Bab 7

Romance Series 3186

*SAFUAN POV*

   AKU menurunkan sedikit buku latihan yang menutupi permandangan aku dari terus mengusyar anak dara orang. Setiap kali aku memandang wajahnya hatiku terdetik untuk terus menatap wajah manis milik gadis itu. Dengan awek lain tiada pula rasa macam ni. Pelik! pelik. Ke aku jatuh cinta? Ah!tak mungkinlah, aku wan kentallah mana boleh jatuh cinta, lagi-lagi awek tu.
   Aku melihat si dia kusyuk sangat melayan sesuatu. Diary! Warna merah, 'minah ni tak takut ke orang baca?.' Tiada yang tahu selain aku, kalau terbongkar ke apa mestilah aku yang salah sebab aku yang curi-curi lihat.Haha.

   Aku bangun dari tempat duduk dan kemudiannya membuka langkah perlahan menuju ke tempat duduk gadis itu yang berada selang dua buah meja dari tempat dudukku. Lupa pula nak bagitahu, sekarang aku tengah mengusyar anak dara sunti orang dalam libry sekolah. Aku pun tidak tahu kenapalah dengan ringan badanku menuju ke tempat gadis itu sekarang. Kuat sangat kah aura gadis manis itu.

   " Hai awak, masih ingat saya lagi tak?." Aku menegurnya. Nora terkejut. Pucat lesi muka dia. Cepat-cepat dia menyimpan buku kecil berwarna merah itu.

   Asal pula mamat ni. Naik bulu aku tengok dia, kalau perempuan memang dicop gedik tahap dewa. Dewa pun tak seteruk itu. 'Mamat ni kan! Kemana saja aku pergi perlukah ada dia. Rimas!.'

   " Eh! Awak Wan. Buat apa sini?" Tanya Nora dengan riak bersahaja. Manisnya wajah kau Nora walaupun kau tengah malas layan aku. Ha, tau takpa

   Apalah Minah strawberi ni? Orang datang libry mestilah nak baca buku bukan nak mengelat. Tapi ada juga pelesit-pelesit yang tak faham bahasa tu ada ke patut libry yang dipenuhi dengan buku mereka jadikan libry tempat tidur!? Tahulah sejuk,nyaman janganlah jadikan harta benda sekolah macam harta sendiri.

   " Awak masih ingat saya lagi tak?." Ulang Safuan lagi. Pertanyaan Nora tadi dibiarkan sepi. Sebal!

   Nora menongakkan dagunya. Mamat ni memang tak faham bahasa ke perlu guna bahasa alien baru faham. Lelaki semua sama. Takda beza. Menyebalkan. Spesis dengan Iaaz Aqiqlah ni!.

   " Orang nyanyuk saja yang takkan ingat orang." Ada baur-baur sindiran. Aku tersengih. Lawaknya minah strawberi ni.

   " Awak nampak pucatlah, macam baru nampak hantu saja." Aku tersenyum sambil mengenyitkan mata kepadanya. Gatal! Lantaklah! Aku gatal dengan Minah strawberi ni saja.

   Gatalnya mamat ni! Kalau ibu nampak hilang biji mata kau tu. Baru macam bertih jagung ada hati nak jual bulu sini. Tak lakulah! ' Bukan hantu lagi ni, bapak hantu! Mengalahkan ulat bulu saja mamat indon ni!.'

   " Taklah, saya pergi masuk kelas dulu k. Bye." Nora meminta diri dulu. Cepat-cepat dia kemas semua barangannya.

   ‘Baik aku blah dulu daripada terus melayan mamat Indon ni’. Nora Menolak perlahan kerusi yang baru sahaja mengalas punggungnya ke dalam meja agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

   Aku hanya menghantarnya dengan anak mataku, nak bersuara entah kenapa lidahku menjadi kelu secara tiba-tiba tadi bukan main becok lagi mengusik anak dara orang.

   ' Takpa kau Nora jual mahal sekarang, suatu hari nanti aku akan pastikan kau jadi milik aku sorang. Haha!' Aku menunjukkan muka tidak puas hati aku. Takpa Safuan dia akan melekat juga nanti. Dengan penuh keyakinan dia keluar dari libry tu. Buat apa nak bertapa lama-lama dalam ni kalau takda minah strawberi itulah niat asal sebenar Safuan Omar. Kalau dipaksa sekalipun dia takkan sangguplah nak menjejakkan kaki ke libry berhantu tu. Sesak nafas. Bukan disebabkan libry tu ada hantu tapi penghuni libry yang macam hantu, menghadap buku sampai tak tidur lepas tu keesokkan hari badan macam zombie. Nora spesis hantu juga ker? Hantu strawberi kot. Haha! Tak tahulah kenapa aku gelarkan Nora 'Minah Strawberi'? Mungkin disebabkan senyuman dan wajah Nora manis sangat macam stawberi. Kadang-kadang manis kadang-kadang juga masam.

   "ARISHA NUR AMANI bt. Rahim! Sila bertandang ke bilik Pengetua sekarang!." Aku yang bergurau senda dengan kawanku sedikit tersentak. Kedengaran seperti nama aku saja tadi, Nora, ada lagi ke orang yang bernama Arisha sekolah sini.

   Siti memandang ke arah aku. Dia juga pelik kenapa pula nama sahabatnya itu dipanggil menghadap Pengetua. Dia yang mendengar pun kecut perut, kalau aku terkentut tadi kot-kot boleh masuk lagi ke dalam tut dek kerana suara bingit Pengetua. Guna speaker sekolah pun masih lagi nak melalak.

   " Asal nama kau kena 'lalak'?." Tanya Siti kehairanan. Aku menjongket bahu dua kali. Jangankan kau aku juga tak tahu beb!.

   " Entah lah, Tee kau rasa kenapa cikgu panggil aku?." Tanya aku untuk kepastian

   " Aku pun tak tahu, baik kau pergi sajalah Nora Kot-kot ada 'hal' penting. Naik seram aku. Kau pun tahu kan siapa pengetua tu macam mana ulah pelik dia." Siti mengingatkan sahabatnya itu. Aku faham apa yang dimaksudkan oleh Siti tu. Yalah siapa tak kenal pengetua Sekolah Seri Pintar.

   AKU menolak daun pintu berwarna coklat diperbuat daripada kayu import tu. Yalah, berukir bagai mestilah importlah kan. Ukiran tu macam limited edition saja. Salamku tadi dibalas dari dalam. Asal aku ni rasa lain macam saja ni, macam ada sesuatu yang akan terjadi.

   " Puan Pengetua, ada apa ya?." Tanyaku seraya aku masuk. Puan Maimun sepertinya tengah berbual dengan seseorang tapi siapa?

   Nora...Nak wajahmu seiras sekali dengan ibumu. Ya Allah. Dua pasang mata kini memandang tepat kearahnya. Nora macam rasa 'pelik' apabila bertangkap anak mata orang yang berada di sebelah dengan pengetuanya. Orang 'asing' itu tersenyum kepadanya. Kenapa juga perasaannya sedikit pun tidak menganggap orang itu asing baginya.

   " Tengku Arisha masuklah." Pelawa Puan Maimun. Dah masuk dah pun. Tengku?

**********
 

  TENGKU? aku tersilap dengar ke tadi. Kenapa pula Puan Maimun bertengku bagai. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni yang aku tahu aku keliru tambah blur. Puan Maimun meninggalkan aku sendirian dengan orang 'asing' tu. Agak-agaklah puan, takkan kot tinggalkan aku dengan laki tu nanti tak pasal-pasal pula lain jadinya... Arr! Naik meremang bulu roma aku.

Aku tersenyum kepadanya. Terpaksa! Jangan haraplah aku nak melayan sangat. Lelaki! Tak boleh diberi muka walaupun dia lebih tua dari kita. Berwaspada dulu sebelum terjadi apa-apa baik kita standby. Dah terfikir pula Nora sekarang sama ada nak buka silat jenis apa. Haha macamlah dia tahu. Tapi takkan kot Lelaki hampir seusia ibunya akan melakukan perkara yang tak senonoh terhadapnya. Jangan terlampau berfikiran negatif terhadap orang lain, Nora. Tapi aku musykil lah asal Puan Maimun sebelum keluar tadi panggil dia Tengku.

" Duduk Nora. Maafkan Papa datang mendadak ni." Pelawa lelaki tersebut.

Aku terkejut. Mataku terkebil-kebil dan paling tak senonoh, Mulutku ternganga luas. Yalah mana tak senonohnya anak dara ternganga luas macam mulut buaya saja. Kalau ada yang mahu masuk meminang mesti tak jadi punya. Ibu! Aku ternganga macam tu, bukan apa lelaki berusia 40 ke atas tu mengelar dirinya Papa kepada aku. Aku ulang lagi! Papa!. Tidak sudi aku jadi sugar baby.

Takkanlah lelaki serba lengkap pakaiannya dari hujung rambut hingga hujung kaki boleh tahu 'pak cik' tu kaya benor nak mengaku dirinya papa kepadaku, anak penjual kuih yang biasa-biasa ni. Janganlah dia mengaku suami aku, aku taknaklah ada laki kerepot macam tu ke dia ngaku aku ni anak dia. Ayo! Aku rasa baik pak cik tu beli cermin mata baru, kot-kot rosak.

"Papa tahu, sekarang ni Nora tengah terkejut tapi takpa. Lama-lama nanti Nora biasa sudah."

Memang pun aku terkejut mengalahkan beruk. Aku masih lagi berdiri. Kaku. Dipelawa duduk tapi masih juga kaku macam kakiku sekarang ni dah tak dapat bergerak lagi. Terpahat utuh dengan lantai pejabat Puan Maimun.

" Macam ni lah. Nah papa bawakan sekali bukti yang membuktikan Nora anak kandung Papa." Pak Cik tu meletakkan 2 helai kertas di atas meja. Satu berwarna putih satu lagi berwarna hijau. Aku duduk menghadap Pak cik itu dan membaca apa yang tertulis di dalam kertas.
Nora membaca berkali-kali. Bagaikan terkena tamparan hebat. Tertera di dalam kertas putih tu mengatakan yang dia adalah waris sah ataupun zuriat sah Kepada Tengku Dato' Rahim. Ayah kandung dia yang telah menghilang bertahun-tahun tanpa berita kini terpacak depan mata dia. Sekarang!.

" Sekarang Nora percaya tak kata-kata Papa?." Tanya Tengku Dato' Rahim. Ada pengharapan kata-katanya.

Aku masih mendiamkan diri. Kertas warna hijau itu aku baca. Kenapa pula nama aku ditukar ni? Aku yang punya nama pun aku tak tahu. Tengku Arisha Nur Asywani bt. Tengku Dato' Rahim. Cantik nama tu tapi sebelum buat keputusan bagitahu aku dulu ini tak. Itu hak aku.

" Sejak bila..err pa..Pak Cik buat semua ni, kenapa Nora tak tahu?." Nora cuba mengeluarkan panggilan 'Papa' tapi macam tidak mahu terkeluar dari kerongkongnya. Betulkah Pak cik berkemeja hitam gelap ni ayah aku.

" 2 minggu lepas nak, masa tu Papa dan mama Nelly baru balik dari oversea." Jelas Tengku Dato' Rahim. Aku masih lagi keadaan macam mula-mula tadi. Terpaku dengan kejutan tak diduga itu.

Maksudnya Ibu dah lamalah tahu ni tapi kenapa ibu tak bagitahu aku. Ibu terima tak Pak Cik ni?

" Macam mana dengan Ibu Nora, Ibu Nora maafkan Pa..Papa?." Akhirnya dapat juga terkeluar. 

Macam mana pula dengan penerimaan Ibu. Takkanlah ibu dengan semudah itu Ibu maafkan papa. Kalau ibunya sebagai Isteri dah memaafkan ayahnya takkanlah pula dia sebagai anak nak berdendam pula. Dendam tak boleh dibawa ke mana-mana.

"Isteri papa selain Ibu dah terima ibu dan Nora?." Tanya aku ingin tahu. Mestilah aku nak kenal hati budi Mak tiriku itu. Takut pula dapat mak tiri yang kejam. Macam dalam sinetron yang sering ibu tonton setiap hari.

"Mama Nellylah yang pujuk dan tolong papa cari Ibu dan Nora. Berkat daripada doa papa selama ini, papa jumpa juga." Tengku Dato' Rahim menghampiri Nora dan memeluk tubuh Nora erat. Dia rindu akan anaknya itu.

Ya Allah, bertapa bodohnya aku meninggalkan anak aku yang masih kecil tanpa memberi nafkah pun. Nora papa lalai Nora. Maafkan papa.

Baguslah kalau penerimaan macam itu. Sejahat mana ayahnya itu dia tetap ayahnya. Darah yang mengalir dalam dirinya sekarang adalah darah ayahnya sendiri. Dia akur dengan takdir Allah.

"Nora sayang, maafkan papa, kerana baru sekarang papa bersua muka dengan Nora dan Ibu Nora, selama ini papa sangat lalai, papa tipu ibu Nora, Papa tak bagitahu siapa papa sebenarnya, papa lakukan semua itu juga demi kebaikan Nora dan Ibu Nora. Papa terpaksa lakukan semua itu." Jelaskan Tengku Dato' Rahim dengan suara agak sendu.

      Nora menahan sebak, Allah saja yang tahu betapa sedihnya dia, susahnya dia melalui kehidupannya dan betapa susahnya ibunya membesarkannya tanpa seorang suami di sisi. Nora menarik nafas panjang dengan keadaan nafasnya tengah sedan sedunya akibat menangis tadi.

"Nora... dah lama maafkan Papa. Nora sangat rindu untuk bertemu dengan papa, setiap hari Nora doakan Ibu dan Papa sentiasa dilindungi dan berharap bertemu dengan papa suatu hari nanti dan alhamdulillah, Allah malbulkan semua doa Nora." Nora panjatkan doanya.

      Tengku Dato' Rahim tersenyum senang kerana anak dan bininya menerimanya kembali. Dia menyesal melakukan kesilapan yang lepas. Kesilapan yang sangat merugikannya.

"Tapi... Bagi peluang untuk Nora biasa dengan semua ini, Nora... Nora masih tak biasa."

Papanya hanya mengganguk setuju sambil mengesat sisa air mata anaknya di kedua belah pipi.

Jangan lupa vote yer sama share gift ? terima kasih kerana sudi membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience