AKU telah dipilih masuk ke sekolah menengah yang hanya menerima pelajar yang cemerlang sahaja. Disebabkan sekolah menengah tersebut agak jauh dari rumahku, aku terpaksalah tinggal di asrama sekolah. Huhu rindunya ibu.. hatinya terasa tidak mahu untuk berjauhan dari ibunya. Inilah kali pertama dia berjauhan dengan ibunya, Puan Sarah.
Sekolah Seri Pintar iaitu Sekolah semi swasta merupakan sekolah yang akan dia duduki untuk meneruskan pengajiannya di sekolah menengah . Sekolah ini telah lama dibina sekitar tahun 1990 oleh Almarum Encik Rohan Lee Abdullah, bekas pengasas utama sekolah ini dan juga selaku Pengetua Sekolah. Hah! Macam mana aku tahu? Sebelum kenal orang, kenal hati budi dulu baru berkawan. Tak ke gitu?.
Bagasi berwarna merah itu aku angkat. Ibu dah lama meminta diri untuk pulang sebab asrama adalah tempat larangan bagi orang luar, ibunya sebenarnya dapat saja masuk menemaninya untuk pertama kali tetapi apakah daya ibu kena balik kerana ada urusan lain. Puan Sarah dengan berat hati menghantar anaknya depan pagar asrama sahaja. Nak menangis juga rasa sebab ini kali pertama dia berjauhan dengan anaknya. Tudung berwarna putih bercorak bunga yang tersarung di kepala diatur kemas. Nota kecil berwarna hijau yang telah ditulis nombor bilik asramanya dipandang lama. Mana pula bilik aku ni.
" Adui! Mana pula bilik A37 ni?." Rungut Nora dalam hati. Siapa tak merungut kalau hampir satu kawasan asrama aku pusing. Boleh tahan besar juga asrama Sekolah ni.
" pssst..." Aku tersentak. Siapa panggil aku tu. Seram semacam saja aku rasa sekarang ni!. Ibu!. Sikit-sikit cari ibu, anak manja. Suka hati akulah nak manja ke apa. Ibu aku kot.. ey? Aku cakap dengan siapa?. Seram semacam saja. Meremang bulu roma aku, segala jenis bulu lah yang naik termasuk bulu ketiak. haha. jap, jangan fikir negatif ya. ' baik aku cepat-cepat lari. Seram pula.'
" Ey, awak nak ke mana tu." Sapa seorang gadis, muda. Mungkin seusia aku. Fuh! Ingatkan hantu tadi rupanya manusia. Kus semangat. Tu lah Nora suka sangat menonton cerita hantu ni, hah! Ni lah padahnya. Tak ke kalut sekarang ni.
Aku tersenyum kepadanya. Dia juga turut sama melakukan hal yang sama. Senyum. Manisnya senyuman gadis itu.
" Awak yang panggil saya tadi ka?." Kot-kot aku silap orang, malu kalau salah orang. Tapi pengakuan gadis itu melegakan aku.
" Sorry kalau saya buat awak takut, saya Siti. Siti Maimunah, Awak?." Gadis itu memperkenalkan dirinya Siti. Rupa-rupanya dia Islam. Tapi kenapa muka macam orang bangsa Cina. Mix kot. Lot of mix macam coco
" Oh takpa, Saya Arisha Nur Amani boleh panggil Nora saja." Aku menghulurkan tanganku. Dia menyambut salam tanganku.
Siti memandang sekilas ke arah wajah gadis yang berada di hadapannya, cantik. Senyuman yang menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipi gadis itu membuatnya semakin berseri-seri. Seperti sesat sahaja. Baik aku tolong dia, dapat juga pahala.
" Wah! Cantiknya nama seperti orangnya juga.." Puji Siti ikhlas. Aku jadi malu. Kembang semangkuk pula hidung. Baik aku bagitahu Siti yang aku sesat. Malu bertanya sesat jalan. So sebelum sesat lebih baik aku minta tolong dari orang yang lebih arif dengan Sekolah ni. Betul ke ayat aku ni?.
"Thanks, janganlah kata macam tu nanti saya yang perasan lebih pula." Nora tersipu malu
" Awak macam nak minta tolong saja, takpa saya kan ada." Kata Siti ikhlas. Sebagai manusia yang berhati murni kita haruslah tolong antara satu sama lain kan..
" Err...Macam ni, malu pula. Saya baru sampai tapi saya tak tahu mana satu bilik saya. Nak tanya tapi malu, lagipun saya tak kenal orang sini, nasib baik awak ada." Jelasku. Takda segan lagi. Buat apa nak segan sama-sama perempuan. Aku menyuakan nota kecil itu kepadanya. Dia menyambut. Eh!, ni kan sama macam bilik dengan aku saja A37. Memang kebetulan!
" A37! Kebetulan sangat ni, saya juga bilik tu. Bah jom kita dua pergi sama-sama." Pelawa Siti. Wah memang kebetulan. Nasib baiklah dia kenal Siti tak sunyilah dia nanti.
AKU meletakkan bagasi aku di atas katil yang aku pilih. Katil warna merah itu aku pilih, memandangkan tiada yang punya. Masing-masing dah ada pilihan sendiri. Aku memilih katil tepi tingkap. Di dalam bilik ni terdapat 4 katil bujang yang bersaiz bujang tapi disusun dengan kemas dan juga selesa, maksudnya bilik ni hanya menempatkan 4 pelajar sahaja dalam 1 bilik. Baguslah tak padat. Bilik ni dibekalkan dengan sebuah pendingin hawa serta tandas pribadi dalam bilik. Nasib baiklah dia terpilih masuk sini tanpa yuran yang mahal (ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan) kalau tak kasihan lah ibu dia terpaksa membayar dengan harga yang tinggi. Kalau dia anak orang berada takpalah juga.
" Hai you all." Sapa seorang gadis berjaket merah jambu. Rambut bebas tanpa sebarang tudung. Mungkin bukan Muslim kot.
Gadis itu memilih katil selang 1 katil dari katilku sebab katil sebelahku itu telah dipilih oleh Siti. Aku Melihat gadis itu mengeluarkan semua barangnya. Agak mewah juga. Anak orang berada juga Minah ni. Asal pula masuk asrama? Mungkin nak berdikari kot.
Aku menghampirinya. Nak bagi salam ke tidak? Kalau dia bukan seperti aku tak ke malu? Arr! " Hai.. Saya Nora? Awak." Sapaku ramah.
" Esya. Esya Laila bt. Dato Aliff. Awak anak dato Juga kah?." Tanya Esya. Belum apa-apa lagi dah menunjuk dengan pangkat dia tu. Sombong.
Aku mengeleng. Dia kemudiannya tidak mengendahkan aku setelah mengatakan aku bukannya anak Dato. Buat apa nak mengaku anak Dato kalau realitinya memang bukan anak DATO. Harta tak boleh dibawa ke mana-mana pun. Kubur kata Mari, harta kata pergi.
" Selamat berkenalan..."
" Okay." Jawabnya sombong. Siti memandang ke arah aku menyuruh aku beredar daripada melayan perangai sombong minah dato tu. Aku mengangguk. Terus kembali ke katilku. Beberapa minit kemudian, muncul seorang gadis bertudung memberi salam. Kelihatan mukanya pucat. Sakitkah Gadis ini?.
" Assalamualaikum.." Aku menjawab salamnya. Aku melihat ke arah Esya. Buat tak endah jak dia orang bagi salam. Kalau dia anak Ibu dah lama kena leter. Kejap! Kalau anak ibu maksudnya dia jadi adik aku! Ee! Tak ingin aku. Buat sesak nafas saja layan perangai angkuh dia tu. Omel aku dalam hati.
Gadis manis itu memilih katil yang paling terakhir berdekatan dengan meja belajar. Akhirnya sekarang bilik yang kami diami sekarang sudah lengkap. Masing-masing memasukkan baju dan barang keperluan kami ke dalam almari yang berukuran agak besar berada tidak jauh dari katil kami. Almari kayu berukir itu aku buka. Luasnya! Tidak berkongsilah ni.
Aku melihat ke arah Gadis itu. Mengapa pula muka dia macam pucat semacam jak. Nak tanya takut dikatakan penyibuk pula. Mungkin letih. Biarlah dia berehat. Aku mengeluarkan baju-bajuku, ada yang aku gantung menggunakan pengantung baju ada juga yang aku lipatkan. Barang keperluan aku yang lain itu aku taruh ke dalam laci sebelah kiri. Makanan ringan aku, aku simpan di dalam laci nombor dua. Bagasi aku yang kosong aku taruh dalam almari juga tetapi aku letakkan di atas. Maksudnya dalam almari ni ada lagi ruang. Luaskan. Selesai. Aku tutup kembali almari aku.
Pelajar tidak dibenarkan membawa iron sebab semua bilik asrama telah disediakan dengan 1 alat kelengkapan untuk iron baju. Terletak di hujung almari Gadis tadi. Bilik ni juga mempunyai sebuah bilik mandi, bilik mandi ini dikongsi bersama. Wah! Mewahnya!.
NORA menuju ke arah kantin sekolah. Wah! Besarnya kantin sekolah ni boleh menempatkan ramai orang terutamanya sepasukan pemain bola. Apalah kau ni Nora kalau orang main bola dekat sini bukan kantin nama dia. Apa khabar dengan Ika dan Nana sekarang ni, sebelum aku pindah masuk sekolah ni sempat aku mengetahui di mana Ika dan Nana akan bersekolah. Nana Dipilih masuk ke sekolah swasta manakala Ika pula memilih untuk sekolah kerajaan sahaja. Sekarang maksudnya kami sah berpisah. Huhu. Iaaz? Jangan tanya dia kemana. Aku pun tak tahu ke mana dia pergi sejak peristiwa yang mengecewakan itu. Lantaklah kau Iaaz.
" Hai bidadari cantik.." Suara siapa pula tu takkan Iaaz kot. Aku cepat-cepat menoleh. Tersilap orang. Bukan.
Cantiknya perempuan ni. Sempat juga nak usya anak dara orang. Tak malu kau Wan.
" Sorry, hihi saya Safuan Omar. Panggil Wan jak, awak?." Safuan memperkenalkan diri.
Nak jawab ke tidak ohh? Tak jawab nanti dikatakan Sombong pula, kalau layan melebih pula mamat ni nanti.
" Saya Nora." Akhirnya bersuara juga gadis ini. Safuan meneliti gadis ini. Manis, cantik, matang. Mata dia...Cantik! Anak kacukan ka dia ni?
" Singkat juga nama awak Nora."
" Ey! Tak nama sebenar Saya Arisha Nur Amani bt. Rahim. Disebabkan Ibu yang selalu panggil Nora so sampai sekaranglah orang still panggil Nora." Jelasku ramah. Orang baik dengan kita mestilah kita balas lah kan. Hurm...baik ke mamat ni?
" Cantik nama. Cantik macam orangnya." Kata Safuan kecil tapi dapat ditangkap oleh Nora. Safuan mengenyitkan matanya kepada Nora. Gatal! Miang! Tarik balik kata-kata aku tadi.
" Err...apa dia?." Buat-buat tanya paduhal dia dah dengar pun. Safuan hanya mengeleng. Tapi matanya tidak jemu² memerhatikan raup wajah Nora. Rimas diperhatikan begitu. Nora meminta diri untuk beredar.
NORA masuk ke bilik darjahnya, 1 Merpati buat kali pertama tanpa Ika dan Nana. Kekok pula rasanya. Aku mengambil tempat duduk nombor tiga bawah kipas, memandangkan hanya tempat itu sahaja yang kosong.
Semua mata memandang ke arah aku terutamanya lelaki!Miang. Aku berasa tidak selesa dipandang bergitu. Ada yang memuji ada juga mengusik. Geramnya aku. Tak pernah tengok perempuan cantik kah? Perasannya kau Nora.
"Pewitt! Cantik orangnya Siapa nama?." Tegur lelaki agak selekeh penampilannya. Mak ai! Nak merempit kah budak ni. Ni sekolahlah bukan rumah hang!.
" Nora." Jawabku sepatah. Jangan Sombong Nora tapi jangan juga terlebih mesra.Bahaya!.
Disebabkan sesi pembelajaran baru saja mula pada hari ini, semua pelajar akan memulakan sesi pembelajaran belah petang. Pagi pula, pihak sekolah memberi masa rehat untuk semua pelajar supaya datang ke sekolah dengan lebih bersedia. Bestkan!? Tapi itu sementara saja pun, hari tu saja hari lain pula sudah mula kelas seperti biasa cuma waktu belajar berubah, Sesi pagi mula belajar pukul 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Kelas belah malam pula bermula pada pukul 7.30-9.30 malam, sebelum memulakan kelas malam kami diberi masa untuk mengisi perut kami dengan makanan yang telah disediakan. Baru aku tahu mengapa kantin dibina sebesar padang bola rupa-rupanya untuk keselesaan pelajar.
Hi terima kasih kerana sudi membaca jangan lupa vote jer
Share this novel