Bab 18

Romance Series 3186

PELUH di dahi terasa menitis hingga ke pipi. Bukan disebabkan aku berasa panas ke apa. Tak logic dibawa akallah kalau malam-macam ni panas. Sejuk naik meremang bulu roma adalah. Nak tinggal 'baby' kat tempat macam ni sayang lah pula kot-kot ada yang berniat jahat, berputih mata pula aku nanti.

Dahlah kawasan ni agak seram kiri dan kanan semua pokok a.k.a Hutan! Ee! Bukan tu yang merisaukan aku sebenarnya. Kalau hantu yang ganggu takpa, kalau manusia yang bertopengkan hantu yang ganggu macam mana? Itu yang merisaukan aku.

' Kalau aku berdiam terus macam ni siapa nak tolong aku.' Nora cuba untuk memberanikan dirinya keluar memeriksa tahap kerosakan si 'baby'.


Dalam kesibukan yang sememangnya dari tadi dia cuba mencari apa kerosakkan kereta kesayangannya itu tapi tak juga jumpa-jumpa. Dah nama cetek akal tentang kereta ni memang tak payah cari. Menyusahkan, menyesal pula tak ambil bidang ni dulu. Ambil kos basic ka pun takpaa atleast ada ilmu huhu

Nora diusik beberapa ekor Manusia yang bertopengkan Hantu yang ditakutkannya tadi. Ya Allah bantu hambamu ini. Nora berdoa dalam hati. Muncul perasaan takut menyelubungi hati

" Hello Cik adik manis, mey sini abang tolong." Seorang lelaki yang bermisai mengusik Nora.

'ABANG' eww siapa ingin ada abang tahap gatal buaya ni. Semakin aku diam semakin mereka mengusik aku. Badan aku sudah terasa getaran ketakutan yang menyelubungi badan.

Aku tidak selesa dibuat begitu. Aku tidak mahu badan aku yang hanya sesuai untuk bakal suamiku diratah dengan kejam oleh 4 buaya tembaga ni. Tidak! Ya Allah, selamatkan lah hambamu ini Ya Allah. Aku tidak mahu dinodai dengan cara begini. Ibuuu, mama papaaa tolong Nora, Nora takut

" Ala! Sombongnya dia, mey sini 'rasa' Abang punya, Abang tahu Cik adik manis ni pernah rasakan?." Sampuk lelaki kurang yang lain.

Cilaka punya buaya tembaga. Ingat aku ni pernah merasa kah! Ingat aku ni makanan ka nak dirasa.

Aku menampar lelaki tadi, tindakan aku itu telah mengundang bahaya. Puas hati aku! Siapa suruh mulut bau longkang!. Tapi kepuasan aku itu tiba-tiba mati. Mereka tiga galak menghampiriku. Aku cuba meronta-ronta minta dilepaskan tapi tidak berjaya.

" Lepaskanlah aku, buaya tembaga!. Tolong!" Aku teriak meminta tolong tapi tiada satu pun kereta yang lalu lalang. Ya Allah aku tidak mahu kehormatanku dinodai dengan sekejam ini.

" Tak payah nak jerit sayang, kita enjoy ya. Shhh.." Buaya Tembaga berbaju biru itu cuba untuk mencium bibirku. Aku tutup mulutku serapat-rapatnya dan mengelak dari dicium.

Takkan aku benarkan. lantas kaki kananku menyepak dengan kuat di celah kangkang lelaki durjana tersebut, Tindakan refleksi itu berjaya membebaskan aku tetapi sekejap. Kemudian dia cuba meraih lagi. Kini aku memejamkan mata dan mengelakkan bibirku dicium. Dalam hati aku berdoa akan ada seseorang yang akan membantuku saat genting ini.

Aku dapat rasakan jarak antara buaya tembaga tu makin jauh dari tubuhku. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku melihat 4 Buaya tembaga berjaya dikalahkan. Mak ai! Hebat sungguh hero malaya ni.

" Jom cabut lari." Teriak salah satu Buaya tembaga itu tadi sambil menekan perutnya. Padan muka!

Si Hero aku pandang lama. Ingin mengecam wajah yang telah menyelamatkan maruahku. Akibat jarak antara aku dan si hero jauh jadi susahlah nak kenal walaupun aku berdiri betul-betul dengan tiang lampu.

Semakin si hero mendekat semakin bergetar jantung ni. Macam aku kenal saja susuk badan hero ni. Ya Allah! Hero tu Ambrose.! Mataku membuntang luas seluasnya. Memang terkejut gila aku saat itu. Siapa sangka, setelah lama berpisah dapat pula jumpa dalam keadaan begini. Setiap kali aku mendapat musibah mesti si Ambrose ni datang menolong tepat pada waktunya. Macam waktu zaman sekolah dulu-dulu.

" Awak buat apa sini?." Itu soalan yang pertama keluar dari mulut mangkuk lepas ni. Terus hilang rasa kagum Nora. Spoil. Ingatkan nak tanya, awak okay ker.

" Tengah goreng pisang ni." Selorohku sambil menundingkan kereta kesayanganku.

Minah ni kan, orang tolong tak pandai nak bersyukur.

" Awak tahu tak, tak baik anak dara macam awak ni keluar malam-malam macam ni, sorang pula tu. Awak tak takut ker, ni nasib aku sempat datang kalau lambat apa jadi!? Lain kali hati2..." Tegur Ambrose sedikit tegas. Ada nada risau dihujungnya.

Gila tak takut! Lepas ni tak nak aku pulang lewat malam macam ni lagi. Kalau tak disebabkan si Ambrose memang dah lama membesarkan benih buaya tembaga tu, itupun kalau aku masih bernyawa, kalau dipotong dikerat2 18 potong,Ya Allahh huhu. Tapi tak sangka pula mangkuk lepas ni masih ingat aku. Tapi kenapa tak marah-marah dan annoying macam dulu.

" Benda yang terjadi ni bukan saya mahu pun, baby ni yang nak buat masalah." Keluhku. Ambrose memandangku dengan pandangan terkejut. ‘Baby??’

" Kau mengandung kerr!?." Tanya Ambrose dengan riak wajah terkejut. Boleh dilihat tahap terkejut dia tu. Panggilan saya dan kau berubah pula. Ni baru Ambrose yang lama.

" Kau jangan kurang ajar! Aku still anak dara okay!." Marahku dengan perasaan tak puas hati dituduh begitu. Beg tangan berwarna hitam jenama Gucci itu dihempaskan Nora ke bidang dada milik Ambrose padan muka. Main sedap mulut dia jak.

Ambrose memegang kedua belah tangan Nora serta merta tindakan Nora itu berhenti. Lama juga dia pegang tangan anak dara orang tu. Nora meronta baru dia lepaskan.

" Sorry, tak berniat pun. Habis tu apa yang dimaksudkan baby tu." Ambrose keliru juga dengan apa yang dimaksudkan oleh Nora tadi. Kalau orang lain pun akan berfikiran macam tu juga.

Nora mengeluh sambil mengelengkan kepala. Ke situ pula mangkuk lepas ni.

" Baby tu, kereta kesayangan saya ni lah. Balik dari butik terus mogok tak mahu jalan." Ambrose mengangguk faham rupanya 'baby' yang dimaksudkan oleh Nora tu adalah kereta merah tu rupanya. Mulut tak makan saman langsung kau Am.

NORA menekan butang lock pada keretanya. Peristiwa seminggu lepas masih segar dalam ingatan. Bila diceritakan dekat keluarganya, bukan main risau mereka. Baby yang rosak tiba-tiba tu nasib baik terus diambil oleh kenalan Ambrose, senang sedikit hatinya apabila Kereta kesayangannya itu selamat sampai di bengkel. Selepas merepair apa yang patut barulah Nora dapat menaiki kembali kereta Porsche Boxster warna merah tu. Gembira juga dalam hati yang Si 'baby' kembali sedia kala.

Pintu Pejabat yang diperbuat daripada kaca telah direka khas untuknya. Privacy door cuma hanya jelas dilihat keadaan luarannya jika berasa di dalam pejabatnya. Jika dilihat dari pandangan luar memang biasa saja, Privacy. Tiada tembus pandang.

Sengaja Nora menginginkan dinding dan pintu kaca sedemikian, senang bagi dia untuk melihat pekerjanya yang curi tulang ke apa sekali gus dia juga dapat buat kerja sambil jadi spy. Bijak kan?

Button interkom ditekan lama. " Yasmin, hari ni apa jadual i?." Tanya Nora

" Cik Nora ada meeting dengan Datin Rosmisa pasal Tempahan yang dia order 3 hari lepas."

Aku Mengeluh. Baru nak happy timbul pula 1 masalah besar. Patutlah mamat mangkuk lepas tu kenal aku rupanya bukan sahaja kenal malahan dia bakal suami aku. Geramnya aku orang buat keputusan tanpa bertanyakan aku dulu, dia mahu ke tak. Dah lah majlis tu tak lama lagi. Geram juga!

" Hello Cik Nora, are you still there" Kata Yasmin menyedarkan aku dari lamunan entah ini kali ke berapa Yasmin memanggilku.

" Yes i'm still here.. Suruh Datin Jumpa dengan i pukul 3.30 petang esok. Thanks Yasmin." Arahku. Sejujurnya, hari ni memang takda mood yang ceria langsung dia apabila mengetahui hasrat yang dikatakan oleh ibunya kemarin.

Aku mematikan perbualan aku setelah telefon jenama Iphone 16 pro bergetar minta disambut. Nombor tidak dikenali. Siapa pula ni?

" Asaalamualaikum, siapa ni?." Nora memberi salam di hujung talian.

" Ni akulah..Aku tunggu kau dekat bawah ni! Lama aku tunggu." Marah Ambrose. Mungkin penat menunggu.

Mamat mangkuk lepas rupanya, kalau aku tahu tak aku melembut dengan kau. Menyesal. Dari mana pula dia dapat no hp aku ni?

" Buat apa? Taknak aku." Tolak aku kasar ajakkan tak ikhlas mamat tu. Baik aku rehatkan fikiran aku ni yang sememangnya memeningkan.

" Ni pasal wedding kitalah yang akan berlangsung lusa aku ingatkan balik Lusa, Nak cari baju penggantin kau lah. Kau lupa, ke buat-buat lupa?."

Aku yang duduk dekat kerusiku terus berdiri. Terasa panas bilik pejabatku walaupun telah dipasang pendingin hawa ke suhu yang tinggi. What! Lusa! Mustahil bukan Ibu kata minggu depan. Apakah jadah jadi bini Mamat ni. Dalam masa terdekat! Oh myyyy cheesee

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience