my future husband

Romance Completed 2227

Dah dua minggu aku duduk rumah ni.
Dua minggu yang rasa macam dua tahun.
Setiap hari Mak aku ulang benda yang sama.

“Kau dah jumpa calon ke belum?” “Kau nak tengok Mak malu ke depan jiran?” “Danial tu elok dah. Baik, kerja elok. Kenapa kau memilih sangat?”

Aku diam. Hari-hari aku diam.
Sampai satu tahap, aku sendiri tak tahu aku ni hidup atau tak.

Aku kerja dari rumah ikut arahan Zayyan. Katanya, "Take your time." Tapi aku tahu, dia perhati semua. Kadang tengah malam, dia WhatsApp.

Dah makan? Saya hantar makanan dekat pagar. Jangan tolak.
Kalau awak nangis lagi, saya datang culik terus.

Dia... tetap ada. Dalam diam. Dalam caranya sendiri.
Tapi aku tetap rasa kosong.
Aku tak tahu sampai bila aku boleh tahan.

---

Hari tu, petang-petang lepas hujan, Mak panggil aku keluar rumah.

“Arissa, keluar. Ada orang nak jumpa.”

Jantung aku berdegup laju. Aku sangka Danial. Ya Allah, tolonglah bukan dia. Tapi bila aku buka pintu...

Aku nampak dua kereta hitam berhenti depan pagar.

Dan... Zayyan keluar dari salah satu kereta tu.

Tapi bukan Zayyan yang aku biasa tengok.
Dia pakai baju Melayu hitam. Siap bersampin. Rambut dia disisir kemas, mata dia... tajam. Tapi senyum dia tenang.

Di belakang dia, aku nampak Tengku Ilham, Tengku Herry, dan Tengku Louis. Semua pakai baju tradisional, siap macam rombongan. Macam satu team mafia datang nak ‘claim’ harta.

“Zayyan…?” suara aku bergetar.

Dia tenung aku lama, sebelum angguk perlahan.

“Assalamualaikum, Puan Intan,” Zayyan bersuara, matanya tak lepas pandang aku.

Mak aku terdiam. Terkedu. Mungkin tak sangka boss aku ni datang depan rumah dengan cara rasmi.

“Saya Khayr Zayyan. Saya datang hari ni bukan sebagai CEO. Tapi sebagai lelaki yang nak jaga Arissa seumur hidup dia.”

Aku terkejut.
Mulut aku ternganga sikit. Aku betul-betul tak tahu apa-apa!

“Saya nak masuk meminang, Puan Intan. Dengan cara yang sepatutnya. Sebelum ada orang lain rosakkan hidup dia lagi.”

Mak aku tak mampu jawab.
Danial yang baru keluar dari kereta di tepi rumah terus beku tengok rombongan Zayyan.

“Awak tak tanya pun saya…” suara aku perlahan, dada bergetar.

Zayyan pandang aku, senyum nipis.

“Sebab saya tahu jawapan awak.”

“Dan saya takkan biar awak terpaksa kahwin dengan orang yang pernah lukakan awak, Arissa. Saya lelaki terakhir yang awak akan kenal dalam hidup ni. Ingat tu.”

Aku rasa... dunia aku berhenti sekejap.

---

Aku rasa nak pengsan bila Zayyan pandang aku dengan pandangan penuh makna tadi.
Dia betul-betul... datang dengan rombongan?
Like, betul-betul rombongan yang siap ada kawan-kawan mafia dia sekali?!

Aku berdiri beku kat depan pintu rumah sambil tengok Mak aku yang dah mula berdehem-dehem, konon nak kawal situasi. Tapi aku tahu, dalam hati dia tengah macam:

“Ya Allah ni CEO mana datang rombongan sekali dua kereta hitam ni??”

Aku nampak Zayyan lambat-lambat buka kasut, then langkah masuk rumah dengan penuh tertib. Tapi aura dia tetap kuat.
Macam... kalau kau pernah tengok mafia masuk mesyuarat tapi sopan, ha, itulah dia sekarang.

Tengku Louis, yang tak pernah reti nak serius, sempat bisik kat aku.

“Weh Arissa... boss kita ni style sial. Kalau aku jadi kau, aku pun cair.”

“Diam lah Louis,” aku bisik balik, muka dah merah tahap tomato lecek.

Zayyan terus duduk di ruang tamu. Mak aku duduk bertentangan dengan dia. Aku pulak? Aku berdiri kat bucu sofa, macam orang gaji tunggu arahan.

“Puan Intan,” Zayyan mula, suara dia tenang tapi penuh makna, “Saya datang hari ni dengan niat baik. Niat yang dah lama saya simpan. Saya nak masuk meminang Arissa.”

