Lepas seminggu honeymoon dekat Maldives, aku dengan Zayyan finally sampai kat Malaysia.
Sampai je depan rumah baru kami, aku dah excited nak masuk dan landing atas katil. Tapi bila driver buka pintu…
“SURPRISEEEEEEE!!!”
Aku terlompat ke belakang. Hampir nak jatuh dalam pelukan Zayyan.
Kat depan pintu, Tengku Ilham, Tengku Herry, dengan Tengku Louis berdiri macam bodyguard sambil pegang sepanduk:
“WELCOME BACK MR & MRS BOSS!”
Ada belon. Ada kek. Siap ada teddy bear besar lagi. Tengku Louis siap pakai topi chef. Kenapa ni wehh??
>“Apa ni???” aku dah tergelak tak faham.
“Kita sambut bos dan kak bos la! Lama tak tengok abang Zayyan senyum jiwang macam ni. We need to document this!”
“Ilham… kau jangan mula…” Zayyan dah cubit bahu Ilham, tapi Ilham gelak je.
Tengku Herry dah hulur bunga.
“Untuk Puan Arissa. Kami tahu Zayyan tak cukup romantik bagi bunga setiap hari—so kami tolong cover part tu.”
“Excuse me?” Zayyan pandang Herry dengan mata kecik. “Aku bagi bunga dekat isteri aku dalam bentuk lain—rumah baru, kereta baru, jiwa pun aku bagi.”
Aku gelak sampai tak cukup nafas. Serius aku rinduuuu vibe Big Brother ni. Chaos, tapi manis!
Tengku Louis tiba-tiba tarik tangan aku masuk rumah.
“Come kak bos! Kita masak sama-sama hari ni. Menu: apa-apa yang abang Zayyan tak reti masak!”
“Hah? Aku reti semua kot—” Zayyan dah masuk menyibuk belakang aku. “Sayang, jangan percaya dorang.”
“Sayang percaya abang… sikit je,” aku sengih sambil jeling. “Tapi I love them.”
Louis nak peluk aku dari belakang, Zayyan dah tarik tangan dia ke tepi.
“Itu isteri aku. Jangan over.”
“Alaaa! Jelesnya boss ni.”
---
Malam tu, rumah kami penuh gelak tawa. Big Brother tidur sekali dekat ruang tamu—Ilham dah conquer sofa, Louis dah tukar baju tidur kartun, Herry sibuk arrange schedule “honeymoon part two” katanya.
Dan aku… baring atas dada Zayyan dalam bilik, sambil bisik perlahan:
“Kita ada rumah… ada keluarga... dan ada Big Brother sekali.”
“Abang dah janji kan? Sayang tak akan rasa keseorangan lagi. Ini dunia kita.”
---
Pagi tu, aku bangun dengan rambut serabai, pakai t-shirt Zayyan yang besar gedabak. Baru nak pusing peluk dia balik—
“Sayang, bangun… Louis masak breakfast. abang tak yakin telur tu masih boleh dimakan.”
Aku terus duduk tegak.
“WHAT?!”
Zayyan tarik aku ke pelukannya balik.
“Jangan panik. Kalau jadi apa-apa, abang ada ubat. Tapi please… jangan biar dorang masuk dapur sorang-sorang lagi lepas ni.”
---
Dekat dapur…
Tengku Louis tengah dengan bangganya flipped pancake—yang bentuknya macam... tapak kasut.
“Tadaaa! Special welcome-back pancake dari Big Brother!”
“Louis… ni bukan pancake. Ni—ni alas getah periuk,” aku tergelak sambil tutup mulut.
Tengku Herry dah start bancuh kopi, Ilham sibuk ambik gambar Zayyan dengan apron “Hot Husband Alert”.
“Ni gambar kita simpan untuk blackmail ya, Zayyan.”
“Simpan. Nanti aku frame letak kat ofis,” balas Zayyan steady.
---
Masa makan, Louis sempat lagi menyakat:
“So, how was the honeymoon? Any baby boom news?”
“Louis…” Zayyan dah bagi amaran.
“Okay okayy chill boss! Tapi serious... korang sweet sangat la sekarang.”
Aku gelak kecil je, pipi mula panas. Tapi dalam hati… bahagia tu Allah je tahu.
---
Lepas breakfast, semua bersiap nak gerak.
Big Brother cabut balik ke ‘sarang’ diorang. Aku dengan Zayyan bersiap masuk kerja balik.
Dalam kereta, suasana sunyi sikit. Aku tarik nafas, pandang luar tingkap.
“Rasa takut sikit nak masuk office…”
Zayyan pegang tangan aku kuat.
“Sayang masuk sebagai isteri kepada CEO sekarang. Tak ada siapa boleh buat apa-apa.”
“Tapi…”
“Abang dengan Big Brother dah tengok macam mana sayang survive Danial, Rayyan, semua drama tu. Sekarang, sayang cuma kena jadi diri sendiri.”
Aku senyum.
“Kalau orang pandang pelik?”
“Pandang balik. Kalau berani, suruh dorang tengok CCTV malam kita honeymoon.” Zayyan sengih nakal.
“ABANG!!”
Dia gelak besar.
“Gurau lah… tapi serious, abang bangga dengan sayang.”
---
Sampai office…
Staff semua terdiam. Ada yang bisik-bisik.
Dan tiba-tiba…
“Arissa???”
Aku tunduk sikit, senyum.
“Saya rasa dah sampai masa jaga aurat. Doakan saya istiqamah ya.”
Mata masing-masing terbeliak.
Zayyan dekat sebelah terus pegang bahu aku, suara tenang…
“She’s my wife, and the queen of this company. Kalau ada sesiapa tak hormat, pintu exit kat belakang.”
BAMM.
Semua senyap. Dan aku…
Aku rasa selamat.
---
Hari ni aku rasa semangat sikit nak kerja. Dah breakfast dengan Zayyan dan Big Brother tadi, siap kena sakat pasal “rider jet ski terhebat abad ni”, aku masuk office dengan confident. Staff pun dah mula okay dengan perubahan aku. Dah kurang sikit gosip-gosip tu.
Aku baru duduk kat tempat, tengah buka laptop—tiba-tiba receptionist call masuk.
“Cik Arissa, ada tetamu nak jumpa.”
Aku angkat kening. “Tetamu?”
“Dia kata nama dia... Danial.”
Jantung aku terus berhenti separuh saat.
---
10 minit kemudian, aku turun ke lobi.
Danial berdiri dengan confident dia yang fake tu, masih macam dulu. Baju kemas, rambut disisir, senyum sinis di bibir.
“Arissa. Lama tak jumpa. Awak nampak... berbeza.”
“Apa awak nak?” Aku terus straight.
“Saya dapat tahu awak dah kahwin.” Dia buat muka pura-pura sedih. “Saya rasa awak patut dengar penjelasan saya.”
“Danial, kita tak ada apa-apa nak jelaskan.”
Dia tunduk sekejap.
“Saya datang ni... nak tawarkan kerjasama syarikat. Kita pernah kerja baik dulu, kan? Sekarang saya ada business sendiri. Kita boleh collaborate.”
Aku senyum sinis.
“Awak tahu tak boss saya siapa?”
“Zayyan. Saya tahu. Tapi saya tak datang nak gaduh. Saya datang sebab saya yakin awak still... awak.”
Aku nak jawab, tiba-tiba suara tenang tapi tajam menyapa:
“Kalau awak datang nak cari peluang kerja, HR kat tingkat lima. Tapi kalau datang nak cari pasal—boleh keluar ikut jalan yang awak masuk tadi.”
Zayyan. Berdiri tegak dengan mata tajam, suit hitam, aura ‘jangan-cuba-main-dengan-bini-aku’.
Danial gelak kecil, tak nampak takut pun.
“Relax lah Zayyan. Kita jumpa sebagai businessman. Bukan musuh.”
“Kau sentuh nama dia sekali lagi, aku lupa aku CEO. Aku ingat aku Khayr Zayyan yang dulu.”
Danial terkedu.
Aku tarik nafas panjang.
“Danial, ini kali terakhir. Jangan muncul depan aku lagi. Aku bukan Arissa yang dulu.”
Zayyan pegang bahu aku, dan kami berpaling tinggalkan dia tanpa menoleh.
---
Dalam lif naik ke atas…
Zayyan tak cakap apa. Dia genggam tangan aku je kuat.
“Abang…”
“Hmm?”
“Thank you…”
Dia senyum sedikit.
“Satu hari nanti abang akan pastikan semua orang yang sakiti sayang, akan tunduk depan queen abang ni.”
---
Petang tu, masa aku tengah lipat baju kat ruang tamu, satu suara garau yang sangat aku kenal bergema dari luar pagar.
“OI! ARISSA IMANI BINTI AIMAN!!!”
Aku terus terangkat kepala, mata aku membulat.
Takkan…?! Takkan dia dah balik?
Aku lari ke pintu, buka gate dan—Ya Allah, memang betul!
“ALONG!!!”
Aku terus peluk abang aku sekuat mungkin. Rindunya Ya Allah. Dia gelak sambil tepuk kepala aku.
“Kecik-kecik dulu nak kahwin tak sabar, bila dah kahwin baru pandai rindu along, ye?”
Aku sengih.
“Mana dapat tahu?!”
“Angah lupa kita ada mak yang rajin update WhatsApp group family?! Along kat airport je tadi, terus datang sini.”
Kami masuk dalam rumah. Aku hidang air dan duduk depan dia, nervous sikit. Tapi abang aku rilek, pandang aku sambil senyum.
“So... mana suami angah? Dah siap along nak interview dia.”
Aku telan air liur. “Errr... kejap lagi dia balik kot, along.”
Tak lama lepas tu, pintu depan berbunyi. Zayyan masuk dengan kunci, siap bagi salam dan buka kasut.
“Assalamualaikum—eh, sayang, kereta siapa kat luar tu?”
“Waalaikumussalam. Along saya balik…”
Zayyan baru nak jalan, tiba-tiba abang aku bangun. Dua-dua berdiri depan-depan.
“So, awaklah suami adik saya?”
“Ya. Khayr Zayyan.” Zayyan hulur tangan, tenang. “Terima kasih sudi datang.”
Abang aku salam, tapi aku tahu... itu genggaman lelaki penuh ‘kau-sakitkan-adik-aku-kau-pupus’ punya aura.
“Duduk. Saya nak borak.”
Zayyan sengih dan duduk elok-elok.
“Saya tahu saya kahwin dengan dia tiba-tiba. Tapi saya bertanggungjawab, dan saya cintakan dia, abang. Sangat.”
“Awak tahu kan Arissa ni degil, keras kepala, suka lawan cakap... awak tahan ke?”
Zayyan pandang aku, senyum manja.
“Saya suka dia macam tu. Dia bukan perempuan biasa-biasa. Saya kahwin sebab saya nak ada partner kuat, bukan yang lemah.”
Abang aku terdiam.
“Kalau kau buat dia menangis…”
“Saya akan menangis dulu.”
“Kalau kau tipu dia…”
“Saya tak akan maafkan diri sendiri.”
“Kalau dia tak bahagia…”
“Saya akan jadi orang pertama yang ‘hilang’ sebab saya hidup untuk bahagiakan dia.”
Aku dah berair mata time tu. Serius Zayyan ni kadang-kadang over romantik, tapi bila dia cakap dari hati—aku cair.
Abang aku senyum, lepas tu angguk.
“Bagus. Jaga dia macam dia satu-satunya perempuan dalam dunia ni.”
“Memang pun, abang.” Zayyan jawab steady.
---
Malam tu, kami dinner sekali. Zayyan siap masak lauk kegemaran aku untuk jamu abang. Big Brother pun sempat call video sebab nak ‘siasat’ siapa abang Arissa ni siap ajak join group. Aku geleng je sambil gelak.
> “Apa ni abang kau, macam geng kita pulak,” – kata Tengku Herry dalam video call.
---
Scene berakhir dengan abang aku keluar rumah, peluk aku kuat-kuat.
“Kau nampak bahagia, ngah.”
“Aku bahagia, along.”
“Kalau dia buat hal, call aku. Aku bagi location dekat Big Brother.”
Aku gelak besar.
---
Cuti hujung minggu, rumah ni macam sunyi je. Aku tengah santai kat ruang tamu dengan baju t-shirt Zayyan yang aku curi pakai sebab sedap, lembut, dan bau dia. Zayyan pulak dalam bilik home office dia, habiskan sikit kerja sebelum kami keluar lunch.
Tiba-tiba…
DING DONGGGG
Aku angkat kening. Sapa pulak datang rumah tak bagi heads up? Aku bangun, bukak pintu dan…
“Haiii~! Awak mesti Arissa kan? OMG akhirnya kita jumpa jugak!” suara nyaring tu terus masuk macam dia pemilik rumah.
Aku angguk. “Ha’ah. Awak siapa ye?”
“I Qisya. Sepupu Zayyan. Anak Mak Ngah. Kita pernah jumpa masa wedding dulu, tapi maybe awak lupa~”
Masa wedding? Wedding mana? Aku tak nampak pun makhluk ni.
Qisya terus masuk, pakai crop top dengan jeans ketat. Wangi semerbak sampai aku terbatuk. Aku senyum nipis, “Zayyan ada kat atas, saya panggilkan.”
“Takpe takpe… I naik je sendiri. Biasa dah rumah ni~” katanya sambil tolak rambut ke tepi dengan jari, lengan dilentik macam nak catwalk naik tangga.
Sabar Arissa… sabar.
Aku pun ikut dari belakang, just in case dia tersalah bilik kononnya. Bila dia sampai depan bilik Zayyan, aku laju sikit.
Tok tok tok — aku ketuk pintu.
“Abang? Ada tetamu.”
Zayyan bukak pintu dengan senyum, tapi terus tukar ekspresi bila nampak Qisya berdiri belakang aku sambil buat muka ‘long time no see’.
“Qisya? Buat apa datang tiba-tiba?”
“Rindulah~ Cuti sem ni boring. Nak juga lepak dengan cousin favourite. Boleh kan?”
Zayyan tunduk pandang aku. Aku cuma angkat bahu, senyum senget. “Saya ok je. Rumah ni bukan saya punya sorang.”
“Thanks, Arissa~ U so sporting!”
Ya Allah, nak kunyah karpet je rasa.
---
Malam tu...
Kami dinner sekali. Aku masak, sebab aku tahu kalau aku bagi Zayyan masak, dia akan siap buat candlelight dinner untuk aku je. Qisya duduk sebelah Zayyan, gelak macam iklan gigi.
“Zayyan still suka sambal tumis Arissa ke? I boleh masakkan jugak tau! Ingat lagi tak sambal tumis Mak Ngah?”
Zayyan senyum hambar. “Saya suka sambal tumis Arissa. Setiap hari pun boleh.”
“Ehh sweetnyaaa. Tapi kan, Zayyan dulu pernah cakap kalau dia kahwin, dia nak isteri dia pakai heels dalam rumah... Arissa pakai selipar je?”
Aku senyum, “Heels untuk jalan, selipar untuk rumah. Tapi hati dia saya pijak terus. Tak perlu heels.”
Zayyan gelak besar. “Settle terus.”
---
Next day...
Qisya nak ikut breakfast sekali. Tapi bila dia nampak aku duduk atas riba Zayyan sambil makan roti yang dia suap — terus dia buat-buat cakap ada hal.
“Uhh I lupa nak call my mom. I turun kejap yaa~”
“Jangan lupa balik, ya. Nanti Arissa rindu,” Zayyan jawab sambil peluk pinggang aku.
---
malam tu zayyan peluk akundari belakang kat bilik.
“Sepupu ke, dunia ke… takkan ada yang boleh ganti tempat sayang.”
Aku senyum, tarik bantal dan hempuk dia manja.
“Lain kali bagi warning sepupu awak nak datang. Boleh saya lari awal-awal.”
“Kenapa? Cemburu ke?”
“Tak. Saya takut ada yang saya cakar je.”
Share this novel