PINTU peti sejuk dibuka luas. Buah oren digapai lantas disimpan di atas pinggan bulat bercorak ayam jantan. Sejak dia dan keluarganya berpindah ke Melaka Dia jarang bertemu dan lepak seperti selalu dia lakukan bersama sepupunya Nora dulu. Walaupun kehidupan dia dari Nora sekeluarga lebih mewah dia tak pernah kedekut untuk menolong apa yang patut bagi meringankan lagi beban yang ditanggung oleh sepupunya itu.
Puan Sarah seorang ibu tunggal yang tabah menyara hidup seorang anak tanpa bantuan suami memang susah. Tidak dapat membayangkan nasibnya seperti Nora, pasti juga dia akan berasa sedih dan kecewa seperti yang dialami oleh sepupunya itu.
" Damia!." Tegur Puan Nila menyedarkan anaknya dari terus mengelamun entah apa yang ada dalam fikirannya tu. Anaknya kelihatan susah hati saja.
'Aduh! Bersepah kulit limau atas lantai ni. Bertuah punya anak. ' kemanalah adik Mia sorang ni pergi.'. Bebel Puan Nila dalam hati.
Ada jak kerja anaknya sorang tu, apalah nak jadi memang langit dengan bumi walaupun kembar. Sorang duk terperap dalam rumah sorang pulak hilang entah ke mana. Semoga Allah lindungi anak aku yang sorang tu.
" Ada apa Mama? Damia kat dapur ni." Puan Nila menghampiri anaknya. Riak wajahnya kelihatan risau. Mesti ada yang tak kena ni. Apa lagilah adik aku buat kali.
" Takda, Mama cari Nini, dari tadi mama tercari-cari takda pun batang hidungnya. Susahkan hati Mama jak." Bebel Puan Nila. Jam di dinding dipandang sekilas. Solat maghrib ke tidak sorang ni. Aish! Anak bertuah.
" Tak tahulah Mama, tadi ada Mia call Nini kata ada hal dengan kawan pukul lapan macam tu balik." Jelas Damia. Air milo yang berada dalam jag dituangkan lalu disuakan kepada ibunya. Tidak lupa juga sebiji buah oren segar. Puan Nila yang tadinya kelihatan bengis kembali ceria apabila diumpan dengan buah kegemaran. Masam tapi sedap.
" Thanks anak Mama. Mia dah solat tak, kalau belum pergi naik atas solat nanti terlepas waktu pula."
" Dah nak pergi solatlah ni Mama." Damia meminta diri untuk solat. Sejuk hatinya melihat anaknya itu.
Damia Yusra dan Dania Yusna memang banyak perbezaan walaupun dua-dua seiras atau bak kata lain Kembar seiras. Damia seorang anak yang akur atas segala perintahnya, malahan yang sorang tu pula asyik nak memberontak jak kerja. Tapi hanya 1 saja yang sama..Manja.
Puan Nila dikejutkan dengan bunyi bising dari perkarangan rumah. ' Ni mesti budak bertuah tu. Dah nak malam baru nak balik.'
" Hye! Mama tengah buat apa tu.." Sergah Dania dari belakang. Kus semangat!. Budak ni kan memang nak kena ni.
" Tengah masak." Tau-tau orang tengah minum tanya pula. Sengal punya anak. Macam ibunya juga.Haha.
" Ni terjah terus tak bagi salam ni! Kan mama dah pesan bagi salam dulu tak fasal-fasal Mama pengsan nanti." Tegas Puan Nila. Dah berbuih-buih mulut ni bagi syarahan masih juga degil. Memang Jauh beza dengan si Damia.
Dania tersengih. Beg tangan jenama Gucci diletaknya di atas kusyen kulit. Dia menghampiri Ibunya. " Sorry Ma, Assalamualaikum mamaku yang tersayang." Dania memeluk erat tubuh ibunya. Terubat sikit pula kemarahan ibunya.
"Waalaikumussalam. Hah! Macam tu lah anak mama. Sejuk perut mama dengar." Puan Nila mencium pipi kanan anaknya.
Walaupun perangai Dania tu tak reti bahasa tu. Apu. Haha. Direct Mama Dania ni kan. Puan Nila tak pernah bahagikan kasih sayangnya antara kedua anak kembarnya itu, kasih sayangnya sentiasa sama rata. Tetapi apa yang dia mahu adalah kedua-dua anaknya itu membesar dengan ajaran agama yang telus supaya suatu hari nanti kedua-duanya akan menjadi anak yang solehah. Aminn
" Mama ada rasa macam bau lain lah. Busuk semacam jak mama hidu ni." Puan Nila menutup hidungnya. Pura-pura menghidu bau sesuatu yang aneh dari tubuh anaknya. Dania memuncungkan mulutnya ke hadapan. Merajuk! Taknak kawan Mamalah.
" Mama ni kan. Huh! Tak nak Kawan nanti." Dania sedia untuk merajuk. Nak tengok juga macam mana mama dia pujuk. Sweet ke idok. Haha.
" Nini tu memang mama, macam bau tahi ayam. Haha!." Damia menyampuk. Tahi ayam bau ke?
" Eee.. akak ni kan, ada jak nak cari fasal dengan Nini. Akak tu lagi bau tau! Lalat lalu pun boleh pengsan ke mati terus, huh!." Melebihlah pula minah ni. Kang ada yang masuk hospital nanti. Sabar Mia. Adik kau tu.
" Dah jangan gaduh. Anak mama wangi cuma kali ni busuk sikit. Nini naik atas, solat kalau belum lepas mandi dah mandi tolong mama masak." Puan Nila bersuara. Takut pula ada yang pecah nanti kalau dibiarkan. Bukan kita tak tahu, nama saja kembar tapi macam kucing dengan anjing saja. Kalau jumpa ada saja nak bertekak. Ada saja yang tidak Ngam
" Mana aci Nini yang tolong mama, suruh kakak lah. Nini dah solat tadi kat rumah kawan Nini." Sempat juga Nini protes. Puan Nila lega. Walau sesibuk mana pun, balik lewat Mana pun anaknya itu tidak lupa akan kewajipan sebagai umat Islam.
" Mama tak kira. Dua-dua anak mama mesti tolong mama,tak makan pula kita nanti, kejap lagi papa nak balik." Tegas Puan Nila. Takda istilah berat sebelah ni.
" Mama sayang Mia lebih...Yea! " Damia menjelirkan lidahnya.
" I know you're jealous sistar, i can feel it, coz i'm your twin." Tambah Dania lagi. Geramnya aku! Nasib baiklah kau tu adik aku kalau orang lain dah lama aku cilikan mulut kau tu.
" Tak kuasa aku...Puikk!." Getus Damia. Kini mereka bertikam lidah. Puan Nila mengeluh. Anak dia ni aduh. Mula dah berperang tu. Korang jangan macam anak aunty ya, dengan adik-adik jangan bergaduh k tak baik. Kus semangat mak korang nanti.
" Nini, Mia! Cukup, hari-hari nak bertekak tak letih kah. Mama Merajuk lah.".Rajuk Puan Nila.
Damia dan Dania berhenti bertekak masing-masing memandang ke arah ibunya yang tengah merajuk. Kening mereka naik sebelah. Macam ada agenda lain jak tu. Puan Nila mengerutkan keningnya.
" Mama!." Teriak mereka berdua. Damia dan Dania memerluk manja tubuh ibu mereka. Puan Nila tersenyum senang.
Gembira! Ingatkan nak merajuk lama tapi tak tahan kalau macam ni. Pandai anak mama pujuk. Terubat rajuk. Ibu manalah yang tahan lama rajuknya kalau anak-anak pandai pujuk.
" Assalamualaikum." Encik Kamal memberi salam. Damia dan Dania saling berpandangan. Alamak! Lauk belum masak. Mereka berlari ke dapur. Encik Kamal pandang pelik, meminta kepastian dari isteri kesayangnya. Puan Nila hanya mengangkat bahunya dua kali. Entah..
NORA terbangun dari tidurnya apabila dia terdengar deringan lagu ALL EVER I NEED BY AUSTIN MAHONE. Dia malas nak bangun, nak tak nak terpaksa juga dia bangun mengapai telefon bimbitnya. Siapalah beruk yang berani kejutkan aku malam-malam buta ni. Matanya memandang sekilas nombor yang tertera pada telefon bimbitnya sebelum menyambung talian tersebut. Iaaz Aqiq
" Assalamualaikum... Iaaz ada apa? Aku nak tido pun susah..Kau tahu tak pukul berapa sekarang." Terus berpadu pula soalan yang keluar.
Iaaz menjawab salam Nora dalam hati. " Janganlah marah cik adik sayang oii! Saja nak tanya Nora sihat ke tidak." Suara Iaaz kedengaran mengendur tetapi kembali mengusik Nora. Memang nak cari nahas saja Iaaz Aqiq ni.
" Alhamdulilah, Sihat wafiat, tu jak kah nak tanya. Lewat sudah ni. Aku mengantuklah Iaaz. Esok kalau aku tertidur dalam kelas kena marah Cikgu Maureen lah pula." Teringat pula dengan cikgu disiplin yang mengajar Nora bahasa Melayu. Pantang nampak pelajar yang tidur dalam kelas mesti dimarahinya. Eee! Tidak mahu ar! Aku. Jatuh reputasi aku nanti.
" Hish! Apa nak kisah Bukannya Cikgu Maureen tu makan kau pun."
" Kau tu Iaaz! Kalau tak belajar pun boleh dapat A apa kau kisah, aku ni kalau dapat telan buku pun belum tentu aku sepandai kau tu."
" Yalah Nora Sayang." Usik Iaaz. Nora terkesima. Tadinya mata kuyu sebab nak tidur terus jadi segar macam kena simbah air saat terdengar SAYANG keluar dari mulut Iaaz Aqiq.
" Sayang.. kenapa ni?." Tanya Iaaz risau apabila tiada suara yang keluar dari telefonnya. Rosak kah telefon ni? Paduhal baru jak servis minggu lepas. Handphone boleh diservis, wah bukan kereta jak ada servis, handphone pun ada. Macam²
" Hah! Apa dia?." Dia tersedar. Pipinya membahang. Kenapa pula dengan aku ni. Wake up Nora. ' malunya aku.'
" Tu lah kan dah melting dengar suara aku ni, hot tak ada ala² Aaron Aziz yang kau minat tu." Usik Iaaz lagi. Dia ketawa terbahak-bahak. Perasannya! Kenapalah aku suka sangat mengusik Nora ni. Makin diusik makin seronok pula.
Selama kenal Nora tak pula jemu-jemu mengusik Nora. Mungkin dah terbiasa. Korang hah! Jangan nak teringin usik anak dara orang ya. Bahaya. Aku jak boleh. Haha.
Makin dilayan makin melarat pula si Iaaz ni. " Dahlah Az, nak tido ni, ngantuk. Tata(bye) jumpa esok." kata Nora malas. Letih! ' Kau punya pasal lah ni Iaaz! Tak pasal-pasal aku yang nyenyak tadi sekarang tak dapat tidur.' Marah Nora dalam hati
" Tung..." Belum sempat Iaaz menghabiskan kata-katanya Nora dah pun mematikan talian. Iaaz mengeluh. Nora-nora. Takpa janji dah dengar suara pun takpa. Kenapa pula dengan kau ni Iaaz. Dia dah macam adik jak okay. Jangan lebih.
Terima kasih kerana sudi membaca, jangan lupa vote jer
Share this novel