date or breakfast?

Romance Completed 2227

Aku tarik nafas perlahan sambil pandang cermin besar dalam bilik persalinan. Baju satin emerald green yang dipilih Zayyan untuk aku, memang cantik terletak. Rambut aku diluruskan sedikit dan dibiarkan terurai. Make up pun ala-ala natural soft glam. Tak sangka aku yang biasa pakai kemeja putih dengan slack hitam boleh nampak macam ni.

Event malam ni nampak eksklusif sangat. Semua orang yang datang pun bukan calang-calang. Aku ikut Zayyan dari belakang sambil genggam clutch kuat-kuat. Tapi dia tarik tangan aku dan genggam kemas. "Jangan takut. You look stunning tonight," dia bisik, buat aku tersipu malu.

Mata aku melilau sekeliling ballroom tu. Lampu kristal menggantung indah dari siling, muzik orkestra lembut mengisi ruang. Bila kami sampai ke meja utama, ada beberapa lelaki yang dah duduk di situ.

“Arissa, kenalkan ni Tengku Herry, Tengku Louis, dan Tengku Ilham,” kata Zayyan.

Tengku Herry hulur tangan sambil senyum lebar. “Awak PA yang buat boss kami senyum sejak dua minggu lepas tu eh?”

Aku tergelak kecil. Tengku Louis pulak usik, “Zayyan ni bukan senang nak baik hati. Kalau dia tak offer awak sushi malam tu, memang confirm awak special.”

Tengku Ilham hanya angkat kening sambil tenung aku. “Nice to meet you,” dia cakap ringkas. Aura dia... sejuk tapi bahaya. Lain macam.

Zayyan tarik aku duduk di kerusi sebelah dia. “Duduk sini. Saya pergi ambilkan makanan.”

Aku angguk dan duduk. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang dari arah kiri, hulurkan business card.

“Boleh kita kenal lebih rapat?” Dia senyum senget.

Aku tolak perlahan. “Tak perlu kot.”

Dia terus pegang tangan aku. “Ambil je lah. Networking, kan?”

Tangan aku baru nak ditarik balik, tiba-tiba satu suara dingin bergema dari belakang lelaki tu.

“Lepas sebelum aku patahkan tangan kau.”

Aku pandang. Zayyan. Muka dia... gelap, mata dia tajam.

Lelaki tu macam nak cabar balik, tapi sebelum sempat, Tengku Herry, Louis dan Ilham dah berdiri belakang dia.

“Oi, jangan cari pasal dengan boss kami,” kata Tengku Louis sambil senyum sinis.

Lelaki tu terus blah.

Tapi tak habis kat situ. Beberapa minit kemudian, Nadia datang.

“Nadia?” Aku bisik sendiri.

Dia terus masuk dan duduk sebelah Zayyan.

“Hi honey~ I ni tunang Zayyan tau. Takkan tak boleh duduk sini?”

Aku tekup dahi. Zayyan langsung tak layan. Dia suap aku salmon sushi tiba-tiba.

Aku terdiam. “Hehh? H-huh!?”

Tapi aku kunyah jugak sebab... sedap.

Nadia yang nampak terus bangun nak serang aku, tapi Tengku Louis halang.

“Oi, kau kenapa duduk tempat aku hah?! Kotor tahu tak tempat aku ni sebab kau duduk!”

Aku tergelak kecil.

Selesai event, sebelum balik, aku perasan Zayyan salam dan peluk bahu Atuk dia, Dato’ Zainal. Kemudian dia berbual dengan Big Brother.

Mereka cakap dalam bahasa German, aku hanya mampu termenung. Tapi dari cara mereka berbisik dan tengok sekeliling, nampak serius sangat.

Zayyan: "Die vier Männer, die Arissa angegriffen haben, haben endlich gesprochen. Sie wurden von jemandem mit Beziehungen zur Firma geschickt."

(Terjemahan: Empat lelaki yang serang Arissa tu akhirnya mengaku. Mereka dihantar oleh seseorang yang ada kaitan dengan syarikat.)

Tengku Ilham: "Wir sollten sofort reagieren. Wenn jemand uns herausfordert, wird er dafür bezahlen."

(Terjemahan: Kita kena bertindak segera. Kalau ada yang berani cabar kita, dia akan terima padahnya.)

Zayyan: "Keine Panik. Ich werde mich darum kümmern. Aber sie darf es nicht wissen."

(Terjemahan: Jangan panik. Aku akan uruskan. Tapi dia tak boleh tahu.)

Lepas tu Zayyan kembali ke arah aku.

“Saya hantar awak balik. Esok kalau awak nak cuti pun tak apa. Awak dah teman saya hari ni.”

Aku hanya angguk. “Okay. Terima kasih, Zayyan.”

Dia senyum sikit. Aku angkat tangan dengan gaya comel sambil cakap, “Bye-bye~”

Zayyan gelak kecil. “Comel.”

Muka aku rasa panas tiba-tiba. Cepat-cepat masuk kereta.

Malam tu... payah nak tidur. Kata-kata dia ulang banyak kali dalam kepala.

“Comel.”

Ishhhh, blushing lahhhhh!

---

Esoknya, aku memang tak masuk kerja.
Bukan sebab penat sangat pun… tapi Zayyan sendiri yang suruh aku ambil cuti semalam. Jadi takkan aku nak sia-siakan peluang ‘legal’ untuk rehat, kan?

Lagipun, lepas semua benda yang jadi — dari event, sampai perasaan bercampur-baur yang aku sendiri belum habis hadam — aku rasa otak aku pun perlukan breather.

Tengah aku lepak atas katil sambil scroll phone, notification masuk.
Zayyan: Siap. Saya nak bawa awak makan.

Aku pejam mata.
Nak tolak. Serius.
Tapi entah kenapa, jari aku pula gatal reply,
Okay. Give me 20 mins.

Macam lah aku tak kenal diri sendiri.

Aku terus bangun, pilih baju yang simple tapi elok sikit laa — pakai blouse putih flowy jenis chiffon yang ada ribbon kecil dekat leher, tuck in dalam seluar jeans straight-cut high waist warna biru lembut. Kaki aku sarung sandal kulit warna nude.
Minimalis. Tapi manis.

Sempat jeling cermin.
Hmm. Boleh la. Cukup nak buat jantung Zayyan berhenti setengah saat. Kalau dia masih manusia la.

---

Zayyan cakap tunggu kat lobi.
So aku turun awal sikit. Elok je sampai dekat sofa panjang tu, aku tarik nafas… tenangkan diri.
Tapi belum sempat lima minit, suara yang aku kenal sangat-sangat tu dah menyapa.

“Eh, tengok siapa yang kita ada kat sini...”

Aku toleh.
Tengku Louis.
Dari jauh dah nampak gaya dia macam baru balik gym — baju hitam fit, seluar jogger, rambut pacak messy tapi on point.

Dalam hati aku, hah, ni kalau tak menyakat aku barang sepatah dua, bukan Louis la namanya.

“Wow, Arissa Imani… dressed to impress pagi-pagi gini? Nak ke mana tu? Jangan-jangan…” dia senyum senget, angkat kening dua kali. “...dating?”

Aku ketap bibir, mata juling ke atas. “Breakfast, Tengku. Bukan blind date.”

Dia gelak kecil. “Breakfast with who? Boss kesayangan kita tu ke?”

Aku tak sempat jawab, sebab pintu lif terbuka… dan muncullah Zayyan.

Macam biasa, aura dia tak pernah suam-suam kuku.
Dressing dia — kemeja slim-fit warna hijau lumut, tangan digulung separuh lengan, jam hitam gelap kat pergelangan tangan, seluar tailored fit hitam dan rambut dia kemas bergelombang sikit.
Macam baru keluar iklan Dior Homme.

Dia berjalan ke arah kami, tenang. Tapi mata dia sempat imbas aku atas bawah. Slow. Memandang macam aku ni barang seni rare dalam galeri eksklusif.

“Ohh padanlah… cantik semacam. Nak dating rupa-rupanya…” usik Louis sambil sengih.

Zayyan pandang dia sambil angkat satu kening. “Sarapan dengan staf. Bukan dating.”

Aku batuk kecil. “Kita gerak dulu kot…”

Louis gelak, “Alright. Jangan lupa tapau kuih sikit untuk aku.”

Kami bergerak. Tapi sempat aku beli snack sikit kat kedai bawah — beli chips and air, yelah aku kalau lapar tiba-tiba nanti takde benda nak kunyah, boleh jadi singa.

---

Dalam kereta, aku toleh ke arah Zayyan.
Dia tengah drive, satu tangan atas stereng, satu lagi bersandar macam biasa. Tenang. Tapi bila tenang sangat, aku pulak rasa curious.

Aku nak cakap pasal Louis, tapi aku try acah-acah chill.
So aku buka topik perlahan.

“Erm... apa yang awak borak dengan Louis tadi? Rancak betul saya tengok.”

Zayyan senyap sekejap. Tapi dia jawab sambil pandang jalan.

“Nothing.”
Then dia sambung —
“When the time comes, you’ll know.”

Aku diam. Tak sambung.
Kalau ikut hati, macam-macam soalan nak keluar. Tapi aku malas nak rosakkan mood.

Aku gigit straw air aku.
“When the time comes…” huh. Macam tagline villain Marvel pulak.

Tapi aku kenal Zayyan.
Kalau dia tak nak cakap sekarang, tak kira berapa kali aku korek pun, dia tetap akan bagi aku… jawapan separuh masak.

So aku diam.
Simpan dulu rasa curious dalam poket belakang hati aku.

---
Restoran yang Zayyan bawa aku tu... bukan biasa-biasa.
Jenis tempat yang kalau aku datang sendiri, confirm aku duduk luar je tengok menu dekat pintu sebab harga dia macam tak logik untuk gaji aku sekarang.
Tapi dengan Zayyan… semua nampak effortless.

Staff terus sambut macam dia pelanggan tetap.
Ada waiter siap senyum-senyum cakap, “Welcome back, Mr. Khayr.”

Aku toleh pandang dia.
"Welcome back eh? Selalu datang ke tempat mewah macam ni?” aku tanya separuh curious, separuh nak menyakat.

Zayyan jeling aku sambil buka button kemeja satu. “Saya tak datang dengan orang lain.”

Aku terdiam. Hati aku yang baru je nak stable lepas tarik nafas pun tiba-tiba buat salto.

Dia tarik kerusi untuk aku, gentleman sangat — tapi muka still serious macam biasa. Aku duduk, senyum nipis, “Thank you, boss.”

“Bukan waktu kerja. Sekarang awak boleh panggil saya sayang kalau nak.”

Aku: *nak tapi malu..*

Aku terus tarik menu depan muka aku. Cover.

---

Tak lama lepas order, makanan pun sampai. Zayyan pilih makanan western—aku ambik grilled chicken with butter rice sebab aku dah agak dia akan suruh aku habiskan kalau dia tak habis punya. Standard boss aku yang anti pembaziran ni.

“Kenapa awak suka sangat masuk campur kerja saya?”
Aku buka topik sambil potong ayam.

Dia angkat muka. “Sebab awak suka buat kerja lebih dari sepatutnya.”

“Yelah tu…” aku senyum sinis. “Orang lain stayback awak buat tak tahu je. Saya stayback sikit, awak buat macam saya ni kerja 3 shift berturut-turut.”

Dia letak garfu, bersilang tangan depan dada.
Aura serious dia naik balik tapi bukan scary — more to annoyed boyfriend vibe.

“Sebab saya tahu awak tak pandai jaga diri. Bila awak busy, awak lupa makan. Bila awak stayback, awak lupa rehat. Bila awak stress, awak senyum macam tak ada apa-apa. Saya tak nak awak pandai kerja tapi bodohkan diri sendiri.”

Aku... terkedu kejap.

Dia ni serius ke tengah marah manja? Atau... tengah sayang manja?

Aku buat muka comel sikit. “So sekarang saya tak boleh jadi staff rajin la?”

Dia angkat kening. “Awak boleh jadi rajin. Tapi bukan robot. Saya nak PA, bukan terminator.”

Aku gelak.
“Kalau saya robot pun, saya robot yang buat awak jatuh cinta tau.”

Zayyan tenung aku. Then senyum sipi-sipi.

“Sebab tu saya tak pernah cari PA lain lepas awak.”

Ugh. Jantung aku — jangan laju sangat. Dia cakap tu sambil pandang aku dengan gaya slow-burn killer dia tu. Mana aku nak lari?!

Aku tunduk kunyah nasi cepat-cepat, takut nanti aku cair kat meja ni.

---

Sambil makan tu, dia sempat selit teguran manja.

“Esok jangan lupa hantar report untuk majlis tempoh hari.”

Aku angkat kening. “Ingatkan tengah dating. Tak sangka boss saya sempat selit memo kerja time makan ayam.”

Dia senyum nipis. “Saya kena remind sekarang. Kalau tunggu esok, awak buat muka blur and cakap ‘saya ingat bos tak suruh buat’. Classic Arissa.”

Aku letak garfu, buat drama sikit. “Awak ni suka betul perli saya ye? Awak tahu tak pekerja-pekerja lain sayang saya. Diorang cakap saya rajin, baik, penyayang, dan paling penting—berkarisma.”

Zayyan angkat segelas air, pandang aku. “Pekerja lain tak nampak awak tidur kat pantry waktu lunch.”

Aku terus gigit straw air aku. “Eh. Tu... sekali je okay…”

---

Bila kami keluar restoran, angin petang sejuk-sejuk nyaman. Aku jalan sebelah dia sambil sengih sendiri.
Dia toleh aku.

“Apa senyum sorang-sorang?”

Aku pandang dia balik. “Sebab saya baru sedar... awak ni annoying jugak kadang-kadang. Tapi annoying yang buat saya rasa tenang.”

Zayyan berhenti jalan. Dia tarik tangan aku perlahan, genggam.

“Dan awak pun... menyakitkan kepala saya tiap hari. Tapi sakit yang saya nak rasa sampai tua.”

Aku senyum, pegang genggaman tu kuat sikit.

Dalam hati aku — kalau gaduh manja dengan Zayyan tiap hari macam ni, aku sanggup...

hehe✨?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience