SELESAI menunaikan solat subuh. Aku melipat sejadahku dan kemudiannya aku masuk ke dalam bilik pakaianku dan aku simpan sejadahku itu tadi ke dalam almari. Di dalam bilik ni tak usah aku ceritakan. Semua kelengkapan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki semuanya lengkap. Takda yang kurang.
Hari ini aku rasa nervous gila. Hanya Tuhan jak tahu betapa lajunya jantungku mengepam darah. Pagi ini aku bersedia dengan senyuman manis semanisnya sebab pagi ini aku akan masuk ke sekolah baru cuma...hmmm papa, nak juga aku masuk sekolah swasta, macam membazilkan duit jak. Sekolah kerajaan kan ada. Belajar juga kan? Murah lagi tu. Papa kata dia nak aku selesakan diri. Bukan selesa tu nanti, wuu makin tak selesa nanti.
The International School of Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai ISKL, Kenapalah perlu yang swasta. Nanti mesti ada yang terlebih upkan diri sebagai anak berada. Ni kira okaylah sebab Mama Nelly setuju aku sekolah sini, kalau ikut cadangannya dia mahu aku sekolah dekat sekolah yang kaw tu. Ee tak nak aku! Macam macam juga Mama Nelly pujuk, buat membazil jer. Haraplah takda yang mengenali aku. Aku taknaklah dapat kawan yang mahu berkawan dengan aku hanya sebab aku anak orang berada, anak papa. Itu papa yang kaya bukannya aku.
ISKL banyak sangat kemudahan yang disediakan untuk para pelajar, antaranya ialah Jungle Indoor Gym, Basketball/Volleyball Court, Multi-Purpose Pitches, Gymnasia, Tennis Court, Aquatics Center, Robert B.Gaw Theater, Nursing Room dan banyak lagi kemudahan yang lain. Bagi aku ini semua sangat mewah dan elegant sebab dalam sekolah ni siap ada Cafeteria yang kemas dan yang mempunyai kiost, boleh pilih menu yang tertera di skrin TV. Paling siok lah siap ada Cafe buat coffee lagi tu, Pretz n Beans. Buat yang pengemar coffee sangat sesuai lah untuk lepak. Kalau aku kurang sikit sebab terover copy boleh buat aku termigrain.
Setelah berpuas ati dengan penampilannya kini iaitu menggunakan seragam sekolah berwarna biru muda dan berseluar lagging panjang. Aku memilih saiz baju yang agak besar sedikit dari saiz asalku bukan apa seragam sekolah baruku ini bukan macam sekolah lamaku sopan kemas labuh berbaju kurung, seragam sekolah baruku ini menggunakan t’shirt biru muda mungkin memudahkan pergerakan pelajar seragam sekolah untuk pelajar ISKL yang aku gunakan kini untuk pelajar Middle School seperti aku. Untuk pelajar yang bukan beragama islam digalakkan menggunakan short pant atau skirt pendek. Untuk menjaga auratku aku mengenakan seluar panjang berwarna hitam. Iaitu seluar lagging.
"Nora.. Nora dah siap?." Puan Sarah mengetuk pintu biliknya. Pintu masih tertutup rapat mungkin anaknya masih bersiap.
Aku meraih beg sandangku yang berada di atas katil. Aku memulaskan tombol pintu. Stakk.. kunci rupanya. Patut ibu tak masuk tadi.
" Dah Ibu, jumlah tak sabar pula Nora nak ke sekolah baru hari ni." Mataku bersinar-sinar sebab teruja.
Rambut ikal mayangku dilepaskan, cuma dianyam tipis di bahagian belakang. Korang jangan terkejut yer setiap pelajar bersekolah di ISKL kebanyakkannya free hair tidak macam sekolah kerajaan wajib menggunakan tudung bagi pelajar beragama Islam sepertiku.
Papa dan Mama memandangku dan bibir mereka kini menghadiahkan aku sebuah senyuman yang amat manis dipandang. Sebelum berangkat ke sekolah aku mencium tangan ibu,papa dan mamaku. Papa dan aku pula sama-sama berangkat, papa ke pejabat dan aku pergi ke sekolah.
Aku memasuki perut kereta Hummer H3 hitam. Aku dan papa duduk dibahagian penumpang. Aku terharu juga sebelum sempat aku buka pintu kereta terlebih dahulu lagi Pak Bob membukakan kereta untuk aku. ISKL bukan tidak menyediakan bus sekolah ambil dan hantar pelajar tapi itulah keluagaku bekeras juga aku harus dihantar oleh mereka. Demi keselamatan katanya.
" Tak payah susahkan Pak Bob, Nora boleh buat sendiri."
Baiknya anak tuan ni. Budi pekertinya memang cukup baik.
" Takpa Cik Nora, lagipun dah tugas Pak Cik." Pintu kereta ditutup semula apabila aku sudah masuk ke dalam kereta.
" Lain kali biar Nora sendiri yang buat k Pak Bob."
Nak tak nak terpaksa juga Pak Bob kata setuju setelah Papa Nora menyokong dengan kata anaknya itu.
" Pak Bob, hantarkan Nora dulu ke sekolah lepas tu baru hantar saya." Arah Tengku Dato Rahim sambil mengerling ke arah jam tangannya.
Memandangkan destinasi aku yang lebih dekat dari pejabat ayah jadi aku lah dulu di hantarkan. Nak juga aku tengok macam mana rupa pejabat papaku itu. Mesti megah kan.? Macam Megah holding yang selalu keluar di kaca TV.
"Baik Tengku." Sepatah ayat sahaja Pak Bob jawab. Enjin Kereta dihidupkan.
AIMAN melihat ke arah kereta mewah yang baru sahaja berhenti di penghentian kenderaan untuk ibu bapa. Tetapi bukan itu yang membuat mata terbutang macam nak terkeluar biji mata. Pemilik kereta Hummer H3 yang berwarna hitam tu yang telah mencuri perhatiannya.Cantik dan manis!. Kawannya yang berada di sebelah pun pelik semacam jak dengan ulah gedik kawannya itu. Macam ulat bulu.
Dah kenapa pula member aku sorang ni, kena sampuk jembalang mana entah. Seram aku.
" Apahal kau ni, dah kena sampuk ke apa.?" Ambrose menegur kawannya. Pelik budak ni. Tadi tersenyum sekarang tersengih macam kerang busuk. Kerang pun tak gila macam ni.
Kalau aku kata pada kau Am.. Memang tak caya punyalah. Bidadari tu bro! Bidadari jatuh dari surga.
"Wow! Pemilik kereta hummer H3 tu memang wow!. Fall in love sudah ni." Aiman menyiku member sebelahnya.
Ambrose melihat ke arah yang dikatakan oleh Aiman. Takda. Sah kena sampuk mamat ni.
" Aish! Kau ni kan, seram aku tengok..Can you see that bro! It's nothing. Mengarut kau ni." Jari telunjuknya menunjukkan tempat tersebut. Naik meremang bulu roma dia. Mana hummer dia, ke dia minta ketuk guna hummer?
Jam loceng berbunyi. Ni kali yang ketiga tak juga mereka berginjak dari tempat mereka berdiri sekarang. Semua pelajar dah masuk kelas hanya tinggal dua beruk ni jak. Memang nak cari nahas mereka dua ni. Masih siok lepak di pondok.
" Hoi! Kamu berdua ni, masuk kelas sekarang!." Teriak ketua pengawas yang mengenakan baju pengawas yang berwarna hitam. Macam berkabung pula aku tengok.haha
Ambrose dan member sawan dia tu berlari anak menuju ke dalam kelas. Tadi bukan main lembap nak masuk kelas bila dipaksa baru macam orang dah nak terberanak. Jadi pengawas pun kena bersabar dengan karenah budak-budak sekolah. Sebal. Macam mereka tak sedar yang pengawas hanya menjalankan tanggungjawab. Pengawas atau lebih dikenali sebagai Student Council (StuCo).
*NORA P.O.V*
NORA terkejut dari lamunannya apabila terdengar bunyi loceng sekolah. Walaupun banyak perbezaan antara kolej ni dengan sekolah lain tapi satu jak yang sama Loceng sekolah. Cubalah takda..Jap! Kalau takda macam mana nak tahu bila masa waktu rehat dan bila masa perlu masuk kelas, ni nasib loceng yang mengejutkan tadi kalau takda loceng memang esok pagilah kau tersedar Nora!
Disebabkan aku ni pelajar baharu so diberikan keistimewaan sedikitlah. Admin sekolah meminta seorang pengawas perempuan menunjukkan aku di mana terletaknya kelas aku. Segan. Nak buat macam mana hidup ni perlukan pertolongan orang. Kalau ikutkan jam begini aku harus berada di dalam kelas Art. Peralatan artku terlupa pula aku sediakan mudah-mudahanlah tidak dimarahi.
Setelah jumpa pengawas itu meninggalkan aku sendiri. Hah! Mulalah nak takut. Sejuk. Bukan disebabkan sejuk waktu pagi tapi sejuk akibat takut. Kelas baru aku itu sangat bising sehingga tidak menyedari kehadiranku. Aku tidak mahu kepoh pula nak kenalkan diri. Buku catatan aku keluarkan. Mataku tertacap dengan gelagat pelajar yang ada di dalam kelas Art ini, sungguh kusyuk melakar gambaran 3D kepada 2D yang lain pula melakukan kerja masing-masing.
BEBERAPA minit kemudian barulah kelas yang macam zoo tadi kembali tenang. Patutlah senyap mendadak, aku masuk kelas tadi pun SKL apabila seorang cikgu perempuan yang kelihatan macam garang baru nak diam. Nora,takkanlah orang nak sambut kau macam tuan puteri pula. Mesti perempuan yang menggunakan baju berlengan pendek menampak bentuk badan luaran(Jangan negatif you all) dia ni mesti berpangkat or garang ker? Sebab tu mereka diam seribu bahasa. Tengok riak muka pun aku boleh cam dia ni garang.
" Good Morning Madam.." Semua pelajar kelas Art berdiri setelah Ketua kelas memberikan salam. Tapi kali ni unik, ketua dan penolong kelas sama-sama mengucapkan salam dengan serentak. Memang uniklah. Apa lagi yang aku tak tahu pasal keunikan sekolah ni?
Kami semua duduk. Tiada satu pun suara yang keluar. Pelajar KHTL ni memang hormat cikgu kot.
" Okay class! Today we are have a good news, we have new student. Please don't bully her or judge her okay. Miss Arisha, please come infront. Intro yourself." Pelawa Cikgu Tikah. Nak tahu dari mana aku tahu nama dia? Hah! Apa nak susah cari, kan cikgu tu ada Tag nama aku bacalah. Hihi.
Aku membuka langlahku, dengan membaca bismillah agar aku dapat kuatkan diriku. Fighting! Macam berperang juga.
" Assalamualaikum dan salam sejahtera, My name is Tengku Arisha Nur Amani bt. Tengku Dato' Rahim, just call me for a short name, Nora. I am from Sekolah Seri Pintar. " Setelah memperkenalkan diri. Barulah mereka semua perasan akan kehadiranku.
Ada yang bertanya aku ni masih single ke tidak?. Kenapa lawa sangat?. Naik bosan pula aku ditanyakan benda yang sama. Setelah dikecewakan malas dah aku fikir tentang cinta. Menyakitkan hati sahaja. Datang sekolah ni niat aku hanya satu. Belajar!.
Aku membalas pertanyaan mereka semua hanya dengan sebuah senyuman jak. Malas! Layan budak-budak gatal. Kecil-kecil dah mengatal.
Aiman menyiku lengan Ambrose. Aiman tak puas hati dengan kawan dia ni fokus tak bertempat. Tak pandang ke hadapan sedikit pun. Memang rugilah member dia ni.
Am ni kan, nak kata bengap pun tak juga. Asal tak sedar dari tadi. Asyik menghadap buku jak patut awek lari. Aiman mengumpat dalam hati, kalau Ambrose tahu naya kau...
" Kenapa kau ni hah!." Kedengaran sedikit marah kata-katanya. Siapa tak marah, kalau akulah aku pun marah mungkin akan lebih teruk dari Kemarahan Ambrose kot.
" Tu.." Aiman memuncungkan mulutnya. Dah macam mulut itik pula. Haha tak padan dengan rupa kau Aiman. Mamat Itik.
" Apa tu-tu, Aish! Kau ni Man!." Marah Ambrose. Nak tak nak terpaksa juga dia memandang ke arah yang ditunjukkan Aiman. Sahabat dia ni semakin tak dituruti semakin teruk ulahnya.
Apalah yang membuat sahabat dia ni melihat pun tak terkelip-kelip. Mulut tu tak usahlah nak cakap terbuka luas nasib lalat tak beranak dalam sana. Lalat bertelur ke beranak?! Lantaklah.haha.
Setelah memandang ke arah yang sama. Dia bagaikan terkena kejutan budaya pula. Perempuan tu! Memang cukup dia kenal si Minah Strawberry tu. Apasal dia sama sekolah dengan aku. Jodoh ker? kini dia pula mengikuti ulah pelik kawan dia. Mungkin lebih teruk lagi. Haha! Tu lah tadi kata orang sekarang terkena batang hidung sendiri. Padan Muka!.
"Kenapa dengan kau ni Am? Pelik aku tengok. Jangan kata kau syok dekat awek tu sudah, naya kau aku kerjakan.." Awal-awal lagi dah warning bagai. Macamlah dia berani. Sebenarnya dia acah jak tu. Siapalah berani menentang anak Tengku macam Ambrose ni. Kan.
" Aku kenal sangat minah tu.." Ujar Ambrose
" maksud kau? Aku tak fahamlah bro!." Aiman mengaru kepalanya.
Baru sahaja gadis tu kenalkan diri takkan dah kenal sangat kot. Ahli nujum pak belalang ke Ambrose sekarang ni?
" Aku sekelas juga dengan dia dulu masa tahun 6 tak sampai setahun sebab aku pindah masuk bulan 7."
Aiman mengangguk macam burung pelatuk pula. Rupanya bergitu. Macam Jodoh pula ni.
" Wow! What a small world, cool lah. Berpisah lepas tu balik-balik sekelas lagi..ehemm ada ura-ura bau nasi minyak ka bang." Seloroh Aiman. Kau ni Aiman nak tempah maut ke apa?. Buang terbiat member dia ni.
Cikgu Tikah memandang ke arah kami. Nasib baiklah hanya dijeling jak. Kalau dihukum memang naya budak Aiman tu kena terajang oleh aku.
" Kau ni kan Aiman..Mulut tu becok sangat!. Pak Jenin tol lah kau. Sudah aku nak sambung buat kerja." Marah aku bagi menutup maluku.
Siapa tak malu. Bila menjadi tontonan umum oleh satu kelas kecuali si minah Strawberry tu. Keras macam batu. Lebih baik aku menyiapkan lakaranku daripada melayan aiman yang tengah angau ni.
NORA menyarungkan kembali ID Cardnya. ID Card tersebut dapat diperolehi masa pendaftaran masuk. Pelajar ISKL diberikan kad pengenalan dan pelajar mesti membawa kad ini setiap kali berada di kampus. Kad pengenalan diperlukan untuk akses kampus, sistem pembayaran tanpa tunai, menyemak buku dari perpustakaan, dan penggunaan pencetak. Ini memudahkan urusan penggunakan kelengkapan sekolah termasuklah makan minum pelajar. Terima kasih headmaster.
Terima kasih kerana sudi membaca. Kepada ISKL minta maaf kerana telah memetik nama skolah anda.
Share this novel