AKU memakirkan keretaku di tempat yang lebih teduh. Tidak mahu kereta kesayanganku yang berwarna merah itu luntur warnanya akibat cuaca terutamanya hujan. Hujan zaman sekarang ni dapat mengakibatkan permukaan kereta berkarat atau terhakis(Hujan Asid), alamak masuk bab sains pula. Sambung lagi, hujan ni kan jangan kita ambil remeh akan hujan ni sebab apabila air hujan ni turun 'dia' dapat menghakiskan sesuatu seperti kereta. Hah! Sebab tu lah saya sayang baby merah saya ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tahu pasal bahayanya hujan ni, baik korang research.hihi.
Permandanganku beralih ke sebelah kanan. Aee? Kereta siapa pula ni? BMW 6 series, hitam. Siapa punya? Setahu aku papa takda beli kereta baru kalau ya pun mesti papa bagitahu dulu. Lantaklah. Baik aku masuk daripada membebel seorang diri. Jangan kata aku sewel naa..
Gelak tawa dari arah ruang tamu berjaya mencuit hatiku. Ada tetamu rupanya Mama dan Ibu. Aku menghampiri mereka. Kejap itu macam!
" Assalamualaikum.." Aku melabuhkan punggung sexyku. Sexy mey? Biasa jak. Aku duduk sebelah ibuku menghadap tetamu itu. Masih cantik juga walaupun dah berumur seperti ibu dan mamaku. Mereka bertiga serentak menjawab salamku.
Aku menyalami tangan mereka bertiga. " Aunty apa khabar?." Sapaku lembut
Sorang pula aunty kali ni? Mana mamat mangkuk hayun ni, buat apa aku kisah kan. Nak datang ke tak ker, bukan urusan aku. Astaghfirulazim...Nora mengucap dalam hati. Taknak dia mengumpat orang dalam hati berdosa. Cukup dulu dia sering kutuk mangkuk hayun tu.
"Alhamdulillah sayang, lama aunty tak jumpa yer, dh besar panjang dah, Cantik sopan orangnya, Boleh dibuat menantu." Aku tersentak. Kalau bab memuji tu kembang kempis hidungku dibuatnya tapi ayat last tu, mohon dijauhkan. Nasib baik tak minum air or makan ka, kalau tak boleh mati tercekik aku kali ni. Tak masuk akal langsung. Siapa yang inginkan mangkuk hayun tu.
" Mana da Aunty, Nora biasa-biasalah, aunty baru dia tidak dimamah usia stay pretty hehe." Aku merendahkan diri serta memuji Tengku Saloma.
Jangan puji lebih aunty kelak ada yang tak dapat turun mencecah lantai nanti. Haha. Perasan kejap.
" Aunty ikhlas puji, tak luak mana pun kalau kebenaran tu betul. Btw Nora, Bila balik Malaysia ni?." Tanya Tengku Saloma. Tangannya memegang erat tanganku. Buat aku segan pula dimanjakan begitu. Jangan over Nora! Kau tu T.U.A, Aduh macam kejam pula bunyinya.
" Kira lama lah juga aunty, sebulan lepas tulaa masih menganggur ni aunty, tengah tanam jagung belakang rumah papa." Seloroh ku tanpa ditapis, dibuat gaya bergurau dengan teman.
" Ohh, masih baru lah ni oo, tidak apa jika ada rezeki adalah tu nanti, InsyaAllah.." Ucap Tengku Saloma sambil mendepakan kedua belah tangan persis mengabulkan doa.
" Ambrose apa khabar aunty?." Adui! Mulut ni kan main redah jak. Ee! Kang malu depan Mak Mamat tu. Salah fikir nanti macam mana? Huhu naya aku. Lantas ku cepat-cepat menutup mulutku yang tidak bertapis ini.
Aku menutup mulut dengan pantas! Tapi sayang tindakan spontan tanpa kawal tu telah berjaya membuat wanita separuh abad tu tersenyum penuh makna. Makna apa, aku pun tak tahu. Buat aku rasa tak keruan gamaknya.
" Baik, Am juga ada bertanya pasal Nora juga." Jelas Tengku Saloma sambil tersenyum manis.
Sejak akhir-akhir ini anak teruna dia tu gemar sangat bertanyakan pasal Nora. Hah! Disebabkan itulah dia ke mari bawa hajat. Apa hajat mak Ambrose ni?
' Mamat Indon mangkuk lepas tu apasal pula ngegeh nak tanya pasal aku. Tak pernah-pernah aku dengar. Seram pula aku.' Nora tiba-tiba mengayakan keadaan fizikalnya yang geli geliman tanpa dia sedari semua mata memandang ke arahnya. Opps! Kantoi ker.
"Kenapa ni sayang?." Tanya Tengku Datin Nelly. Risau pula dengan keadaan Nora tiba-tiba. Jangan kata anak aku ni meroyan.
Aku mengelengkan kepala dengan cepat sambil tersengih, Malu pula rasa.
" Taklah Mama, Nora rasa melekit badan ni. Baik Nora naik atas mandi dulu yer." Aku memutar belitkan fakta kegelian aku tadi. Tak mahu pula aku orang tahu tak ke naya. Nasib baiklah Ibu, Mama dan aunty tak dapat baca fikiranku.
" Ingatkan apalah Nora ni, naik ataslah sayang, mandi dulu tak baik mandi waktu maghrib." Tegur Datin Sarah lembut. Bukan dia tak tahu akan Ibu dia. Kalau pasal yang baik memang akan dipercepatkan. Datin Sarah? Pangkat Datin tu muncul beberapa tahun lepas. Baru sepadan dengan papanya. Kan?. So mulai sekarang Puan Sarah automatik akan berubah kepada Datin. Sekian.
Setelah meminta izin daripada mereka bertiga untuk naik ke atas. Aku membiarkan mereka berbual dengan perbualan yang tergantung tadi akibat kemunculan dia.
" Ara, Nel, I harap you all sampaikan hajat i ni okay, risau pula sebab tarikh tu makin dekat. Risau tak sempat pula." Tengku Saloma memandang ke arah Datin Sarah dan Tengku Datin Nelly silih berganti.
Risau pula mereka berdua. Mereka terima saja tapi Nora? Perkara ni membabitkan masa depan Nora. Tersalah pilih nanti risau pula masa depan anak mereka, bahagiakah nanti?
" InsyaAllah sya, jika tuan punya badan terima, kita langsungkan saja dengan secepat mungkin." Datin Sarah menyuarakan pendapatnya.
Tengku Datin Nelly mengeluh. Risau pula jika anak tirinya itu menolak. Kasihan pula dengan kawannya itu. Bukan sekejap dia kenal Si Saloma tu berpuluh tahun sudah.
" You pula Nel, I tengok macam risau jak." Tengku Saloma sedar akan perubahan air muka Tengku Datin Nelly bukan dia tak kenal.
" Err... Entahlah, i risaulah kalau Nora tu tak mahu." Jujur Tengku Datin Nelly. Tak mahu pendam memendam ni buat dia stress sorang-sorang jak.
" I'm sorry. I terpaksa babitkan keluarga Ara dan Nel sekali. Pihak penggantin yang buat masalah, last minute nak stopkan perkahwinan." Keluh Tengku Saloma berat.
Terpaksa membabitkan sekali kawannya. Bukan dia sengaja. Ni silap dia juga sebab nakkan menantu yang bekerjaya sebagai Model tak sangka pula bakal menantu tak jadi dia tu buat masalah. Kalau ada depan mata habis budak tu aku kerjakan. Biar puas hati aku, buat malu saja! Dari manalah anak nya bertemu dengannya dulu. Nasib malang betul.
Belum tentu pakaian penggantin Bakal menantu tak menjadi tu muat dengan Nora. Badan mereka kalau di teliti dengan lebih baik. Nora lebih tinggi dari Budak tu dan badan Nora agak berisi sedikit berbanding model yang kurus nampak tulang tu. Pelik juga si Am ni boleh terpikat dengan perempuan kayu lidi tu.
" Takpa Sa, benda dah jadi apa boleh buat, takpa nanti Ara dan Nel bincang slow-slow dengan Nora. InsyaAllah jika Am tu jodoh Nora, akan dipermudahkan segala urusan." Datin Sarah memegang bahu bakal besannya itu.
" Thanks, you all lah yang memahami dan menyelesaikan masalah i, maruah keluarga i.." Tengku Saloma mengelap sisa air matanya. Mereka bertiga tersenyum. Tak sangka hajat mereka yang hanya melawak dahulu kini akan menjadi nyata.
Ya Allah, kau bukakanlah pintu hati Nora untuk menerima perjodohan terjun ini. Jika ini sudah tersurat takdir bahawa Am adalah jodoh Nora semoga dipermudahkan segala urusan. Amin
Share this novel