Bab 3

Romance Series 3186

KANTIN sekolah kedengaran riuh rendah, segala bunyi suara yang kedengaran. Bahaya tu kalau segala bunyi yang keluar. Bunyi Lembu Pak Usop ada sekali kot. Macam mengedik terlebih pula pelajar perempuan sekolah ni, adakah patut teriak macam orang kena sawan jak hanya kerana lelaki. Nora mengelengkan kepalanya. Mamat yang digerumi oleh ramai pelajar perempuan tu siapa? Macam pelajar baru saja. Lantaklah kau!.

" Helo cik adik manis pandang siapa tu?." Tegur Iaaz. Mamat bangla rupanya. Kejamnya kau Nora, Iaaz yang hensem tu kau samakan dengan bangla. Memang tak sama padan tol.

" Pandang oranglah takkan Mamat bangla pula." Nora menyuap nasi lemak ke dalam mulut. ' Sedapnya Mak Cik kantin buat.' Puji Nora dalam hati.

" Hish! Kau dua ni kan, ada ja nak bertekak. Itu salah ini salah. Macam pasangan sejoli sudah. " Bebel Nana. Mulut terkumat-kamit membebel.

" Kau ni kan Nana, pandai-pandai jak kau kenankan kami. We are still young okay, study first. Jangan nak mengatal nak couple." Nora mencebik. Masih mentah ada hati nak kenankan kawan dalam bab pasnagan ni. Memang gatal punya kawan.

Nora melihat ke arah orang yang digerumi orang ramai tu. Tak da? Lantaklah. Plastik bungkusan nasi lemak dilipatnya. Daripada aku layan bebelan Nana ni baik aku blah cepat. Iaaz ni pun satu, diam jak macam mengiakan pula apa yang dikatakan Nana. Tak teringin Aku!. Tangan kanannya memegang plastik bungkusan nasi lemak tu. Langkahnya menuju ke tong sampah kantin. Malang tidak berbau. Memanglah tak berbau Nora oi! Kalau bau dah lama orang sedar bahaya itu ada. Dia tidak dapat mengimbangkan badannya. Akibat terpijak kulit pisang yang berhampiran dengan tong sampah. Pisang ni pun satu, kenapalah tak masuk cun-cun dekat 'mak' kau tak pasal-pasal aku yang kena balanya.
Nasib baiklah ada yang baik hati menyambutnya daripada terjatuh kalau tak malu dia. Mereka saling menatap mata masing-masing. Agak lama. Dup! Dap!. Dia kaku! Jantungnya kini cepat pula mengepam. Kalau dapat didendangkan bagaimana cara bunyinya menggunakan mikrofon atau speaker memang bingit kantin. Inikan laki yang hotstuff tadi. Getaran apakah yang aku rasakan sekarang ni Ya Allah. ' Hemsemnya mamat ni!! Getar iman aku' Teriak Nora dalam hati. Nak kau teriak depan mamat ni. Malu do. Haha. Sempat pula kau puji mamat ni. Malulah konon.

" Thanks." Ujar Nora. Tubuhnya lantas menegak keras. Terkejut! Mana taknya mamat tu lah orang yang pertama pegang tangan dan pinggangnya. Dia tak marah sebab kalau bukan laki tu dah lama dia tersungkur mencium lantai kantin. Memang akan menjadi kisah hitam nya di kantin. Arr! Nasib

Lain pula yang berada dalam fikiran laki tu. Cantiknya awek ni. Mata hazel dia tu!. Nora dapat merasakan yang sekarang ni pipi dia membahang seperti nak terbakar jak. Ditenung agak lama oleh seorang lelaki siapa yang tahan kan. Malu beb!. Nora tertunduk malu. Aee? Malu-malu miaw pulak kau Nora.

" Takda hal Awak lain kali hati-hati ya..." Pesan laki tu.

Nora angguk. Prihatinnya dia. Ni yang aku lemah ni.

" Awak!..Awak dengar tak ni?." Lelaki itu memandangnya pelik. Kenapa pula minah ni? dah terlekat dengan aku ka?

" Takda pa-pa..Awak cakap dengan saya apa tadi?." Tanya Nora. Ada dia cakap dengan aku tadi kah? Nora! Kau ni pun satu kalau pun nak mengelamun, rumahkan ada.

Lelaki itu tersenyum menampakkan baris gigi yang tersusun rapat. Bukan sahaja rapat putih pula tu boleh buat iklan Colgate mesti lariskan. Haha

" Saya Ambrose, Tengku Ambrose Aeril bin Tengku Akim. Am jak senang, awak?." Ambrose menghulurkan tangannya tapi tidak pula disambut oleh Nora. Bukan sombong k guys! Ibu Nora pesan jangan salam lelaki yang bukan mahram bagi wanita. Alim tak huhu. Perasan!.

Ambrose yang sedar akan kesalahannya itu menarik kembali tangannya.malu bro.

" Sorry.."

" Takpa. Saya Nora. Awak baru kan kat sekolah ni?" Tanya Nora ramah. Jangan ramah sangat Nora nanti kena pijak palak.

Ambrose masih lagi tersenyum manis. Tersenyum manis pula mamat ni! Jangan melting Nora!. Cool.

" A'ah. Baru seminggu."

" ohh, kelas mana? Btw saya kelas 6 Melur. Awak?."

Ambrose meletakkan kedua-dua tangannya di dalam poket. Nak tunjuk macho lah..hurm! Lelaki.

" Saya dari kelas 6 Cempaka. Seronok berkenalan dengan Nora.." Dalam hati kata lain pula. 'Awak ni dah berpunya?'.

"Samalah." Nora membalas senyuman itu. Tidak mereka sedari yang ada pasang mata yang memandang tepat ke arah mereka. Korang rasa kan? Korang tau tak siapa yang pandang mereka macam nak telan orang kan?. Betul tak.

Iaaz merasakan ada sesuatu tak kena dengan dirinya. Dia macam tidak mahu membiarkan Nora lama berkenalan dengan lelaki itu. Mungkin terasa tergugat dengan kehadiran lelaki itu atau takut kedudukannya sebagai teman baik Nora akan berubah. Ni tak boleh jadi ni!Aku takkan biarkan. Apa pun terjadi! Nora tetap milik aku! Selamanya. Tiada siapa yang akan mengubah persahabatan kami.

" Sorry! Kenalkan saya Iaaz Aqiq. BoyfriEND Nora." Iaaz menekan perkataan 'boyfriend'. Dia pun tak tahu apa yang telah berlaku sekarang. Yang hanya dia tahu dia tak mahu Nora rapat dengan laki ni. Cemburu. Salahkah aku kalau nak cemburu! Sahabat aku kan? Sahabat jak ke Iaaz? Betul ni Iaaz tak menyesal.

Ambrose terasa tercabar. Siapa pula mamat ni tiba-tiba mengaku pakwe bakal awek aku. Nora geram. Siapa tak geram kan. Korang yang baca ni tak geram kah? Baru jak nak usyar mamat hemsem depan mata. Sekarang melepas pula.
Nora menyiku perut Iaaz. Biar terkeluar semua isi yang ada. Dengan usus-usus kau sekali juga. Kejam!. Iaaz mengaduh kesakitan. ' padan muka kau Iaaz, pandai-pandai mengaku boyfriend aku.' Nora berbisik di telinga kiri Iaaz menyuruhnya pergi. Kacau daun betul. Dengan rasa berat hati terpaksa juga dia pergi. Sempat juga dia memberi isyarat mata ke arah Ambrose. Cemburulah tu kan. Haha! Iaaz macam budak-budak.

" Sorry awak, dia memang macam tu. Iaaz suka sangat cemburu kalau Nora keluar dengan mana-mana laki. Awak jangan ambik hati k." Kata Nora. Aku pula yang berasa bersalah sekarang ni. Nanti kau Iaaz aku kerjakan kau dalam kelas. Terpaksa juga dia memaniskan senyuman dia. Malu besar.

" Sik ambik hatilah wak, btw siapa dia tu, boyfriend awak kah Nora?." Dah agak dah. Ni semua Iaaz punya pasal. Blah jak tanpa terus terang. Eyy? Bukan aku kah yang halau dia?.

" Taklah! Dia cuma 'teman lelaki' i mean kawan lelaki yang Nora ada my bestfriend. Dia baik sebenarnya. Tapi tak tahu kenapa dengan awak dia nampak lain macam." Nora mengerutkan keningnya. Pelik juga dengan Iaaz tu.

" He was jealous tu, maybe he love you." Ambrose hampa. Asal pula aku kata macam tu. Nora tersentak! Mana mungkin Iaaz suka Dia! Tak mungkin! Korang rasa apa Iaaz tu suka aku tak? Tak mungkin kan. Asal mamat ni cakap macam tu?.

" Tak mungkinlah awak, kami dah lama kenal lagipun saya dah anggap Iaaz macam abang saya sendiri...Okaylah Am takut terlewat pula masuk kelas, so saya pergi dulu. Selamat berkenalan dengan awak Ambrose. Bye. Assalamualaikum." Sangkal Nora. Dia tidak mahu Ambrose tersalah anggap paduhal selama ini tidak juga dia kisah kalau Iaaz kata macam tu.

Ambrose membalas salam Nora dalam hati. Matanya tidak berganjak dari memandang susuk badan Nora yang makin jauh pergi. Syukurlah Nora! Kau masih SINGLE. Ada peluang ni.. takkan aku sia-siakan peluang ni. Aku dapat rasakan yang Iaaz tu suka dengan Nora. Aku kan laki so aku tahu lah Iaaz ada hati dengan Nora si cantik manis tu. Cara dia pandang aku tadi memang dah agak. Korang rasa?

***

SEMUA pelajar kelas 6 Melur berdiri untuk memberikan salam kepada cikgu berbangsa cina yang akan mengajar mereka subjek yang berkaitan Angka yang sangat memeningkan. Matematik! Sebut saja matematik, adui! Pening palak. Cikgu Wong memulakan perlajarannya dan latihan yang tertungga semalam.

" Selamat pagi Cikgu!." Rahman selaku ketua kelas memberi salam. Tak semena-mena kami sekelas ketawa. Matahari tegak atas kepala pun dikatanya PAGI! kasihan pula dengan Rahman. Bukan dia tak tahu apa yang membuatkan sahabatnya itu letih asyik nak tidur dalam kelas sahaja.
Cikgu Wong menayangkan rotannya. Janganlah kejam cikgu! Kasihan Rahman. Nasib itu hanya dalam hati kalau terkeluar dari mulut. Haru! Siapa tak kenal Cikgu Wong ni garang macam singa. Singa pun garang ikut mood.

" Pagi? Kelas! Sekarang ni pagi ke tengahari? Ke malam.?" Marah Cikgu Wong. Terkebil-kebil mata Rahman.

" Selamat Tengahari Cikgu!." Ujar kami semua nyaring. Ketawa kami masih tersisa. Nak ketawa lebih takut pula. Bukan takut hantu ke apa? Sebab Cikgu lebih seram dari hantu kalau nak tahu. Shh! Rahsia kita jangan bagitahu Cikgu Wong ya.

" Diam! Sekali lagi kamu orang bising satu kelas keluar! Faham!." Cikgu Wong berkata dengan tegas kecut perut dengar. Kasihan Rahman kena marah. Kami menjawab 'faham' takut pula lambat balas satu kelas kena denda.

AMBROSE membuka pintu kereta apabila kereta BMW 6 series hitam milik keluarganya masuk ke perkarangan Banglo 3 tingkat. Ambrose Menuju ke taman mini ibunya. Tiada. ' mana mummy ni?'. Mak Mah menghampiri dia lantas mengambil beg sandangnya. Lembut. mestilah lembut kalau kasar dengan anak majikan matilah dia. Biarpun perangai teruk kalau dah namanya anak majikan tetap juga anak majikan. Pangkat sama besar dengan majikan.Tapi nasiblah Ambrose tidak sombong macam anak majikan yang lain.

" Terima kasih Mak Mah, Eh, Mummy dan Daddy pergi mana?." Tanya Ambrose. Rumah besar gedabak! Tapi sunyi apa guna.

" Tengku pergi ke kelab apa nama tu, klub err enter..." Agak beberbelit pula lidah Mak Mah. Maklumlah lidah yang takda pengalaman langsung.

" Club Enterperation lah Mak Mah." Ambrose memperbetulkan sebutan Mak Mah tadi.

Mak Mah ketawa. " Ya Tuan muda. HAHA."

" Panggil Am jaklah Mak Mah, tak payah Tuan-tuan macam tua pula." Mak Mah yang Tua tapi aku yang muda ni yang dihormati memang tidak patut.

Baiknya anak majikan aku ini. Bertuah bakal menantu Tengku nanti. Solat tak tinggal, hormat orang yang lebih tua. Kalau korang nak cari teman ya,carilah yang macam Tengku Ambrose ni, dahlah kacak,kaya,Tak tinggal solat,hormat orang tua,pemurah,penyayang,segak dan bergaya,Pandai pula tu. Kalau Mak cik ada anak perempuan dah lama Mak cik kenankan. Layak kah Mak Cik kenankan anak mak cik dengan kerabat diraja ni?. Mustahil.

Terima kasih kerana sudi membaca, jangan lupa vote yer

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience