pagi ni, suasana pejabat macam biasa. Zayyan datang kerja tepat masa, pakaian kemas macam selalu. Tapi hari ni, dia senyum sikit bila sembang dengan staf lain—jarang sangat aku tengok dia relax macam ni.
Aku perhati dari jauh sambil settlekan kerja.
Dia pandang aku sekali-sekala, buat aku rasa ada sesuatu yang lain, tapi dia tetap tegas.
Tiba-tiba, pintu pejabat terbuka.
Masuk seorang perempuan cantik, berwajah familiar tapi aura dia buat jantung aku berdegup tak menentu.
Nadia.
Ex dia.
Dia bawa kotak lunch besar, terus ke meja Zayyan.
“Lunch untuk kamu, Khayr. Dari saya,” suara Nadia macam manis tapi ada sesuatu yang buat aku rasa tak senang.
Zayyan terima lunch tu dengan senyum dingin.
Aku cuba tutup rasa cemburu tapi mata aku tak boleh alih dari mereka.
Zayyan letak lunch tu, kemudian pandang aku.
“Rehat, Arissa. Jangan terlalu stress.”
Aku angguk, cuba berlagak cool.
Tapi dalam hati, aku tahu—kehadiran Nadia bukan perkara biasa.
Aku mula tanya diri, sampai bila aku boleh bertahan dekat sini, bila bos aku ada masa lalu yang mungkin akan kacau hidup aku?
---
Hari tu, selepas lunch, aku tak boleh lupa pandangan Nadia.
Dia tak pernah pandang aku macam ancaman. Malah, dia buat macam aku ni tak wujud langsung dalam hidup Zayyan.
Tapi masa dia nak balik, Nadia berhenti dekat aku, senyum yang tak pernah buat aku selesa.
“Arissa,” suara dia lembut tapi dingin, “ingat ni…”
Dia hulur satu kad bisnes, simple tapi ada nombor telefon dan alamat pejabat lama yang aku tak pernah dengar.
“Kalau awak rasa boleh jaga tempat awak dekat sini… saya cuma nak ingatkan, saya ada cara saya sendiri untuk pastikan semuanya clear.”
Aku cuba senyum, tapi dalam hati dah mula rasa sejuk.
“Apa maksud awak ni?” aku tanya, cuba steady.
Dia pandang tepat ke mata aku.
“Saya cuma nak bagi awak tahu… dunia dia bukan untuk semua orang.”
Aku cuba tahan nafas. “Saya faham.”
Tapi Nadia dah berpaling, tinggalkan aku dengan kata-kata yang buat jantung aku berdetik laju.
Dalam kepala aku, satu soalan mengganggu:
Adakah aku benar-benar bersedia untuk masuk ke dalam dunia Khayr Zayyan yang penuh misteri dan bahaya?
---
Aku makin waspada. Setiap langkah dia rasa macam diperhatikan.
Siang malam, aku cuba susun strategi untuk lindungi diri dari Nadia yang tak pernah bagi tanda mahu mengalah.
Sementara itu, Zayyan yang tajam pandangan, mula perhati apa yang berlaku.
Dalam satu meeting, tanpa sengaja, aku terjumpa wajah yang lama aku cuba lupakan—Danial Faeez, ex dia.
“Danial?” suara dia hampir tak keluar.
Danial senyum sinis, “Lama tak jumpa, Arissa.”
Jantung aku berdegup kencang.
“Kenapa kau ada sini?”
“Kerja sama macam kau. Dunia kecil, kan?”
Zayyan nampak kitaorang berdua dari jauh, senyuman di bibirnya bertukar jadi serius.
Dia tahu, bukan senang nak lepaskan Arissa dari masa lalunya.
Ancaman Nadia, kehadiran Danial, dan perhatian Zayyan—semuanya mula melingkari hidup aku dengan cara yang tak pernah aku bayangkan.
---
Zayyan duduk di pejabatnya, mata tajam menatap skrin laptop yang penuh dengan data dan laporan.
Nama Danial Faeez muncul berkali-kali, diselidik dengan teliti—rekod kerja, hubungan lama, dan juga apa saja yang boleh dijadikan senjata.
Di hujung telefon, dia hubungi seorang ‘orang dalam’ untuk dapatkan info lebih dalam tentang Nadia.
“Saya mahu semua titik lemah mereka dikesan. Jangan biarkan Arissa terdedah,” suaranya dingin tapi penuh kawalan.
Tiada siapa yang tahu rancangan sebenar Zayyan. Dia senyum sinis, tahu ini baru permulaan.
Dalam bayang-bayang, dia bersiap untuk apa saja yang datang.
---
Pintu rumah terbuka, bau familiar menyambut aku.
Langkahnya berat, fikirannya penuh dengan beban kerja dan ancaman yang makin dekat.
“Arissa!”
Abangnya, Ammar, terus peluk aku erat.
“Penat ke? Cerita kat abang,” Ammar suara lembut tapi penuh perhatian.
Aku duduk di sofa, sambil cuba lepaskan tekanan yang terbuku.
“Susah abang, kerja makin gila. Bos aku tu… ada sesuatu yang pelik.”
Ammar angguk faham.
“Jangan pendam sorang-sorang. Kita ada abang, sentiasa ada.”
Aku senyum sedikit, rasa lega walaupun masalah masih membelenggu.
Di situ, dalam rumah yang sederhana tapi penuh kasih sayang, aku cuba kumpul kekuatan.
Tapi aku tahu, esok dan hari-hari selepas ni, aku kena berjuang lebih kuat dari sebelumnya.
---
Pagi tu, Aku datang pejabat awal sangat.
Niat aku cuma satu—habiskan kerja yang bertimbun, supaya tak perlu bawa balik tekanan malam nanti.
Tapi baru je aku nak duduk, keluar dari bayang, muncul Danial.
“Awak kerja awal sangat, Arissa,” suara Dia macam ada niat lain.
Sebelum aku sempat jawab, tangan Danial cuba sentuh bahu aku.
Aku cepat tarik diri.
“Tolong jangan kacau aku,” aku berbisik tegas.
Danial ketawa sinis, keluarkan telefon.
“Kalau awak nak rahsia lama tu terus terkubur, baik jangan buat hal.”
mata aku membulat—gambar lama aku dengan Danial, yang aku cuba sembunyikan, terpampang di skrin telefon.
Jantung aku berdegup kencang, tapi aku tak nak bagi Danial nampak yang aku takut.
Dengan pantas, Aku tolak Danial dan lari masuk pejabat aku.
Pintu ditutup kuat, nafas aku masih laju.
“Takkan aku nak bagi dia hancurkan hidup aku semudah ni.”
---
Zayyan duduk di bilik kawalan pejabat, matanya terpaku pada layar CCTV.
Dia nampak aku yang lain macam—kelam kabut, takut, tapi cuba sembunyikan segala rasa.
Satu babak yang dia tak boleh lupa—Aku lari masuk pejabat, muka penuh ketakutan.
Zayyan pandang skrin, hatinya mula berkecamuk.
Dia tahu ada sesuatu yang terjadi, tapi aku tak pernah beritahu.
Dia pilih untuk diam, menyimpan semua dalam hati.
“Awak tak akan dibiarkan sendirian,” bisik Zayyan, suara dingin penuh dendam.
Tapi dia tak mahu aku tahu yang dia dah tahu segalanya.
Dia mahu kendalikan sendiri—dengan caranya.
Bayangan dendam mula menghantui fikirannya, tapi ada satu perkara yang pasti: Arissa akan selamat, walau apa pun berlaku.
---
Hari cuti, tapi aku tetap muncul di pejabat.
aku tahu, jadi personal PA Khayr Zayyan bukan kerja biasa—masa rehat pun kadang kena korbankan.
aku duduk di mejanya, mata penat tapi tangan masih laju kerja.
Setiap email, setiap panggilan—semuanya aku handle dengan cekap.
Dari jauh, Zayyan perhatikan.
Muka dia tak pernah tunjuk penat, cuma ada sesuatu yang lain—sikap overprotective yang semakin jelas.
Kadang dia pandang aku dengan mata yang penuh maksud, seolah-olah tak mahu lepaskan dia dari pandangan.
Aku rasa bahang kehadiran dia, tapi cuba fokus buat kerja.
“Rehat sikitlah,” suara Zayyan tiba-tiba dari belakang.
Aku terkejut, tapi tetap balas dengan senyum.
“Bos, hari cuti, awak pun patut rehat.”
Zayyan cuma senyum tipis, “Rehat boleh tunggu.”
Aku tahu, kerja dengan dia bukan senang.
Tapi dalam hati, aku mula tanya—berapa lama aku mampu bertahan dalam dunia penuh tekanan ni?
---
Aku tak tahu apa gila aku kerja hari ni.
Hari cuti weh.
Tapi sebab aku PA kepada Khayr Zayyan — lelaki yang semua staff takut, yang setiap kali buka mulut macam nak potong gaji orang — aku sanggup redah masuk pejabat, berkorban hari rehat sendiri.
Tak tahu aku nak label diri aku apa.
Setia?
Bodoh?
Desperate?
Entah. Tapi apa yang aku tahu, aku tak suka kerja separuh jalan. Kalau aku commit, aku kena habiskan. Lagi-lagi bila Zayyan baru assign benda last minute semalam.
Malam makin gelap. Orang lain semua dah lama lesap balik rumah. Tinggal aku sorang, menghadap screen laptop yang makin pudar warnanya sebab mata aku pun dah berpasir.
Bunyi tapak kasut tiba-tiba kedengaran dari arah bilik CEO.
Aku tak toleh. Tapi jantung aku laju.
Macam dah kenal sangat bunyi kasut tu.
"Arissa."
Tegas. Tenang. Dan macam biasa, berkuasa.
Aku toleh juga akhirnya. Berdiri tegak si Zayyan tu, lengan silang, muka tenung aku macam nak baca isi hati aku.
"Ya, bos?" suara aku perlahan.
Dia pandang aku sekejap sebelum bersuara.
"Awak lapar?"
Soalan dia simple. Tapi kenapa aku rasa nak nangis?
Aku angkat bahu, senyum sikit. "Tak apa. Dah biasa."
Dia mendekat. Satu langkah. Dua langkah. Sampai aku boleh bau perfume dia — bau yang mahal, maskulin, dan buat aku confuse kenapa aku rasa selamat.
"Jom makan."
Aku geleng laju. “Saya okay, bos. Tak nak susahkan.”
"Rezeki jangan ditolak, Arissa. Aku belanja."
Dan macam orang bodoh, aku angguk.
---
Kami keluar dari pejabat, suasana sepi. Hanya lampu jalan yang menemani.
Zayyan bawa aku naik kereta dia. Porsche. Hitam. Bersih gila. Macam tak pernah masuk tempat kotor. Macam tuan dia.
"Awak nak makan apa?" Dia tanya tanpa tengok aku.
“Sushi boleh?”
Dia angguk. “Sushi King?”
“Yes please…”
Sepanjang perjalanan, kami senyap. Tapi bukan senyap yang awkward. Senyap yang selesa. Yang buat aku lupa aku ni cuma pekerja dia. Yang buat aku rasa macam… aku penting. Entah kenapa.
---
Sampai kat Sushi King, kami duduk dekat tingkap.
Tempat cozy. Lampu malap. Tak ramai orang.
Aku pilih sushi yang aku suka — salmon, tamago, octopus… semua aku ambik.
Dia? Dia cuma tengok aku.
“Kenapa tengok?” aku tanya, pipi dah mula rasa panas.
Zayyan angkat kening. “Tak boleh?”
Aku gelak, cuba cover. “Saya makan macam orang tak makan seminggu. Nanti bos takut.”
Dia senyum sikit. “Saya dah takut dari hari pertama awak masuk.”
Aku terdiam.
Apa maksud dia?
Main-main ke serious?
Tapi aku buat-buat tak dengar. Terus sumbat tamago dalam mulut.
Mulut aku penuh. Aku kunyah laju-laju sebab takut kena bahan.
Tapi masa aku tengah kunyah tu… aku dengar dia gelak kecil.
Dan sumpah — suara dia masa gelak, lain.
Tak macam Khayr Zayyan yang orang kenal.
"Comel sangat bila makan macam tu," dia cakap.
Aku hampir tersedak. “Hah?”
“Tak. Maksud aku…” Dia tunduk sikit. Jemari dia main dengan penyepit sushi.
“…awak nampak happy. Awak patut selalu senyum macam ni.”
Diam.
Aku tak tahu nak balas apa. Jantung aku dah tak stabil.
Apa benda yang aku rasa ni?
Aku letak penyepit perlahan.
“Bos…”
"Zayyan."
Aku pandang dia. Dia tenung aku balik.
“Panggil aku Zayyan. Bila kita tak dalam pejabat. Bila kita… macam sekarang.”
Masa tu, aku tahu.
Ada benda yang berubah.
Bukan dia je — tapi aku pun.
---
Lepas makan, kami jalan slow ke kereta.
Angin malam tenang. Tapi hati aku ribut.
Dalam kereta, dia tak cakap banyak. Tapi tangan dia capai butang aircond, turunkan sikit suhu.
“Aku tak suka tengok awak menggigil.”
Aku senyum sikit. “Saya okay je.”
Dia jeling. “Jangan pura-pura kuat sangat, Arissa. Saya perhati awak.”
Ayat dia buat aku telan air liur.
Sebab aku tahu… dia tak main-main.
---
Lepas makan, aku terus rasa senyap.
Perut kenyang. Kepala pusing sikit. Hati? Entah. Rasa serabut dengan rasa yang aku sendiri tak reti nak tafsir.
Aku dan dia melangkah keluar dari restoran. Angin malam sejuk sikit. Aku peluk lengan sendiri.
Tanpa tanya, dia buka pintu kereta untuk aku.
Gentle sangat. Macam bukan Zayyan yang selama ni kerja macam takde jiwa tu.
Sepanjang perjalanan balik, dia senyap. Tapi tangan dia steady atas stereng. Aku curi-curi tengok tepi pipi dia dari seat sebelah. Dia serius. Tapi tenang.
Lampu jalan pantul atas kulit dia, highlight rahang tajam tu. Gila.
Aku telan air liur perlahan.
"Apa yang buat bos jadi… baik sangat malam ni?"
Soalan tu keluar sendiri dari mulut aku.
Dia pandang aku sekejap. Senyum sikit.
“Banyak benda tentang awak yang saya baru nak faham, Arissa. Dan saya suka rasa ni.”
Rasa macam ada benda tersekat kat kerongkong aku.
Aku nak tanya lebih, tapi dia dah tukar topik.
“Alamat rumah awak?”
Aku cepat-cepat bagi. Tak nak tanya kenapa dia tak suruh driver. Tak nak fikir kenapa dia sendiri yang drive malam-malam ni.
saya harap korang enjoy and support saya di sini ok tqqqq
Share this novel