Mak aku pandang dia, lepas tu pandang aku.

“Ni betul ke ni? Awak ni CEO kan? Tak main-main ni?” suara mak aku sedikit keras, tapi aku tahu itu sebab dia terkejut.

“Saya tak pernah main-main bila berkaitan Arissa,” jawab Zayyan tenang.

Tengku Ilham tiba-tiba hulur dulang. Siap dengan sirih junjung dan manisan, aku rasa nak pitam betul.

“Dorang prepare semua ni bila?!”

Zayyan sambung cakap.

“Saya tahu saya mungkin bukan lelaki yang sempurna. Tapi saya janji akan jaga dia, lindungi dia, dan bahagiakan dia lebih dari sesiapa pun boleh buat.”

“Saya tahu apa yang jadi kat dia selama ni. Saya tahu dia terluka. Tapi selagi saya hidup, saya takkan biar sesiapa pun sentuh dia. Fizikal atau emosi.”

Mak aku terdiam. Lama.
Aku sendiri tak tahu nak rasa apa. Jantung aku macam drum band sekolah, tak henti hentak.

“Mak…” aku bersuara perlahan.
“Saya... saya okay dengan Zayyan.”

“Saya tahu siapa dia, Mak. Saya tahu dia bukan sembarangan. Tapi dia tak pernah sekali pun tinggalkan saya masa saya jatuh.”

Mak aku masih senyap. Tapi aku nampak muka dia macam tak kisah. Dia angguk perlahan.

“Kalau itu boleh senangkan hidup aku,hm baiklah.”

Dan aku? Menangis. Tapi senyum.

---

Tengku Herry tiba-tiba tepuk tangan pelan.

“Alhamdulillah. At least tak payah kita ugut mana-mana bakal mak mentua kali ni.”

“Hoi!” aku jeling dia.

Tengku Louis selamba sumbat kuih karipap dalam mulut sambil bisik pada aku.

“Bila majlis kahwin, jemputan kita settle. Aku sponsor bunga telur okay?”

Aku gelak sikit.
Tapi mata aku tak lepas dari pandang Zayyan.

Dia senyum nipis, lepas tu bangun dari tempat duduk, jalan ke arah aku. Tangan dia genggam tangan aku perlahan.

“Welcome, future Mrs. Zayyan.”

“Saya tak pernah lupa awak, Arissa. Saya cuma tunggu masa sesuai nak masuk... terus ke hati awak.”

---

Aku baru je jejak kaki masuk office, belum sempat tarik nafas panjang lepas park kereta — aku nampak dia.

Dia.

Khayr Zayyan. Si boss yang sekarang ni technically bakal tunang aku.

Duduk bersandar dekat meja aku sambil pegang satu mug kopi yang aku tahu bukan dia punya, sebab warna mug tu pink pastel dan ada sticker unicorn — mug aku.

“Awal masuk hari ni, bakal isteri?”
Dia senyum sinis sambil angkat kening sebelah. Pagi-pagi dah cari pasal.

“Zayyan… awak duduk kat meja sendiri boleh tak?”
Aku jalan laju ke arah meja, nak ambik mug dari tangan dia — tapi dia elak.

“Eh eh, kenapa marah sangat? Kita kan dah halal nanti. Takkan mug unicorn pun nak berkira?”

“Tak halal lagi lah!” aku dengus, tapi suara tu dah macam separuh malu.

Zayyan berdiri, langkah dia slow tapi yakin macam selalu, lepas tu dia tunduk sikit — jarak muka kami tinggal beberapa inci je.

“Tapi tak lama lagi... awak akan jadi isteri saya, Arissa Imani.”

“Awak tak teruja ke?” bisik dia dekat telinga aku, penuh goda.
Aku boleh rasa jantung aku tersangkut kejap. Nasib baik aku jenis tak rebah macam heroin drama petang.

Aku tolak dia sikit, “Awak ni kenapa suka sangat main-main pagi-pagi?”

“Pagi-pagi lah waktu paling manis nak tengok muka isteri saya.”
“Muka awak tu… muka bahagia,”

Aku senyap.

Tak tahu nak balas macam mana. Dalam hati dah mula melting tapi luar still kena act cool, yalah… staff lain dah mula masuk, mana boleh tunjuk obvious sangat aku tengah fall hard for this man.

“By the way,” Zayyan sambung, tone suara dia slow tapi mata dia bersinar nakal,
“Saya dah booking dewan untuk majlis... awak nak tema apa?”

Aku telan air liur.

“Takkan awak decide semua sorang?”
“Saya pun nak pilih! Saya tak nak ada bunga ros pelik-pelik ke warna gold menyala ke—”

Zayyan gelak kecil, “Laa... saya tanya pun awak marah?”

“Okay-okay, kita buat majlis ikut taste awak... tapi satu je syarat saya.”

“Apa?” aku sempitkan mata, curiga.

“Awak kena pakai baju pengantin yang saya pilih.”
“Dan awak kena jalan masuk dewan sambil pandang saya je, jangan tengok orang lain.”

Aku hampir tersembur gelak.

“Kenapa?!”

Dia senyum slow, ambik tangan aku pelan-pelan, pastu genggam kuat.

“Sebab saya nak jadi satu-satunya lelaki yang awak tengok hari tu...”
“Sebab hari tu... saya nak awak tahu, awak dah selamanya jadi milik saya.”

DEG.

Bod*hnya lah Zayyan ni.
Kenapa dia tahu timing paling tepat nak buat aku cair?

---

Aku pusing muka, pura-pura sibuk kemas meja. Tapi dalam hati… aku dah repeat ayat dia tadi sepuluh kali.

Milik saya… milik saya… milik saya...

Boss gila.
Tapi boss ni... aku sayang.

---

Aku ingatkan perbincangan pasal majlis kahwin ni antara aku dengan Zayyan je. Private, sweet, romantik. Tapi aku silap besar. Sangat besar.

Sebab bila aku sampai je kat tempat yang Zayyan ajak — konon meeting ringkas pasal persiapan kahwin — aku terkejut tengok siapa yang dah tunggu kat bilik private tu.

“SURPRISEEEE!!!”

Tengku Ilham, si ketua yang selalu nampak tenang tapi sebenarnya gila plan.
Tengku Herry, si loudspeaker dengan tawa dia yang annoying tapi somehow comel.
Tengku Louis, obviously, the chaos himself.

Zayyan cuma pegang dahi. “saya ajak dia bincang, bukan buat konsert persiapan.”

“Takkan majlis orang penting dalam Big Brother kita tak masuk campur kot?”
Tengku Louis tolak Zayyan ke tepi, terus datang dekat aku.
“Arissa, jangan risau. Kita dah shortlist kan tiga tema wedding. Nak tahu?”

Aku…blur. Tapi aku angguk jugak.

“Satu, tema mafia – baju pengantin hitam merah, naik Harley masuk dewan.”
“Dua, tema agent rahsia, ada smoke bomb time korang masuk dewan.”
“Tiga… tema fairy tale, tapi fairy tale tu gelap sikit. Contoh… Cinderella tapi dia assassin.”

Aku terus pandang Zayyan dengan muka ‘you better stop them now’.

“Louis... dia nak tema normal je. Warna soft. Elegant.” Zayyan tarik Louis ke belakang.

“Bos... awak kahwin ke saya kahwin ni?” aku peluk lengan sambil tenung dia.

“Saya. Tapi saya kahwin dengan awak, jadi kita decide sama-sama.”
Zayyan senyum sambil peluk bahu aku.

Tiba-tiba Herry angkat tangan.

“Boleh ke aku buat opening show time majlis kahwin nanti? Aku nak nyanyi lagu khas untuk Arissa, gituu~!”

“Herry, kau nyanyi semua orang lari sebelum akad nikah,” Zayyan balas tak angkat muka.

Ilham yang dari tadi diam, angkat fail pink dan letak atas meja.

“Aku buat plan pelan duduk meja VIP, siapa duduk mana, plus senarai jemputan yang selamat untuk datang. List orang musuh pun aku dah filter.”

Aku blink. “Kau buat semua tu sejak bila…?”

“Sejak Zayyan cakap nak masuk meminang. Of course kita kena protect majlis Big Brother’s First Lady.”

Aku tergamam.

Zayyan tunduk sikit, bisik kat aku.

“Nampak tak kenapa saya tak pernah ajak dia orang meeting?”

Aku gelak kecil. “Nampak sangat.”

Tapi dalam hati… entah kenapa, aku rasa terharu. Macam-macam chaos, tapi semuanya sebab dia orang sayangkan Zayyan. Dan... sekarang, mereka pun terima aku sebagai sebahagian daripada keluarga tu.

---

“So Arissa... you pilih je la tema apa pun... tapi kalau nak tambah stunt khas, panggil je kami. Kami ada smoke, api, dan Louis ada drone.”

“Aku ada bom tepung,” Louis jerit dari hujung meja.

Aku tepuk dahi.

Majlis kahwin aku. Tapi rasa macam nak buat episod final Mission Impossible.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience