Bab 16

Romance Series 3186

8 Tahun berlalu...

SUASANA di dalam KFC Pavillion tak boleh nak diungkapkan, ada suara anak kecil yang berteriakan tak tahu kenapa dan mengapa budak tu teriak, nak test power suara kot. Kalau nak jadi rocker bukan sini dek, sini tempat makan. Bukan sahaja suara anak kecil suara yang dewasa pun ada, dah macam pasar ikan pula aku dengar Ikan! Ikan! Haha! Apasal aku melalut ni. Mungkin bosan tunggu lama. Bilalah tiba giliran aku ni. Sabar Nora, tak lari makanan tu.

Aku terpandang ke arah seorang ibu yang macam dalam kesusahan pula. si ibu menyelongkar sesuatu di dalam beg tangannya tetapi disebabkan tangan kirinya mendukung si comel susah pula nak dapatkan barang dalam beg tu. AKU DAPAT BAYANGKAN BAGAIMANA SUSAHNYA MENJADI SEORANG IBU.

Aku menghampiri si ibu, tak salah kan sebab sekarang si ibu memang betul berada di hadapanku. Si comel tu pula tak berhenti-henti merengek. Aku menyapanya setelah aku mengatakan yang aku ingin meringankan bebannya untuk mendukung si kecil itu. Kini aku mendukung budak kecil tu membiarkan si ibu mencari sesuatu dalam begnya itu dengan senang.

Aku mengambil kesempatan meneliti wajah si kecil. Comel, mata hazel brown, mempunyai bulu mata yang tebal dan lentik, hidung mancung dan bila aku perati lebih dalam lagi aku perasan si comel dah macam anak kacukan mat saleh, comel gilak!

" Thanks, tak tahulah macam mana nak balas jasa awak." Si ibu mengucap syukur. Aku melihat ke arah tangannya. Oh nak ambil Dompet rupanya.

Si kecil tersenyum manja dalam dukunganku, terdetik pula satu perasaan yang hanya si ibu yang tahu. Berangan nak jadi ibu kah kau Nora. Haha.

" Takpalah Cik, small matter. Comellah berapa umur dia?." Aku mengelus lembut pipi gebu si comel.

" 10 bulan, 3 hari lagi genaplah 11 si Aina ni." Si ibu tersenyum melihat ke arahku.

Baik pula budak tu aku tengok, eh, budak ker? Macam muda saja dari aku yang membezakan dia dah berkahwin dan aku still bujang.

"Oh Aina nama dia.. Comel lah geram saya tengok, nak gigit-gigit pipi montel dia tu tapi kasihan." Jujurku. Tak dapat dinafikan apa perasaan ku kini. Gembira sangat-sangat. Kalau ada anak secomel macam si Aina alangkah indahnya.

" Tak sangka juga Saya yang Aina ni boleh rapat pula dengan orang yang baru dia kenal." Pelik si ibu, mana tak peliknya. Selama si kecil Aina lahir tak pernah nak selesa dengan orang yang baru dia kenali selain Dia, si suami dan Pak Long dia jak. Kalau Mummy dengan Daddy dia kejap nak kejap tidak.

" Tak tahu pula hihi... terkena godaan si kakak Manis kot." Seloroh Nora. Si ibu tersenyum pula dengan selorohnya pula.

Siapa pula gadis manis ni macam sebaya dengan Along jak mungkin juga tua yang pasti gerenti tua dari aku ni. Si Ibu menyuarakan pendapat di dalam hati

" btw...Dari tadi kita bercakap tak tahu nama pula. Haha, nama awak siapa?." Tanya si ibu.

Aku menepuk kepala. Alamak betul juga apa yang dia cakap. Main redah jak, nama pun tak tahu.

" Hi kenalkan, saya Nora. Awak lah?." Aku bermain-main dengan tangan montel si comel.

" Saya Yana, Awak ni umur berapa ya Nora?." Si kecil Aina kini berada dalam dukungan ibunya.

"22 Tahun hehe. Awak pula Yana berapa"

" Ingatkan muda hihi rupa-rupanya Nora tua dari Yana. Yana 20 kak." Tak sangkalah pula aku ni tua. Uwaa terasa tua. Memang pun. Terus bertukar pangkat aunty kepada pangkat Kakak esok pula pangkat apa pula, jangan dikatakan pangkat Kak Long sudah.! Huhu

" ohh.." Aku juga mengiakan katanya. Terimalah hakikat Nora yang you tu tua aku ulang lagi TUA. Boleh dapat pangkat ibu sudah.

Yana meminta diri untuk beredar meninggalkan aku setelah mendapat pesanan makanannya. Dia membawa aku untuk bersamanya makan dengan abangnya. Tak nak aku kacau daun. Aku menolak ajakkannya dengan lembut.

Pelayan KFC memanggil aku dan menanyakan aku apa menu yang ini aku pilih. Pekerja Kfc dan kedai semuanya warna merah, kenapa tak pakai warna hitam? Rare bah. Dapat dibayangkan kalau pekerja dan kedai berwarna hitam...Ee! Seram pula dah macam orang berkabung.

" Excuse me miss, your order please?." Tegur si pekerja lelaki. Handsome. Kalau macam ni hari-harilah datang KFC. Kenyang perut kenyang juga mata. Gatal.

Tanpa memandang Menu yang berada di hadapan. Aku mengatakan kemahuanku.

" Jimat box satu, makan sini." Kalau masuk KFC tu jak yang aku minta(seperti di dalam gambar) . Jimat box adalah satu menu yang lengkap harga pun lumayan juga. Tak rugi order. Mantap!.

" Rm8.95 miss,Do you want anything else?." Tanya si handsome. Sempat kau menggatal ya Nora. Nasib baik sikda si Abang kalau tak habislah kau.

" It's okay, just only that." Kataku. Duit not berwarna merah disuakan kepada pekerja yang kacak tu.

Setelah menu yang dipesan sampai dan baki dipulangkan. Nora mengangkat dulang berwarna coklat itu dari kaunter.

Mana aku nak duduk ni? Macam penuh jak. Baik aku pilih kat hujung tu.

Nora melihat tempat duduk di hadapannya kosong. Alhamdulillah rezeki dialah kali ini. Setelah duduk, Nora mulai membaca doa sebelum makan.

" Nyonya cantik..bisa ngak minta no hapeknya." Suara minah Indon mana pula ni. Kacau betullah.

Nora sedia nak memberus minah Indon tu. Dah lah orang asing ada hati nak ngorat minah Malaysia. Ee! Lesbo ka? Terasa geli satu badan.

" Maaf..." Belum habis ayatnya mulutnya terlopong habis! Matanya kini tepat menghadap wajah yang disangkakan Minah Indon tu rupa-rupanya Sahabatnya sendiri.

" Nana! Dah lama tak jumpa, Mak buyung sudah ya.." Tegur Nora gembira. Nana mengambil tempat Berhadapan dengan Nora.

Tak sangka dia dapat bejumpa kembali setelah 10 tahun tak bertemu. Bukan sekejap tu lama!. Nasib baik dia tak silap orang. Takut pula kalau dia tersilap tegur tadi.

" Ni berapa dah ni?." Tanya Nora lagi dengan nada yang teruja. Gembira dapat bertemu dengan kawan yang sangat dirinduinya itu.

Nana tak larat nak bersuara hanya menunjukkan jari yang menjadi 6 angka. Kasihan pula aku tengok. Nora meneguk air dengan perlahan.

" Sorry Nora, ada Nana pergi rumah Nora edarkan Kad jemputan tapi mama Nora bagitahu Nora masih study di Australia.

Ya aku masih ingat dulu. Ada mamanya menyebut soal tu. Aku berasa bersalah pula tak dapat menghadiri majlis yang bersejarah buat temannya itu.

Kami berbual agak lama juga setelah dikejutkan dengan sebuah panggilan barulah perbualan kami tamat, tak puas pula rasa,masa macam berlalu terlalu cepat . Laki Nanalah tu takut sangat bini hilang.Tak larat aku nak angkat si mak buyung berat! Haha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience