Esok paginya, aku terjaga dalam apartment Zayyan.
Baju aku masih baju semalam. Kepala aku pening sikit. Tapi yang paling kuat — rasa takut.
Tangan aku terketar bila teringat balik malam tadi.
Minuman tu.
Kata-kata Rayyan.
Pandangannya yang penuh obsesi.
"Saya cuma nak betulkan semuanya…”
Zayyan masuk bilik dengan tray. Ada roti bakar, telur dan kopi panas.
“Saya tak tahu awak suka manis atau pahit, so saya bagi dua-dua.”
“Kalau awak tak lalu makan… takpe. Tapi cubalah sikit.”
Aku tengok muka dia — mata bengkak, rambut kusut sikit, tapi tetap… dia nampak tenang.
“Saya… okay,” suara aku perlahan. “Cuma… takut sikit.”
Dia duduk sebelah aku.
“Jangan takut. Awak selamat. Saya dah buat laporan polis malam tadi.”
“Cuma… Rayyan hilang.”
Apa?!
Aku terus tegak.
“Dia lari?”
Zayyan angguk.
“Polis sampai lambat sikit. CCTV tunjuk dia keluar ikut pintu belakang restoran dan terus naik kereta. Tapi tak sempat ambik nombor plat.”
“Saya dah arahkan team forensik company semak semua record. Kalau dia gunakan email company, laptop, atau phone yang pernah link dengan sistem kita… I’ll find him.”
Aku genggam selimut kuat-kuat.
“Zayyan… dia bahaya. Dia… bukan Rayyan yang saya kenal mula-mula.”
“Dia macam... Danial dulu.”
Zayyan pandang aku. Mata dia tajam, tapi nada dia tetap tenang.
“Saya janji dengan awak, Arissa.
Dia takkan sentuh awak lagi.
Dan kalau dia cuba… dia kena lalu saya dulu.”
---
Hari tu aku ambik cuti lagi. Tapi bukan sebab aku nak rehat.
Sebab aku takut.
Zayyan suruh aku duduk rumah dia buat sementara waktu. Ada security system, ada guard. Dia sendiri keluar masuk pun bagi tahu awal-awal. Setiap hari dia update aku pasal pencarian Rayyan.
“Dia guna nombor baru. Tapi dia terlupa satu benda — semua signal device dia pernah connect dengan sistem syarikat dulu, ada jejaknya. Dan saya tengah jejak tu.”
“Sekarang… dia lari dari saya. Tapi sampai bila?”
---
3 hari kemudian.
Zayyan balik lambat. Tapi malam tu… wajah dia lain.
Serius. Tegang.
Tapi ada senyuman puas di hujung bibir dia.
“Kita jumpa dia.”
“APA?!”
“Dia sembunyi dekat Airbnb luar bandar. Guna nama samaran. Tapi salah satu device lama dia connect dengan Wi-Fi tempat tu. Saya trace dari situ.”
“Polis dah ke sana. Tapi dia sempat cabut sebelum tu.”
Aku menggigil.
“Macam mana kalau dia datang balik cari saya?”
Zayyan peluk aku kuat.
“Dia boleh cuba. Tapi saya dah setkan rumah ni full mode surveillance. Guard 24 jam. Dan kalau dia dekat sini dalam radius 100 meter pun… sistem kita akan detect. Awak safe.”
“Zayyan… saya takut. Kalau dia bawa orang ke…?”
Zayyan senyum kecil.
“Kalau dia bawa orang, saya bawa lebih banyak orang.
Saya bukan sekadar CEO biasa, Arissa. Saya ada ‘sisi’ yang orang biasa tak tahu.”
Aku pandang dia.
“Maksud awak?”
Dia cuma bisik dekat telinga aku perlahan.
“Saya tak akan benarkan sesiapa rampas awak dari saya. Biar saya jadi jahat… asal awak selamat.”
Dan aku tahu.
Zayyan sanggup buat apa saja untuk aku.
Sampai ke hujung dunia.
---
Malam tu… aku masih lagi ingat kejadian tu, zayyan?,dia cuma terus pandu kereta dengan muka tegang. Aku tak tahu nak tanya apa, sebab aku pun belum stabil.
Tapi makin jauh kami bergerak, makin aku rasa... tempat ni asing.
“Kita nak ke mana ni?” aku tanya perlahan.
“Tempat yang akan jawab semua persoalan awak. Tapi awak kena janji, jangan takut dengan siapa saya sebenarnya,” balas dia, mata langsung tak lepas dari jalan.
---
Kereta berhenti depan pagar besi tinggi, penuh kamera CCTV. Lepas beberapa lapis pengawal benarkan masuk, barulah aku betul-betul sedar—ni bukan tempat biasa.
Bila turun, suasana kawasan tu sunyi… tapi penuh aura bahaya. Dan bila kami melangkah masuk ke satu kawasan terbuka, aku terus kaku.
Dekat depan aku, berdiri tiga orang lelaki.
Tengku Ilham. Tengku Herry. Tengku Louis.
Mereka berdiri tegak, masing-masing lengkap dengan senjata. Louis yang selalu playful pun kali ni muka dia serius. Dan yang paling buat aku rasa nak pitam—mereka semua pandang Zayyan macam dia boss besar.
“Boss,” sapa Tengku Ilham pendek.
Zayyan hanya angguk. Aku pula tergamam.
Zayyan... boss? Boss apa ni?
---
Dia tak jawab apa-apa. Hanya tarik tangan aku ke satu pintu besi. Aku masih blur. Tapi aku ikut je. Langkah aku berat… sebab naluri aku kata, aku akan nampak sesuatu yang aku takkan boleh lupa.
Pintu dibuka.
Dan kat dalam bilik tu…
Rayyan.
Dia diikat pada kerusi, mulut dia di tape, muka lebam teruk. Aku terus pegang lengan Zayyan, terkejut.
“Zayyan... apa semua ni?” suara aku menggigil.
Dia pandang aku. Serius.
“Saya minta maaf sebab awak terlibat semua ni. Tapi awak kena tahu… siapa saya. Dan siapa yang kacau awak.”
Dia ambil remote, tekan satu butang. Skrin di dinding menyala. Papar video CCTV restoran malam tu. Papar Rayyan letak sesuatu dalam minuman aku. Semuanya jelas.
“Dia bagi awak minuman yang dah dicampur ubat bius. Dia nak heret awak ke tempat lain malam tu kalau saya tak sampai cepat,” suara Zayyan rendah, tapi aku dapat rasa amarah dia menebal.
Aku pegang dada. Rasa nak muntah. Rasa jijik. Rasa marah.
“Big Brother bukan geng samseng biasa,” sambung Zayyan. “Kami lindungi orang-orang penting. Kami buat kerja kotor… untuk bersihkan yang kotor lebih dalam. Dan tugas kami cuma satu — hapuskan ancaman pada orang boss. Dan sekarang, awak adalah orang saya.”
Aku terdiam. Tangan aku menggigil, tapi hati aku rasa... selamat.
---
“Saya tak akan benarkan sesiapa sentuh awak lagi. Kalau saya kena berlumuran darah sekali pun,” Zayyan bisik dekat telinga aku.
Aku tengok muka Rayyan, yang masih tak boleh bercakap. Mata dia penuh ketakutan. Tapi aku… aku tak rasa kesian. Sebab kali ni, dia silap langkah.
Dia kacau perempuan kepada Khayr Zayyan.
Dan itu kesilapan terakhir dia.
---
Aku berdiri kat tepi bilik tu. Jantung aku macam nak meletup. Nafas aku tak teratur. Tapi kaki aku tetap terpacak kat situ—tak berganjak.
Zayyan buka tape kat mulut Rayyan, slow. Muka dia tenang, tapi mata dia… lain. Mata tu gelap. Penuh dendam.
“Cakap Rayyan. Apa niat kau malam tu?” suara Zayyan tenang, tapi tajam.
“Aku… aku cuma nak minta maaf, bro. Tak ada niat apa pun—”
BUK!
Penumbuk Zayyan mendarat tepat kat muka Rayyan. Kerusi tu bergoyang.
“Don’t call me bro.”
Nada suara dia buat aku menggigil. Tapi Rayyan masih nak melawan.
“Kau simpan perempuan ni dalam office, kau ingat dia suci sangat ke?! Dia sama je macam—”
BUK! BUK! BUK!
Tiga tumbukan berturut-turut. Rayyan jatuh kepala ke depan, darah meleleh dari bibir dia.
Aku terkaku.
Zayyan peluk lengan baju, tenangkan nafas. Tapi jelas... dia tengah tahan marah yang meluap-luap.
“Kalau kau sentuh dia malam tu… aku sumpah mayat kau dah lama terapung kat pelabuhan.”
Suara dia low. Bergetar. Penuh ancaman.
---
Tiba-tiba aku rasa ada orang tepuk bahu aku. Aku hampir melompat terkejut.
“Wey chill lah sis, nanti trauma pulak,” suara Tengku Louis, dengan senyuman nakal.
Aku tengok dia, ternganga sikit.
Dia hulur lollipop kat aku.
“Ambik ni. Untuk hilangkan gemuruh. Strawberry, favourite kan?”
“Eh… mana awak tahu?” dahi aku berkerut.
“Saya tahu semua pasal awak. You’re boss’s girl now. Automatically, you’re under our radar,” dia kenyit mata.
Aku terdiam. Louis… dia ni psycho ke sweet sebenarnya? Tapi... dia buat aku senyum dalam tengah cuak ni.
---
“Awak okay?” dia tanya.
Aku angguk, tapi tak mampu nak jawab. Mata aku kembali pada Zayyan.
Zayyan berdiri depan Rayyan, tangan dia berdarah—tapi dia tak kisah. Muka dia langsung tak ada rasa bersalah. Yang ada cuma puas.
“Ni baru amaran pertama. Kau sentuh dia lagi... aku sendiri akan kuburkan kau,” suara dia tenang, tapi cukup untuk buat Rayyan terdiam terus.
Dia bagi isyarat pada Tengku Ilham.
“Bersihkan semua ni.”
Ilham angguk. Zayyan terus jalan ke arah aku.
---
“Awak takut ke?” dia tanya, suara kembali perlahan.
Aku pandang dia.
Tengok mata dia yang dulu aku nampak ‘dingin’, sekarang aku nampak—bahaya.
Tapi dalam bahaya tu, ada satu benda yang buat aku rasa selamat.
“Tak,” aku geleng. “Saya tak takut... Saya cuma… tak sangka awak macam ni.”
“Saya pun tak sangka saya boleh jadi macam ni, demi awak,” dia balas. Tangan dia capai pipi aku, usap lembut.
“Zayyan…”
Aku bisik, suara hampir tak keluar.
Jari dia berhenti pada bibir aku.
“Shhh… Jangan cakap apa-apa. Saya tak perlukan penjelasan. Saya cuma perlukan awak... sebelah saya.”
---
Tengku Louis dari belakang selamba cakap,
“Wey boss, sweet sangat ni. Aku rasa macam tengok drama Korea gabung mafia.”
> “Kau nak kena tumbuk ke Louis?” Zayyan jeling tanpa toleh.
“Eh eh eh! Peace peace! Saya baik okay,” Louis cepat-cepat angkat tangan surrender sambil gelak kecil.
Aku terpaksa tahan senyum. Lepas trauma baru tadi… Louis berjaya buat aku rasa okay balik.
---
“Saya akan buktikan yang saya boleh jaga awak. Cuma satu… tolong jangan lari lagi,” bisik Zayyan kat telinga aku sebelum dia tarik tangan aku keluar dari bilik tu.
Dan waktu tu… aku tahu.
Aku takkan lari.
Biarpun dia gelap, biarpun dia bahaya.
Tapi... dia milik aku. Dan aku, milik dia.
---
Esoknya —
Aku tarik nafas panjang depan pintu rumah tu. Rumah yang dah berapa bulan aku tak jejak. Sejak aku kerja dengan Zayyan... aku memang jarang balik. Bukan sebab lupa diri. Tapi sebab... aku cuma tak mampu nak hadap.
Tapi sekarang…
Zayyan yang paksa aku balik. Katanya, "Untuk keselamatan. Duduk sana dulu. Saya akan uruskan semuanya."
Dia risau pasal kejadian malam tu. Risau sangat sampai dia letak tiga orang bodyguard pantau rumah family aku. Tapi dia tahu aku perlukan ruang. Katanya... dia bagi aku masa. Tapi aku tahu dia takkan lepas lama.
Bila aku melangkah masuk... bau rumah ni masih sama. Tapi rasa dia, tetap kosong.
Mak aku—Puan Intan, keluar dari dapur sambil lap tangan.
Dia pandang aku atas bawah. Tak ada peluk, tak ada senyum. Hanya ayat...
“Baru teringat nak balik rumah sendiri?”
Aku hanya tunduk. Tak kuasa nak jawab.
---
Lepas maghrib, aku tengah duduk dalam bilik lama aku. Bilik yang pernah jadi tempat aku menangis malam-malam sebab tak tahan kena herdik, kena layan macam beban. Abang aku sorang je tempat aku bergantung... Tapi sekarang dia kat luar negara.
Pintu bilik aku diketuk kasar.
“Arissa! Keluar kejap!” suara mak aku kuat.
Aku keluar dengan berat hati.
Tiba-tiba… aku nampak Danial.
Ya Allah, aku terus rasa kaki aku beku. Muka dia, senyum selamba.
Dah kenapa dia kat rumah aku?
“Assalamualaikum, Arissa,” suara dia tenang. Tapi dalam telinga aku, suara tu ibarat trauma yang hidup balik.
Aku tak jawab. Aku terus patah balik masuk bilik. Tak sempat tutup pintu, Mak aku dah jerit dari luar.
“Kau nak lari ke mana pulak ha?! Dengar sini baik-baik Arissa. Danial nak masuk meminang. Bulan ni.”
Aku terkedu.
“Apa?!” aku buka pintu, mata aku merah. “Mak... Mak tahu tak siapa Danial ni? Mak tahu tak apa yang dia buat dekat arissa dulu?!”
“Sudah lah! Jangan ungkit cerita lama. Semua orang boleh berubah!”
“Lagipun, bukan kau tu baik sangat. Kau tu menyusahkan je. Duduk rumah orang, bujang tak kahwin-kahwin. Ada orang nak, bersyukur!”
Aku tergamam.
Jantung aku macam nak pecah.
Tangan aku menggigil.
“Mak... arissa tak nak. arissa takkan kahwin dengan dia,” aku tekad.
“Kalau kau tak nak terima pinangan ni, aku bagi kau sebulan cari calon. Lepas tu, jangan harap nak pijak rumah ni lagi. Aku tak nak tengok muka kau!”
“Cepat sikit kahwin. Menyusahkan Mak je. Dah tua-tua pun, terhegeh-hegeh.”
Air mata aku gugur.
Tapi aku tak lari. Aku tenung muka dia.
Orang yang lahirkan aku. Tapi tak pernah jadi ‘Mak’ yang sebenar.
“Baiklah,” aku bisik.
“Kalau itu syaratnya… arissa akan kahwin. Tapi bukan dengan Danial.”
Danial yang masih berdiri kat ruang tamu senyum sinis.
“Saya tunggu awak, Arissa. Kita pernah ada cerita dulu kan…”
Aku melangkah masuk bilik balik, hempas pintu kuat-kuat.
Bantal aku basah dengan air mata.
Aku capai phone.
"Zayyan... awak kat mana?"
"Saya perlukan awak sekarang."
Share this novel