia-sia.
" Tak pasti pula, emm kalau tahun ni mungkin belum kot. Mungkin form 2.?"
" Maksudnya ada masa lagilah kita orang lepak dengan Tengku ni..hehe." Laila pula bersuara. Bantal peluk berwarna jingga bercorak bunga itu dibawanya sekali. Tak lari dari bantal busuk pula Si Laila ni.
"Kau ni laila, jangan panggil aku macam tu, Nora cukuplah biasa-biasa jer. Tiada istilah Tengku, Tengku atas kertas saja tu." Tegur Nora bagi membetulkan keadaan yang agak canggung antara darjat.
Nora kau memang baik, patutlah semua orang senang hati bila bersama kau. Siti tersenyum.
Laila? Siapa Laila. Hah! Dialah gadis manis yang pucat lesi dulu tu. Masih ingat lagi? Mati-mati aku ingat dia sakit ke apa. Bila dah rapat macam ni baru aku tahu sebenarnya si Laila tu pucat lesi macam hari tu, letih sangat sebab berkerja di rumah sendiri mengalahkan orang gaji.
Laila dibesarkan oleh keluarga yang mulanya bahagia tapi setelah ibunya meninggal dunia akibat barah paru-paru. Tapi bukan perokok ho!. Laila dibesarkan oleh ayahnya. 5 tahun selepas kematian ibunya, ayahnya berkahwin dengan janda anak tiga. Hah! Sejak hari itulah kehidupan normal Laila berubah 360 darjah. Selebihnya tak nak saya kepoh-kepoh nak ceritakan. Hak Laila.
" You all..Dah lama kita bercerita ni, Asal tak tido lagi, jam pun dah terlebih masa untuk kita tidur. Kalau warden tahu mati kita sebilik kena hukum." Bebel Esya. Kan dah agak dah Esya. Kami semua memandang jam yang ditunjukkan oleh Esya. Hampir pukul jam 12 malam. Tak terasa pula lewat macam ni. Akhirnya kami ikut juga kata mak nenek Intan payung bilik A37 ni.
SAFUAN menghampiri Nora dengan nafas yang tercungap-cungap. Macam pelari maraton pula aku tengok. Tapi pelari maraton kali ni special sedikit sebab diimport dari Indonesia. Hish! Mamat Indon ni kan. Menyibuk betul. Aku tidak mengendahkan kehadiran pengacau alam semesta yang ini. Sakitkan hati saja. Safuan duduk menghadap wajah Nora. Kehadiran mendadak mamat indon tu tidak sama sekali mengacau rutinnya.
" Boleh saya duduk?." Safuan berkata agak nyaring. Memang nak tempah maut mamat ni. Tahu libry tempat membaca buku, ulangkaji bukan tempat pasar malam masih juga buat bising.
Kebisingan yang baru sahaja dilontarkan oleh Mamat Indon depannya itu telah menarik perhatian semua yang berkunjung terutamanya Pengawas perpustakaan. Jihan. Tulah sajalah aku tahu. Kelas mana, umur berapa tu aku tak tahu.
Kad warna merah ditayangkan. Adui! Dah macam permain bola pula. Tayang warna kad bagai. Fifa oi! Haha. Aku sokong Brazil sebab ada pakwe aku sana. Hihi. Tapi sebenarnya, aku tak berpihak kepada sesiapapun yang bertanding. Janji bola masuk goal. Hah! Itu baru aku sokong.
" Kan dah duduk dah, asal nak tanya." Bisik ku kasar. Nasib Baik juga Jihan dah tak kuasa nak layan Samseng bertih jagung macam Safuan Omar ni.
" Yer tak ya juga kan awak, Hihi..Awak..." Kepala safuan tersengih-sengih macam kerang busuk.
Apalagi mamat Indon ni mahu. " Apa dia?." Jawabku Malas. Tak serik-serik lagi nak kacau orang.
" Janganlah marah, awak tengah buat apa tu." Tanya Safuan sekadar mengusik buah hati apa salahnya. Helo! Safuan aku bukan girlfriend kau ye..Tak ingin aku kapel dengan mamat Indon.
" Takdalah awak, tengah memasak ni." 'Pegang buku mestilah baca buku. Sengal tollah mamat Indon ni.'
" Ohh ya kah...Nak join boleh." Safuan mengusik.
Cantiknya dia bila tengah fokus! Arr! Nora kau buat aku angau siang dan malam.
Disebabkan tidak berasa selesa diperhatikan begitu. Nora bersedia untuk beredar. Nak ulangkaji pun tak selesa. Mamat Indon miang. Ada saja peluang terus nak ambil kesempatan. Dasar lelaki miang
"Sayang nak kemana tu?." Aku menoleh ke belakang. Hah! sayang kepala otak hang. Aku menunjukkan buku lima kepadanya. Silap hari bulan ada yang makan buku lima aku ni.
'It's okay, makin lama kau lari makin lama itu juga aku akan kejar sehinggalah kau jadi milik aku Nora. Tunggu kau.' Seperti selalu. Safuan hanya memerhati kepergian Nora. Takkan nak buat drama hindi pula kat dalam Libry. Buat malu jak. Jatuh saham dia sebagai seorang jejaka idaman Malaya. Eww! Perasan lebih kau Safuan.
CUTI sekolah yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelang juga, kali ni semua pelajar diberikan cuti selama 3 minggu sebelum bersedia untuk ujian penggal terakhir. Bolehlah rehatkan fizikal dan mental terutamanya bebas dari mamat indon tu. Awal pagi lagi Papa jemput aku di asrama. Pertama kali juga aku bersemuka dengan madu ibu aku. Baik orangnya. Ibu tiri ada juga baik ho? Ingatkan semua ibu tiri jahat macam ibu tiri cinderella dan ibu tiri Laila. Macam manalah nasib Laila apabila pulang ke rumahnya. Kalau akulah, aku dah lama lari.
Aku mengambil wuduk untuk menunaikan solat Asar. Aku memanjatkan doa agar kedua-dua orang tuaku termasuk mama Nelly sihat wafiat tak lupa pula aku tentang ujian yang akan aku duduki setelah itu aku mengaminkan doaku.
Aku mengatur langkahku ke ruang tamu. Mama Nelly dan Ibuku bergurau senda tanpa lakonan juga. Syukurlah ibuku gembira semula. Macam manalah rasanya bermadu? Kau Nora masih kecik ada hati nak rasa apa itu madu. Tak semestinya madu itu manis. Nora berasa kasihan juga dengan Mama Nelly. Ingatkan aku ada seorang adik, bolehlah aku ajak main kan? tapi hampa papaku kata Ibu tiriku itu ada ketumbuhan pada rahim dan menyebabkan rahimnya terpaksa dikeluarkan Tapi yang menyedihkan ibu tiriku itu mengandung dua bulan tapi terpaksa dikeluarkan kerana berisiko bagi Mama Nelly untuk mengandung. Kasihan mama Nelly.
"Amboi, mesra nampak. Nora ada kat sebelah pun buat tak tahu." Sapaku. Aku mencium pipi ibuku. Ada perubahan di wajah mama Nelly. Aku sedar akan perubahan itu terus sahaja dengan tidak rasa kekok aku menghampirinya dan mencium juga pipi mama Nelly. Gembira tak terhingga dia.
Bertuahnya Kak Ara dapat anak sebaik Nora. Cantik pula tu.
Tengku Nelly meraba² pipinya, bekas ciuman anak tirinya itu. Bagaikan tidak percaya. Tidak bermimpikah dia. " Terima kasih sayang." Ujarnya dengan penuh kasih sayang.
"Nora tu Nel, memang macam tu manja saja kerja." Puan Sarah mengusik anaknya. Dia bersyukur apabila anaknya itu dapat menerima madunya dengan baik. Takut pula dia kalau si Nora tu terlebih nak Emo.
Puan Sarah terima dengan takdir Tuhan yang dia sekarang perlu berkongsi suami walaupun pada mulanya dia tak rela tapi kini sejak mengenali madunya itu dengan lebih mendalam terus berubah hatinya. Dia juga mahu ada teman nak berbual taklah dia bosan nanti asyik bercakap dengan dinding jak. Sejak Nora tinggal di asrama dia berasa sunyi ibarat hanya dia sahaja yang berada di Malaysia. Sedihnya..
Bahagiakan mereka sepanjang masa?
Share this novel