That's My Girl.

Romance Completed 2227

“Move on? Awak datang sini dengan eyeliner tebal macam kena tinggal waktu Maghrib. Itu move on ke?” – Ilham buat muka sinis.

“Awak patut tahu satu benda,” Zayyan bersuara tegas.
“I protect what's mine. Arissa bukan setakat bini, dia satu-satunya orang yang buat saya rasa hidup. Awak cuma part of a past I don’t even want to remember. So kalau awak datang sini untuk hina dia — you’re wasting your time.Aku pegang tangan Zayyan bawah meja. Air mata aku tahan. Tapi hati aku...

Tenang.

Big Brother semua bangun.

“Jom, beb. Kesian ex dia, takde siapa nak ajak lepak macam kita.” – Herry siap tolong angkatkan beg Nadia atas meja lain.

“Jangan sedih sangat ya... nanti mekap cair,” bisik Louis sebelum blah.

Aku & Zayyan keluar sambil genggam tangan.

Aku tak perlu kata apa-apa.
Sebab hari ni, aku tahu.

Walau siapa yang hina aku dulu, walau aku cuma PA, walau aku pernah jatuh... aku sekarang isteri Khayr Zayyan — lelaki yang sudi perang dunia demi aku.

---

Aku duduk diam dalam kereta.
Tangan aku masih digenggam Zayyan… kuat. Tapi jari-jari aku, sejuk.
Hati aku bukan tak kuat, tapi kadang-kadang… benda yang kau ingat dah berlalu, boleh juga datang tikam tanpa amaran.

Zayyan tak terus start enjin. Dia cuma pandang aku.

Lama.
Sunyi.

“Sayang…”

Suara dia perlahan, penuh sabar.
Aku tak jawab. Cuma pandang luar tingkap. Entah kenapa, air mata aku tiba-tiba meleleh perlahan.

Diam. Tapi pedih.

Zayyan lepas nafas.

“Awak okay?” dia tanya, tapi suara dia macam tahan sesuatu.

Aku geleng, tapi bibir aku ketap kuat. Mata aku pejam. Aku malu nak nangis depan dia. Tapi hati aku rapuh sangat masa tu. Ayat Nadia tu terngiang lagi.

“Low class. Tak sesuai berdiri sebelah awak.”

Aku rasa tangan Zayyan naik ke pipi aku, dia lap air mata aku guna ibu jari.

“Arissa Imani…”
“Saya tak suka tengok awak macam ni. Please, pandang saya.”

Aku toleh perlahan.

Mata dia...
Mata yang pernah buat aku jatuh dulu. Dan sekarang, buat aku rasa aku masih ada harga walaupun semua orang hina aku.

“Saya kahwin dengan awak sebab saya nak awak. Bukan sebab simpati. Bukan sebab awak PA saya. Tapi sebab awak, Arissa.”

“Kalau semua orang hilang dari hidup saya, saya tak kisah... asalkan awak tetap ada. Jadi, tolonglah… jangan percaya cakap orang luar tu.”

Dia genggam tangan aku, bawa ke dada dia.

“Kalau hati saya boleh bukak, awak akan nampak… betapa kuat nama ‘Arissa’ tu terpahat kat sini.”

Aku terus peluk dia tiba-tiba.
Dalam kereta. Tanpa kata.
Cuma pelukan.
Pelukan yang aku perlukan untuk rasa diri aku cukup — walaupun aku pernah ‘cuma PA’.

“Terima kasih...” aku bisik.
“Sebab sentiasa jadi tempat aku berlindung, Zayyan.”

Zayyan senyum dan balas pelukan aku.
Dia cium ubun-ubun aku.

“Saya ni nampak macam gila kuasa… tapi sebenarnya, saya cuma gila satu benda…”

Aku angkat kening.

“Apa dia?”

“Awak.”
“I’m obsessed with you, my wife.”

Aku gelak kecil.
Air mata aku lap pakai lengan.

“Over lah…”

“Memang. Sebab I’m yours. Obsessively yours.”

Zayyan cium tangan aku lama.

“Now let’s go home. Nak baring atas peha awak sampai lupa dunia.”

Aku gelak.
Tapi dalam hati, aku tahu — aku selamat.
Aku cukup.
Dan aku disayangi.

---

Aku sampai kat office awal pagi tu.
Langit masih sejuk, kopi dalam tangan masih panas.
Langkah aku tenang, tapi dalam dada… berdebar lain macam.

Bukan sebab kerja. Tapi sebab satu benda…

Hari ni, aku pakai tudung shall.rapi.

Bukan sebab paksaan. Bukan sebab terpaksa. Tapi sebab aku rasa… tenang. Lepas banyak benda yang berlaku, hati aku makin dekat dengan Dia. Dan Zayyan — dia antara sebab kenapa aku berani berubah.

Masa aku melangkah masuk, mata semua staff tertancap ke arah aku.

“Eh… Arissa?”

“Arissa ke tu?”

“OMG lawa gila… eh asal aura dia lain?”

Aku cuma senyum, terus jalan ke meja. Aku malas nak bagi reaksi lebih-lebih. Tapi boleh rasa semua tengah bisik-bisik belakang aku.

Tak lama lepas tu, pintu lif berbunyi.

Dia datang.

Boss merangkap suami aku — Khayr Zayyan.

Masuk-masuk je, semua staff automatik tegak. Tapi mata dia… satu arah je.
Ke arah aku.

Dia jalan slow-slow, dengan tangan seluk poket, gaya confident dia yang selalu buat ramai cair.

“Assalamualaikum… morning semua.”

“Morning boss!” semua jawab.

Tapi Zayyan tak terus masuk bilik dia. Dia terus ke meja aku, pandang aku dari atas ke bawah dengan senyum senget dia yang ikonik tu.

“Awak ni siapa? Mana PA saya yang suka melawan tu?”

Aku senyum senget, pandang dia balik.

“PA awak dah jadi isteri awak. Dah upgrade sikit. Bertudung lah sikit.”

Dia tunduk sikit, bisik perlahan dekat telinga aku — cukup-cukup untuk buat jantung aku buat kartwheel.

“Awak makin cantik, sayang. Saya rasa nak bawa awak masuk bilik sekarang jugak. Tapi, tak elok depan staff…”

Aku tolak dada dia perlahan.

“Boss… behave.”

Zayyan senyum makin besar.

“Only kalau awak teman saya lunch hari ni. Deal?”

Aku angguk sambil senyum malu. Tapi sebaik dia melangkah ke bilik, aku pergi ke department illham,and..aku terdengar staff belakang dah kecoh.

“Aku rasa dorang ni ada scandal…”

“Eh bukan ke dia PA je? Tapi… macam lain je vibe.”

“Jangan cakap boss dah kahwin dengan Arissa…?!”

Aku pura-pura buat kerja. Tapi dalam hati… lawak gila.

Tak sampai seminit, ada WhatsApp masuk.

Zayyan:

“Saya dah buat appointment dinner dengan atok malam ni. Kena tunjuk awak dekat dia. Dress cantik sikit ya, isteri saya ”

Aku geleng sambil sengih. Boss aku ni memang…
PA dia, isteri dia, jantung dia, segalanya.

Dan sekarang…
Semua orang tahu. Tapi saya tak kisah. Sebab saya bangga jadi milik dia.

---

Malam tu, aku siap elok-elok, pilih baju yang simple tapi cantik, warna soft yang aku tahu Atok Zayyan mesti suka.
Zayyan datang jemput aku, muka dia macam excited sikit dari biasa. Aku pun rasa ada sesuatu yang special malam ni.

Dalam perjalanan ke rumah Atok, aku cuba kawal rasa nervous. Ini kali pertama aku nak jumpa orang penting dalam hidup Zayyan selain aku.

Sampai je rumah, suasana tenang, penuh dengan bau wangi bunga dan kayu. Atok Zayyan sambut kami dengan senyuman hangat, sambil peluk Zayyan erat-erat. Mata Atok tajam tapi penuh kasih.

“Kau mesti Arissa, kan? Zayyan asyik cerita pasal kau.” Atok senyum lembut, buat aku rasa macam dah kenal lama.

Aku tunduk sopan, ucap salam. Atok balas dengan pelukan lagi, rasa macam keluarga sendiri.

Zayyan yang biasanya cool, nampak sedikit segan. Aku tahu Atok ni sangat penting buat dia.

Sepanjang malam tu, Atok bercerita tentang masa lalu Zayyan, tentang kehilangan ibu dia sejak kecil, dan betapa Atok lah yang jaga dan besarkan dia. Aku dengar dengan penuh perhatian, rasa dekat sangat dengan cerita dia.

Zayyan pandang aku, senyuman kecil di bibirnya. Dalam hati aku tahu, aku dah jadi sebahagian dari keluarga ini.

“Kau jaga dia baik-baik, Arissa. Dia bukan orang biasa,” kata Atok perlahan.

Aku genggam tangan Zayyan erat-erat, bisik,

“InsyaAllah, Atok. Saya akan jaga dia sampai bila-bila.”

Malam tu, aku rasa ada satu ikatan baru yang terjalin. Bukan sekadar antara aku dan Zayyan, tapi juga dengan keluarga yang dia sayang.

---

Esoknya aku dah pun siap dari awal. Baju kurung moden warna dusty pink, shawl ikat kemas. Zayyan kata malam ni ada makan malam dengan keluarga besar dia – termasuklah Mak Ngah, Pak Lang, sepupu sepapat dia semua. Aku nervous, tapi aku cuba buat tenang.

“Awak okay?” Zayyan tanya sambil pegang tangan aku dalam kereta.

“Okay. Takut sikit je… maybe,” aku sengih separuh paksa.

Dia tarik tangan aku, cium belakang tangan lama sikit.

“Kalau ada apa-apa, pandang saya je. saya takkan biar sesiapa sentuh atau sakiti awak. Okay?”

Aku angguk. Aku tahu dia maksudkan setiap patah yang dia cakap. Tapi tetaplah, ni first time jumpa keluarga besar dia. Atok dah okay dengan aku, tapi yang lain-lain ni...

Sampai je rumah besar di kawasan elit Shah Alam tu, aku rasa macam masuk set drama Megadrama. Semua orang kemas, lawa, beradab... tapi mata tu... ada yang pandang pelik, ada yang senyum plastik.

Mak Ngah – aku tahu dari cara Zayyan sebut nama dia, perempuan tu memang lain macam. Dari jauh lagi dia dah pandang aku dari atas sampai bawah. Aku senyum, tapi dia senyum sinis.

“Ini lah perempuan yang berjaya buat anak saudara Mak Ngah ni berubah jadi lelaki lembut hati ya? Hebat jugak,” dia sengih tapi ayat dia tajam.
“Kerja apa tadi? PA je kan?”

Aku terdiam. Tapi aku masih senyum.
Zayyan terus peluk pinggang aku, suara dia low tapi cukup buat semua meja senyap.

“She’s not just a PA, Mak Ngah. She’s my wife. Dan dalam hidup saya, dia lebih tinggi kedudukan dari mana-mana orang yang ada gelaran sekalipun.”

Mak Ngah terdiam. Semua pandang Zayyan. Tapi dia steady. Dia sambung makan macam tak ada apa jadi.

Sepanjang makan, aku cuba senyum, layan sepupu dia yang peramah. Tapi aku perasan Mak Ngah still jeling, dan ada satu masa dia bisik kat sepupu dia kuat sikit,

“Entah-entah perempuan ni yang tackle Zayyan. Lelaki baik macam tu mana ada masa nak cari janda tak laku.”

Aku rasa macam nak tarik shawl aku, bangun dan blah.

Tapi Zayyan pandang aku. Tatapan dia buat aku tenang. Dia sandar sikit, bisik ke telinga aku,

“Kalau saya yang cakap, satu rumah ni saya kasi bungkus. Tapi saya nak awak jawab dengan cara awak.”

Aku senyum. Aku betulkan shawl, tarik nafas.

“Betul Mak Ngah, saya yang jatuh cinta dulu. Tapi saya tak tackle. Saya jaga. Saya jaga hati dia, saya hormat dia, saya hormat Atok, dan saya buat kerja saya. Itu je. Kalau tu dikira ‘tackle’, saya terima. Tapi alhamdulillah, dia pilih saya. Bukan sebab saya sempurna. Tapi sebab dia nampak saya dengan mata hati.”

Mak Ngah terdiam. Semua sepupu dia pandang aku dan... macam kagum? Tengku Louis yang duduk kat hujung meja tepuk meja kecil,

“PA boss memang power. Bukan setakat pandai kerja, pandai jawab. Respect, kakak ipar.”

Zayyan senyum bangga. Dia tepuk tangan aku bawah meja, genggam kuat.

“That’s my girl.”

Malam tu, walaupun Mak Ngah masih jeling, aku tahu aku dah menangkan satu perang kecil. Dan yang paling penting, aku tahu aku tak bersendirian.

Aku ada Zayyan. Dan aku ada diri aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience