“Nama?”
“Arissa Imani binti Zafril.”
“Jawatan?”
“Personal Assistant. Kepada CEO.”
“CEO tu siapa?”
Aku pandang HR girl tu dengan senyum paksa. “Encik Khayr Zayyan…”
“Dato’.” dia betulkan.
Aku telan liur. “Dato’ Khayr Zayyan.”
Dia kerling aku macam aku baru keluar dari kampung mana entah. Aku senyum lagi, padahal tangan aku dah sejuk macam ais. Dari pagi tadi jantung ni degup tak berhenti.
PA untuk CEO?
CEO yang orang cerita dingin, gila kuasa, dan tak suka tengok orang bising.
---
Sampai depan pintu kaca ofis level tertinggi, aku kena tunggu.
Sebab dia… belum panggil masuk.
Dia tahu aku datang. Aku pasti.
Tapi dia suruh aku tunggu. Lima belas minit. Dalam diam.
Baru aku nak check phone — pintu tu automatik terbuka. Sunyi. Sejuk.
Dan kat hujung ruang pejabat mewah tu, dia berdiri.
Khayr Zayyan.
Tinggi. Gelap. Berkemeja hitam dengan jam yang nampak lagi mahal dari gaji setahun aku. Mata dia pandang terus ke arah aku — tajam. Macam dia boleh dengar semua suara dalam kepala aku.
“Masuk.”
Suara dia dalam. Tak tinggi, tapi cukup buat aku berdiri tanpa bantah.
Aku langkah perlahan. Bau perfume dia dah serang dulu sebelum aku dekat.
“Duduk,” dia arah. Tak senyum. Tak angkat kening pun.
Aku duduk. Gementar tapi cover.
Dia belek fail resume aku depan mata. Tapi mata dia tetap curi pandang aku.
“Arissa Imani,” dia ulang perlahan. “Kenapa nak kerja sini?”
“Sebab… saya minat dunia korporat. Saya percaya saya boleh bantu uruskan jadual Dato’, dan saya—”
“Awak tahu saya dah ada lebih dari 200 calon untuk jawatan ni?” dia potong.
Aku senyap.
“Tapi saya pilih awak. Sebab saya nampak… potensi.”
Aku telan liur. “Terima kasih, Dato’.”
Dia tunduk sikit, senyum nipis — senyum yang buat aku tak tahu sama ada aku patut rasa selamat… atau takut.
“Mulai hari ni… awak akan ikut semua rutin saya. Tak ada cuti mengejut. Tak ada alasan. Tak ada privacy. Faham?”
Aku angguk.
“Lagi satu.”
Mata dia tak lepas dari aku. Pandangan tu… berat. Panas.
“Jangan tengok saya macam tu.”
Aku kelip mata. “Macam mana, Dato’?”
Dia sandar. Senyum kecil.
“Macam awak tengah cuba baca saya. Sedangkan saya dah tahu semua tentang awak.”
---
Pagi ni, aku masuk pejabat awal—harap boleh settle kerja cepat. Tapi belum sempat aku duduk betul-betul, Zayyan dah bagi arahan satu-satu.
“Awak buat laporan mingguan untuk projek ‘Aurora’,” dia suruh sambil senyum nipis, suara tenang tapi tegas.
Aku angguk, cuba bagi respons terbaik.
“Siapkan juga draf email untuk klien baru. Saya mahu semua tepat dan kemas.”
Aku pegang laptop, cuba organize apa yang perlu dibuat dulu.
Kerja? Banyak gila.
Belum sempat aku tarik nafas, dia tambah lagi, “Pastikan saya dapat jadual mesyuarat lengkap hari ni. Jangan ada satu pun yang tertinggal.”
Aku cuba senyum, tapi hati dah mula rasa berat.
---
Sampai tengahari, tangan aku dah mula sakit menaip, kepala pening sebab tak cukup rehat.
Setiap kali aku angkat kepala dari skrin, mata aku selalu terperasan Zayyan dari jauh tengah tengok aku. Tapi bila aku pandang balik, dia pura-pura fokus pada kerja.
“Ada apa-apa masalah, Arissa?”
Suara dia tiba-tiba dekat belakang aku. Aku hampir tersentak.
“Eh, tak ada, Dato’. Saya cuma—”
Dia senyum, tapi aku tak boleh baca apa maksudnya.
“Bagus. Kerja ni penting. Jangan buat saya kecewa.”
Aku cuba relax, tapi badan ni dah letih gila.
---
Lepas pejabat, aku keluar lambat dari building. Kepala serabut, badan penat.
Tapi aku tahu, esok aku kena siap lagi lebih banyak kerja.
Kerja macam ni, aku rasa bukan sebab dia benci aku.
Mungkin sebab dia nak tengok aku survive.
Atau... sebab dia ada alasan lain.
---
Habis kerja malam tadi, aku duduk dekat kerusi, kepala ligat fikirkan semua tugasan yang belum siap.
Dalam hati, aku tahu aku penat gila, tapi rasa macam biadab pula nak minta cuti. Baru seminggu kerja, kalau aku minta rehat, apa boss aku fikir?
“Fokus, Arissa,” aku bisik dalam hati. “Ini peluang, jangan sia-siakan.”
Tapi mata aku makin kabur sebab tak cukup tidur. Kepala berat, tangan lenguh.
Aku cuba hubungi abang aku, Ammar.
Call masuk tapi tak berjawab.
Mesej pun belum balas.
Dalam telefon aku, ada notifikasi dari Danial—ex yang aku cuba elak. Tapi aku tak ada tenaga nak layan drama tu sekarang.
Aku pandang balik laptop, tengok jadual yang dah penuh dengan mesyuarat, laporan dan email.
“Okay, kamu boleh buat ni,” aku cuba paksa diri.
Tapi dalam diam, aku mula tanya diri sendiri—berapa lama aku boleh bertahan?
Kalau jadi terlalu lemah, aku takut Zayyan akan anggap aku tak layak.
Aku pegang kepala, tarik nafas dalam-dalam.
“Esok, cuba lagi. Jangan bagi dia tengok kau kalah.”
---
Dua minggu berlalu. Kerja dengan Dato’ Khayr Zayyan makin berat, tapi yang peliknya, dia mula tunjuk perangai lain yang aku tak pernah expect.
Pagi tadi, aku baru nak settlekan email, tiba-tiba dia muncul dekat meja aku.
“Awak dah siapkan laporan tu?”
Aku angguk, cuba cover rasa nervous.
Dia senyum nipis, tapi mata dia macam tajam sangat. “Belum? Saya tak nak tunggu lama.”
Masa aku tengah taip, telefon bergetar.
Mesej dari dia:
“Kalau penat, beritahu saya. Saya boleh buatkan penggantian.”
Aku pandang skrin, jantung tiba-tiba berdetak laju.
Apa maksud dia ni? Dia nak buat penggantian ke? Dia kacau aku kerja ke?
Tengahari, dia suruh aku datang pejabat dia semula—bukan untuk meeting rasmi, tapi dia nak aku review dokumen penting. Lama sangat duduk, sampai aku terpaksa stay lewat malam.
“Arissa, jangan pandang jam. Fokus pada kerja,” dia pesan dengan suara rendah.
Aku rasa jantung macam nak terkeluar. Dia ni buat aku serabut, tapi aku tak boleh elak dari tengok dia sekali-sekala.
Malam tu, masa aku nak balik, dia tiba-tiba berdiri di pintu.
“Esok, jangan datang lewat.”
Dia senyum—senyum yang buat aku tak pasti apa yang dia rasa sebenarnya.
Aku angguk, tapi dalam hati, rasa macam dah tak boleh tahan lagi.
---
harap korang anjoy hehe
Share this novel