BAB 9

Romance Series 3186

NORA menyusun semua pakaian dan keperluannya yang lain ke dalam bagasinya. Tidak sangka dah setahun sudah dia bersekolah di Sekolah Seri Pintar ni. Terasa berat pula hatinya untuk berpisah dengan kawan-kawan baiknya itu, nak buat macam mana dia perlu juga pindah sekolah kalau tak kasihan papa dan mama Nellynya nanti terpaksa ulang alik menjenguknya. Pada mulanya dia menolak tapi apabila dipujuk ibunya Puan Sarah dia terus sahaja kata okay. Anak yang solehah kan hehe

" Nora, kami akan rindu kau nanti...uwaaa..." Peluk Esya, Siti dan Laila serentak.

     Aku membalas pelukkan mereka. Lama. Rindu juga aku dengan mereka nanti. Sekejap juga Allah pinjamkan aku 3 sahabat yang begitu baik sekali denganku selama aku tinggal di asrama ini.

" Aku pun...Korang jaga diri baik-baik k, ada jodoh kita jumpa lagi." Aku menangis. Macam budak kecil saja. Haha..

" Nora kau pun sama...Jangan nak menyimpang pula ya mentang-mentanglah aku takda kan...haha.." Sempat juga ‘Ustazah’ Esya membebel. Hurm dah agak dah.

     AKU mengheret dua bagasiku. Berat tu tidak boleh diungkapkan. Nak patah rasa tangan angkut beg ni. Setahu akulah masa mula-mula masuk dulu sikit saja barang aku angkut dari rumah tapi sekarang macam 3 beg saja dalam bagasi ni.
  Aku melambaikan tanganku ke arah orang yang menanti kepulanganku. Aku menghampiri mereka. Mama Nelly menggunakan Baju kurung moden manakala Ibu pula menggunakan baju kurung berwarna merah. Dah macam hadiri majlis kenduri pula. Bagasi se Tan aku tadi telah selamat disimpan di bonet kereta oleh Pak Bob, pemandu setia keluarga papaku. Aku melihat mereka bertiga gembira sakan tiada rasa canggung atau kaku apabila mereka bersama. Pengarang jantungku.

" Nora sayang are you ready tak masuk sekolah baru?." Aku memandang Mama Nelly.

     Aku menggangukkan kepalaku. Takkan pula aku kata tidak, mestilah nak sebab belajar adalah hobiku. Bersyukur sangat sebab mempunyai dua orang ibu dan sorang ayah yang sentiasa menyokong aku walaupun baru saja jumpa. Habis ujian akhir tahun sepatutnya Sekolah Seri Pintar masih bersekolah seperti biasa selama 1 bulan lebih macam tu tapi aku terpaksa juga pindah awal bagi memudahkan lagi pengurusan perpindahan ke sekolah baru.
   Lagipun Papa ada mesyuarat penting yang tidak dapat ditangguhkan. Perjalanan ke rumah baharu kami itu mengambil masa 4 Jam jika bertolak dari asrama ini. Kasihan juga aku tengok Pak Bob.

    AKU menolak pintu utama. Aku memandang sekeliling rumah banglo tiga tingkat itu. Cantik!. Mak ai! besarnya rumah ni!. Aku memasuki rumah milik keluarga aku ini dengan langkah perlahan-lahan. Seumur hidup akulah, inilah kali pertama aku mengijak kaki di rumah banglo mewah ini apatah lagi untuk tinggal di dalam 'istana meligai' ini.

   " Masuklah Nora, Kak Ara. Sekarang ni, rumah ni adalah rumah kita bersama. Pak Bob tolong angkat barang kami dalam bonet tu ya." Tengku Nelly mengarahkan Pak Bob mengangkat barang kami semua. Aku nak menolong tapi awal-awal lagi Mama Nelly dah larang.

" Terima kasih Mama." Ucapku seraya masuk ke dalam rumah.

   Tengku Nelly memandang ke arah Puan Sarah yang berada di sebelah Suaminya.

" Kak Ara, Nel nak pinjam Nora kejap boleh?." Tengku Nelly memegang Tangan Nora.

Lawak juga madu aku ni. Haha. Ada ke patut nak minta izin dulu baru nak bawa anak aku.

" Pergi jaklah Nel, tak payah nak minta izin. Anak Kak Ara kira anak Nel juga."

"Thanks Kak Ara." Tengku Nelly mengangguk lantas membawa anak suaminya itu naik ke tingkat atas sekali. Menggunakan tangga! 3 tingkat! Naik lenguh kaki ni. Tak terkiralah berapa anak tangga dah naik sekarang.

        Tingkat pertama hanyalah dikhaskan untuk ruang tamu, Dry Kitchen ,Mini libry.Di tengah² ruang menghadap cermin ada terletaknya sebuah piano bersertakan alat kelengkapan yang lain. Papa suka piano ohh? Tak sangka. Sempat juga mata aku melilau kan? Hehe. Tingkat 1 ni hanya mempunyai dua buah bilik bersaiz sedarhana dan 1 tandas untuk berkongsi bersama atau lebih memudahkan tetamu menggunakannya tanpa perlu naik ke tingkat 2. Tingkat 2 pula terdapat 4 buah bilik dan masing-masing bilik tersebut mempunyai bilik mandi sendiri. Cantik!. Ada privacy. Yalaa kot2 baru lepas mandi berkemban kan, tak ke naya kalau tetamu melihat kita berkemban.

    Tingkat 2 ini agak luas juga, terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama sebelah kanan ruangan untuk keluarga menonton televisyen. Tv plasma berapa inci pun aku tak tahu tunggu aku ukur lepas ni, Tv tersebut kelihatan elok melekat di dinding. Besar juga tv tu dah macam separuh wayang jak. Besar tu. Kusyen empuk berbentuk L tersusun kemas. Pandainya! Mama-papa deko rumah ni, Pujiku, mencairkan mata memandang. Sebelah kanan dan kiri tv plasma tu pula terdapat ada sebuah perabot berukiran bentuk yang unik. Nampak mahal. Mesti papa yang import ni. Cantik. Rumah sebesar ni ada kolam renang? Mestilah ada tapi dekat tingkat bawah, sebelah kiri dapur. Esok kot aku tengok sendiri tempat tu. Mahu pula aku belajar berenang.

Aku membuntuti langkah Mama Nelly naik ke satu anak tangga lagi. Penat. Macam manalah hari-hari aku naik turun anak tangga ni. Letih. Kurus nampak tulanglah maknanya aku nanti. Hihi, takdalah, di hujung sebelah kiri terdapat sebuah lift, saja jer nak uji larat ke tidak naik. Jangan marah. Lagipun lift tu dibina bagi memudahkan orang tua ku naik turun tingkat, kalau tak Confirm mengadu sakit lutut.
Tingkat 3, tingkat yang terakhir ni mempunyai 3 buah bilik, Mama Nelly membawaku ke sebuah bilik mungkin bilik ku, sekali daun pintu ditolak. Mak Aii! terpegun aku dibuatnya. Bilik itu 5 kali luas dari bilik lamaku. Bilik ini mempunyai 2 alat pengdingin hawa, 1 berada di bilik tidur yang mempunyai sebuah Katil yang bersaiz Queen. Satu lagi di bilik pakaian. Ada bilik pakaian juga? Wow! Cantik gila bilik ni. Aku membuka langkahku menuju ke beranda, permandangan dari sini dapat aku lihat pantai atau laut pa ntah, aku tak tahu lah tapi yang penting cantik gila permandangam dari arah bilik ini. Bilik ni juga ada tersedia sebuah tv plasma. Wah sungguh privacynya. Bolehlah aku menonton netflixku di sini.
Semua alat kelengkapan yang diperlukan semua ada. Meja solek, Meja bacaan dan bilik air. Harap-haraplah takda pengdingin hawa pula di sana dah. Buat membazil jak. Kan? Tengah mandi sejuk. Uish jadi batu ais aku nanti.

" Anak Mama ni suka tak bilik yang Mama tunjukkan ni, kalau tak suka mama bagi bilik lain?." Tanya Tengku Datin Nelly untuk kepastian. Harap-haraplah dia suka.

" Ini dah kira tahap gempak ni Mama, nak terpengsan Nora tengok cantik sangat. Nora Suka. Thanks Mama." Aku mengucap syukur. Tipulah kalau tak suka bilik ni. Dahlah cantik, dapat tengok permandangan yang cantik pula tu. Aku memandang siling!... OMG! Boleh nampak bintang!. Memang perghlah! Orang yang hias dan reka bilik ni. 사랑해요!

" Alhamdulillah kalau Nora berkenan dengan bilik yang mana tunjukkan ni kalau tak naik pening Mama cari bilik yang sesuai buat Nora yang lain" Datin Nelly meluahkan rasa lega.

Risau juga aku kalau Nora berubah hati ke atau tak nak tinggal dalam bilik ni. Tak sia-sia juga aku tanya pendapat Kak Ara. Dalam hal ni mesti kak Ara banyak tahu apa yang diminati oleh anaknya. Disebabkan Nora suka sangat permandangan laut dan bintang sebab tu lah aku pilih bilik paling hujung ni. Dapat juga melihat laut Esplanade Marna.

"Nora..Sini duduk dengan mama." Tengku Datin Nelly melabuhkan punggungnya di kusyen Empuk berwarna kelabu. kusyen kelanu itu berada beberapa tidak jauh dari katil

Aku menoleh ke kanan memandang wajah manis Mama Nelly. " Ada apa ya mama?."

"Cantik tak bilik ni?." Tanya Datin Nelly untuk kedua kalinya.

"Cantik. Nora suka sangat. Tapi kan Mama, macam mana mama tahu yang Nora suka akan permandangan seperti ni?." Tanya Nora sambil jari telunjuk di dagu persis orang tengah berfikir.

Nak tahu juga aku macam mana mama tahu yang aku suka sangat dengan permandangan yang cukup indah ni.

" Dari Ibu Nora."

" Ohh dah agak dah..Ey, mama, nak tanya ni."

Nak tanya ke tidak dengan Mama Nelly. Tapi macam mana nak mula.

" Tanya jak apa-apa, InsyaAllah selagi Mama terdaya nak jawab Mama jawab."

" First, Bila Nora start sekolah. Second, rumah ni kan mama berapa orang yang tinggal maksud Nora selain kita. Last, larat ke mama dan papa naik turun tangga rumah ni? Kenapa mama tak guna saja lift, risau Nora tadi." Akhirnya keluar juga apa yang bermain di benak fikirannya.

Ingatkan apa yang Nora tanya tadi. Baiknya tutur kata anak abang ni. Tengku Datin Nelly memandang ke arah anak tirinya itu. Juntaian anak rambut Nora diselitkannya di celah telinga.

" Okay mama jawab semua persoalan anak mama ni. first, Nora akan start sekolah Isnin minggu hadapan. 2 hari ni Mama nak Nora selesa dengan keadaan sekeliling dulu. Fasal pendaftaran, Papa dah uruskan. Second, Rumah ni, Nora tengok tadi kan ada banyak bilik? Hah! Tapi penghuni rumah ni taklah banyak sangat 7 orang macam tu. Tingkat 2 kan sayang ada tadi kan? Tu khas untuk tertamu yang datang. Maklumlah mama kan takda anak terpaksalah khaskan untuk tetamu..hmm *Mengeluh*..Last pula,InsyaAllah kita orang larat, tapi kalau tak larat baru guna lift tu, ada Nora nampak tadi? Kadang² tua-tua macam ni memang patut bersenam naik turun tangga." Panjang lebar kata-kata mama Nelly. Semua telah menjawab soalanku.

" Tapi Nora gayat sikit naik lift, hihi." Akuinya.

Siapa yang tak takut naik lif ni. Kot-kot tengah naik tiba-tiba terhenti. Seram. lagipun apabila di dalam tu memang gayatlah aku dibuatnya. Takut. Aku memang jenis yang takut guna lif. Kalau naik pun masa terdesak jak. Kasihan juga aku dengan mama. Mesti dia berhajat sangat nak dapat anak banyak tu lah beli rumah sebesar rumah ni. Mama maafkan Nora.Huhu.

"Okaylah kalau macam tu, mama tinggalkan Nora dulu yer. Nanti Dinner mama suruh Kak Yanti panggilkan Nora." Datin Nelly menepuk manja bahu Nora

Kak Yanti?. Pembantu rumahlah tu. Macam mana rupanya. Masih muda kot sebab tu dipanggil Kak bukan Mak. Baik aku solat Maghrib dulu sementara masih ada waktu lepas tu bersihkan diri. Tak tahan pula aku hidu bau badan aku sendiri. Melekit kerana peluh. Sengaja aku tidak memasang pengdingin hawa takut pula nanti sejuk tak mahu mandi. Pintu beranda bercermin dan seperti zig zag tu dah lama aku biarkan terbuka. Sejuk. Selepas mandilah aku tutupkan.
Bilik mandi ke bilik tidur ni? Besar betul. Memang kena kejutan budaya juga aku kali ni. Bilik mandi berukuran agak besar ni mempunyai sebuah tab mandi yang bercermin. Cermin pula berada di sebelah kanan mangkuk tandas. paip pancuran untuk mandi juga ada. Besar juga bilik mandi ni boleh dijadikan tempat tidur.

PUAN SARAH dan Tengku Datin Nelly menyiapkan makan malam untuk kami semua. Kak Yanti dan 3 pembantu rumah yang lain turut membantu apa yang patut tapi kali ini Puan Sarah untuk membiarkan Madunya itu merasakan air tangannya sendiri.
Tengku Datin Nelly memotong tomato kepada 4 bahagian, Kak Yanti dan yang lain-lain pula membasuh dan menyiang ikan keli dan ikan tilapia merah.

" Nel, dapat ke tak tu?." Tanya Puan Sarah ikhlas. Takut pula kalau madunya itu tak biasa.

Tengku Datin Nelly memandang ke arah wanita berbaju kurung biru air. Buah tomato yang baru siap dipotongnya itu disimpan ke dalam mangkuk putih.

" Dapat kak, Nel dah biasa dah, jangan risau lah." Tengku Datin Nelly tersengih.

Jangan Fikir orang berada sepertinya tak gemar masuk dapur. Siapa tak kenal Nelly suri rumah tangga yang gemar jaga perut suami.hihi

" Syukurlah kalau macam tu. Buah yang ada dalam bakul tu Nel cuci dan potong kecik-kecik sebab akak nak buat salad buah, tu antara makanan kegemaran Nora."

Ohh! Nora suka salad juga oh seperti Bang Rahim juga. Senang juga kerja dia nanti. Best juga dengan akak ni. Baik sangat. Sia-sia juga bang Rahim buat macam tu. Ya Allah. Kejam juga aku. Jujur! Aku pun tak tahu dulu yang bang Rahim tu dah beristeri, masa tu aku dipaksa oleh Mama iaitu ibuku untuk berkahwin dengan Abang Rahim.

Lebih kurang setengah jam barulah makanan siap dihidangkan. Kini tugas 3 pembantu rumah tu pula yang menghidangkan makanan di ruangan yang dikhaskan untuk makan. Lampu bilik itu ditukarkan kepada cahaya yang sesuai. Pendingin hawa juga dihidupkan. Dari bahagian ruangan makan ni dapat melihat dengan lebih jelas kolam renang yang besar sebelah kiri selepas keluar dari dapur.
Menu kali ini dibuat khas oleh Tengku Nelly dan Puan Sarah. Makanan terhidang itu mengikut selera kegemaran masing-masing. Ayam masak merah. Sambal Udang belacan, Sup ayam, Kangkung masak belacan,Salad Chicken,Salad buah-buahan, ikan masak asam pedas, ikan goreng kailan dan sebagainya. Menyelerakan. Pandang jak dah terliur. Makan besar juga mereka malam ni.

Aku menarik kerusi dengan perlahan-lahan tak mahu ada bunyi. Rumah orang..eh! rumah aku juga. Makanan kegemaran aku! Sedap pandai ibu dan mama masak.

Ibu duduk disebelah kanan ayah manakala Mama Nelly duduk menghadap ibu maksudnya, papaku duduk di tengah-tengah. Tempat yang memang khasnya untuk ketua keluarga
Kami semua menadahkan tangan dan mengucap syukur akan rezeki yang melimpah ruah ni. Selesai mengaminkan doa, aku menyimpan lauk kegemaranku terlebih dahulu. Tak sangka pula Papa sama kegemaran dengan aku. Ada genglah ni. Yeah!.

" Sedaplah Ibu dan Mama masak." Aku menunjukkan ibu jariku.

Mereka bertiga geli hati melihat gelagat aku.

Bertuah sangat akhirnya sekian lama aku mencari Nora dan Ara akhirnya jumpa pula. Terima kasih Ya Allah aku diberikan kesempatan ini.

" Ya lah sayang, pandai bini-bini papa masak kan, memang tip-top pergh!." Puji Tengku Dato Rahim. Ibu jari dikucupnya. Sedap!.

" Abang dan Nora ni memang sebiji bukan sebulat kan akak, haha.?." Puan Sarah mengiakan kata Madunya itu. Memang sebiji. Perangai suaminya tu memang sebiji macam Nora. Kebudak-budakkan. Suaminya itu tak pernah berubah sama sekali. Sama seperti dahulu. Lawak!.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa vote yer. Boleh share dengan kawan2 jika bekenan dengan Cerita sulung aku ini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience