Pertemuan di Kota London iv

Short Story Completed 48

Beberapa hari berlalu sejak pertemuan Dylan dengan Izara di pasar malam. Setiap kali dia teringatkan pertemuan tersebut, senyuman kecil akan terbit di bibirnya. Dylan berharap ada kesempatan lagi untuk bertemu dengan gadis itu, tetapi tidak mahu terlalu berharap.

Dylan memutuskan untuk keluar sendirian. Dia ingin menikmati suasana sekitar kampung dan juga membeli beberapa barang di bandar. Tanpa merancang, dia singgah ke sebuah kedai 7-Eleven yang terletak di sudut jalan utama kampung. Udara di dalam kedai terasa sejuk, sangat berbeza dengan cuaca panas di luar. Dylan berjalan ke bahagian minuman, memilih botol air mineral sambil matanya melihat rak-rak di sekeliling.

Ketika dia hendak menuju ke kaunter pembayaran, dia melihat seseorang yang sangat dikenalinya. Izara! Dia berdiri di kaunter, berbual dengan juruwang kedai tersebut. Dylan terhenti seketika, agak terkejut dengan pertemuan kedua yang tidak dijangka ini. Tanpa berlengah, Dylan menghampiri kaunter dengan senyuman yang tak dapat disembunyikan.

"Izara?"

Izara terkejut seketika, memandang ke arah Dylan sebelum senyuman terbit di bibirnya.

"Oh, hi Dylan! Tak sangka jumpa lagi di sini."

"Yeah, small world. You shop here often?" Tanya Dylan sambil tersenyum.

"Ha ah , kebetulan 7-Eleven dekat dengan rumah saya. Saya singgah nak beli barang sikit."

Mereka berbual sejenak sementara Izara menyelesaikan pembayarannya. Setelah keluar dari kedai, Dylan dan Izara berjalan bersama ke arah kereta mereka yang diparkir tidak jauh dari situ.

"By the way, I realized the other day.. we didn’t exchange numbers. Would it be okay if we did? You know, just in case we run into each other again, we can actually plan it."

Izara ketawa kecil, merasa lucu dengan kebetulan-kebetulan ini.

"Sure, why not? That would make things easier."

Dylan mengeluarkan telefon bimbitnya dan menukar nombor dengan Izara. Selepas itu, mereka berbual kosong sebelum berpisah. Dylan pulang dengan hati yang ceria, merasa gembira kerana kini dia mempunyai cara untuk terus berhubung dengan Izara.

---------------------------------------------

Hari demi hari, hubungan Dylan dan Izara mula menjadi rapat. Mereka sering berbual melalui mesej dan panggilan telefon, membina persahabatan yang semakin erat. Setiap perbualan terasa ringan tetapi bermakna, seolah-olah ada keserasian yang semula jadi antara mereka.

Suatu malam, Dylan sedang duduk di halaman rumah neneknya, menghirup udara malam yang nyaman sambil mendengar bunyi cengkerik yang mengisi keheningan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama "Izara" tertera di skrin.

"Hey, Izara."

"Hey, Dylan. What are you up to?"

"Just relaxing at my nenek’s place. It's quiet out here. How about you?"

"I’m at home too just thinking, it’s been a while since kita jumpa haritu. Maybe we can grab dinner together?

Dylan tersenyum, gembira mendengar cadangan Izara.

"That sounds great. I know this place not far from here. Maybe I can take you there?"

"Sure, I’m always up for good food. By the way, how’s your nenek doing? Dah makin okay ke?" Tanya Izara.

"Yeah, she’s doing much better now. Thanks for asking. I’ve been spending a lot of time with her, catching up on old stories."

"That’s nice. It must be good to reconnect with family. Dah lama kan you tak balik Malaysia?"

"Yeah, it’s been ten years. Feels strange, but also familiar at the same time. I miss London sometimes, but being here feels… different, in a good way."

Izara tertawa kecil di hujung talian.

"You must really love London. Tapi, Malaysia has its charm too, don’t you think?"

"Definitely. Especially the food, and… well, meeting new people." Luah Dylan.

Izara tersenyum sendiri mendengar kata-kata Dylan. Mereka terus berbual untuk beberapa ketika, berkongsi cerita tentang kehidupan masing-masing. Dylan merasa semakin selesa setiap kali berbual dengan Izara. Gadis itu tidak hanya cantik, tetapi juga peramah. Setiap kali mereka berbual, Dylan merasakan masa berlalu begitu cepat.

------------------------------------------

Hubungan mereka semakin rapat. Setiap kali ada waktu lapang, mereka akan saling menghantar mesej atau berbual di telefon, tidak kira siang atau malam. Perbualan mereka berkembang dari topik-topik ringan seperti makanan kegemaran dan tempat menarik di Malaysia, kepada perbincangan lebih mendalam tentang kehidupan, cita-cita, dan masa depan.

Suatu malam, ketika berbual di telefon, Izara membuka topik tentang impian dan harapan.

"Dylan, pernah tak you terfikir, what’s your next big step in life?"

Dylan terdiam sejenak, memikirkan soalan itu.

"Honestly, I’ve been thinking about that a lot lately. Working in my dad’s company is great and all, but I feel like something’s missing. I don’t know if it’s passion or if I’m just going through the motions."

"I get that. Sometimes kita rasa macam tu, macam there’s more to life than just what we’re doing sekarang. Tapi, maybe that’s just part of the journey?"

"Yeah, maybe. What about you? Any big dreams for the future?" Tanya Dylan ingin tahu.

"Honestly? I’m still figuring things out too. Tapi, I always dream of travelling the world. I want to see new places, experience different cultures. Maybe after I finish university."

"That sounds amazing, We can travel the world together Izara".

Izara ketawa kecil.

"Tapi for now, I’ll stick to exploring Malaysia. Ada banyak tempat menarik yang I belum pergi."

Perbualan mereka berlanjutan hingga larut malam. Bagi Dylan, setiap detik yang dihabiskan berbual dengan Izara membuatkan dia semakin mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Dia tidak lagi melihat Izara hanya sebagai gadis yang dia bantu tiga tahun lalu, tetapi sebagai seorang kawan yang istimewa atau mungkin lebih dari sekadar kawan. Tetapi Dylan tahu, dia perlu berhati-hati. Izara masih tidak ingat akan pertemuan mereka di London, dan Dylan tidak mahu merosakkan persahabatan yang sedang terbina dengan terburu-buru.

Setiap perbualan mereka membawa Dylan dan Izara lebih dekat, namun bagi Dylan, ada satu persoalan yang terus bermain di fikirannya: adakah Izara akan mengingatinya semula, atau adakah mereka akan terus membina hubungan baru tanpa masa lalu itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience