Bab 20

Romance Series 3306

SAFUAN Mendengus dengan suara yang agak kasar, tanda tengah marah. Majalah hiburan itu dilemparnya ke lantai. Berita yang baru saja dia baca tadi membuat hatinya panas. Lama sudah dia menyimpan niat nak jadikan Nora itu sebagai peneman hidupnya. Tak sangka pula kini wanita yang dipujanya itu telah sah menjadi milik orang.

   " Sial! Kalau bukan kerana mamat tu dah lama Nora jadi milik aku, arr!." Safuan melepaskan kemarahannya dengan menepiskan pasu kristal yang berada di atas meja. Pecah berderai. Harga Pasu kristal itu tidak diendahkan.Apa aku kisah!

   " Takpa! Kau rampas dia dari aku! One day aku rampas dia balik. Tunggu Wan ya Nora sayang...Hahahaha!." Safuan ketawa dengan suara nyaring serta dengan menyimpan niat yang mendalam di dalam ati untuk memiliki Nora dengan pelbagai cara sekalipun dia akan rampas juga.

   NORA menarik perlahan kerusi meja makan. Setelah membaca bismillah roti tuna itu selamat dikunyahnya dengan geloyoh. Sedap. Datin Sarah mengelengkan kepalanya. Bukan dia tidak kenal dengan sikap anak kesayangan di keluarga ini, nampak sahaja makanan, orang sekeliling ibaratkan tidak wujud hanya akan ada makanan saja di matanya. Dengan gaya makan gelojoh serta comot alahaii macam masih budak-budak bukan layak seperti sudah bersuami. Ish2 sempat mengumpat anak sendiri yer.

   " Nora sayang...Perlahan-lahan makan nak." Tegur Datin Sarah. Nora tidak mengendahkan teguran itu. Masih mengunyah roti tuna kesukaannya itu dengan nikmat yang terkata.

    Ambrose melabuhkan punggungnya di sebelah Nora. Bukan share kerusi ya. Kalau share dengan Minah tu, gerenti tidur lantai punya beb.

   " Ibu sedaplah Ibu buat..memang pergh!." Puji Nora ikhlas. Antara kuih atau masakan Ibunya, Roti Tuna tu lah yang paling dia suka. Resepi buatan ibunya itu simple jer Tuna campur dengan mayonis serbaguna kemudian salutlah di atas permukaan bread ha! jadilah roti tuna gituu. Resepi ibu memang simple tapi sedap hehe

   " Kalau ya pun sayang, makanlah perlahan-lahan tak malu ke suami tengok tu." Tegur Tengku Dato Rahim pula. Acap kali dia dengan perangai anak tunggalnya itu.

   Nora makan roti tuna dengan selera sekali, matanya dipejamkan. Inilah Roti Tuna yang kelima selamat masuk ke dalam perutnya.

   " Ke Nora ni dah 'berisi' kot." Seloroh Tengku Datin Nelly pula

   Aku dan Ambrose tersedak serentak, manakala aku yang menikmati roti tuna tadi terbatuk, arr perih nyaa. Apa punya pertanyaan itu, pertanyaan yang cepu emas. Datin Sarah menyuakan Nora segelas air. Alhamdulillah, tak mati tersedak. Mama ni kan, ada pula nanti yang masuk ICU nanti.

   "Mama! Nora dan Am kan baru kawen belum sampai setahun pun.." Mukaku yang ceria tadi bertukar masam.

   Mama.Mama. macam manalah nak ada 'isi' kalau nak sentuh sedikit pun dah mengamuk, kempunanlah Am ni mama.

   " InsyaAllah Mama, kalau ada rezeki adalah cucu mama tahun ni." Ambrose bersuara kemudian berdehem. Takut pula dimarahi Nora.

   Nora menjeling Ambrose tajam, jelingan itu dituju khas buat si suami.

   Ingat aku ni kilang buat anak kau ke mamat. Ee!. Nora mengetap bibirnya. Ambrose hanya buat muka yang tidak bersalah sambil menikmati Roti Tuna yang separuh dah disuapnya tadi.

   " Alhamdulillah kenyangnya. Ibu, Papa and Mama, Nora pergi dulu ya. Assalamualaikum." Pamit Nora. Tangan kanan orang tuanya diciumnya termasuk tangan Ambrose. Riaksi tu bukan dilakonkan ya, tapi dah tanggungjawab dia. Salam restu dari suami.

   " Nora nak ke mana ni, rehatlah kat rumah sayang."

   " Nora nak ke butiklah bu. Nora banyak kerja ni lagipun hari ni ada meeting dengan Datin." Nora mengapai beg tangan jenama Bonia. Jenama itu adalah jenama yang sangat digemarinya.

   Ambrose mengejar langkah Nora dari belakang. Tangan Nora diraihnya kejap. Nora cuba untuk meleraikannya tapi tak berjaya sebab pegangan Ambrose susah dilepaskan.

   " Lepaslah! Aku ada banyak kerja lagi ni." dengus Nora.

   Minah ni kan, lembut sikit tak bolehkah. Cuba dimaniskan wajah tu. Kan cantik

   " Aku hantar kau." Ambrose pelawa dirinya menjadi supir percuma tanpa bayar.

   Hantar? Naik berdua-duaan dengan motor buruk dia tu. Ee taknaklah. Opps! Tak buruklah Suzuki hitam dia tu cuma dia tak selesalah, mesti Si Ambrose tu ambil kesempatan nanti.

   " Hantar? Dengan moto kau tu, dalam mimpi jaklah." Nora merengus kasar. Matanya dilirik ke arah Motosikal SUZUKI GSX-R1000 yang berwarna hitam. Air liur ditelan. Tidak dapat dibayangkan jika dirinya berdua-duaan dengan Ambrose, tiba2 membreak secara mengejut tak ke aniaya aku. ee tak nak!

   Nora berpaling semula menatap tepat ke arah muka Ambrose.

   " Kau sepatutnya bersyukur, kaulah orang yang paling bertuah naik moto dengan aku yang handsome ni." Puji Ambrose. Dasar laki tak tahu malu. Angkat bakul sendiri nampak.

   " A' ha, handsome mengalahkan lembu kurap tepi jalan tu adalah.." Perli Nora. Tangannya masih dipegang Ambrose. Makin meronta makin kejap pula pegangan Ambrose. Geram!.

   Lembu kurap? Tak sengaja hihi,mulut ni ha! Tak boleh duk diam. Ada jak ulahnya.

   " Amboi! Mulut tu kan, kang Aku cium baru tahu... tak salah kan? HALAL." Ambrose menjongketkan kening kanannya, terselit senyuman nakal di bibirnya. Kali ni Ambrose sengaja menekankan ayat HALAL tu.

   Nora membuat riak wajah mencuka. Ada hati nak cium aku, ada yang makan penumbuk pagi ni nanti.

   " Ciumlah kalau berani, huh!. Lepaskan lah Ambrose, aku nak pergi kerja dah ni." Bentak Nora.

   Ambrose menghampiri muka Nora. Alamak! Jangan kata mamat tu nak buat juga. Mulut ni hah!.

   Nora memejamkan matanya. Ambrose tersenyum, bukan nak cium isterinya itu cuma nak menyakat jak.

   Bau wangi Ambrose menusuk hidungnya. Wangi! " Bukan sekarang tapi Aku pasti akan dapat first kiss kau tu, kalau orang lain yang dapat sebelum aku siap kau! Aku kerjakan." Bisik Ambrose di tepi telinga Nora, Lembut dan tegas alunannya. Berderau darah Nora. First kiss dengan mamat ni? Jangan haraplah!

   Dia masih ingatlah mana yang halal mana yang haram baginya. Selagi dia menjadi isteri kepada Tengku Ambrose, nak tak nak dia sepatutnya reda juga. Sampai bilalah si Ambrose ni nak pegang tangan aku ni, tahulah halal.

   " Kalau aku hinggin huh! Lepaslah aku nak pergi cepat ni." Nora menarik-narik tangannya.

   Ambrose mengendahkan suara Nora yang kedengaran marah tu. Ambrose mengemaskan peganganmya kemudian membawa Nora menuju ke motosikal kesayangannya. Nora dipaksa naik. Ambrose menghidupkan motosikalnya yan berkuasa tinggi itu kemudian memecut laju.

   MOTOSIKAL SUZUKI GSX-R1000 diparkirkan berhampiran dengan sebuah butik. Nora terlebih dahulu keluar dari bangku motosikal itu. Tak ingin dia berbasa basi. sudah sampai destinasi apalagi cau lerr

   Apa Motosikal ni memang direka khas ker nak buat penumpang terpeluk pembonceng ni. Geram. Ambrose ni pun satu! Sikit-sikit nak break. Ada semut limpaslah,ada penyu limpaslah, kenapa tak cakap gajah limpas! . Bukannya aku tak tahu yang mamat tu sengaja buat macam tu, sebab nak aku peluk dialah tu.

   " Tak sangkakan, moto ni dibina khas buat pervert macam kau tu." Perli Nora. Nora memeluk tubuh. Tak puas hati.

   " Untunglah pervert tu kan." Ambrose tersengih nakal. Tahulah apa yang dimarahkan Nora.  Memang dia sengaja pun nak usik si isteri. Nak tengok mulut comel tu muncung sedepa, comel pula rasa. Tak tahu kenapa sejak berkahwin dengan Nora dia suka menyakat Nora. Cinta? Belum ada. Alisa tetap di hati.

*Flashback*

   Ambrose menghadiahkan tiga kuntum buah rose warna merah. Meja couple tu memang telah ditempah khas untuk mereka berdua. Candle light yang dihias itu memang membawa peranan betul, wajah bujur bak sirih itu dipandangnya penuh cinta. Alisa gadis yang sangat dicintainya sejak 3 tahun lepas.

   Hubungan percintaan antara Ambrose dan Alisa terjalin selama 2 tahun lebih barulah mereka berpakat untuk menamatkan zaman percintaan mereka. Setelah genap setahun hubungan mereka, Ambrose melamar Alisa sebagai tunangnya dan akan berkahwin setelah Alisa genap masuk 23 tahun.

   Tak sangka pula Alisa sanggup memilih kerjaya dari Berkahwin dengannya. Lebih memilih kerjaya sebagai modeling, salah aku juga sebab tak menitikberatkan hal yang dianggap kecil itu. Dia menyesal. Mampukah Aku mencintai Nora seperti aku menyintai Alisa?.Arr!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience