BEBERAPA bulan kemudian (ingin cepatkan masa) hihi, Nora merasakan yang dia sebenarnya jatuh cinta dengan Iaaz Aqiq sejak dulu lagi,hanya kali ini sahaja dia betul-betul sedar yang dia sudah jatuh cinta dengan kawan baiknya sendiri. Berbulan-bulan juga dia pendam perasaan Cinta tu sebab dia tahu dan sedar yang Iaaz hanya menggangapnya hanya sebagai seorang kawan. Bukan sahaja berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun dia pendam perasaannya itu sebelum perasaan tersebut menjadi semakin dalam dan tulus, Namun apakah daya, dia dalam keadaan Friendzon dengan Iaaz Aqiq.
Selama berbulan-bulan juga dia menjauhkan dirinya daripada Iaaz tapi tetap tak berjaya. Dia tahu yang sekarang ni dia benar-benar jatuh cinta dan orang itu adalah Iaaz Aqiq bin Khairul dan dia sangat pasti bahawa Iaaz adalah cinta pertamanya tiada yang lain, dia pun tak tahu kenapa dia dapat menanam perasaan itu dalam dirinya. Kalaulah dia tahu macam ini jadinya, sudah lama dia ketepikan perasaan itu. Hmmm tapi mustahil.
Pada tanggal 28 ogos 2011 lepas dia dah berterus-terang dengan jujur tentang perasaannya terhadap Iaaz. Tapi Iaaz menolaknya mentah-mentah. Ee! Iazz ni kan, menyebalkan, Author pun rasa nak hempuk pakai lesung batu. Betapa sakit hati dia hanya Tuhan jak tahu tambah lagi Iaaz telah mengatakan!. ' maaf Nora, aku sayang kau tapi sayang tu...hanya sebatas seorang sahabat. Iaaz sayang Nora lebih dari segalanya. Iaaz akan kekal sebagai sahabat sejati buat Nora selamanya.' SELAMANYA! Tidak! Kenapa aku bodoh sangat Ya Allah jatuh cinta dengan Sahabat aku sendiri. Sahabat yang dah seperti seorang abang aku selama ini. Ika dan Nana harus aku jumpa. Aku tak tahan lagi. Aku mesti luah dekat seseorang, aku tak nak menderita lagi.
" Assalamualaikum,Nana,Ika datang rumah aku,ada hal..please..." Rayu Nora dengan suara sengau akibat menangis tak tentu pasal tadi. Mana taknya, hidung dia tersumbat sebab hingus. Setelah mereka setuju untuk berjumpa maka talian diputuskan.
Belum sampai beberapa jam. Nana dan Ika muncul di hadapan rumah. Puan Sarah membenarkan mereka masuk.
" Nora, Ika dan Nana sampai ni kat luar bilik. Buka pintu ya sayang, Ibu nak pergi dapur." Ketuk Puan Sarah.
" Suruh mereka masuk Ibu, sorry ibu kali ni Nora tak dapat bantu ibu masak. Nora ada hal." Nora mengawal suaranya. Macamlah ibu aku tu tak tahu apa-apa. Dia ibu aku, yang lahirkan aku ke dunia ini mesti dia tahu.
" Yalah-yalah ibu tahu, selesai masalah Nora, Ibu pergi dapur. Jangan pula Nora tak mahu makan hanya kerana masalah 'sekecil' itu." Nasihat Puan Sarah. Kan aku dah kata mesti Ibu tahu punyalah. Tak payah cakap mesti secara automatik Ibu tahu.
" Masuklah..." Aku memberi izin mereka masuk. Ika menutup rapat bilik tidurku. Aku menyuruh Ika mengunci pintu. Dia akur.
" Hah! Apahal ni panggil kita orang malam-malam macam ni." Nana melihat aku sedikit keliru. Siapa tak keliru, kawan kita yang ceria tiba-tiba monyok macam ni... tak ke pelik?
" Sebenarnyakan...." mereka berdua terangguk-angguk bak burung pelatuk. Tak sabar pula apa yang tergempak sangat ni.
" Sebernarnyakan..." masih juga yang sama..Budak ni kan buat orang tertunggu-tunggu jak.Cepatlah!
" Apa dia? Dari tadi sebenarnyakan yalah apa yang benarnya tu." Ika tak puas hati. Yalah. Koranglah kan pembaca? Apa korang rasa kalau korang tempat aku?.
" Ni pasal Iaaz....Aku.." Tersekat-sekat dia mengeluarkan suaranya. Bersediakah aku bagitahu kawan-kawan aku. Ya Allah kuatkanlah hatiku ini.
" Kenapa dengan Buah hati kau tu." Nana menyoal ingin tahu. Ika melihat perubahan pada wajah Nora terus menyiku lengan Nana.
Macam ada something wrong jak ni. Ya Allah! Apa yang berlaku dekat kawan baik aku ni.
" Sorry Nora, apa yang berlaku kat korang berdua ni. Aku nak tahu juga sejak kebelakangan ini Kau dan Iaaz macam tak rapat jak, sorang pergi timur sorang lagi pula ke barat." Nana mengeluh berat.
Sememangnya dia curious sangat dengan masalah kawan baiknya itu. Bukan dia tak kenal Nora ni pun, seorang yang ceria dan tak kenal erti lemah dalam diri dia tapi sekarang lain pula jadi. Apa yang terjadi ni. Nora terus-teranglah dengan kami.
Aku menangis depan mereka. Sesungguhnya aku tidak dapat menahan perasaan sebakku ini. Mereka terlalu baik dengan aku, aku tak mahu menyusahkan mereka. aku nekad nak bagitahu mereka apa-apa pun mereka tetap sahabat aku yang sentiasa ada saat suka dan duka aku.
" Macam ni...Aku...Sakit...Sakit!.." aku memeluk mereka dengan erat. Aku menangis di hadapan mereka. Nana menepuk belakang aku manakala Ika pula memegang tangan aku, memberi kekuatan untuk aku memulakan cerita. Beberapa minit kemudian barulah aku bersedia untuk mengisahkan kembali pertemuan aku dengan 'dia'.
***
#Flashback
Aku pada masa itu baru sahaja keluar dari perpustakaan Ibu kota terserempak pula dengan Iaaz tapi kali itu Iaaz berteman bukan keseorangan. Hati aku sakit. Sebak. Marah. Cemburu. Semua ada. Dengan langkah yang berat terpaksa juga aku menuju ke arah mereka. Gelagat mereka menyakitkan hati. Berpegang tangan, berjenaka. Cemburu tahap gaban. Aku tidak dapat untuk meneruskan langkahku menuju ke arah mereka, lalu aku cuba untuk berpatah balik, tetapi tidak ku sangka Iaaz sempat melihat aku.Menyesal.
" Nora! Nora! Tunggu!." Laung Iaaz kuat. Aku tidak mahu berpaling ke belakang! Hati aku sakit. Siapa yang pernah merasakan apa yang aku rasakan ini pasti tahu betapa sakitnya dikhianati terutamanya dikhianati oleh orang yang tersayang kan? Tak ku sangka selama ini perasan Iazz kepadaku tidak lebih dari perasaan seorang kawan kepada kawannya. Air matanya banyak bertakung di kelopak mata. Bila-bila masa sahaja boleh menitiskan seperti hujan turun apabila cuaca mendung. Bukan setitik tapi Sebaldi. Haha. Melebih lah pula. Sempat lagi melawak masa nangis ha Nora.
Setelah mengesat air matanya menggunakan tapak tangan. Aku berpaling. Mataku tepat memandang mata Iaaz, sekilas aku melirik ke arah gadis cantik yang tidak berapa jauh dari mereka berdiri. Cemburu. Aku tersenyum tapi senyuman itu hambar.
" Kenapa ni?." Tanya Iaaz Risau. Aku tak suka kau Nangis Nora, aku sayang kau sangat-sangat. Iaaz cuba untuk mengesat sisa air mata Nora tapi ditepis kasar oleh Nora.
" Aku...Aku sayang kau Iaaz." Luah Nora jujur tetapi teragak-agak. Ini kali pertama dia berterus-terang dengan lelaki mengenai perasaan selama ini mana ada dia berani, kenal apa itu cinta pun tidak.
" Aku pun sayang kau juga Nora." Kata Iaaz sambil memegang kedua belah bahu Nora. Mengatakan bahawa dia sayang akan Nora. Bukan sayang seorang sahabat yang aku perlukan. Aku..Aku cintakan kau Iaaz. Lantas Iaaz membawa aku menuju ke arah gadis cantik itu. Gadis itu hanya tersenyum manis.
" Hah! Nora ni aku kenalkan Farah, Girlfriend aku. Cantik kan. Farah ni lah Nora adik yang aku ceritakan tu." Terang Iaaz. Nora tersentak. Hanya sekadar adik. Itu sahaja!. Layanan kau Iaaz selama ini pada aku hanya layanan seorang abang kepada adiknya. Nora tak dapat menahan perasaannya lagi, huluran tangan perempuan itu aku biarkan. Hati aku sakit mataku mulai berkaca. Terima kasih Iaaz Aqiq kerana kau telah melukakan hati aku. Selama ini aku ingat hubungan kita istimewa
" A'ah..Cantik sangat. Sepadan dengan kau. Okaylah aku pergi dulu." Aku memalingkan badan aku ke belakang. Apa yang berada dalam kepala aku sekarang ni hanyalah nak balik! Aku nak lupakan semuanya. Lututku terasa lemah. Aku hampir nak terduduk lemah tetapi aku gagahkan diriku untuk berdiri dengan teguh. Iaaz cuba untuk menolongku tetapi aku memberikan ibu jari 'good' paduhal aku tak okay! bodohnya aku kenapalah aku boleh jatuh cinta dengan Iaaz. Kalaulah dari lagi aku kuburkan saja perasaanku ini dari hatiku, sekarang mungkin takkan jadi macam ni. Aku benci Cinta! Aku benci lelaki! Semua sama!. Air mataku laju tak terhenti-henti mengalir. Sakit! Perasaan kecewa itu lagi sakit daripada terluka akibat pisau. Faham kan korang umpama aku itu?.
Nana dan Ika cuba untuk memberi kekuatan kepada kawannya itu. Kasihan. Macam takut pula aku nak bercinta. Kalau jadi macam ni.
" Sabar Nora, aku tahu kau tu kuat kalah super girl di luar sana kaulah Wonder Woman Malaysia!. Bukan dia saja lelaki yang ada di dunia ini. Aku percaya jodoh kau tu dekat jak dengan kau jangan risau." Pujuk Nana. Aku kembali ke alam nyata. Alam yang menyakitkan. Banyak dugaan hidup, ni baru sedikit.
Nora sangat bersyukur sebab kawan-kawannya menjadi tulang selain ibu. Mereka yang banyak memberi kata-kata semangat kepada aku. Tiada mereka siapalah aku. Cewah kau Nora. Haha.
" Bak kata orang sekaranglah kan. Bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor." Tambah Ika pula. Ada-ada jak lah Ika ni. Tak ke pelik manusia kapel dengan kumbang mustahil.
" Tapikan korang....Aku taknaklah kapel dengan Kumbang nanti orang ingat aku gila..." Terkeluar juga apa yang difikirkan tadi. Akhirnya mereka bertiga ketawa dek jawapan sengal Nora. Ketawa mereka mati setelah pintu bilik Nora diketuk.
" Nora mari makan, Bawa sekali Ika dan Nana." Pelawa Puan Sarah dari luar.
Murah rezeki mereka berdua kali ini dapat merasai masakan Puan Sarah. SEDAP! Hingga menjilat ibu jari.
IAAZ menghampiri meja PRM. Bukan singkatan untuk Prom ya. Pertolongan Rakyat Malaysia(PRM) Faham sudah?. Cikgu akan menyediakan makanan untuk pelajar yang kurang kemampuan atau anak yatim. Pihak sekolah akan tanggung makan minum mereka selama mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sarawak. Baiknya. Iaaz masuk ke dalam bilik itu, korang tahu kah kenapa Iaaz masuk bilik tu? Hah! Kalau korang kata Iaaz salah satu daripada pelajar yang ditolong pihak sekolah, korang salah...Iaaz masuk bilik tu sebab nak cari Nora lah. Tetapi pengawas yang berjaga macam pak guard depan pintu mengatakan Nora takda dalam bilik tu. Agak kalut juga Iaaz kali ni. Kasihan pula aku tengok.' Kemana Nora ni..'
" Hah! Itu pun dia..Kenapa pula dengan mamat tu!." Marah Iaaz. Dia sedia memgempal-gempal sebuah penumbuk. Sakit hati. Gara-gara laki tu Nora berubah, tak mahu kawan dengan dia lagi. Betul ka? Korangkan lebih tahu apa yang berlaku dengan Nora tiba-tiba jak berubah. Korang tahu?
" Nora! Kau di sini rupanya,Kau tahu tak aku risau lah cari kau di merata tempat, aku ingatkan kau sakit." Tanya Iaaz lantas bahu Nora dipegang.
" Apa kau kisah aku di sini, pergilah Iaaz..." Balas Nora malas. Aku malas nak bertekak dan bersua muka dengan kau Iaaz Aqiq.
" Siapa kata aku tak kisah."
" Cukuplah Iaaz, jangan buat aku macam ni. Sakit okay." Marah aku.
Ambrose hanya menjadi peneman setia pertelingkahan mereka berdua. Melihat dan terus melihat.
" Nora! Jawab pertanyaan aku, kenapa kau tiba-tiba berubah! Ke mana perginya Nora yang aku kenal dulu. Selalu bersama aku. Nora i need you back." Rayu Iaaz, bahu Nora digoncangnya.Nora mendiamkan diri tidak membalas pertanyaan Iaaz itu.
" Nora!" Kali ini genggamannya menjadi agak kuat. Aku tak puas hati dengan Nora ni! Tolonglah Jangan diamkan diri. Nora!. Nora mengaduh kesakitan tapi tetap juga diam. Sakitkah? Mestilah sakit bodoh! Kau cengkam anak dara orang kuat sangat.
" Lepaskan Nora! Dia sakitlah bro!." Marah Ambrose. Buah hati aku kau buat macam tu. Memang nak kena kau ni.
" Kau jangan masuk campur, dia jadi macam ni sebab kau kan! Baik kau bagitahu aku! Apa kau dah buat dengan Nora sampai dia jadi macam ni.Cepat!." Gertak Iaaz. Aku pula yang kena. Cuba tanya pembaca atau penulis ka mesti mereka tahu kan siapa yang salah. Suka hati tuduh aku.
Nora bingkas bangun dari tempat duduknya. Panas! Namun kali ini tangannya direntap kasar. Nora geram. Memang tak tahu bahasa mamat ni. Sakit kau genggam bodoh.
" Iaaz! Sakitlah!.Tolong lepaskan." Marah Nora, akhirnya Nora kembali bersuara.
" Sorry Nora, kenapa kau berubah Nora. Kita kan kawan, share-sharelah problem." Kata Iaaz. Kawan?. 'Pada kau aku hanya seorang kawan! Kau kejam Iaaz.'
" Ohh! Kawan kau cakap! Aku benci kau Iaaz, ni yang kau nak dengar kan. sekarang pergi." Terluah juga kata benci di hati. Ambrose hanya mendiamkan diri. Membiarkan hanya mereka bersuara.Dia takda hak nak kacau.
Iaaz meraup wajahnya. "Apa salah aku Nora sampaikan Kau benci sangat dengan Aku?." Tanya Iaaz tak puas hati. Kenapa kau benci sangat dengan aku Nora.
" Apa salah kau? Aku rasa kau tahu salah kau kat aku. Dah jangan cari aku lagi!" Tegas Nora. Ini yang terbaik untuk hubungan persahabatan kita.
" Tunggu Nora.." Panggil Iaaz lagi. Nora berpaling lantas dengan ringan tangan kanannya menampar pipi kiri Iaaz. Tergamam Iaaz, Ambrose turut terkejut tak sangka Nora seberani itu. Semua anak mata memandang mereka. Ada yang berbisik sesama sendiri ada yang ketawa. Tapi itu dikira yang penting sekarang dia puas.
" Kan aku dah kata! Jangan kacau aku lagi! Mulai detik ini! Saat ini! Tahun! Ini. Kita putus kawan! Aku tak kenal kau,kau pun tak kenal aku. Puas!." Tanpa menunggu lama dia pergi meninggalkan Iaaz. Macamlah tak jumpa dalam kelas. Iaaz tersentak dengan kata putus Nora. Dia kaku nak kejar kepergian Nora tapi kakinya seperti digamkan supaya tidak berginjak.
" Nora..Kena..." Ayat Ambrose dipintas Nora.
" Kau pun sama! Aku benci semua laki! Jangan kacau aku lagi kalau tak aku kerjakan kau macam Iaaz.!"Marah Nora kasar. Ambrose terkejut. Niat nak pujuk tapi dia juga kena balanya.
Aku pula yang kena lagi. Apalah nasib. 'Garangnya mengalahkan mak singa..hihi I like.' Ambrose tersengih-sengih nasib Nora tak nampak kalau tak habis gigi kau tu Ambrose.
Share this novel