Air yang tak jernih

Romance Completed 2227

Hari ni, mood aku okay sikit. Takde yang bisik-bisik belakang aku, takde drama pelik. Cuma… ada satu perkara yang buat aku rasa nak gelak campur gugup.

Rayyan ajak aku lunch.

> “Kak Rissa, jom lunch? Saya belanja. Sebab hari ni saya tak kena marah langsung.”

Aku sengih.

> “Eh bila masa pulak saya marah awak?”

> “Bukan kak Rissa, bos kita tu haaa… Garang dia tu, senyum pun scary sikit.”
Ya Allah... jangan lah dia dengar!

Lepas fikir dua saat, aku pun okay je. Lagipun, lunch je pun kan? Apa salahnya tolong budak baru sesuaikan diri sikit.

---

Tapi…

Zayyan. Tahu.

Tak tahu dari mana angin dia hidu. Tapi masa aku keluar dengan Rayyan, aku perasan ada satu kereta BMW hitam parking betul-betul depan kedai makan. Cermin tinted. Tapi aku tahu... aku rasa aku tahu sangat siapa dalam tu.

Rayyan sembang tak berhenti. Aku gelak sikit-sikit je sebab mata aku asyik terjeling kereta misteri tu.

> “Kak Rissa, kenapa pandang-pandang sangat? Scared ada peminat ke?”

Aku gelak dalam perut.

Peminat? Peminat you la tu Rayyan oii…

---

Dalam kereta BMW hitam yang tinted tu...

Zayyan pegang binocular mini.
Buat muka ketat sambil mengintai ke arah meja aku dan Rayyan.

> “Apa yang dia buat sampai Arissa gelak camtu? Dia tak pernah gelak macam tu kat aku masa first month kerja...”

Lepas tu dia buka notes phone. Tulis:

– Siasat Rayyan.
– Google: cara halau lelaki annoying dari crush.
– Beli uniform GrabFood next time.

---

Balik ke restoran, Rayyan tetiba gelak bila aku cebik sikit masa dia kutuk air aku nampak pelik.

> “Kak Rissa ni, kalau marah pun comel ye…”

> “Comel kepala awak—” aku tergelak.

Tapi belum sempat aku habiskan ayat, aku dengar suara…

> “Arissa.”

Zayyan. Berdiri depan meja kami.

Aku terkejut sampai hampir tersedak air. Rayyan pun terkejut jugak, tapi still senyum.

> “Hi boss. Tengah lunch dengan—”

> “Saya tahu. Saya... kebetulan lalu.”

KEBETULAN?!
Kebetulan apa drive sendiri datang kedai kecik ni, boss?

> “Saya lapar. Boleh join?” – suara tenang, tapi mata dia ke Rayyan tak berkelip.

Rayyan pun tak tahu nak react. Aku pulak macam dah tanam diri sendiri dalam tanah sebab malu.

> “Actually saya dah habis makan. Saya gerak dulu Kak Rissa. Boss...”
Rayyan terus blah. Laju.

Aku pandang Zayyan yang duduk depan aku dengan senyum penuh makna.

> “Awak follow saya ke?”
“Tak. Saya... ambil angin. Lepas tu... rasa nak makan dekat sini.”

Aku angkat kening.

> “Awak bawa binocular dalam kereta ke?”

Zayyan buat-buat minum air aku.

> “You stalk I ke Zayyan?”
“Tak. I protect you.”

> “Protect kepala awak. Jealous kan?”

Dia gelak kecil.

> “Kalau I jealous pun, salah you. Senyum dengan dia, gelak sampai nampak gigi… I pun jealous dengan Rayyan tu tahu.”

Aku senyum sambil geleng kepala.

> “Next time, awak nak teman lunch, cakap je lah… Tak payah main undercover boss sangat.”

Dia angkat bahu sambil senyum confident.

> “Undercover atau tak, I tetap boss you, Arissa. Jangan bagi orang lain curi masa I dengan you.”

Aku tunduk tahan senyum.
Dah tak boleh lawan ayat dia.
Cemburu dia pun… cute.

---

Sejak lunch hari tu, Rayyan makin berani. Dari pandang aku diam-diam, sekarang dia dah start hantar air kopi atas meja. Hantar quotes kat WhatsApp. Siap sekali tu dia stay lepas waktu kerja tunggu aku turun dari office.

> “Kak Rissa, saya perasan awak macam letih lately. Kalau awak perlukan bahu untuk sandar, saya sedia...”
Ayat dia.
Lemah lutut aku, bukan sebab sweet — tapi sebab…

Macam Danial.

Dia guna ayat yang sama. Nada yang sama.
Dan yang paling buat aku seram…

Cara dia tengok aku.

---

Malam tu aku baring atas katil. Tangan aku menggenggam kain selimut.

Flashback lama datang menyerang.
Danial…
Manis mulut, manis muka. Tapi belakang semua tu…

Dia pernah ugut kawan baik aku sebab aku nak clash.
Dia pernah sorok phone aku, pernah buat aku rasa semua benda salah aku.

Rayyan belum sampai tahap tu — tapi aura tu dah cukup kuat buat aku tak tenang.

---

Esoknya kat office…

Zayyan datang dekat meja aku. Suara dia perlahan.

“Arissa, awak okay?”
Aku angkat kepala, senyum sikit.
“Okay.”

“Don’t lie. I’ve been watching you. You dah lain sejak minggu lepas.”

Mata dia tak lepas pandang muka aku. Aku nak elak. Tapi dia tekan lagi.

“Rayyan kacau awak?”

Aku pandang dia cepat.

“Macam mana awak tahu?”

Dia senyum senget.

“Arissa… I tahu semua yang berlaku dalam office ni. Especially bila bab awak.”

---

Lepas lunch, Zayyan panggil aku masuk bilik dia. Dia hulur fail.

“I dah tukar team Rayyan. Dia takkan satu floor dengan awak lepas ni. Dan... I dah letakkan ‘eye’ atas dia.”

Aku terdiam.
Tak tahu nak rasa lega ke nak takut.

“Arissa…” suara dia perlahan.
“Kalau dia buat awak tak selesa… jangan pendam. Awak tak sendiri.”

Dan entah kenapa…
Ayat tu buat air mata aku bergenang.

“Saya takut, Zayyan… Dia buat saya rasa macam saya balik zaman tu... zaman yang saya nak lupa.”

Zayyan bangun, datang duduk sebelah aku.

“Then jangan takut. I’ll protect you. Even from people who smile the brightest.”

---

Malam tu aku balik, dan aku decide untuk block nombor Rayyan. Aku tak peduli apa orang nak kata. Aku tak sanggup hadap luka lama berulang.

Zayyan…
Dia pandang aku dengan mata penuh rasa.

Dan buat pertama kali,
aku rasa…

Ada lelaki yang bukan nak miliki aku. Tapi nak lindungi aku.

---

Aku sangka... bila aku block Rayyan, benda tu settle.
Aku sangka dia akan faham. Akan stop. Akan move on.

Tapi aku silap.

Lelaki macam tu… bila tak dapat, dia jadi gila.

---

Pagi tu aku datang kerja macam biasa. Makeup tipis, baju blouse putih tucked in dengan slack hitam, rambut ikat kemas. Tak nak nampak lemah walau hati aku masih berkocak.

Time aku tengah duduk kemas dokumen, tiba-tiba…

“Awak dah block saya?”
Rayyan.
Tiba-tiba muncul sebelah meja aku, dengan senyuman yang buat bulu roma aku tegak.

“Awak fikir awak siapa sampai boleh layan orang sesuka hati?”

Aku telan air liur. Pejabat senyap. Semua pandang.

“Rayyan, saya tak rasa ni tempat—”
“Shut up Arissa. Awak ni suka perhatian orang je kan? Dulu dengan Danial, sekarang dengan CEO. Semua lelaki awak nak mainkan?”

Satu pejabat tergamam.
Aku… aku kaku. Mulut aku menggigil. Aku nak bangun, nak lawan. Tapi kaki aku tak mampu gerak.

“Awak ingat awak siapa? Dulu saya rasa awak lain. Tapi sekarang... awak sama je macam perempuan murahan lain.”

“Rayyan.”

Suara tu...

Dingin. Tegas. Dan buat semua pekerja automatik senyap.

Zayyan berdiri di pintu bilik dia, tangan dalam poket, mata tajam menikam.

Dia berjalan perlahan, tapi langkah dia penuh aura — aura seorang lelaki yang dah hilang sabar.

“Ulang sekali lagi. Apa awak cakap tadi tentang Arissa?”

Rayyan diam. Tapi berani pandang.

“I’m just stating the truth, sir. She’s—”

‘BUK!!’
Dokumen atas meja terbang bila Zayyan hempuk fail besar atas meja depan Rayyan.

“Don’t you dare. Jangan. Berani. Sebut. Nama dia.”

Semua pekerja bangun perlahan dari meja, masing-masing senyap, tengok babak live macam drama pukul 10 malam.

“You tahu tak kenapa saya tak buang awak sejak mula awak mengacau dia?”

Zayyan rapatkan wajah dia dekat dengan Rayyan.

“Sebab saya nak tengok sampai mana you sanggup jatuh muka sendiri.”

“Arissa bukan perempuan biasa. Dia PA saya. Dia pekerja saya. Dan... dia wanita yang saya hormat, saya sayang, saya jaga.”

“Dan awak...?”

Dia senyum sinis.

“Awak bakal kena blacklist dari semua syarikat dalam rangkaian saya. Congratulations.”

Rayyan terdiam. Muka dia merah. Tapi dia tak boleh nak buat apa. Zayyan dah pun bagi isyarat dekat security.

“Escort dia keluar.”

---

Lepas tu Zayyan jalan ke arah aku. Pejabat masih sunyi. Semua mata pandang aku, tapi tak ada siapa berani cakap apa.

Dia berdiri depan aku.

“You okay?”

Aku hanya angguk. Tapi mata aku mula berkaca.

Zayyan tunduk, suara dia perlahan tapi cukup satu floor dengar.

“Saya janji, saya takkan biar sesiapa sentuh awak lagi.”

“Saya tak kisah awak nak kuat macam mana, Arissa… tapi kalau awak penat jadi kuat… awak boleh bersandar dekat saya.”

Aku tak jawab. Aku hanya angkat tangan, genggam kuat lengan blazer dia.

Sebab aku tahu... aku dah jumpa pelindung sebenar aku.

---

Malam tu… aku patut terus balik.
Aku patut delete je email tu.
Tapi tak... aku fikir, mungkin Rayyan dah insaf. Mungkin dia cuma nak minta maaf betul-betul. Lagipun… aku dah cukup penat simpan benci.

> "Kak Arissa, malam ni akak free tak? Saya nak ajak akak dinner. Nak mintak maaf... plss..."
– R

Aku termenung kejap.
Akhirnya, aku reply juga.

> “Okay. Asalkan tempat public.”

---

Restoran tu tenang, lighting malap, music perlahan. Aku sampai dulu. Tak lama lepas tu, Rayyan muncul. Baju kemas, muka macam orang baru balik dari masjid.

“Thanks sudi datang, Arissa. Saya… saya betul-betul menyesal.”

Aku senyum kecil.

“Saya datang bukan sebab nak baik dengan awak balik. Tapi sebab saya tak nak simpan dendam. Itu je.”

Dia angguk. Tak banyak cakap.

“Saya order air favourite awak. Mango peach. Masih suka, kan?”

Aku tak fikir apa. Minum je. Manis. Sejuk. Sedap.

Kami borak sekejap, pasal kerja, pasal hal remeh. Aku fikir… okay lah, dia nampak okay.
Tapi bila nak balik—

Boom.
Kepala aku mula berat. Mata berpinar. Nafas jadi pendek. Jantung aku laju.

“R-Rasa pening…”
Aku pegang dahi.
“Kenapa gelap sangat ni...?”

Rayyan bangun.

“Arissa… don’t fight it. Just ikut je. Saya janji… kali ni saya akan jaga awak elok-elok…”

“WHAT?”

Aku cuba bangun tapi badan lemah. Lutut longgar.

“No… no… apa awak buat dekat minuman saya…”

“I just letak something kecil je. Bagi awak tenang. Awak selalu overthinking. Saya cuma nak… baiki semuanya. Awak tak faham perasaan saya…”

“TOLONG!”

Aku jerit tapi suara aku perlahan sangat. Rayyan tarik lengan aku, nak bawa aku keluar.

“Janganlah buat macam ni. Saya janji awak akan suka saya balik. Saya cuma nak betulkan semua…”

TAPI—

“LEPASKAN DIA.”

Zayyan.
Berdiri depan pintu restoran. Nafas dia laju. Mata dia merah menyala.

“Jangan. Sentuh. Dia.”

Rayyan ketawa sinis.

“You think you own her? Dia bukan hak you. Arissa memang sepatutnya dengan saya dari dulu—”

‘BUK!!’

Penumbuk Zayyan tepat ke muka Rayyan.
Rayyan jatuh hempas meja. Air terpelanting. Orang sekeliling jerit kecil. Tapi Zayyan tak peduli.

Dia terus rapatkan aku, peluk aku erat.

“Aku dah warning Kau dulu. Jangan sentuh dia.”

“You tak faham… dia tipu saya, dia mainkan saya—”

“Tak, dia cuma takut. Dari awal lagi.”
“Dan sekarang, dia ada aku.”

Zayyan angkat aku, bridal style, terus keluar dari restoran walaupun semua orang pandang.

“Arissa, stay dengan saya ya? Saya ada. Saya takkan biar sesiapa sentuh awak lagi. Saya janji.”

Aku lemah dalam pelukan dia. Tapi hati aku…
Rasa selamat.

---

Malam tu aku tidur di apartment Zayyan. Dengan baju sama..
Dia letak ubat, bagi air putih, teman aku diam-diam.
Tak tanya apa-apa. Cuma duduk sebelah, genggam tangan aku.

“Kalau awak nak nangis, nangislah. Tapi jangan simpan dalam hati sorang-sorang.”

Dan malam tu, aku menangis. Dalam pelukan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience