Malam tu.
Office sunyi. Staff semua dah balik, kecuali aku dan dia. Aku tengah settlekan paperwork kat meja bila aku dengar bunyi pintu office dia tertutup perlahan.
Aku pandang jam. 8:57 malam.
Masih ada kerja. Tapi rasa pelik… sebab bilik dia gelap.
Aku bangun perlahan dan intai dari jauh. Tapi suara Zayyan kedengaran jelas — dia tengah call seseorang.
"I don't care. Wipe everything. Pictures, posts, tags. Make it disappear from her profile and mine."
"Yes. I want her digital footprint gone. I don’t want her name associated with mine anymore."
Aku terdengar kerusi kulit tu bunyi geseran bila dia bersandar. Tapi yang buat jantung aku tersentap — bila dia sambung dengan ayat yang lebih perlahan…
"No one touches what’s mine. Not again."
Aku cepat-cepat undur. Nafas aku dah tak teratur.
Aku bukan nak intai. Tapi suara dia kuat sangat.
Dan bila aku nak sambung kerja semula, aku dapat notification kat email — link kerja baru untuk event bulan depan. Padahal minggu lepas dia kata event tu dia nak urus sendiri.
Pelik.
Tapi aku layan je. Tak sangka malam tu aku bakal nampak sisi Zayyan yang aku tak pernah bayang.
---
Keesokan harinya.
Aku buka IG sekejap masa rehat — dan aku baru perasan something pelik.
Profile Nadia?
Kosong. Semua gambar, video, tag — gone. Even story highlight dia dengan caption ‘Zay’ pun dah hilang.
Aku tekan profile Zayyan — sama juga.
No trace of her. Seolah-olah perempuan tu tak pernah wujud langsung dalam hidup dia.
Aku telan air liur. Mata aku naik ke arah office Zayyan. Tapi dia tengah focus menaip.
Tenang. Sejuk. Tapi lepas apa yang aku dengar malam tadi…
Aku tahu.
Dia delete semuanya.
---
Petang tu, aku hantar report ke bilik dia. Zayyan angkat muka, pandang aku lama.
“Anything else?” aku tanya perlahan. Tangan aku pegang fail ketat-ketat.
Dia senyum sikit. Tapi senyum tu bukan senyum manis.
It’s the kind of smile that hides something darker.
"Nothing important. Cuma satu benda..."
Aku tunggu. Tapi dia bangun, jalan ke arah aku — berdiri dekat, sangat dekat.
"Lain kali," suara dia rendah, "kalau ada sesiapa datang dekat kau… jangan fight alone."
Aku tunduk.
"Saya tak nak menyusahkan."
Zayyan angkat jari, sentuh dagu aku perlahan dan angkat muka aku semula.
"You’re not a burden. Not to me."
Mata dia… bukan main-main.
Dan untuk pertama kalinya, aku rasa…
Zayyan bukan cuma boss. Dia pemilik dunia aku yang tengah prepare untuk lindung aku — dengan cara dia.
---
Hari Khamis. Office masih busy dengan report Q2. Aku tengah focus siapkan dokumen untuk dibentangkan minggu depan, bila tiba-tiba Zayyan panggil dari bilik dia.
“Arissa.”
Aku stop typing. Berdiri cepat dan jalan masuk. “Yes, boss?”
Zayyan berdiri depan whiteboard. Satu tangan dalam poket, satu lagi pegang marker pen, tapi dia langsung tak tulis apa-apa. Mata dia terus pandang aku, macam tengah fikir lebih dari sekadar kerja.
"Minggu depan ada corporate annual gala. Seluruh board, partner dan klien akan datang."
Aku angguk. “Noted. Nak saya buat persiapan?”
Dia senyap sekejap. Kemudian… dia toleh sikit. Senyum. Tapi senyum yang tak biasa.
"Event tu wajib bawa pasangan. You’ll come with me."
Aku tersedak udara sendiri. “Hah?”
Zayyan hanya angkat kening. “You heard me.”
"Tapi… saya assistant. Bukan girlfriend. Nanti orang—"
Dia jalan ke arah aku. Santai. Tapi setiap langkah dia buat jantung aku berdebar macam orang main gendang kat dada aku.
"Tak kisah orang nak fikir apa. I don’t bring random women to formal events. And you… you’re not random."
Aku terkebil.
Zayyan berhenti dekat sangat. Suara dia rendah.
"I trust you. You belong next to me that night."
"Tapi kalau awak tak nak, I can find someone else…" Dia sambung slow, sambil buat-buat pandang tempat lain.
Aku cepat-cepat geleng. “Saya ikut! Saya ikut!”
Dia senyum kecil. Menang. Lagi.
---
Malam tu…
Aku baring atas katil, pandang siling. Jari aku masih pegang invitation card Zayyan bagi tadi.
Zayyan Khayr & Arissa Imani – Reserved table for two.
Aku pejam mata.
Bukan sebab takut. Tapi…
Kenapa dia ajak aku?
Dan kenapa aku tak rasa pelik langsung bila dia kata aku “belong next to him”?
Tak normal.
Tapi… bila benda dengan Zayyan pernah jadi normal?
---
Hari Isnin. Seminggu sebelum event.
Aku tengah susun jadual meeting bila tiba-tiba suara Zayyan muncul dekat tepi meja aku.
"Let’s go."
Aku terangkat kepala. “Pergi mana, boss?”
Dia tengok aku atas bawah. Serius. Tapi mata dia sempat berhenti kat rambut aku yang kusut sikit sebab aku ikat bun pakai pensel masa tengah rushing tadi.
"Shopping. Kau takkan pakai blazer kau yang serupa kain fail tu ke gala dinner tu kan?"
Aku terlopong. “Eh? Saya boleh cari online—”
Zayyan terus jalan. “No. I’m paying. And I’m choosing.”
Aku tergamam beberapa saat sebelum cepat-cepat grab handbag dan ikut dia keluar. Dengar dia cakap “I’m choosing” tu rasa macam jantung aku kena gigit dengan butterfly.
---
Butik tu eksklusif. Staf dia pun semua berbahasa lembut. Aku rasa kaku bila masuk. Banyak sangat dress cantik tergantung, tapi aku cuma mampu pandang tanpa niat nak cuba.
“Boss, saya rasa yang ni okay,” aku tunjuk satu dress hitam satin. Sederhana, tak terlalu seksi. Tapi Zayyan cuma senyum sinis.
"Try yang ni."
Dia hulurkan satu dress navy blue, deep V-neck, slit belah tepi sampai atas lutut. "Nak biar semua orang pandang ke tempat lain ke, atau biar semua orang tahu kau assistant aku yang aku jaga macam princess?"
Aku tahan nafas. “Dress ni nampak…”
"Sempurna," dia potong. “Pergi tukar.”
Aku masuk fitting room. Jantung aku berdegup macam baru lari 5km. Bila aku pakai dress tu, kain dia jatuh elok atas badan aku. Lengan aku terdedah, rambut aku longgar jatuh ke bahu.
Lepas aku keluar...
Zayyan toleh.
Dan dia terus senyap.
Tak senyum. Tak kata apa.
Cuma mata dia turun naik, dari kepala sampai kaki.
“Boss?”
Dia tarik nafas dalam. "Ambik yang ni."
"Tapi—"
"No tapi. Kau pakai ni. Sebab aku nak tengok kau pakai ni."
---
Aku duduk diam. Dress dah siap dibungkus, ada dalam seat belakang. Zayyan tenang pandu kereta dia, tapi tangan kiri dia tiba-tiba angkat dan tarik satu helai rambut aku yang jatuh ke pipi aku.
"Tadi dekat fitting room… kau nampak macam masalah baru untuk aku."
Aku kerut dahi. “Masalah?”
"Sebab aku tak suka tengok kau cantik, tapi bukan untuk aku sorang je."
Aku terus pandang tingkap.
Kau masalah, Zayyan. Masalah yang aku tak nak selesaikan pun.
---
Hari Selasa. Dua hari selepas shopping ‘mahal’ tu.
Pagi tu aku baru letak fail atas meja bila interkom kat meja aku berbunyi.
"Masuk."
Zayyan.
Aku terus capai iPad, not, dan diri sekali. Bila aku buka pintu, dia tengah duduk tegak kat meja, satu tangan pegang pen, satu lagi tarik lengan baju kemeja hitam dia sampai nampak urat tangan.
"Pasal event tu," dia mula.
"Venue dah confirm. Aku nak kau datang awal dengan aku, check seating arrangement, handle media, dan pastikan tak ada satu pun orang dari press yang tanya soalan pasal personal life aku. Aku bagi list."
Aku angguk. “Berapa ramai jemputan VIP?”
"Fifty. Kau akan duduk sebelah aku, sebab tu aku nak kau siap macam yang kita dah pilih tu."
Dia toleh. Mata dia renung terus ke mata aku.
"Dan aku nak kau pakai heels."
Aku terkedu. “Saya... okay.”
Dia senyum sikit. “Good girl.”
Aku telan air liur. Sikit lagi nak muntah butterfly.
Aku tak perasan... pintu office tu terbuka sikit dari luar, dan seseorang tengah berdiri diam kat tepi dinding.
Danial.
---
Aku balik lewat sikit. Kerja tak habis. Zayyan ada meeting last minute dengan shareholder. So aku ambik helmet dan keluar naik motor aku.
Yes. Aku memang bawa Kawasaki Ninja ZX-6R.
Warna matte black, dengan seat merah maroon.
Satu-satunya benda yang aku beli guna duit hasil kerja aku sendiri yang family aku tak tahu.
Angin malam ni sejuk. Aku suka. Jalan tak sesak sangat. Aku berhenti beli teh ais kat mamak, lepas tu terus balik.
---
Aku park motor kat garaj rumah sewa aku. Buka helmet, naik tangga masuk bilik. Penat tak payah cerita. Terus campak handbag,longgarkan rambut, duduk atas katil.
Jam 11.47 malam.
Tengah scroll Telegram, tiba-tiba...
"KRANGGG!"
Suara kaca pecah dekat bawah.
Aku kaku.
Sumpah, aku tutup semua tingkap. Grill semua kunci.
Aku bangun perlahan-lahan, capai telefon. Jantung aku macam nak tercabut. Tapak kaki aku sejuk.
Ada bunyi langkah. Dekat bawah.
Aku tekan nama Zayyan. Call.
“Hello?”
“Zayyan... ada orang masuk rumah saya,” suara aku berbisik.
"Dekat bawah. Aku dengar kaca pecah."
"Arissa, jangan letak telefon tu. Kau kat mana sekarang?"
“Bilik. Tingkat dua. Pintu aku kunci.”
"Bagus. Jangan bergerak. Aku datang sekarang."
“A-Awak dengan siapa sekarang?”
"Dengan kawan saya."
Ohh, Ilham. Bestie dia yang suka buat muka annoying tapi sebenarnya caring.
"Tunggu. Aku akan sampai dalam masa sepuluh minit. Jangan buka pintu. Jangan tutup call ni. Cakap dengan aku."
---
Zayyan terus berdiri. kawan dia yang tengah hisap vape terus pelik.
“Weh bro kenapa?”
“Ada orang ceroboh rumah assistant aku.”
“Sial. Jom.”
Tak sampai dua minit, Zayyan dah masuk kereta dan tekan minyak. Ilham kat sebelah dia onkan flashlight dan call security area Arissa.
---
Aku duduk atas lantai, belakang pintu. Tangan aku menggigil. Aku masih pegang telefon.
"Zayyan... saya takut."
"I’m here, Arissa. Aku tengah dalam kereta. Ilham pun ada. Rumah kau gate pakai kunci biasa atau auto?"
“Auto. Tapi remote dalam bilik bawah.”
"Tak apa. Aku redah je. Jangan takut. Aku dengan kau."
Aku pejam mata. Air mata aku jatuh. Tapi aku senyap.
Sampai aku dengar satu suara kat luar rumah.
“ARISSA!!!”
Zayyan.
---
Malam tu... aku sumpah tak boleh nak tarik nafas tenang.
Aku baru je balik dari pejabat — badan dah letih, mata pun berat. Tapi aku masih gagahkan diri, nak mandi, nak makan, nak rehat. Normal, kan? Tapi semuanya runtuh bila aku dengar bunyi 'krekkk!' kat bawah.
Kaca pecah.
Aku duduk kat bilik tingkat dua. Lampu aku buka separuh. Tingkap aku kunci. Tapi jantung aku terus berdegup kencang. Aku tak tahu nak fikir logik ke takut. Tapi rasa seram tu menampar sampai tulang.
Aku capai phone.
Zayyan.
Tak fikir banyak. Aku tekan terus.
Tangan aku menggigil.
"Zayyan…" suara aku pecah. Nafas tersekat. "saya rasa… ada orang masuk rumah."
Diam.
Kemudian suara dia menyahut. Tenang. Tapi tajam.
“Jangan turun. Kunci bilik. Sekarang.”
Aku terus bangun dan kunci pintu. Letak kerusi sandar bawah tombol. Tapi lutut aku lembik. Hati aku rasa macam nak berhenti.
Ada suara lelaki. Lebih dari satu. Empat?
Ketawa. Bercakap. Makin hampir tangga.
“Rumah kau sunyi lah .. takde siapa pun tahu kita masuk, kan?”
“Cantik macam ni... sayang kalau tak jamah sikit...”
“Eh, gambar-gambar tu kita kasi up esok, confirm dia ikut cakap kita lepas ni.”
Gambar?
Aku terus pegang phone kuat-kuat. Aku nak jerit, nak call polis...
Tapi aku takut. Aku tak tahu siapa orang bawah tu.
Tiba-tiba...
BOOM! Satu bunyi dentuman.
Diikuti jeritan.
Aku terkaku. Telinga aku cuba camkan semua.
“WEH!! APA NI?!!”
“ARGHH—!!”
“MATA AKU! MATA AKU!!!”
Apa yang—?
Aku peluk bantal, duduk dekat katil sambil badan menggigil. Nafas aku tercungap. Aku tak tahu apa yang jadi, tapi bunyi gaduh tu betul-betul dekat.
Kemudian...
Langkah kaki. Berat. Laju.
Pintu bilik aku diketuk.
“Arissa. Buka. saya.”
Zayyan.
Suara dia. Tegas. Tapi... cemas.
Tangan aku tak berhenti menggigil. Bila pintu terbuka—
Zayyan berdiri depan aku. Bajunya comot. Ada kesan darah kat lengan. Nafas dia laju. Muka dia... hitam. Bukan sebab kotor. Tapi sebab marah.
Aku... terpaku.
“Dia orang tak sentuh kau, kan?”
Nada dia rendah. Tapi menggigil.
Aku hanya mampu geleng. Suara aku hilang.
Zayyan genggam rahang aku lembut, mata dia pandang muka aku dari kiri ke kanan. Mungkin cari luka. Mungkin cari jawapan lain. Tapi bila dia yakin aku okay, dia peluk aku.
Kuat.
Dada dia panas. Pelukan tu macam selimut — tapi berapi.
"Saya lambat dua minit…” suara dia serak. “Kalau aku lambat lima minit, aku bunuh semua.”
Aku terus terkaku dalam peluk dia. Tak tahu nak rasa apa. Tak tahu nak nangis atau diam. Tapi dada aku tak berhenti berdegup.
Aku cuma tahu satu.
Aku selamat sebab dia.
Dan mungkin… aku dah tak rasa takut bila ada dia.
I hope u all anjoy,kalau ada Salah or nak ckp apa" boleh comment.ok?dh tq✌️
Share this novel