DIA tak serik lagi ke?

Romance Completed 2227

Pagi tu aku sampai office awal sikit. Zayyan masuk 10 minit lepas aku. Tapi dari jauh aku dah tahu dia datang — sebab suara dia tengah marah security yang tak bukakan pintu lif VVIP cepat.

“Saya lambat sebab awak tak tekan pun level khas saya tu. Bini saya tunggu saya atas tu tahu tak?”

Aku yang tengah letak fail atas meja, terus menunduk malu. Gila betul CEO ni. Memang nak announce satu bangunan ke yang aku ni dia punya?

Dia masuk bilik aku. Tangan pegang coffee, senyum lebar.

“Untuk sayang saya. Pagi ni nak cappuccino ke atau Zaypresso?”

Aku angkat kening. “Zaypresso tu menu mana?”

“Menu khas untuk isteri saya je.”

Dia letak coffee atas meja, lepas tu peluk aku dari belakang. Lama.

“Abang nak recharge. Peluk sikit je.”

Aku dah tergelak. “Abang baru sampai kerja. Belum start pun battery dah habis?”

“Battery abang penuh bila peluk sayang.”

Ha. Meroyan betul.

---

Zayyan present project dengan board. Tapi dia still sempat pandang aku banyak kali. Macam aku ni slide presentation dia.

Tengku Ilham jeling aku sambil bisik kat telinga aku masa keluar bilik:

“Boss kau tu hilang focus sejak kahwin ni. Rasa macam nak borak dengan bini dia je 24 jam.”

Aku senyum je. Dalam hati dah mekar berbunga.

---

Aku tengah nak keluar lunch dengan team, Zayyan datang tarik tangan aku.

“Abang dah order lunch untuk kita. Makan kat bilik abang.”

“Tapi sayang nak makan dengan mereka...”

“Nope. Hari ni abang rasa insecure. Lepas insiden si sepupu tu, abang kena jaga bini abang macam barang rare.”

Aku tergelak. Tapi tetap ikut.

---

Kat bilik Zayyan

Dia dah siap susun makanan. Spaghetti carbonara, mushroom soup, dengan dessert kesukaan aku – tiramisu.

“Abang tau sayang tak suka orang manjakan sangat. Tapi... abang memang tengah addicted dengan sayang.”

Aku telan liur.

“Saya pun addicted jugak... tapi bukan dengan manja abang. Dengan cara abang jaga saya.”

Zayyan senyum, pegang tangan aku.

“Kalau macam tu, hari ni cuti half-day lah. Kita balik lepak rumah, boleh?”

“Abang... saya ada meeting dengan finance.”

“Cancel. CEO bagi cuti khas sempena... Hari Isteri Paling Comel.”

---

Time aku tengah isi report petang tu, Zayyan tiba-tiba letak sticky note atas laptop aku:

“Let’s go home early. Abang nak jadi bantal peluk sayang malam ni. – Zayyan”

Aku gelak kecil. Gila. Tapi... dia memang suami gila yang aku sayang.

---

Malam tu aku dengan Zayyan tengah lepak kat living room rumah baru kami. TV on, popcorn atas riba, selimut berdua. Mood memang A++.

“Sayang nak tengok movie apa?”
“Yang ada abang...”
“Ha? Movie apa pulak?”
“Movie ni...” aku senyum, jari tunjuk dada dia. “Abang.”

Zayyan senyum sambil kecup dahi aku. Manja tak berhenti. Baru je dia nak bisik something kat telinga aku — hon hon hon honnnnnnnnnn!

Zayyan terus bangun, jeling aku.

“Big brother...”

“Laa dorang ke?” Aku dah geleng. “Tak reti-reti nak bagi privacy.”

5 minit kemudian...

Pintu rumah kami dah terbuka luas. Tengku Ilham masuk dulu, peluk aku terus sambil bawa pizza.

“Wehh pengantin baru! Muka glowing semacam!”

Tengku Herry hulur beg plastik.

“Ni buah tangan... energy drink dengan madu tualang.”
“Madu untuk apa ni Herry?” aku gelak kecil.
“Untuk suami kau... stamina malam-malam katanya.”

Zayyan jeling tajam. “Herry... kau nak kena sepak sekarang ke esok?”

Tengku Louis melangkah masuk, pegang microphone portable yang dia bawa sendiri. Ya, mic.

“Mic check mic check. Okay semua... pengumuman!”
“Sesi bacaan doa untuk kebahagiaan pasangan baru kita dimulakan dengan lagu... OBSESSED by Mariah Carey!”
“Eh jangan!!!” aku dah menjerit, Zayyan tutup muka dengan bantal.

"Why you so obsessed with me?"

Louis nyanyi sambil duduk sebelah aku, buat muka gedik. Ilham dan Herry dah siap gelak terbahak-bahak sambil record.

Zayyan tarik aku ke sebelah dia.

“Sayang tak boleh duduk dengan Louis. Abang jealous.”

“Alah dia nyanyi je...”

“Tak kisah. Nyanyi ke bernafas ke — tak boleh.”

Big Brother memang tak berubah. Walaupun rumah ni nampak mewah, bila dorang masuk, terus rasa macam duduk rumah bujang berempat. Pizza, karaoke, gaming console dorang set up sendiri. Louis siap kacau dapur, buat teh tarik kaw katanya 'untuk pengantin'.

---

Lepas semua balik...

Rumah kembali sunyi. Aku baring atas katil, Zayyan duduk hujung katil tengok phone.

“Abang…”

“Ya sayang?”

“Dorang tu... memang tak boleh hidup tanpa kita eh?”

Zayyan letak phone, naik atas katil, peluk aku kuat.

“Sebab Big Brother takde family lain... cuma kita je yang dorang ada.”

Aku diam. Peluk dia balik.

“Abang pun sama. Sayang je family abang.”

Malam tu kami tidur dalam pelukan. Dengan hati yang penuh – walaupun penuh dengan serabut karenah Big Brother... tapi mereka lah orang yang paling sayang kami.

---

Pagi tu aku bangun awal sikit dari biasa. Zayyan masih terlentok atas lengan aku, rambut dia kusut sikit, muka pun... aduhai, kalau bukan laki aku memang aku dah record masuk TikTok buat content "suami CEO waktu tidur".

Aku gerak sikit nak turun katil.

“Sayang nak pergi mana…” suara dia serak-serak bangun tidur.
“Nak siap pergi kerja lah. Abang pun bangun lah.”
“Tak nak… nak cuti peluk sayang sehari…”

Aku ketuk dahi dia dengan jari. “CEO cuti sebab nak peluk bini, nanti HR berhenti kerja semua.”

Dia bangun, peluk aku dari belakang sambil cium bahu.

“Kalau HR berhenti, kita hire PA baru. Tapi PA tu tak boleh cantik dari sayang.”

“Mana ada orang cantik kalah PA sendiri…”

“Exactly. Sebab tu abang takkan lepaskan sayang.”

---

Sampai je depan lif, semua staff pandang pelik.

Sebab?

Aku makin tembam.

Receptionist pun tersenyum-senyum. Ada yang bisik belakang meja:

> “Weh… PA CEO makin tembam lah”
“Eh yelah bahagia tu... Aku tengok boss kita romantik semacam lately.”
“Macam couple dalam drama, weh.”

Zayyan selamba pegang pinggang aku, bagi salam kat semua.

“Assalamualaikum. Siapa gosip bini saya, sila jumpa saya dalam meeting room ya.”

Staff terus tunduk pandang meja. Aku jeling dia.

“Abang... jangan lah macam gangster sangat.”
“Gangster mana? Ni abang protect bini abang.”

Sampai kat bilik, dia tarik kerusi aku dulu, baru duduk depan meja dia sendiri. Tapi bukan kerja dulu, Zayyan letak bantal kecil yang dia bawa dari rumah, letak kat meja aku.

“Untuk kepala sayang sandar kalau penat nanti.”

“Abang ni… kerja ke dating ni?”

“Boleh dua-dua.”

---

illham datang nak bagi tahu jadual.

“Zayyan, meeting start 2. Nak order lunch sama ke?”
“Aku makan dengan bini aku.”
“Eh aku ajak lunch sekali lah. Big Brother nak lepak kejap.”
“Taknak. Bini aku punya time tengah hari ni.”

Aku sengih. “Abang ni…”

“What? I’m obsessed with you okay.”

---

Tak lama lepas tu, aku scroll email...

Email: From Unknown

> "Kak Arissa... saya tahu saya banyak salah. Tapi boleh saya jumpa akak lepas kerja nanti? Sekejap je. – Rayyan.”

Aku terus tegak. Dan… Zayyan yang perasan muka aku berubah, terus bangun.

“Siapa tu?”
“Takde. Just... email je.”
“Sayang… bagi abang tengok.”

Aku pun serah phone. Zayyan baca, dahi dia berkerut.

“Dia tak serik lagi ke…?”

---

Lepas Zayyan baca email dari Rayyan, dia terus letak phone aku atas meja, tapi tangan dia tak lepas dari pinggang aku. Dia tenung aku macam aku baru announce aku nak pergi planet lain tanpa dia.

“Sayang tak nak jumpa dia kan?”
“Tak lah… saya pun tak suka lah jumpa orang yang banyak masalah.”
“Good. Sebab abang tak izinkan pun.”

Aku tergelak kecil tengok dia serius macam tu. Aku cubit pipi dia yang selalu tegang tu.

“Abang jangan garang sangat boleh tak? Bini abang ni takut lah konon.”
“Tak takut pun. Sayang suka kan abang protect sayang macam ni.”

Dia tarik aku duduk atas riba dia. Yes, kat office ni. Kat bilik CEO ni. Dia tak kisah. Dia lagi suka.

“Abang…”
“Hmmm?”
“Banyak kerja lah.”
“Kerja boleh tunggu. Bini abang tak boleh tunggu.”

Dia peluk aku kuat sambil letak dagu kat bahu aku.

“Abang…”
“Abang sayang awak sangat.”

Aku senyum, tangan aku main-main dengan rambut dia.

“Saya tahu. Tapi kerja dulu lah, abang. Nanti Tengku Herry masuk, tengok CEO peluk bini kat office…”
“Biar dia tengok. Satu Malaysia pun abang tak kisah.”

Aku ketawa. Kadang-kadang aku sendiri tak faham, ni boss aku ke baby panda aku?

“Abang, serius lah sikit boleh tak?”
“Serius. Abang serius jatuh cinta dengan awak.”
“Laaaaa abang ni.”

Dia ketawa kecil sambil cium pipi aku.

“Okay, okay, go. Kerja. Tapi… duduk sebelah abang. Jangan jauh.”
“Yess boss manja.”

---

Dalam kereta pun dia tak habis-habis clingy.

“Sayang… lepas ni kita dinner kat rumah abang je okay?”
“Rumah abang? Kan dah rumah kita.”
“Rumah abang, rumah sayang. Tapi dalam hati abang, awak tetap yang paling selesa.”
“Ceh, sweet talker.”

“Sweet talker awak. Bukan orang lain.”

Dia pegang tangan aku kuat.

“Sayang…”
“Hmmm?”
“Jangan tinggalkan abang okay?”
“Mana ada saya nak tinggal. Abang ni over thinking la.”
“Tak nak. Biar abang ni clingy sikit. Abang nak spend semua masa abang dengan sayang. Kalau boleh 24 jam.”

Aku senyum, pegang jari dia kuat-kuat.

“Okay, 24 jam dengan abang. Janji?”

“Janji.”

---

Esoknya Aku masuk office macam biasa,Aku baru je nak buka laptop, baru nak start kerja, tiba-tiba kerusi aku ditarik ke belakang. Zayyan, yang dah siap-siap dengan baju kemas, duduk bertinggung depan aku dengan senyuman paling manja.

“Sayang, duduk sini jap.”

Dia tepuk peha dia.

“Abang, ni office… Abang CEO, saya PA. Mana boleh—”
“Office ni abang punya. Awak pun abang punya. Duduk sini.”

Aku malas nak argue. Aku pun duduk atas peha dia. Dia letak dagu atas bahu aku, tangan dia peluk pinggang aku rapat-rapat.

“Abang tak bagi Sayang jauh. Abang tak boleh tahan lah kalau sayang tak dekat.”
“Manja sangat abang ni.”
“Bini abang, hak abang untuk manja dengan sayang.”

Aku ketawa kecil. Aku buat kerja, dia still tak lepaskan aku. Bila aku bangun, dia ikut bangun. Bila aku nak turun pantri, dia ikut belakang aku macam anak itik. Bila aku nak pergi toilet, dia dah stress.

“Sayang lama tak dalam toilet, abang risau.”
“Ya Allah abang… Sayang buang air je lah.”
“Abang risau kalau awak pengsan ke, orang culik ke.”
“Abang ni over sangat lah.”

“Over pun abang nak jaga sayang.”
---

Lepas habis kerja, Zayyan terus bawa aku balik rumah baru kami. Dia dah siap masakkan dinner candle light kat rumah tu. Ada steak, ada dessert.

“Abang masak?”
“Chef abang yang masak. Tapi abang plating.”
“Effort tu yang mahal.”

“Effort abang untuk sayang tak pernah sikit.”

Masa makan, Zayyan suap aku. Makan pun nak suap.
Lepas tu dia bawa aku lepak luar rumah, duduk atas kerusi garden.

“Sayang happy?”
“Happy lah. Siapa tak happy ada suami manja macam abang.”
“Good. Sebab abang nak jadi suami yang buat sayang senyum setiap hari.”

“Tapi abang ni clingy sangat tau.”
“Memang. Sayang bini abang, kena redha.”

---

Tengah malam, phone Zayyan bunyi. Tengku Herry call.

“Zayyan, jom lepak. Dah lama tak borak lelaki.”
“Aku bawa bini aku.”
“Ha? Bawa lah, lagi best.”

Sampai tempat lepak, aku tengok Big Brother semua dah ada. Tengku Ilham, Tengku Herry, Tengku Louis — semua buat muka excited nampak aku.

“Wahhh… sister-in-law dah makin cantik ni. Zayyan jaga ketat sangat, susah nak jumpa.”

Tengku Louis usik aku.

“Kalau Zayyan tak jaga, aku pun nak try la dulu.”
“Abang! Tengok dia ni!”

Zayyan terus peluk aku rapat.

“Jangan cari pasal dengan bini aku.”
“Relax lah bro. Gurau je.”
“Gurau pun aku tak suka.”

Tengku Herry senyum sambil nyanyi lagu Mariah Carey – Obsessed sambil pandang Zayyan.

"Why you so obsessed with me? Boy I wanna know…”
“Memang lah obsessed. Bini aku kot.” – Zayyan dengan muka bangga.

“Zayyan ni kalah lah. Kau clingy teruk doh.”
“Clingy sebab aku sayang.”

Aku senyum je, seronok tengok vibe Big Brother ni. Tengku Ilham main-main suap aku air, Zayyan dah buat muka jealous.

“Abang… dia suap air je.”
“Tak suka. Air abang je awak boleh minum.”

Aku ketawa, cubit tangan Zayyan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience