Bab 19

Romance Series 3201

WAJAH manis berseri yang terpantul di dalam cermin itu ditenung lama. Akukah ini?? Aku sempat terkesima dengan hasil yg disolek oleh jurusolek atau lebih dikenali MUA yang telah diupah oleh keluargaku, sangat-sangat memuaskan hati, tidak begitu tebal tidak juga begitu tipis tapi hasilnya membuatkan wajahku menjadi raja sehari yang sangat elegan. Hasil yang sangat tip-top, Sesiapa saja yang melihat wajahku kini pasti terpesona dengan hasil solekan MUA Miss Risa. hah, itulah nama MUA tersebut.

Baju penggantin berwarna putih itu cantik sekali apabila disarungkan ke badannya, Baju penggantin itu memang sesuai dengan potongan badannya. Baju itu ditempah khas untuknya, dia teringin sangat nak menggunakan baju penggantin dari butiknya sendiri tapi Ambrose tu pula yang berkeras hati. Geram juga rasa. Simpan jaklah niat tu dalam hati. Huhu.

Setelah siap disolek, Nora ditinggalkan MUA sendiri di dalam biliknya untuk memberi ruang kepada Nora untuk menyelesakan diri. Ada keluhan berat dilepaskan. Kenapa perlu dia pula yang menanggung semua ini. Geram pula dia yang dijadikan mangsa Ya! Mangsa okay, dia tak rela lah kalau disatukan dengan mamat Indon mangkuk lepas tu. Kalau dia lari? adakah hati ini tak berat lagi? ehh Tak! Kasihan pula family dia nanti. Ya Allah, Kuatkanlah hati hambaMu ini, berikanlah keredaan buat hambaMu ini...

" Nora..." Tegur seseorang dari tepi, aku hanya mampu statik dengan kedudukan aku yang sekarang. Aku menggengam erat tanganku. Nervous tahap gaban dah ni. Terasa basah telapak tanganku. Ya aku memang begini, jika terlampau nervous takut tanganku akan berpeluh.

" Nora..." Panggil suara itu lagi. Aku menongak memandang wajah tersebut.

Tengku Saloma tersenyum memandangku. Aku membalasnya dengan senyuman manis tapi terasa kekok. Tipulah jika Tengku Saloma tidak menyedari ketidak selesaan aku saat ini. Tengku Saloma menyentuh bahu dengan lembut dengan harapan dapat mengurangkan rasa kekok dan nervousku. aku senyum manis sambil mengangguk dan mengucapkan terima kasih dengan nada yang perlahan. Aku nenuruni anak tangga terus menuju ke arah pelaminan tema Soft pink floral.

Setelah punggungku selamat melabuhkan di tempat duduk yang disediakan khas untuk pengantin. Aku melepaskan keluhan ku yang berat. Ibuku berada disebelahku sambil mengusap lembut tanganku bagi tujuan memberi semangat kepadaku. Tepat pada 23 Julai, aku akan menamatkan zaman bujangku dan akan selamat bergelar isteri orang tak lama lagi. Ya Allah cepatnya jodohku sampai, aku belum puas lagi ni nak membujang huhu. Makin lama makin berdebar pula hati ini. Apa yang akan terjadi selepas selasai akad?? mampukah aku Ya Allah

" Aku nikahkan dikau dengan anakku Tengku Arisha Nur Amani Azura bt. Tengku Rahim dengan....." Panjang lebar Tengku Dato' Rahim melafazkan ayat yang akan menjadi sejarah buatnya seumur hidup.

Aku ingin bersuara tapi entah mengapa mulutku seperti tak mahu mengikuti apa kehendakku pula. Aku merasakan yang Ambrose melafaskan ayat tersebut dengan tenang. Tenang sangat juga mamat tu, aku? Arr! Terasa berat pula bahu ni. Kini dia telah selamat menggalas tanggungjawab yang baharu iaitu Isteri kepada Tengku Ambrose yang menjengkelkan. Sah! What sah! Apa yang sah! Tidak. Huhu air mataku menitis, entah apa maksud pula air mata ni? Sedih? ya mungkin juga dia sedih, Gembira? Tak! Mustahil, orang yang sah menjadi suami dia tu musuh dia!. Habislah aku kali ni. tamatlah riwayatku huhu

Ambrose menghampiriku, Cincin Lab Grown Diamond Yellow Gold with side diamonds itu disarungkan ke jari manisku. Uwaa! Hati, tak usah diungkapkan memang berdebar siot aku saat ni. Apabila bibir lembut Milik Ambrose selamat mendarat di dahiku. OMG! Terasa renjatan elektrik pun ada. Jantung ni jangan dikiralah memang terlebih laju dah ni. Huhu! Ibu!. Lama lagikah bibir dia singgah kat dahi ni.

" Tengku, boleh ulang lagi, saya nak ambik gambar ni buat kenangan." Suara siapa pula tu. Kini Ciuman Ambrose di dahi dikejapkan. Lama. Berderau darah. Kini aku pula mencium lembut tangan kanannya. Terpaksa okay.

Kini semua lensa kamera menuju ke arah mereka saja Snap!!. Huhu Terasa seperti retis pula.

" Nora sayang...Kini Nora sekarang adalah tanggungjawab Ambrose bukan ibu, Papa mahupun mama lagi yer. Taat kepada suami ya Nora sayang." Pesan Datin Sarah. Aku mengangguk. Walau bagaimanapun dia harus taat juga kepada suaminya, Ambrose Si Mangkuk lepas.

BANGLO milik keluarganya meriah dengan kedatangan tetamu dan sanak saudara. Pipi ni terasa kebas mana taknya dari awal majlis hingga ke pengujung masjlis aku harus senyum bahagia walaupun senyumanku terpaksa. gaya macam penggantin yang bahagia lah pula. Huh! Pada mata orang lain dia lah wanita yang paling bahagia di dunia ni tapi perasaan yang sebenarnya hanya dia yang tahu.

"Wah! Grand juga majlis awak Nora.." Syikin menyiku bahuku. Tak sangka pula dia, kawannya itu telah berkahwin dengan Jejaka pilihan Malaya tu.

Bukan dia tak kenal siapa Ambrose tu bagi Nora. Musuh ketat dikatakan tapi tak sangka pula musuh ketat kini telah menjadi Suami pula. Tu lah jangan benci sangat dengan orang terutamanya benci dengan lain jantina. Sekarang tengok tak ke Jodoh dah.

" Mmmm..." Hanya itu yang keluar dari mulutnya. Tak tahu nak membuat riak muka yang macam mana.

Pelik Syikin melihat temannya sorang tu nak dikatakan tengan menderita tapi riak wajahnya berseri seperti raja sehari. Manis sekali. Cantiknya luar biasa dari sebelum ini. Persona anak orang kaya gituu

" Cantiklah Nora malam ni, tak sangka pula aku Nora cantik ohh.." Syikin mengusik Penggantin baru.

Nora memandang wajah Syikin lama. Nak marahlah.

" Jadi, Ikin nak katalah ni yang selama ni Muka Nora ni tak cantiklah huh!." Rajuk Nora. Sebenarnya dia tak merajuk pun.

" Taklah, Kali ni Saya ikhlas kok, haha untunglah Am kan.." Syikin mengangkat bulu keningnya. Geli pula aku rasa.

Ambrose lagi! Eww!. Uwaa! Macam mana malam nanti? Tak nak. Huhu. Apa aku nak buat. Lari? Sempat ke aku lari nanti.

NORA menolak perlahan selimut yang meliputi badannya. Lenanya dia tidur malam tadi. Mimpinya buruk sekali. Ada ke patut dia mimpi dia sekarang sah menjadi Isteri kepada Ambrose. Nasib baik tu hanya mimpi. Sekali dia menoleh ke kiri.What!

Suara Nora bergema satu bilik. Terkejut punya pasal dia tidak dapat mengawal suaranya. Mulutnya ditutup Oleh Ambrose, serta merta suaranya menjadi kelam akibat perbuatan Ambrose.

" Kau gila kah ha!, kau nak Ibu, Mama dan Papa dengar suara kau tu." Marah Ambrose.

Dia sangkakan itu semua mimpi rupanya anggapan dia melesit. Tengku Ambrose Ahmad Aeril kini memang sah suaminya!. Apa yang jadi, macam mana pula Aku tak sedar yang aku sekatil dengan dia? Seingat dialah dia mandi selepas selesai tukar pakaian tidur Dia cuma baring sambil memeluk bantal peluk kejap jer tapi tak sangka pula dia tertidur. Letih sangat agaknya kot.

*Flashback*

*Ambrose P.O.V*

Aku memutarkan tombol pintu serta menolak perlahan pintu bilik Nora yang kini akan menjadi biliknya juga. Bilik Nora gelap gelita cuma lampu meja yang menerangi setiap sudut bilik. Ini kali pertama aku memasuki bilik Nora yang kini sah menjadi Isteriku. Haruman bau bilik Nora menusuk lembut hidungku. harum! Bau yang dapat menggetarkan jiwaku. Mesti bilik ini dijaga rapi oleh si isteri.

Mataku terpandang satu susuk badan yang siap berpakaian bukan baju yang tadi. Dah mandi rupanya. Aku menghampirinya perlahan tanpa membuat sebarang bunyi kerana aku tidak mahu membangunkan si isteri tu dari tidur yang lena. Selimut tebal yang terselak sedikit itu aku tarik hingga ke paras dada Si Isteri.

Aku mengucup perlahan dahi Nora. Kalau Nora mengetahui perkara ini memang mati aku dikerjakannya. Kus semangat beta..

" Good Night Wife, Sleep tight." Ujarku. Nora mengerakkan badannya tapi matanya masih terkatup rapat, kini wajah manis Nora begitu hampir dengannya.

Jantungku berdegup kencang. Haruman Nora menggetarkan lagi jiwa. Arr! Boleh gugur iman. Tudung di kepala Nora ditarik perlahan. Cantik dan wangi. Ambrose tersenyum cantiknya Nora. No! Am jangan gopoh sangat. Bahaya juga berdua-duaan dalam bilik boleh lemah iman, nasib baiklah mereka berdua dah halal.

Halal memang halal tapi dia tak nak kalau dia berjaya 'sentuh' tanpa kerelaan si isteri, dia mahukan Nora ikhlas menerimanya bukan keterpaksaan menerimanya demi memperbetulkan perbuatan Bekas tunangnya dulu. Alisa.

*Back to the real life*

" Awak tu yang gila! Apa kau buat atas katil aku ni hah!." Tangan Ambrose ditarik dari terus menutup mulutnya.

Matanya mencerlung tajam memandang anak mata Ambrose. Walaupun agak malu tapi dia ketepikan malu itu.

" Kau dah lupakah ker atau buat-buat lupa...Takpa biar aku ingatkan semula.." Nora menutup mulut Ambrose, tak ingin mendengar kebenaran yang tidak dapat dia sangkal.

" Apa aw..awak dah dengan saya semalam?." Kata Nora dengan gagap. Dia berasa takut pula. Ambrose tu bukan boleh percaya.

Ambrose memegang tangan Nora kemudian menghadiahinya sebuah senyuman nakal.

Nora membuntangkan matanya. Jangan kata yang mamat mangkuk lepas ni ada buat something kat dia. Tidak!

" Perkara biasa bagi seorang lelaki apabila berdua-duaan dengan perempuan...you know right?." Sengaja Ambrose mengenyitkan matanya.

What!. He did it! Ya Allah! Memang Ambrose tak salah, dia memang ada hak ke atas dirinya tapi dia taknaklah jika Ambrose mengambil hak itu tanpa kerelaannya. Air mata Nora mulai jatuh satu persatu. Mata ni apasal nak nangis pula.

Ambrose yang melihat air mata Nora serba salah pula. Dia cuma nak mengusik gadis tu jak tak sangka pula ni jadinya.

"Don't Cry,please..." Pujuk Ambrose. Air mata Nora dilapnya menggunakan jari terlunjuk.

Nora menundukkan wajahnya. Dia tak tahu kenapa perlu dia menangisi perkara itu. Ambrose memegang dagunya kemudian mendongakkannya untuk memandang tepat ke anak mata Ambrose.

Ambrose tersenyum. Nak pujuklah tu. Huh!

"Wife..You listen here, last night is 'nothing' between us okay so stop crying.Nanti tak pasal-pasal pula Aku yang kena." Sengaja Ambrose menekankan ayat Nothing tu. Kebenaran itu melegakan aku. Alhamdulillah takda yang berlaku. Cepat-cepat Nora mengelap air matanya.

" Thanks." Ucapku. Ambrose hanya tersenyum. Mana perempuan tak cair dengan senyuman mamat ni. Tapi tak bagi aku ya!.

" Tepilah." Tolak Nora. Langkah Nora dipercepatkan. Tuala unggu dan pakaiannya dibawanya sekali. Lagi cepat dia keluar dari bilik ni lagi bagus.

Garang semulalah pula minah ni.

" Kau nak kemana pulak tu, nak i teman." Usik Ambrose dengan nakal.

Nora meletakkan tuala dan pakaiannya di palang besi yang berada di bilik mandi. Palang itu memang dibuat khas sebagai tempat letak tuala dan pakaian. Kemudian dia berpatah semula. Dia memandang Ambrose dengan pandangan yang tajam.

" Nak mandilah takkan nak masak kat dalam tandas ni.Awak nak penumbuk ni ka,gatal sangat." Marah Nora sambil menunjukkan penumbuknya.

Tindakannya itu membuat Ambrose ketawa dengan kuat. Ingat kelakar ke? Aku maksudkannya okay!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience