Lepas makan malam tu habis, aku dan Zayyan baru nak tarik nafas lega. Aku dah bukak heels, simpan dalam kereta, rasa macam kaki ni boleh tercabut. Tapi sebelum sempat Zayyan start enjin, satu bunyi hon panjang kedengaran kat luar pagar rumah besar tu.
“Bunyi apa tu?” aku pandang belakang.
Zayyan mengeluh panjang.
“Saya tak jemput siapa-siapa…”
Tapi sebelum dia sempat habis ayat, pintu pagar terbuka, dan masuklah satu kereta mewah – BMW hitam matte – dan satu lagi kereta Mercedes AMG. Dua-dua parking macam rumah sendiri.
Aku pegang dahi.
“Jangan cakap…”
“Yup. Diorang datang,” Zayyan jawab malas sambil sandar seat, tarik nafas.
Pintu kereta bukak, keluar Tengku Ilham dengan baju batik warna ungu terang, Tengku Herry dengan blazer putih macam nak pergi award show, dan Tengku Louis siap pakai shades waktu malam.
“WOIIIII!! Mana pengantin baru kitaaaa??!” Louis jerit macam dekat padang bola.
Zayyan turun kereta, mata dia dah macam nak tembak tiga-tiga orang tu.
“Siapa suruh korang datang sini?”
“Mana boleh pengantin baru dinner dengan family tak ajak family lagi satu?” Ilham sengih sambil hulur bunga plastik. “Kami datang sebagai wakil family tak rasmi kau lah.”
Aku tergelak kecil dari dalam kereta. Mereka ni memang tak pernah serius. Tapi comel pun ada. Zayyan tarik aku keluar.
“Korang buat malu je datang macam ni,” dia cakap sambil cuba sorok senyum.
“Relax la boss. Kami nak celebrate sikit je…” Herry angkat tangan, dan dari belakang, keluar satu speaker kecil… dan tiba-tiba…
? "You need to give it up, had about enough... It's not hard to see... The boy is mine..." ?
Tengku Louis terus nyanyi dengan penuh perasaan, siap dengan fake mic. Ilham menari, Herry record video. Aku terkebil, muka merah.
“YA ALLAH!!” aku tutup muka.
“Tengku Louis!!! Shut up!!” Zayyan menjerit.
Tapi Louis buat-buat tak dengar.
“Arissa!! Cakap je lah kau ni conquer hati boss kami dari dulu! Obvious sangat!!”
“Zayyan, dari dulu sampai sekarang kau simpan perempuan ni. Aku nak tahu jugak dia bagi kau jampi apa?”
Zayyan dah berdiri depan speaker, cabut wayar terus. Semua senyap.
“Korang semua balik. Sekarang. Atau aku hantar dengan drone,” dia tenung mereka tiga-tiga.
Tapi aku nampak dari ekor mata, dia sebenarnya tahan gelak.
Aku tarik tangan Zayyan, bisik,
“Awak bagi je la dorang masuk rumah jap. Kasihan... dorang datang sebab sayang awak.”
Dia pandang aku, senyum tipis.
“Fine. Tapi kalau dorang rosakkan rumah Atok, awak kena bayar.”
Aku senyum sambil cuit pinggang dia.
“Kita kan suami isteri. Duit awak duit saya lah.”
Louis dari belakang jerit,
“KAUUUUU DENGAR TUU ZAYYANNN!! DIA DAH AMBIL SEMUA!!!”
---
Lepas aku pujuk, Zayyan pun dengan berat hati benarkan The Clown Trio tu masuk ke dalam rumah.
“Tapi korang behave. Ini rumah aku. Jangan sepahkan.”
“Relax bro… kita ni orang beradab. Tengok ni, aku buka kasut siap letak tepi.” – Ilham angkat jari peace.
Tapi bila masuk je ruang tamu...
“WOW! Ni ke rumah pengantin baru?”
Louis terus landing atas sofa sambil hulur kaki.
“Aku rasa aku boleh pindah sini lah. Arissa, ada bilik tetamu?”
“Louis...” Zayyan dah panggil dengan nada tajam.
Tapi Louis buat-buat pekak.
Herry pula dah bukak peti ais.
“Bro... takde air gas ke? Ni semua air sihat ni. Green tea, mineral water, susu badam... Zayyan, kau dah berubah.”
Aku terdiam, tahan gelak.
“Dorang memang selalu macam ni ke?” aku bisik kat Zayyan.
“Satu hari dorang diam, aku akan risau. Kalau dorang tak buat kecoh, something is wrong.”
Tak lama lepas tu, aku dengan Zayyan duduk kat meja makan, temankan Lilo kucing aku yang baru keluar dari bilik. Big Brother tiga orang tu? Entah mana hilang.
Sampai tiba-tiba—
“Arissa, tolong tengok ni jap.” – suara Ilham.
Aku pusing.
Dan apa aku nampak?
Tengku Ilham tengah pasang lampu fairy light dekat langsir.
Herry pulak gantung banner “Welcome to The Boss’s Love Nest ?”.
Louis? Pakai apron dapur, bawa dulang dengan air sirap bandung dan keropok.
Zayyan bangun terus.
“WEI! Apa benda semua ni?!”
“Kita celebrate sikit je! Officially kau dah kahwin bro! This is operation love mode on!” – Louis jerit excited.
Aku dah tak tahan, terus duduk bersila atas sofa sambil ketawa.
Zayyan tarik apron Louis.
“Korang semua tidur luar malam ni. Siap sedia.”
“Tak kisah, janji boleh lepak sini.” – Herry angkat bahu.
“Esok kita breakfast kat luar tau. aku nak belanja pengantin baru!” – Ilham senyum lebar.
“Yessss!! Arissa makan banyak sikit, nanti kuat nak layan si boss ni.” – Louis tambah sambil kenyit mata kat aku.
Aku terus lempar bantal dekat dia.
“Eh kurang asam!”
Zayyan peluk bahu aku, pandang aku macam nak kata “Tengok? Ini kawan I...”
“Tapi awak senyum,” dia bisik perlahan.
“Sebab saya happy,” aku jawab.
Dan malam tu, walaupun rumah bising macam pesta... tapi aku tak rasa tertekan. Sebab aku tahu – aku bukan sorang-sorang. Aku ada Zayyan. Dan... aku ada Big Brother.
---
Malam tu, lepas semua settle, aku masuk bilik sambil usung bantal peluk. Zayyan tengah lipat sejadah kat tepi katil, siap senyum senget pandang aku.
“Dorang semua tidur dalam bilik tetamu ke?” aku tanya sambil baring.
“Hmm… Ilham dan Louis aku dengar gaduh pasal siapa tidur kat atas katil, siapa tidur kat bawah. Herry? Dia dah landing dulu dekat sofa, cakap ‘siapa lambat, tidur lantai’. Lawak betul.”
Aku ketawa sambil tarik selimut. Tapi dalam gelak tu, aku pandang Zayyan. Dia tenung aku macam nak pastikan aku okay.
“awak penat?”
“Penat… tapi happy.”
“Thank you sebab kuat sampai hari ni.”
“Thank you sebab sentiasa ada untuk saya.”
Zayyan merangkak naik atas katil, baring sebelah aku sambil peluk aku rapat-rapat. Pelukan dia… tenang. Wangi. Aku rasa selamat.
“Esok pagi saya nak masakkan breakfast untuk awak.”
“Dengan Big Brother sekali?”
“Hah. Tu saya tak janji. Diorang bangun je terus lapar.”
Kami ketawa kecil, dan malam tu… tidur dalam pelukan Zayyan rasa macam peluk dunia.
---
BAM BAM BAM!!!
Bunyi ketukan pintu bilik kami kedengaran kuat macam rumah ni terbakar. Aku terkejut,terus capai tudung sarung, Zayyan terus bangun dan buka pintu dengan muka bengang.
“APA?!”
Tiga kepala terjengul – Ilham, Herry dan Louis.
“BREAKFAST TIME!!” – dorang jerit serentak.
Zayyan hampir tutup pintu balik.
“Wait wait! Kita masak!” – Louis angkat senduk.
“Kita ada telur, roti, nugget dengan hashbrown!” – Herry excited.
“Kau punya pantry kalah hotel!” – Ilham tambah.
Aku yang dah bangun, keluar bilik dengan mamai.
“Korang jangan buat rumah ni meletup sudah.”
30 minit kemudian...
Meja makan penuh dengan sarapan. Tapi aku tak sure mana satu boleh makan dan mana satu percubaan nak racun kami.
“Ni apa?” aku tanya sambil tunjuk telur goreng bentuk hati yang rentung.
“Itu dari hati yang ikhlas, Arissa.” – Louis jawab bangga.
Zayyan letak pinggan dia dan bisik kat aku.
“Jangan makan yang tu. saya dah nampak dia jatuhkan atas lantai lepas tu kutip balik.”
“Ihhh!!”
Kami semua duduk makan. Tengah makan, tiba-tiba Herry keluarkan gitar kecil.
“Untuk pengantin baru...”
Dia nyanyi. YES. Dia nyanyi. Dan lagu yang dia pilih?
? "Why are you so obsessed with me? Boy, I wanna know~" ?
“WEI!!” – Zayyan tercekik roti.
“This is for Danial and Rayyan,” – Ilham angkat tangan tinggi.
“Yang tak move on tu!” – Louis jerit sambil goyang-goyang kepala ikut rentak.
Aku gelak terbahak-bahak.
“Korang ni memang tak normal!”
“Normal itu membosankan, Arissa.” – kata Herry sambil kenyit mata.
Zayyan tarik tangan aku, bawa aku ke dapur.
“They’re not normal. Tapi bila saya tengok awak happy macam ni… saya rasa saya pun nak jadi tak normal sama.”
Aku senyum, peluk Zayyan.
“Welcome to the club, boss.”
---
Hari tu, suasana office macam lain sikit. Semua staff dah diberitahu awal-awal — akan ada lawatan rasmi daripada syarikat partner untuk projek baru. Aku pun dah siap-siap iron baju elok, pakai tudung kemas. Zayyan? Dia memang boss yang tak pernah tak kacak.
“Awak jadi penyambut tetamu, sayang,” dia bisik masa briefing.
“Eh kenapa saya pulak?”
“Sebab awak muka paling menyenangkan dalam bangunan ni.”
Hish dia ni pandai je puji. Tapi aku senyum juga.
---
11:00 pagi
Pintu besar terbuka, rombongan masuk. Semua aku sambut dengan senyum profesional… sampai mata aku terbeliak bila nampak seorang perempuan pakai blouse ketat warna maroon, rambut kerinting rebonding, melambai excited.
“eh angah...”
Aida. Adik aku.
What the actual—
Aku terus rasa darah aku naik ke muka.
“Eh? Aida kerja situ ke?” – Zayyan bisik.
“Tak?! Dia intern ke dengan partner company tu agaknya...”
Dia terus datang peluk aku, lepas tu pandang Zayyan — dari atas sampai bawah.
“Ni suami angah yang famous tu ke?” dia senyum sinis.
“Hai, saya Aida…” – dia hulur tangan kat Zayyan dengan senyuman manja.
Zayyan tolak pelan-pelan tangan dia dan senyum polite, “Nice to meet you. Tapi saya tak salam perempuan, minta maaf.”
Aida tak give up.
“You nampak muda lah... macam tak kahwin pun. Tak sangka taste angah tinggi juga, handsome betul.”
Aku ketap bibir. Dah kenapa ni.
“Aida, cukup lah,” aku tarik tangan dia perlahan.
Tapi dia buat bodoh. Tengah sesi taklimat dalam boardroom, Aida duduk betul-betul opposite Zayyan. Mata dia asyik pandang. Sampai satu masa…
“Encik Khayr Zayyan, saya nak tanya... macam mana cara awak handle tekanan kerja? Atau... awak ada orang jaga ke lepas balik kerja?”
Zayyan senyum, tapi senyum dia tu bukan senyum manis — itu senyum 'aku dah cukup sabar ni'.
“Saya kahwin dengan PA saya sendiri. Dan dia bukan sekadar jaga saya lepas kerja... dia isteri yang saya sayang sangat.”
Muka Aida jadi blur. Aku pandang bawah. Rasa malu + geram + nak sepak meja.
“Lagipun, saya tak suka orang lain ganggu isteri saya. Even kalau orang tu... adik ipar saya sendiri.”
Nampak? Zayyan dah ON boss mode.
---
Petang tu, dalam bilik ofis kami:
Aku duduk diam. Tak tahu nak cakap apa. Malu. Terkejut. Sakit hati.
Zayyan datang, duduk depan aku. Dia angkat dagu aku slow-slow.
“Awak okay?”
“saya tak sangka adik saya macam tu…”
“It’s okay. Awak tak salah. Awak tak pilih perangai dia.”
Aku pejam mata. Tiba-tiba pintu terkuak.
“Wahhh... aku dengar ada drama goda suami tadi?!” – Louis muncul sambil angkat kamera handphone.
“Tengku Louis—”
“Nak buat vlog ‘adik ipar vs isteri sah’. Nak letak background lagu Airmata.”
Herry dan Ilham ikut masuk.
“Mana Aida tu? Aku nak bagi dia borang audition drama tv3.” – Ilham gelak.
“Dia lupa kot... suami orang bukan makanan.” – Herry siap bagi thumbs up.
Aku terus baling pen ke arah mereka.
Zayyan peluk aku dari belakang, bisik kat telinga aku…
“Satu dunia boleh pandang saya… tapi hati saya, cuma untuk awak.”
Share this novel