Bab 1

Romance Series 3186

" NORA! Bangun Nora,nanti lambat pergi sekolah. " panggil Puan Sarah dari arah dapur. Nora masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bangun dari katil masih enak diulit mimpi. Terlalu letih kerana menyiapkan kerja rumahnya sehingga larut malam. 'Hish! Budak bertuah ni kan.' Puan Sarah berjalan menuju ke arah bilik anak perempuannya itu

Nora masih lagi menyelimuti tubuhnya. Sedikit pun tidak mencelikkan mata. Keadaan bilik yang gelap gelita secara tiba-tiba menjadi terang apabila Puan Sarah menekan suis lampu yg berada di kiri sebelah Suis kipas.

Puan Sarah sangat menyayangi anaknya Nora kerana Nora sahajalah harta yang paling berharga yang dia miliki. Puan Sarah dan anaknya telah ditinggalkan oleh bekas suaminya, Rahim. Nora ketika itu masih kecil. Sehingga sekarang Rahim tidak diketahui tentang keberadaannya.

Puan Sarah tidak mahu mengambil tahu lagi hal yang berkaitan dengan bekas suaminya itu, Puan Sarah hanya mahu kebahagiaan dan kejayaan anaknya harus dia titikberatkan. Bukan dia tidak tahu yang Nora selama ini berasa terkilan sebab teringin merasai kasih sayang seorang ayah yang selama ini dia tidak pernah rasai dari kecil. KASIH IBU SAMPAI KE SYURGA, KASIH AYAH SELAMANYA.

" Nora! Bangun sayang." Puan Sarah menepuk manja bahu anaknya. Nora mengeliat tetapi masih juga tidak berganjak dari katilnya.

" Ibu, Nora rasalah kan bu, Nora macam nak demamlah." Dengan suara serak Nora merengek.

Puan Sarah meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi Nora. PANAS!. Puan Sarah keluar dari bilik Nora untuk mengambil tuala basah. Setelah beberapa minit, Puan Sarah kembali ke bilik anaknya semula, dia kemudiannnya memulaskan tuala tersebut dan diletakkan ke atas permukaan dahi Nora. Supaya panas di dahi anaknya reda sedikit. Ubat panadol dihulurkannya kepada Nora. Nora ni jika sakit memang susah sangat kalau disuruh makan ubat, sejak kecil lagi. Degil!.

" Ibu tak payah susahkan Ibu, Nora boleh ambilkan sendiri." Nora menolak ubat yang diberikan oleh ibunya.

Puan Sarah bukannya tidak tahu anaknya itu. Jika disuruh makan ubat, apa-apa jenis ubat mesti dia akan beri alasan bagi mengelakkan diri dari memakan ubat tersebut. Nora memandang wajah ibu, dia berharap sangat kalau ubat tersebut tak masuk ke dalam mulutnya. ' Pahit! Tak sanggup aku telan.'

" Jangan nak buat riak muka manja yer, ibu tahu Nora sengaja kan sebab nak elak makan ubat kan?." Puan Sarah mencekak pinggang. Nora tersengih. Tahu pula ibunya. Huhu.

" Ibu tahu, hihi..." Nora tersengih.

" Mestilah Ibu tahu, sebab itulah ibu siap-siap sudah hanculkan panadol ni ha." Panadol tersebut dihancurkan dan kemudiannya ditambahkan sedikit gula. Cara beginilah jika beri anak perempuannya ubat.

Akhirnya nak tak nak terpaksalah dia telan kalau nak cepat sembuh lagipun ada juga rasanya kan. Lagipun dia pun taknak sakit lama-lama. Tak kuasa telan ubat hari-hari. Uwekk!.

*****

IAAZ melirik ke arah jam di pergelangan tangan kanannya. 7.59 pagi. Lebih kurang 1 minit, angka jam akan bertukar 8 pagi bermakna tak lama lagi sesi pembelajaran akan bermula. Nora pula belum menunjukkan dirinya akan datang ke sekolah, biasanya Noralah orang yang paling awal datang ke sekolah dari mereka semua. Tetapi kali ni lain pula, tak sedap hati dia kali ni. Nora, awak okay kah. Dia melihat ke tempat duduk Nora. KOSONG.

" Nana, Ika! korang ada nampak tak Nora? Dia ada cakap apa-apakah kat korang?." Tanya Iaaz.

" Tak tahu pulak. Maybe dia ada hal tu sebab dia tak datang kot." Ujar Nana. Bahunya terangkat-angkat.

" Hurmm... takpalah. Nanti kan kalau korang jumpa Nora kirim salam dengan dia."

" okay sir!." Ika memberi tabik. Macam polis pula anak dara sorang ni.

" Apa bersir-sir ni. Eh lupa pula jadi kita orang study group?." Tanya Iaaz.

" petang ni dekat rumah Nora, kau jadi ikut kita orang kah Iaaz." Soal Nana pula. Iaaz menepuk dahinya. Alamak! Apalah pelupa sangat.

" Sorrylah Korang, petang ni Aku ada aktiviti penting, Ada Latihan team."

NORA berlari anak menuju ke ruang tamu apabila terdengar suara kawan-kawannya.

" Jemput masuk." Pelawanya dengan sengihan. Cool fever yang melekat elok di dahinya telah menarik perhatian 2 sehabatnya itu.

" Dah masuk dah pun, kau tak datang sekolah tadi kenapa. Kau tahu tak prince charming cari kau." Nana menumbuk bahu kanan Nora.

" Sakitlah." Nora mengaduh kesakitan sambil mengusap bahu kanannya.

NORA menghidangkan pisang goreng yang masih panas mana tak panasnya baru digoreng petang ni. Sungguh beruntunglah Nana sama Ika sebab rezeki mereka berdua.

" Nah, makan. Aku buat ni, kalau tak habis jaga korang." Pelawa Nora sambil menuangkan air teh panas kurang manis.

" Okay. No problem. Kami tahu pasti sedap punya." Nana menunjukkan ibu jarinya. Dua sekaligus ibu jarinya. Sedap sampai gitu kah. Aduh terasa kembang pula hidung kena puji.

" Ada-ada jak korang ni kan. Hah! Apa korang nak sebut pasal Iaaz tadi?." Mahu juga aku nak tahu apa cerita Budak Iaaz tu, sehari tak jumpa macam setahun. Kalau tak fasal dirinya demam, pagi tadi memang dia datang. Tapi nak buat macam mana,diakan demam, kalau dibiarkan dirinya datang sekolah hanya kerana ingin bertemu dengan Iaaz tak ke cari padah namanya, nasib baiklah demamnya dah kebah sedikit. Berkat jagaan ibunya juga.

Iaaz Aqiq macamlah dia tak kenal, nakal bukan main kepalang tapi otak tu cerdik sangat tak belajar pun boleh dapat Straight A. Otak Apalah budak tu kan, Kan bagus kalau share sedikit kat aku yang otak udang ni. Biar nanti sepadan. Hehe

" Iaaz yang mana satu?.." Nana mengaru kepalanya yang tidak gatal

Nak jak aku ketuk kepala Nana tu, dia yang sebut dia pula yang pura-pura lupa. Geramnya.

" Aku ketuk kang palak kau tu guna pinggan ni, mungkin lepas ni kau akan ingat. Macamlah ramai orang di sekolah kita sama nama dengan Iaaz. Kalau ada pun cuma Izz sorang, tu pun sebutan tak sama, Pangkal huruf I dan Z jak sama. " Marah aku. Geram aku ni. Nasib dialah dapat kawan pelupa macam Nana.

Nana tersengih. Dia garu kepala. " ohh! Iaaz haha buah hati Nora ingat." Usik Nana. Sambil mengunyah pisang goreng.

Nora membulatkan biji matanya tanda menyangkal. Dia dan Iaaz hanya sahabat baik sejak 4 tahun lepas. Dia bukannya ada perasaan pun dengan Iaaz Aqiq tu.Banyak juga adegan perkenalan antara dia dan Iaaz. Jauh sudah lamunannya.

" Nora! Oh intan payung!" Ika menayangkan tangannya di hadapan mukanya. Ini kali kedua Nana menegur Nora daripada lamunannya. Ni mesti Iaaz Aqiq. Tu yang buat kawan dia sorang ni angau sikit. Kata tak suka, tapi kan apasal pulak panggil Iaaz dengan pangilan prince charming eyy?

" Hah! Korang ni kan, aku dan Iaaz tu takda apa-apa okay." Nora memeluk tubuh. Geram betul dia. Ada ke patut kata macam tu.

" Yerlah tu, ke ada gitu-gitu haha! Lagipun kan kami tengok korang ni Sweet semacam jak. Tol kan Na." Ika memandang Nana minta sokongan padu.

Nora mencebik bibirnya. Ni bukan main seronok lagi ni nak kenakan aku.Siap korang kalau aku sihat nanti, aku lanyang korang hidup-hidup.

" ya. Betul apa Ika cakap tu. Haha apa orang kata CRUSH." Sokong Nana. Mereka berdua sama-sama gelakkan Nora. Gelaklah! Sabar jaklah Nora. Dapat kawan macam tu.

Kipas yang berpusing nombor 5 pun masih terasa panas. Kalau ada no 6 macam manalah agaknya. Faktor cuaca yang agak panas pada tahun ni memang menjadi punca kipas yang berputar angka 5 pun masih juga terasa bahang matahari. Kalau nak pasang pendingin hawa bukan dia mampu. Mahal. Huhu

" Korang nak sangat kan. Hah! Ni korang dapat." Marah Nora. Tangannya siap sedia nak cubit pinggang milik Ika dan Nana. Nak mengelak pun dah kena cubit, itulah padahnya. Hoho.

Mereka bertiga akhirnya ketawa bersama-sama. Terasa ceria suasana rumah Nora pada saat itu. Nak marah pun tak sampai sejam. Dah namanya kawan, marah pun sekejap saja, Marah-marah manja. Tak tahan nak marah lama-lama. Nana buat muka serius kali ni betul-betul serius. Serius sangat kah tu.

" Kejap, betul ka Nora, kau dan Iaaz tu betul-betul tak couple kah. Takkanlah kau takda hati kot dengan Iaaz kau kan lebih kenal Iaaz dari kami berdua. Mustahillah takda feeling apa-apa. Ke kau ni Lesbo!." Hampir nak terkeluar rasa kuih pisang yang dia telan tadi. Ada ke patut perempuan ayu seperti dia ni dikatakan Lesbo. Agak-agaklah wei. Aku perempuan melayu terakhir ok.

Nana mengaru kepalanya. Soalan apalah yang baru keluar dari mulutnya. Tak terkawal beb. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata mana boleh laris wei. Aissh! Macam terlajak laris jak. Haha. Salah ke pribahasa aku tu. Ah! Lantaklah janji maksud sama.

" Kau ni Na, nak kata sengal tak juga. Aku normal okay,Kalau aku tak normal dah lama korang aku 'kerjakan'." Sengihan nakal Nora terukir di bibir. Seram pula dilihat

" Hihi main-main jak tadi. Kau belum jawab soalan aku betul ka?." Nana mengulang semula soalannya. Ika? ada urusan penting dengan bank yang tertunggak katanya.ewww.

Nora berdebar-debar. "Betul...Takdalah aku Suka, aku anggap dia macam abang aku jak pun." Suaranya mendatar. Debar Tuhan jak tahu. Yeker abang? Ke abang sayang?

" Okaylah, btw Iaaz cari kau tadi.Dia kirim salam sayang untuk kau. " Kasihan pula dia dengan Nora. Kalau Iaaz dan Nora memang ada apa-apa dia tumpang gembira. Hampir lupa dia nak sampaikan salam Iaaz pagi tadi. Huhu.

" Waalaikumussalam. Baru sekarang kau ingat Na." Berbunga pula hati ini apabila Iaaz menyampaikan salam.

" Sorry Nora, Macam dah nak mahgrib dan ni..Aku nak balik lah, takut akau jalan sorang-sorang. Bye." Nana pamit diri nak pulang. Ika terlebih dahulu balik setelah buang hajat besar dia tadi. Kejam tak,ada juga sahabat macam tu. Huhu

Nora mengangguk serta menghadiahkan sebuah senyuman sekaligus menampakkan lesung pipit yang menghiasi kedua belah pipinya. Dalam sekali. Siapa tak kenal ibu Nora bekas Ratu cantik tahun 90 an dulu. Walaupun dah berusia sedikit tetapi tetap juga menawan hati sesiapa sahaja yang memandang wajahnya. Nora mewarisi kecantikkan wajah ibunya. Untunglah badan. Di sekolah ramai yang tergila-gila dengan Nora, Siap hantar surat cinta lagi tau. Nora jak yang malas nak layan.Buang masa katanya, paduhal hatinya dah dimiliki, hihi siapa sangkakan..

Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa vote

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience