Hellen Qistina melihat dirinya di cermin . Dia tersenyum lebar . Wajahnya cantik sekali . Kulitnya putih bersih . Bibirnya merah merekah tidak ubah seperti buah delima . Tidak di sangka . Hari berganti hari , bulan berganti bulan , tahun berganti tahun .
Dan hari ini , dia bakal menamatkan zaman bujangnya di umurnya 25 tahun . Pakaian pengantin yang tersarung elok di badannya di pandang kasih . Labuci berkilau di lengan dan dadanya .
Raqib Zafran , lelaki yang sangat di cintai dari zaman universiti sehinggalah ke hari ini . Dia bersyukur kerana dapat memiliki lelaki yang baik seperti Raqib .
" Ya Allah ... cantiknya adik kaklong ! Macam princces ! " Ellara memuji . Kakak kepada Hellen Qistina . Dia pantas melabuhkan punggung di sebelah Hellen Qistina . Hellen Qistina menoleh ke arah Kaklongnya .
"Betul ke cantik ni kaklong ? Qis rasa macam lain sangat muka Qis . "
Ellara tergelak kecil ." Mestilah nampak lain sebab Qis tak pernah make-up . Tapi sekali Qis make -up Wow! Berseri betul adik kaklong ni! Kaklong rasa , kalau Qib tengok Qis macam ni memang dia pengsan !
Cantik sangat !" Puji Ellara tanpa henti . Hellen Qistina tersipu malu . Jantungnya berdegup kencang tatkala Puan Sabrina masuk ke biliknya .
"Pengantin lelaki dah sampai . Qis dah sedia ? Kalau dah jom kita turun ." Kata Puan sabrina. Hellen Qistina memandang kaklongnya sekilas . Jelas wajahnya menunjukkan dia sedang gugup .
"Alah tak payah takut . Qis tarik nafas . Rilekskan minda ! Insyallah semuanya akan di permudahkan ! Qis nak khawin ke tak ?"
"Mestilah nak ! Apalah kaklong ni . Ni haa mana si Zara ? Kata nak datang majlis Qis ! Tapi batang hidung pun tak nampak !" Hellen Qistina mengeluh . Ellara mencebik . Dia membetulkan corwn di atas kepala adiknya itu .
" dahla tak payah nak stress sangat . Cuba tengok dekat bawah zara ada ke tak ." Sampuk Puan sabrina . Hellen Qistina memandang ibunya sekilas . Ellara tersenyum sumbing sambil kening kirinya di naikkan .
"Suprise ke ? Ishh si zara ni . Time macam nilah nak buat suprise konon! Dia tak tahu ke Qis tengah berdebar sekarang ni! "
"Dah tak payah nak serabut kan kepala . Jom turun . Cik abang tersayang dah tunggu dekat bawah ." Kata Ellara . Mahu tidak mahu Qistina bangun di ikuti dengan Ellara di belakangnya . Puan sabrina memimpin tangan anak bongsunya itu dengan penuh hati -hati mereka bertiga menuruni tangga menuju ke ruang tamu .
Raqib tidak berkelip memandang wajah bakal isterinya . Hellen Qistina .. Ya allah cantiknya .." desis hati Raqib. Dia mengukir senyuman manis buat gadis yang sangat di cintainya itu . Perasan akan dirinya di tenung , Qistina cepat-cepat memandang ke arah tempat lain .
Puan sabrina memapah tangan Hellen Qistina ke pelamin . Qistina melabuhkan punggung di situ ,
"Kaklong .. temanlah Qis dekat sini . Janganlah tinggal Qis seoarang !" Kata Hellen Qistina kepada Ellara . Ellara tersenyum kecil .
"Umi kan ada . Biarlah umi yang temankan ." Jawab Ellara .
"Umi nak kena sambut tetamu . Kaklong temanlah ! " kata Hellen Qistina .
"Ishhh kamu berdua ni . Dah nak khawin pun nak bertekak lagi ! Tak apa biar umi yang temankan . Kaklong ambil gambar . Kita mana ada photographer ? So kaklong kena take your photo! Ke tak nak ? Kalau tak nak tak apa ." Puan sabrina dengan selamba duduk di sebelah anak bongsunya itu. Ellara mengeyitkan mata kepada adiknya itu.
Zara yang sedari tadi sibuk mengambil gambar dan menangkap video kawan baiknya itu mula menghampiri Qistina di pelamin .
"Qis! Cantiknya kau ! Ya allah ! Lain sangat muka kau . Betul -betul naik seri !" Zara memuji . Qistina menghela nafas lemah . Ikutkan hati dia memang nak merajuk dengan Zara . Tapi melihat whatsap yang di hantar oleh gadis itu sedikit sebanyak melembutkan hatinya.
Zara tidak dapat menemaninya bersiap kerana dia perlu menghantar adik bongsunya ke airport memandang ibu dan abahnya tidak ada di rumah. Dia tahu tanggungjawab yang dipikul oleh zara sebagai kakak sulong bukanlah mudah.
"Tak apa . Aku faham kau . Yang penting kau datang . " jawab Hellen Qistina. Zara tersenyum bahagia .
"Semua dah sedia ke ? Kalau tak ada apa-apa kita boleh mulakan." Kata tok kadi .
"Ya semua dah sedia " jawab Puan sabrina . Raqib membetulkan duduknya . Tok kadi menghulurkan tangan untuk berjabat . Raqib menyambutnya dengan debaran .
"Hai.. pengantin lelaki ni kenapa sejuk sangat tangan awak ? Ni mesti kes berdebar. Tak ada apalah . Jangan ikutkan sangat rasa hati tu. " kata tok kadi . Raqib tersenyum .
"Sebelum kita mulakan, boleh tak awak baca surah al-fatihah ?" Tanya tok kadi kepada Raqib . Raqib terkedu . Dia memandang ke arah papa di sebelahnya . Papa mengangguk kecil memberi isyarat kepada anak tunggalnya itu .
"Boleh tok ." Jawab Raqib . Alhamdulillah. Raqib selamat membaca Al -fatihah dengan jayanya . Tok kadi memuji Raqib setiap patah perkataan dalam bacaanya tepat .
"Macam inilah baru boleh jadi seorang suami . Bila Al -fatihah kita di baca dengan betul. Kita boleh bimbing isteri kita dengan baik . Okay jom kita mulakan . " kata tok kadi .
"Aku terima nikahnya , Hellen Qistina binti Mohd Zaid dengan mas khawin yang di sebut tunai ."
Sah ?
Sah !
Sah!
Sah!
Hanya dengan sekali lafaz , Hellen Qistina selamat bergelar isteri kepada Raqib Zafran . Air mata menitis di pipi Hellen Qistina. Akhirnya dia telah bergelar seorang isteri . Dia kini bukan lagi seorang remaja .. bukan lagi anak dara .. dan kehidupannya telah berubah !
Puan sabrina memeluk anak perempuanya itu.
"Tanniah .. anak umi dah jadi isteri orang . "
"Umi.... janganlah cakap macam tu. Qis sedih tau .!"
"Ishhh nak sedih buat apa ! Kenyataan ! Qis kena terima . "
Share this novel