*AMBROSE P.O.V*
"SIAL! punya minah Strawberry! Kau tumbuk perut aku!." Marah Ambrose. Ambrose mengambil tempat duduk di hadapan Aiman dan Saiful.
Pondok yang terletak di tengah-tengah, antara Libry dengan cafeteria. Pondok tersebut memang sesuai untuk pelajar mengulangkaji atau pun santai tapi bagi mereka tempat itu ibarat tempat mereka melepak atau mengusyar awek² yang lalu lalang. Gatal.
Ambrose menekan-nekan perutnya. Terasa senak. Nasib baik dia belum mengisi dengan makanan kalau tak, membazil jak kalau terkeluar semua yang ada akibat penangan Nora yang mengalahkan lelaki tu.
" Kau ni dah kenapa bro! Aku tengok macam orang nak berak jak." Tanya Saiful hairan sambil mengunyah roti.
" Kalau aku nak berak aku tak datang sini lah!." Agak tinggi nada suara yang baru keluar dari mulut Ambrose.
Betul juga, kalau Ambrose nak berak takkanlah nak melepas hajat dekat sini. Jatuh saham wei!
"Heheh...Betul juga." Saiful mengaru kepalanya. Sedar akan soalan bonusnya itu. Apalah Saiful ni, tu pun bengap juga. Member kau ni tengah bergaduh dengan awek dia tu.
"Kau ni pun satu Pul, ade ke patut kata macam tu kalau aku kau tanya dah lama buku lima buku sepuluh ke, hinggap kat palak hotak kau tu biar bersih sikit." Aiman turut marah bukan nak menyebelahi Ambrose. Kalau dia di situasi Ambrose pun dia akan buat perkara yang sama.
" Aku tahulah..." Mata Saiful dijulingkan. Yala asyik dia sorang saja salah.
Kini Aiman dan Saiful pula yang bertekak mengalahkan budak-budak. Ambrose yang sedar akan perselisihan tu terus berdiri di antara tengah-tengah mereka. Tu pun nak gaduh juga. Aku yang sakit ni bertambah sakit. Sakit hati. sakit lagi kalau tak ada hati.
" Cukuplah.. tak pasal-pasal ada yang masuk ICU nanti. Takkan pasal Sekecil kuman tu kita gaduh." Ambrose meleraikan pergaduhan itu. Gaduh manja saja tu gaduh antara bestie
" Sorry bro." Aiman menghulurkan tangannya tanda kemaafkan. Saiful tak teragak-agak menyambut dan berlaga bahu dengan Aiman. Lega. Tak susah pun nak pujuk dua ekor monyet ni.
" Tapi kan..Kami pelik lah Am, asal kau balik sini terus marah-marah?, nak juga tahu asal kau jadi gitu." Ujar Saiful ingin tahu.
Ambrose mengeluh berat. Lagi lama dipendamkan lagi lama dia sakit hati. " Aku jadi macam ni Sebab Minah Strawberry kelat tu lah."
Saiful dan Aiman saling pandang memandang.
"Minah Strawberry?." Kata Aiman sambil mengunyah roti Saiful yang separuh sudah ditelan.
" Minah Strawberry?." Tanya Saiful dan Aiman serentK. Siapa agaknya Minah Strawberry tu. Ke tertelan buah strawberry.Kali ini boleh ada chemistry lah pula.
" Budak baru tu lah! Nak cari nahas dengan aku. Dia belum kenallah Tengku Ambrose ni siapa." Kata Ambrose geram sambil mengenggam buku limanya. Geram sangat dah tu.
Siapalah yang tak kenal Tengku Ambrose anak Tengku Akim ni, anak kepada salah seorang ahli perniagaan yang terpengaruh dekat Malaysia ni jangankan Malaysia Luar Negara pun kenal siapa Tengku Akim tu.Senior pun takut nak jentik si Ambrose ni. Pernah suatu ketika dahulu yang Ambrose ni pernah dibuli oleh seorang senior High School Grade 9, hanya kerana Ambrose enggan turuti apa mereka mahu. Ambrose pada masa tu hanya mendiamkan diri jak, senang lenanglah lah Si Gengster kurap tu buli dia.
Tengku Akim menyedari akan pembulian tu terus bertindak memberi dendaan iaitu dengan menyaman keluarga senior-senior itu. Siapa tahan anak kita dibuli orang, jangankan kita ni ibu bapa pun tak pernah nak jentik anak inikan pula orang luar. Tak sangkalah pula Keluarga si senior tu berkerja di bawah syarikat keluarga Ambrose. Padah daripada senior tu, ayahnya diberhentikan kerja serta merta. Sejak kejadian tu lah tiada siapa pun yang berani jentik Ambrose termaksuklah cikgu. Tapi Ambrose ni budak baik tak salah menggunakan kuasa yang dia ada.
" Maksud Kau Am, Arisha?" Tanya Aiman untuk kepastian sebab pernah juga dia sekali dia mendengar Ambrose mengelarnya seperti itu 'Minah Strawberry'. Gadis yang dia puja dalam diam. Tak sangkalah pula.
Ambrose hanya mengangguk tanda mengiakan. Malas nak menjawab soalan Aiman. Macamlah ada orang baru lain selain Arisha tu.
"Cer cite, asal kau boleh mengamuk bagai. Setahu aku kau ni susah nak mengamuk dengan awek, yelah kau kan Mamat Penyayang kan sekolah ni." Soal Saiful ingin tahu. Kini dia tidak lagi dah membuang pandangannya ke arah keropok ketam (Bukan ketam yang real) yang dibelinya dari koperasi sekolah.
Walaupun Ambrose ni agak gatal tapi dia jenis yang tahu hormat wanita. Sekacak-kacaknya dia satu awek pun belum dapat pangkat girlfriend bagi Ambrose, yang lain suka-suka jer pakai buang bosan. Perempuan apatah lagi memang mahulah sebab Ambrose ni jenis tak kedekut dengan duit. Keluar dating atau lepak dia yang keluar belanja semua.
" Aku tanya minah tu bagus-bagus, ada ke patut dikasinya sebuah tumbukan sakit wei!." Jelas Ambrose. Perutnya yang senak tadi beransur pulih. Tumbukan perempuan jak pun tak setandinglah dengan kekuatan lelaki.
" Dia tumbuk kau? Haha! Kau biar betul ni Am." Aiman tidak percaya. Tak mungkinlah gadis manis macam Nora boleh mengalahkan mamat segagah Ambrose ni.
Semua mata memandang Ke arah Aiman yang ketawa tak ingat dunia. Serta merta ketawa Aiman mati. Padan muka.
NORA terbangun apabila terdengar bunyi jam locengnya yang berada di sebelah kirinya. Jam loceng itu berada di atas meja lampu biliknya. Jam ni kenapalah jujur sangat, orang setkan pukul 4.40 pagi pukul tu juga dia kejutkan orang. Daripada dia mengelat lagi lebih baik dia bergegas ke bilik mandi, ambil wuduk. Bertuah punya anak dara, Nora tidur semula selepas subuh. Tidak dapat melawan kantuk yang menguasai dirinya sekarang.
Panggilan masuk yang mendendangkan lagu kegemarannya.You're all ever i need. Dia mengosok-gosok matanya. Nasib baik dia dah mandi masa subuh tadi kalau tak, tak sempatlah dia nak jumpa kawan dia nanti. Baju yang akan digunanya nanti telah lama diletakkan di atas kerusi yang digunakan sebagai meja belajarnya, berhampiran katilnya.
Nora menukarkan baju tidurnya dengan performance running T-shirt saiz S berwarna hitam pendek paras siku, dia menggunakan inner di dalam. Seluar jogger Ultra Stretch jenama UNIQLO yang berwarna hitam. Tuala berwarna soft grey dia gapai buat lap peluh nanti masa jogging.
Pada pagi itu, dia dan kawan-kawannya telah berhasrat nak jogging sama-sama dekat Taman Mawar yang tak beberapa jauh dari rumahnya. Syikin dan yang lain-lain dah lama tiba di lokasi yang telah mereka tetapkan.
" Okay, tunggu saya dekat tempat biasa." Nora memadamkan telefon jenama Iphone 14 pro
Tempat biasa yang dikatakan ialah pondok yang dikhaskan oleh pihak berkuasa sebagai tempat rehat pengunjung yang datang berkelah(Bersantai) ataupun bersukan(Jogging). Taman Mawar itu memang seindah namanya. Bersih dan selesa digunakan. Tidak sia-sia mereka menjadikan taman itu sebagai tempat mereka bersenam dan santai hujung minggu.
NORA berjalan menuju ke arah tempat makan yang berhampiran dengan kolam renang. Puan Sarah dan Datin Nelly bersarapan pagi. Nora mencari kelibat Papanya. Tiada. Setahu dialah mana ada orang bekerja hari sabtu.
"Ibu, Papa mana?." Tanya Nora seraya duduk berhadapan dengan Ibunya. Puan Sarah. Bread yang telah dicalitkan dengan mayonis campur sos cili disuapkan ke dalam mulut.Sedap.
Kak Yanti dan pembantu rumah yang lain melakukan tugas harian mereka. Mengemas. Awalnya mereka bangun.
" Main goft sayang. Ni Nora berpakaian sukan macam ni, nak pergi mana?." Puan Sarah melihat Nora dari atas hingga ke bawah penampilan anaknya pada pagi itu.
" Nak pergi jogging Ibu, Nora pergi dengan kawan sekolah Nora, tengahari baru Nora balik. Boleh ya Bu?." Nora meminta izin daripada Ibunya. Minta Izin daripada ibu bapa kan wajib, sebab demi keselamatan kita supaya juga kita tidak merisaukan mereka. Ingat tau.
" Dekat mana tu sayang?." Datin Nelly pula menyoal anak tirinya itu. Risau pula dia.
Nora menghirup perlahan air milo panas. Setelah ditelan barulah dia kembali menjawab soalan Ibu dan mamanya.
" Dekat Taman Mamar Ma." Sambil mengunyah bread Nora menjawab.
Bukan Datin Nelly tu nak menghalang. Dia tiada hak nak menyekat kebebasan anak tirinya itu tapi mereka dah ada kelas gym peribadi keluarga mereka sendiri. Bila-bila masa sahaja Nora boleh ikut kalau mahu, dia sanggup menemaninya.
" Buat apa nak pergi taman tu bahaya sayang, lagipun kita kan dah ada gym peribadi sendiri, mama risaulah kot-kot ada penjahat ke nak culik anak mama yang cantik ni." Datin Nelly menyuarakan kerisauannya. Bukan dia tak ada baca tentang kes penculikkan yang sering kali berlaku.
Puan Sarah juga mengiakan kata-kata madunya itu. Risau pula kalau ada apa-apa terjadi dengan Anak tunggalnya.
" Betul tu sayang, Ibu pun sokong dengan apa yang dikatakan oleh Mama Nora tu." Kata Puan Sarah pula.
" Bukan Nora tak nak ikut mama ke club gym tu, tapi Nora dah janji dengan kawan Nora. Takkanlah Nora nak mungkir janji."
Kasihan nanti dengan mereka Mimie kalau aku tak jadi. Aku yang beria-ria mengajak mereka takkan aku pula yang tak datang. Apa kata mereka nanti.
"Kalau macam tu Ibu benarkan Nora pergi tapi janji jangan balik lambat." Tegas Puan Sarah. Bukan nak mengongkong tapi demi keselamatan puterinya dia terpaksa berbuat demikian.
Nora bersorak gembira dengan kebenaran Ibunya. Datin Nelly mengeluh di sebelahnya, dia cukup risau dengan keselamatan anak tirinya itu lagi-lagi orang dah tahu yang Nora ialah Satu-satunya waris tunggal Cahaya Holding. Syarikat turun-temurun milik keluarga bapa Nora. Kini Cahaya Holding telah diterajui oleh suaminya. Tengku Dato' Rahim.
" Bolehlah, ya mama." Kini Nora hanya memerlukan persetujuan Datin Nelly. Matanya beralih kepada Datin Nelly.
Kasihan juga dengan Nora kalau aku kata tidak. Sekurang-kurangnya Nora tak bosanlah kalau dapat keluar.
"Okay, hati-hati ya sayang. Jangan bercakap dengan stranger. Bahaya." Pesan Datin Nelly.
Nora memeluk bahu Mama Nellynya kejap. Gembira. Sekarang kedua-dua ibunya membenarkannya keluar.
Puan Sarah memandang ke arah madunya itu, terselit rasa gembira melihat keakraban anaknya dengan madunya itu. Terima kasih Nel sebab sudi terima aku dan anakku. Bersyukur sangat dapat madu yang menyayangi Nora seperti anaknya sendiri. Ya Allah murninya hati isteri abang ni.
Share this novel