“Aku dah fikir masak-masak... aku nak tema kahwin kita hitam dengan merah.”
Semua orang dalam bilik tu terdiam. Macam baru lepas dengar pengumuman keputusan PRU.
Zayyan yang tengah pegang tangan aku pun terkelu kejap.
“Sayang… awak serious?”
Aku angguk sambil senyum kecil. “Why not? Kita kan bukan couple biasa-biasa, jadi takkan lah nak tema yang biasa-biasa.”
Tengku Louis bangun dari kerusi macam baru lepas menang undian Big Brother jadi ketua majlis.
“Dengar tu! Hitam dan merah! Mafia style, baby!! I hidup balik!”
“Kita boleh buat entrance dengan slow-mo jalan masuk macam dalam movie,”
Herry terus mencelah, semangat lain macam.
“Ada smoke machine, lampu LED merah menyala, background instrumental lagu Criminal Love... gila padu.”
Ilham pun dah buka laptop.
Aku pandang Zayyan.
Dia... senyum. Tapi senyum dia bukan biasa.
Senyum dia penuh rasa bangga.
“Saya sangka awak nak tema bunga garden... dengan kelopak bunga jatuh dari langit.”
“Nope. Saya nak semua orang tahu saya bakal kahwin dengan Khayr Zayyan, bukan lelaki biasa, bukan CEO biasa. Bos mafia saya ni.”
Zayyan ketawa kecil, tarik aku rapat dalam pelukan sebelah dia.
“Kalau macam tu… saya kena pakai suit merah gelap, and awak dalam gaun hitam dengan lace merah, yes?”
Aku angguk perlahan.
“Saya nak buat semua orang tunduk, bukan sebab takut... tapi sebab kagum.”
Tengku Louis lompat macam kanak-kanak dapat mainan baru.
“Aku nak jadi pengapit lelaki pertama pakai pistol mainan! Boleh eh, bos?”
“Kau buat hal pelik time majlis, aku letak betul-betul punya peluru dalam pistol tu,” jawab Zayyan tenang.
Semua gelak, aku pun tak dapat tahan diri.
Aku tak pernah rasa macam ni. Dalam dunia pelik, penuh ancaman dan rahsia... aku rasa selamat. Aku rasa... disambut.
Dan aku tahu, majlis kahwin kami nanti bukan sekadar penyatuan dua jiwa. Tapi satu pengisytiharan. Bahawa aku... sekarang milik dia. Dan dia... dah lama milik aku.
---
Aku tarik nafas panjang. Depan cermin penuh lampu ni… aku pandang diri sendiri.
Gaun yang aku pilih — gaun mermaid cutting warna hitam, lace merah menjalar dari bahu sampai pinggang, ada belahan di sisi yang tak terlalu tinggi… cukup untuk buat aku rasa macam heroin filem aksi yang jatuh cinta dengan villain.
“Arissa... keluar la... semua dah tunggu,”
Suara Kak Mira, designer tu, panggil dari luar bilik fitting.
Aku genggam kain kuat-kuat, tarik langsir.
Dan...
Senyap.
Zayyan, yang duduk di sofa paling hujung, dengan tangan bersilang — terus duduk tegak macam kena kejutan elektrik.
Aku nampak Tengku Louis pegang dada.
“Adoi... jantung aku rasa macam kena bom cinta,” bisik dia kat Ilham.
Tapi mata Zayyan tak lepas dari aku.
Tak berkelip.
Tak bernafas pun mungkin.
Aku telan air liur.
“Okay ke... saya pakai ni?”
Zayyan bangun perlahan-lahan. Langkah dia slow, tenang, penuh aura. Bila dia sampai depan aku... dia hanya pandang. Tanpa suara. Hanya... mata yang cakap semua benda.
“Awak tahu tak…”
“…ini bahaya betul untuk jantung saya, Arissa.”
Aku tergelak kecil.
“Jadi saya kena tukar la ni?”
“Kalau awak tukar, saya saman bridal ni sebab tak bagi saya terus hidup dengan pemandangan terbaik hari ni.”
“Zayyan…”
Dia pegang tangan aku, angkat jari aku cium satu-satu.
“Awak tahu tak, saya ada beratus orang yang saya boleh arah buat apa je. Tapi bila awak pandang saya macam ni, saya rasa macam... dunia saya jatuh dalam tangan awak.”
Aku terpaku.
Tak ada bunga.
Tak ada puisi panjang.
Tapi setiap patah dia...
Menusuk.
Tengku Louis tiba-tiba datang dari belakang, letak tangan kat bahu aku.
“Aku cadang masa kau jalan nanti dekat aisle, kita pasang lagu Toxic Britney Spears versi violin. Baru power.”
Aku dan Zayyan gelak.
Moment sweet tu, bila aku tengok cermin semula — aku nampak aku, Arissa yang dulu tak dipedulikan, sekarang… berdiri depan lelaki yang rela dunia tahu:
“Dia milik aku. Aku akan bakar dunia kalau ada siapa kacau dia.”
---
Esoknya aku masuk kerja macam biasa. Hari tu aku pakai blouse satin hitam dengan seluar slack beige — kononnya nak nampak tenang, tapi dalam hati aku dah gemuruh.
Sebab…
Pukul 11 lebih, kawan baik aku yang baru balik Malaysia tu, Sofea, hantar mesej.
> "Weh, lunch with me today. Aku nak jumpa bakal suami kau. Jangan bagi alasan. Aku belanja, tapi dia kena datang sekali. I have questions.”
Aku pegang phone sambil tarik nafas.
Mampus.
Aku hantar mesej dekat Zayyan, tanya dia free tak nak join lunch.
Tak sampai dua minit, dia balas:
> “Kalau itu permintaan bakal isteri saya, saya cancel meeting pun tak apa.”
Hmm. Senangnya dia buat jantung aku macam bubble tea kena shake.
---
Pukul 1.15 petang – Restoran tepi KLCC
Aku sampai dulu dengan Sofea. Dia pakai blazer putih, lipstik merah maroon, rambut ikat kemas. Nampak macam peguam nak cross examine banduan, bukan kawan datang lunch.
“So, kau serius ke dengan dia ni?”
Dia buka soalan pertama, straight to the point.
Aku telan air.
“Aku... serius. Dia pun serius.”
“Hmm… kita tengok nanti.”
Dan seolah-olah Tuhan nak bagi effect drama entrance, Zayyan sampai masa tu — dengan kemeja putih lengan digulung, seluar tailored hitam, jam tangan kemas. Dia jalan macam orang yang yakin semua meja tengah pandang dia.
“Sorry saya lambat.”
“Awak lambat dua minit. Itu dah cukup untuk buat Arissa saya cemas,” Sofea jawab, tajam tapi senyum.
Zayyan tarik kerusi, duduk sebelah aku. Tangan dia sempat sentuh jari aku bawah meja. Sentuhan tenang.
“Baik, Encik Zayyan. Saya ada beberapa soalan.”
Zayyan angkat kening sikit, senyum.
“Interview untuk jawatan suami dia ke?”
> “Boleh jadi.”
Soalan pertama:
“Apa yang awak nampak dalam Arissa yang buat awak yakin nak kahwin dengan dia?”
Zayyan pandang aku dulu, baru jawab.
“Dia… satu-satunya orang yang buat saya rasa, saya bukan bos. Saya manusia. Saya lelaki yang perlu dia. Bukan sebab dia sempurna… tapi sebab dia tak pernah pura-pura kuat bila dia perlukan saya. Saya sayang dia bukan sebab dia lemah, tapi sebab dia kuat walau semua orang cuba jatuhkan dia.”
Aku… speechless.
Sofea macam terdiam sekejap. Tapi cepat-cepat dia sambung.
Soalan kedua:
“Awak sanggup buat apa je untuk jaga dia?”
“Sanggup.”
“Even kalau keluarga dia tolak awak?”
“Saya tak kahwin dengan keluarga dia. Saya kahwin dengan dia. Tapi kalau saya boleh buat semua orang sayang dia... saya akan buat.”
Sofea senyum kecil.
“Okay. Last question.”
“Yes?”
“Kalau Arissa tak pernah confess cinta... awak tetap kahwin dengan dia?”
Zayyan gelak kecil.
“Saya tak perlukan dia cakap. Saya cuma perlukan dia… terus ada depan saya.”
Dan aku tahu — masa tu, aku dah tak ada sebab nak takut apa-apa dah.
Sofea pandang aku, angguk slow.
“Okay lah. Aku approve.”
---
Lepas lunch — dalam kereta
Zayyan senyum sambil pegang stereng.
“Kawan awak tu garang. Tapi saya suka.”
Aku toleh sikit.
“Kenapa suka?”
“Sebab saya rasa… kalau saya buat salah, dia akan libas saya dulu sebelum awak sempat nangis.”
Aku tergelak.
“Tapi awak takkan buat salah kan?”
Zayyan pegang tangan aku.
“Takkan. Sebab saya dah jumpa tempat saya balik — awak.”
next bab will be more funnn...
Share this novel