Bab 12

Romance Series 3186

AMBROSE memandang sekilas jam tangannya. Tinggal 5 minit saja lagi loceng sekolah akan berbunyi. Cepatlah! Mana minah Strawberry tu,geram pula aku. Ambrose memeluk tubuh. Minah ni kan, nak kata rajin datang awal lambat juga. Geram nya, Aku ni tunggu Manusia ke tunggu kucing bertanduk. Aiman pelik melihat kawannya itu. Tak senang duduk sekejap ke hulu sekejap ke hilir.

" Kau ni dah kenapa? Aku tengok kau ni bro dah macam kucing hilang anak?." Tanya Aiman dengan riak pelik. Nak juga tahu apa masalah dengan member aku ni.

Ambrose tidak menghiraukan pertanyaan itu. Matanya tidak lari dari pintu kelas. Loceng pertama berbunyi barulah muncul gadis yang dicari-carinya itu. Tadi bukan main nak cari sekarang bila dah ada depan mata macam siput lah pula. Geram pula aku dengan Am ni. Macam bercakap dengan dinding jak.

" Am,kau mengusyar siapa tu bro, dari tadi mata tak lekang dekat girl-girl tu." Aiman gelak. Gila ke Aiman ni tak lawak pun boleh ketawa.

" Kau ni kan Aiman, Asal sibuk sangat." Sebal. Marahkan minah tu, orang lain pula yang kena tempiasnya. Marahkan anak, sindir! Menantu.

Sejak kebelakangan ini dia merasakan dia cepat sangat nak marah. Dulu dia lah orang yang murah untuk tersenyum 'lah sangat'. Sepatutnya dia maafkan sahaja Kesalahan Nora kecil jak pun. Kecik! Hei! Sampai lempang wajah kacak aku ni lepas tu malukan aku depan orang ramai, kecil ke tu. Tu lah kau Ambrose orang tengah kecewa kau sakat sekali kau dah dapat 'hadiahnya' padan muka. Nasib baik tu cuma muka kau yang tak seberapa nak kacak tu. Yakah? Sebenarnya boleh tahan kacak tapi tak boleh puji lebih kang ada yang terlebih perasan nanti.

" AM... lets go bro, aku lapar dah ni." Ajak Aiman. Dia dah lama dah nak pergi cuma tunggu kawan dia sorang ni memang lambatlah jadinya. Aiman tu badan kurus tapi kuat makan. Mana minah nak lekat.

" Kau pergilah dulu,nanti aku follow." Cadang Ambrose. Bernaslah sangat idea tu. Aku ni tunggu kau lama baru sekarang kau kata cau. Kawan.

Kalau tak pasal perut minta diisi dah lama membernya itu makan pemadam. Ambrose tersengih tahulah dia salah. Langkah Aiman dipercepatkan menuju ke cafeteris ISKL

Setelah semua pelajar beredar keluar dari kelas untuk membeli makanan lah tu. Sekarang tinggal aku dengan minah Strawberry tu.

" Apa kau nak hah! Tepi!." Tangannya siap menghalang jalan Nora daripada keluar.

Kalau diikutkan hati kecil ni dah lama aku tolak mamat Indon ni. Apa istimewanya mamat Indon ni dari Safuan dulu dia suka sangat panggil orang dengan panggilan tu sekarang Ambrose. Ada genglah Safuan.

" Aku nak kaulah!." Ambrose menghampiri Nora. Mata Nora membutang agak besar.

Ya Allah, takkan aku kena tangkap basah macam ni. Tak ingin aku kena kawen awal² terutamanya dengan mamat Indon ni. Arr! Tak dapat aku bayangkan. Kawen awal lepas tu jadi ibu..ar!! apa yang aku merepekkan ni.

Nora melangkah ke belakang apabila jarak Ambrose kini menghampirinya agak dekat juga jika dilihat sesiapa boleh mendatangkan fitnah. Nora berdoa dalam hati agar tidak ada apa-apa berlaku. Ambrose ni pun satu, kecil-kecil pun dah mengatal. Agaknya masa ibunya mengandungkan dia dulu gerenti mamat tu mengidam nak makan keladi. Tu lah gatal miang!. Nora beristighfar dalam hati. Tak baik kata macam tu.

" Kau jangan kurang ajar! Kang aku smack down padah kau." Marah Nora. Ingat Nora tak tahu ke nak jaga diri. Ini Noralah. Kata jak nak smack down bagai tapi bila berhadapan dengan Ambrose tak juga nak luku muka mamat tu. Tau takut.

Ambrose memegang tangan Nora. Ditepisnya kasar. Ambrose nak main-main jak pun sebenarnya. Tapi ni dah lebih dah ni.

" Sssh! Diam!." Pinta Ambrose kasar.

Nora takut dengan keadaan sekarang ni. Cuma tinggal mereka dua jak. Apa-apa boleh berlaku walaupun mereka masih kecil nafsu ke situ tetap ada. Betul tak?

" lepaskanlah! Cepat cakap apa kau nak, aku lapar aku nak pergi makan!." Nora meronta-ronta minta dilepaskan. Semakin dia cuba untuk leraikan pegangan Ambrose semakin tu juga Ambrose kuatkan pegangannya. Air mata wanitanya bergenang. Ibu.

" Aku nak kau..." belum habis ayat Ambrose dikeluarkan Nora dah memberi hadiah yang pantas dimiliki oleh Ambrose. Sebuah tumbukan yang agak kuat. Padan muka!.
" KAU jangan bermain-main dengan aku. Aku tak inginlah disentuh oleh mamat Indon macam kau ni! Badan aku ni hanya khas untuk bakal suami aku. Aku tak ingin suami aku nanti dapat bekas kau. Tak padan dengan umur! Mengatal!." Marah Nora agak kasar. Ambrose hanya mendiamkan diri. Siapalah suami yang malang kau nantilah Nora. Kasihan kau Encik Suami, dapat Isteri Strawberry Macam Minah tu. Masam kelat.

Ambrose memandang Nora dari atas hingga bawah. Macamlah aku ni terdesak sangat nak rembat kau. Tak inginlah. Ewww!

" Mulut tu kau tak boleh nak jaga kah! Tak ingin aku sentuh minah strawberry macam kau ni." Jari telunjuk ambrose bergerak dari atas kepala ke bawah kaki Nora. Rasa terhina Nora dibuatkan.

" Kau!." Nora dah siap mengenggam tangannya. Gigi diketap tahan marah sangat tu. Muka sudah merah padam.

" Aku nak kau dengar sini baik-baik. Macam mana My parents kenal family kau siap nak buat menantu bagai. Eww!." Ambrose buat-buat cara nak muntah.

Kalau ikutkan hati jahatnya nak jak dia marah dengan angan-angan nak menantu Nora tu. Eww! Aku masih mudalah tak ingin aku habiskan masa emas aku dengan minah ni.

" Bukan aku tahu pun, mereka cuma cadangkan jak lah! Aku pun tak inginlah Kawen dengan kau. Bukan type akulah kau ni." Nora mengerak-gerakkan bola matanya. Siapalah yang nak kawen dengan mamat tak cukup sado tu.

*NORA P.O.V*

NORA berasa sebal mengenangkan dengan kejadian tadi. Dia menghempaskan punggungnya. Kasihan kerusi kayu tu, kalau boleh bercakap dah lama dah mengadu sakit. Punggungnya yang terasa kebas akibat hentakkan tu. Jangankan kayu dia yang manusia pun terasa sakit. Tipulah kalau tak sakit, melainkan badan dia diperbuat daripada steel.

Syikin, Mimie, Lily berasa hairan dengan kelakuan kawannya sorang tu. Nasib tak bergegar tempat mereka duduk sekarang. Kenapa pula dengan dengan kawan aku ni.

" Asal dengan awak ni Nora?." Syikin melabuhkan punggungnya di tepi Nora. Nora menarik nafas panjang.

" Mamat Indon mangkuk lepas tulah!." Tambah lah pula panggilan Mamat Indon tu.

Mimie yang kusyuk sangat dengan novel tadi kini pandangannya beralih memandang tepat ke arah Nora. Nak juga dia tahu apa masalah sebenar kawan dia tu. Siapa pula mamat indon mangkuk lepas.

" Haha! Mamat Indon mana pula ni.." Syikin, Mimie dan Lily tergelak sakan. Tak tahan dengan lawak Nora bila marah tu. Lawak meh?

Nora ketap bibirnya. Geram. Orang marah mereka ketawa pula.

" Sorry..Hihi." Syikin membetulkan cermin matanya. Macam tu lah kawan baru dia bila buat salah mesti ada yang tak kena dengan cermin mata.

" Awak marahkan siapa sebenarnya ni Nora, apa tadi? Mamat...." Lily cuba mengingatkan kembali siapa mamat yang disebut oleh Nora tadi. Apa tadi eyy?

" Mamat Indon Mangkuk lepas haha!" Syikin memberi jelingan maut dengan Mimie. Tahu kawan tengah panas macam api simbah lagi dengan minyak. Tak ke menjadi.

Mimie yang sedar dengan kesalahannya cepat-cepat dia menutup mulutnya. Sorry.

"Siapa tu, setahu sayalah mana ada mamat indon sekolah sini." Lily mengaru-garu kepalanya.

Ada mamat Indon meyy sekolah sini? Setahu akulah sepanjang aku menuntut ilmu di sekolah ni tidak pernah sesekali aku melihat susuk tubuh atau bekenalan dengan mamat indon. Mat Salleh adalah.

" Prince Charming ISKL ni lah siapa lagi."

Prince Charming? Ambrose. Wah kira beruntunglah Nora dapat face to face dengan mamat handsome tu. Dahlah mata warna Amber tu cantik gila. Maybe ada mix dengan Mat salleh kot.

" Ambrose..Tu mamat Indon awak Nora." Soal Mimie tak percaya. Ni baru lawak. Ada ke patut Mamat tu punyalah handsome boleh pula Nora samakan dengan mamat Indon.

"Jangan marah, orang tua-tua cakap jangan terlampau marah dengan seseorang kelak jadi laki Nora, makan freelah kami. Haha!." Usik Syikin pula. Akhirnya mereka bertiga ketawa sampai nak pecah perut. Bahaya tu. Kata-kata satu doa.

"Amin..Yang baik kita aminkan." Lily menadahkan tangan mengaminkan doa. Nora merengus kasar. Amarahnya yang sudah malap kini membara kembali.

Ya Allah mohon dijauhkan. Ada kawan ingatkan nak hilangkan stress ni tak! Tambah stress tu adalah.

" Saya ada dengar juga ayat ni, orang tua-tua cakap mulut tu jangan kasi lepas kalau tak ada yang makan buku lima ni haa!." Nora sudah siap mengumpalkan genggaman tangannya, Dia kemudiannya menunjukkan buku limanya itu. Mereka bertiga berhenti ketawa. Tahu takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience