Lepas makan, kami jalan slow ke kereta.
Angin malam tenang. Tapi hati aku ribut.
Dalam kereta, dia tak cakap banyak. Tapi tangan dia capai butang aircond, turunkan sikit suhu.
“Aku tak suka tengok awak menggigil.”
Aku senyum sikit. “Saya okay je.”
Dia jeling. “Jangan pura-pura kuat sangat, Arissa. Saya perhati awak.”
Ayat dia buat aku telan air liur.
Sebab aku tahu… dia tak main-main.
---
Malam ni panas.
Tapi bukan sebab cuaca. Bilik aku sejuk elok je, kipas laju tahap maksimum. Tapi aku… berpeluh.
Sebab otak aku tak nak bagi aku rehat.
Bantal dah peluk. Selimut dah tarik. Mata pejam lama. Tapi satu suara je ulang-ulang dalam kepala aku.
> “Saya tahu, Arissa.”
“Saya nampak.”
“Saya faham, tapi awak tak nak cakap.”
Ughhhhhh!
Kenapa dia kena cakap macam tu? Kenapa kena tengok aku dengan pandangan tu? Pandangan yang buat aku rasa… selamat. Tapi dalam masa sama, tak tentu arah.
Aku tarik bantal, hempuk muka sendiri.
"Arissa… kau kenapa hah?!"
Zayyan tu boss aku. CEO. Seorang lelaki yang kerja macam takde jiwa waktu aku mula-mula masuk dulu. Mana datang caring dia tiba-tiba ni? Siap bagi aku warning hal-hal yang dia ‘tahu’ tu. Tahu dari mana?
Dia tengok ke?
Tapi dia tak tanya pun.
Tapi cara dia cakap, seolah-olah... dia tengah perhati aku sepanjang masa.
AaaaaaHHHHHHHHH!
Aku hempuk muka lagi.
Rasa macam nak pergi mandi ais. Tapi jam dah pukul 1 pagi. Boleh ke masuk kerja esok kalau aku terus berguling macam ni?
Lepas lima minit, aku baring balik.
Pandang siling.
> “Saya suka rasa ni.”
Satu lagi ayat yang buat aku rasa jantung aku berhenti 0.5 saat.
Suka rasa… apa, bos? Rasa kerja overtime ke? Rasa bayar sushi mahal untuk PA yang tak pandai guna chopstick? Atau suka tengok aku stress?
Atau…
> Suka aku?
Pause.
Aku gelak sendiri. "Perasan sangat, Arissa."
Tapi bibir aku tetap senyum macam orang gila.
Tangan aku tarik selimut peluk dada.
Dada yang tengah berdebar bukan sebab takut… tapi sebab satu rasa yang aku sangat-sangat takut nak percaya.
Rasa yang mula muncul… sejak dia tenung aku dengan pandangan yang aku tak pernah nampak dari mana-mana lelaki sebelum ni.
---
Esok paginya aku masuk office dengan muka macam zombie.
Sebab tidur pun tak cukup, tidur pun macam tak tidur. Mimpi dia. Dengar suara dia. Bangun pun... fikir dia.
Aku letak beg atas meja. Tarik nafas.
Mata scan sekeliling.
Hah?
Ada bekas makanan atas meja aku?
Aku pandang kiri kanan. Tak nampak siapa-siapa. Tapi ada sticky note kecik tertampal atas kotak tu:
> “Don’t skip breakfast. You’re mine to take care of now.” – Z
What the actual—
Jantung aku buat backflip.
Aku tarik sticky note tu. Baca lagi sekali. Pastikan ni realiti, bukan halusinasi dari otak mengantuk aku.
> You’re mine... to take care of?
Ya Allah, aku jatuh cinta ke apa ni?!
Belum sempat aku hadam rasa tu, pintu bilik dia terbuka sikit. Muncul dia — Zayyan, dengan kemeja putih, tangan bersilang, pandang aku macam dia baru conquer dunia.
"Breakfast tu panas lagi. Makan sebelum awak mula kerja. Saya tak nak assistant saya pengsan.”
Dia cakap sambil jalan masuk bilik. Tenang. Macam tak ada apa-apa.
Tapi aku?
Aku tengah melting kat kerusi.
---
Tapi... dalam masa sama, ada sisi lain yang aku tak tahu.
Malam tu juga, Zayyan tak tidur. Dia duduk dalam bilik pejabat rumah dia, depan skrin.
Ulang balik rakaman CCTV.
Scene Danial cuba sentuh aku. Scene aku lari. Scene aku ketuk pintu office dengan tangan menggigil.
Dia tengok. Mata dia tak berkelip.
> “Kau berani sentuh dia…”
Dia buka laci bawah meja. Keluarkan satu folder hitam.
Dalam tu ada file Danial. Gambar. Detail. Laporan background. Semua benda yang boleh hancurkan hidup lelaki tu.
Zayyan senyum nipis. Tapi mata dia… kosong. Dingin. Bahaya.
> *“Aku tak akan sentuh Arissa tanpa izin dia…”
Tapi aku tak janji aku akan biar orang lain sentuh dia dan hidup.”
---
Hari ni pelik sikit.
Aku masuk office dengan mood okay. Maybe sebab sarapan semalam tu still buat aku senyum sorang-sorang. Walaupun Zayyan langsung tak mention pasal note tu lagi, tapi aku rasa... macam makin boleh ‘baca’ dia.
Dia bukan jenis lelaki yang cakap banyak. Tapi sekali dia buat, dia buat sampai kita tak boleh lupa.
Cuma… hari ni bukan pasal dia.
Hari ni, aku mula rasa lebih selesa dengan suasana kerja. Staff kat sini ramai yang okay. Friendly. Especially lepas aku kena handle satu projek dengan team PR. Ada Fiza, ada Hafiy, ada sorang intern nama Din — semua sporting habis.
“Arissa, jom lunch sama hari ni? Kita semua keluar ramai-ramai, makan dekat Level 10, ada food court best,” ajak Fiza sambil pegang file tebal.
Aku senyum, angguk.
“Okay je, asalkan ada nasi. Aku lapar.”
Kami semua gelak. Dan aku pun pelik dengan diri aku sendiri. Dulu aku tak macam ni. Dulu aku takut nak borak lebih-lebih. Tapi sekarang... aku mula rasa macam normal human being.
Zayyan? Tak tahu la dia perasan ke tak aku makin mesra dengan orang.
Sampai la waktu lunch...
---
Kami keluar dari bilik meeting, semua bercakap pasal makan. Aku jalan sebelah Fiza, Din kat belakang dengan Hafiy.
Aku tak sedar pun, pintu bilik CEO terbuka sikit…
Dan mata Zayyan — terus tangkap aku.
Langkah aku terhenti.
Mata aku dan mata dia bersatu dalam beberapa saat. Tapi cukup untuk buat jantung aku melompat.
Pandangan dia… lain. Tak marah. Tapi... tak suka?
Dia tengok Hafiy lama sikit.
Din pun dia scan dari atas sampai bawah.
Aku cepat-cepat senyum, angkat tangan. “I pergi lunch dulu, boss.”
Dia tak jawab. Hanya angguk sikit dan tutup balik pintu.
---
Masa lunch tu, aku tak boleh fokus sangat. Sebab dalam kepala aku, asyik teringat pandangan Zayyan tadi.
Dia... cemburu ke?
Tak mungkin. Tapi kenapa mata dia tadi macam... tak puas hati?
Balik dari lunch, ada satu sticky note baru atas meja aku.
> “Next time, makan dengan saya.” – Z
WHATTTTTTTTTTT.
Aku telan air liur.
Nampaknya... Zayyan dah mula naik satu level lain. Dari tengok je… sekarang dia mula 'cop' tempat dia secara halus.
---
Hari tu memang hectic gila.
Lepas lunch, terus kena rush siapkan paperwork untuk presentation Zayyan petang nanti. Aku letak phone atas meja, tengah taip dalam laptop macam orang kena kejar hantu.
Tak sempat nak check phone langsung.
“Arissa, report tu ready?” suara garau Zayyan kedengaran dari dalam bilik dia.
“Almost, saya print sekarang,” aku balas sambil capai kertas.
Tanpa sedar, phone aku tertinggal atas meja, screen masih menyala.
Dan tanpa aku tahu, bila aku masuk ke bilik Zayyan — someone else walked out from his, sebab dia nak ke bilik meeting.
Zayyan jalan lalu depan meja aku.
Niat dia nak ambil file. Tapi mata dia — automatik terhenti bila ternampak nama 'Danial' atas screen phone aku.
Ada notification.
Danial:
> “Kalau kau bukak mulut pasal hari tu, aku sebar gambar ni. Kau tahu kan aku ada semua tu…”
Mata Zayyan tertancap kat ayat tu.
Dia tak tekan apa-apa. Dia cuma tengok. Tapi cukup untuk buat urat leher dia tegang, rahang dia mengetap, mata dia tajam gila.
> “Gambar apa?”
“Dia ugut Arissa dengan gambar apa?”
Zayyan genggam tangan.
Dada dia rasa panas. Mendidih. Macam ada bara dalam hati dia yang tak boleh padam.
Dia pandang sekeliling. Office sunyi. Semua orang dah ke bilik mesyuarat.
Dia ambil sticky note, tulis satu ayat:
> “Phone awak tertinggal. Lain kali jaga betul-betul, especially bila ada orang gila yang kacau.” – Z
Dia letak balik phone atas meja aku. Tapi dalam hati… Zayyan dah set plan.
Malam tu, dia balik bukan sebagai CEO.
Tapi sebagai lelaki yang akan lindungi apa yang dia punya, dengan apa cara sekalipun.
---
Dia duduk dalam bilik gelap.
Fail Danial terbuka depan dia. Semua bukti yang dia ada — CCTV, background check, info peribadi Danial.
Zayyan tarik senyum nipis.
Dia taip satu mesej pada nombor tak bernama.
> “Clean this guy up. Tapi biar dia hidup cukup untuk rasa takut setiap kali dia nampak bayang aku.”
---
Arissa tak tahu apa-apa.
Esoknya dia masuk kerja macam biasa, tapi Danial hilang. Dengar cerita — emergency family, cuti tanpa gaji.
Tapi dalam hati Zayyan…
> “Next time kau sentuh dia — aku takkan bagi kau sempat menyesal.”
---
Aku tengah double-check schedule meeting Zayyan bila satu suara tajam dan annoying menyapa telinga aku.
"I nak jumpa Zayyan."
Terkebil kejap aku. Eh? Siapa pula ni?
Aku pandang perempuan yang tengah berdiri depan meja aku tu — dress bodyfit, beg LV besar gedabak, mata tajam macam helang tengah cari mangsa.
Ya Allah.
Nadia.
Ex dia.
Dengan senyuman plastik, aku angkat kening. “Maaf, Zayyan tengah meeting sekarang. Kalau ada appointment saya boleh—”
“Aku bukan orang luar,” dia potong ayat aku. “Zayyan kenal aku lebih lama dari kau kerja sini.”
Aku masih cuba kawal nada. “Saya tahu, tapi sekarang—”
“Relax la. Aku tunggu dalam bilik dia. Bukannya kau CEO sini pun.”
Belum sempat aku tahan, dia dah selamba bukak pintu office Zayyan dan masuk. Aku cuma mampu gigit lidah. Nak halang lebih-lebih nanti aku pula yang kena marah. Tapi dalam hati — berapi dah ni!
Beberapa minit berlalu. Aku terus buat kerja walaupun hati aku rasa tak sedap.
Pintu bilik terbuka.
Aku dengar pintu lift berbunyi. Zayyan baru balik dari meeting.
Langkah dia laju menuju ke office.
Tapi aku sempat tarik lengan baju dia. “Encik Zayyan, dalam bilik tu—”
Dia dah masuk dulu. Dan aku... ikut je dari belakang sebab aku tahu apa yang bakal jadi — mesti meletup.
Dan betul.
Nadia tengah duduk atas kerusi Zayyan dengan kaki silang, buat macam bilik tu bilik dia.
"Zayyan," suara dia manja tak kena tempat. "We need to talk. About us."
Aku keraskan badan. Tahan nafas.
"Keluar." Suara Zayyan tiba-tiba berubah dingin. Mata dia tertancap pada aku dan Nadia yang dah berdiri depan satu sama lain.
Nadia tak puas hati. “You serius nak campak semua benda yang kita ada dulu sebab perempuan yang tak ada kelas ni?”
"Cukup." Nada Zayyan tegas.
Aku tarik nafas dalam, nak keluar dari bilik tu tapi tangan Zayyan angkat, halang aku.
"Arissa, stay."
Aku terhenti. Mata aku dan Nadia bertembung. Api dalam mata dia jelas — dia nak bakar aku hidup-hidup. Tapi aku tak gentar.
“Dia yang mulakan,” Nadia tuding jari ke arah aku. “Kalau bukan sebab dia, kita—”
"Dia tak pernah ganggu hidup kau, Nadia."
Zayyan potong ayat dia. Tenang tapi tajam.
"Yang ganggu... kau. Kau yang datang sini, buat drama, kacau orang yang tak ada kena-mengena dengan kau. Dan untuk kali terakhir aku cakap — jangan kacau hidup dia lagi."
Nadia tercengang.
Zayyan jalan ke arah dia, suara dia makin perlahan tapi penuh amaran.
"Jangan buat aku ulang lagi. Next time, aku takkan cakap dengan mulut."
Nadia pandang aku. "Kau gila ke dia ni Arissa? Dia bukan macam dulu—"
"Dan aku pun bukan Arissa yang kau pernah hina dulu."
Kali ni aku bersuara. Tegas.
Sebab cukup dah.
Nadia ketap bibir. Dia tahu dia kalah. Dia jeling aku sekali sebelum keluar dari bilik tu — dengan ego tercalar.
Pintu tertutup.
Aku tarik nafas.
Zayyan masih berdiri depan aku. Tapi tak kata apa.
Dia cuma pandang aku... lama.
"awak okay?"
Aku angguk perlahan. “Saya okay…”
“Kalau dia datang lagi, terus masuk bilik saya. Jangan hadap sorang-sorang.”
Aku angguk sekali lagi.
Tapi dalam hati aku…
Kenapa kau nampak macam... sanggup bunuh orang kalau aku disentuh, Zayyan?
happy reading???
Share this novel