Pertemuan di Kota London ii

Short Story Completed 48

Tiga tahun telah berlalu sejak pertemuan tidak sengaja antara Dylan dan Izara di kota London. Dylan sudah berusia 21 tahun dan telah tamat pengajiannya di Imperial College London. Kini, dia menguruskan sebuah syarikat perniagaan yang besar milik bapanya. Ketika sedang duduk di pejabatnya, telefon bimbit Dylan berbunyi. Nama “Mum” tertera di skrin. Tanpa berlengah, Dylan mengangkat panggilan itu.

“Hey, Mum. What’s up?” Tanya Dylan pada ibunya.

Suara ibunya, Hanim, kedengaran sedikit terketar-ketar di hujung talian. “Dylan, there’s something I need to tell you. Nenek kamu sakit tenat di Malaysia. Doktor kata... maybe she doesn’t have much time.”

Dylan terdiam seketika. Walaupun sudah lama dia tidak bertemu neneknya, hubungan mereka tetap rapat. Dylan sering kali berbual melalui panggilan telefon bersama neneknya. Mendengar berita ini, hatinya tiba-tiba terasa berat.

“How serious is it, Mum?” Tanya Dylan sedikit risau.
“It’s bad, Dylan. I think it’s time for us to go back. You know how much she loves you, kan? Dia selalu tanya tentang kamu.”

Dylan menggenggam telefon di tangannya dengan erat. Dia tahu dia tak punya banyak masa untuk berfikir. Neneknya telah menjadi sebahagian besar dari kenangan masa kecilnya di Malaysia, dan sekarang dia mungkin akan kehilangan satu hubungan yang bermakna dalam hidupnya.

"Mum, kita kena balik Malaysia secepat mungkin. Dylan risaukan nenek." Pinta Dylan pada ibunya.

"Yes, we need to. I’ll talk to your father. We’ll sort everything out.”

Selepas mematikan telefon, Dylan terdiam sejenak di kerusi pejabatnya. Dia memandang keluar tingkap, melihat pemandangan kota London yang biasanya menenangkannya, tetapi hari ini ia terasa kosong. Pemandangan gedung-gedung tinggi dan jalan-jalan yang sibuk tidak lagi memberikan keasyikan seperti dahulu.

----------------------------------------------------------------

Malam menjelang, Dylan berbincang dengan ibu dan bapanya mengenai keputusan untuk pulang ke Malaysia. Di ruang tamu rumah mereka, Hanim dan Dennis duduk bersama Dylan, masing-masing dengan wajah yang serius. Hanim bersuara bagi memecahkan kesunyian malam tersebut.

“We’ve already booked the tickets for us. I don’t think we should wait any longer. My mum could get worse.” Luah Hanim.

Dennis, yang sentiasa rasional dalam setiap situasi, mengangguk perlahan. “Dylan, you’re okay with taking some time off work, right?”.

Dylan mengangguk, masih mencerna berita yang baru diterimanya siang tadi. Walaupun hatinya berat, dia tahu ini adalah masa yang tepat untuk dia kembali ke Malaysia.

“Yeah, I’ll take a leave for a few weeks. This is more important.” Kata Dylan.

Hanim menghela nafas lega. Dia tahu betapa pentingnya masa ini, bukan hanya untuk dirinya, tetapi juga untuk Dylan yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman neneknya.

“It’s been too long since we went back. I’m sure everyone will be happy to see you again, Dylan. Kamu ingat tak rumah nenek di kampung dulu?"

Dylan tersenyum kecil mendengar ingatan itu. “Dylan ingat mum. It’s been ten years since the last time I was there... Feels like a lifetime ago.”

Hatinya bercampur-baur. Walaupun dia gembira dapat pulang ke Malaysia dan bertemu keluarganya besarnya di sana, ada rasa canggung yang tidak dapat dielakkan. Terlalu banyak masa telah berlalu, dan dia tertanya-tanya adakah mereka masih akan menerima dia dengan cara yang sama. Tambahan pula, Malaysia sudah menjadi tempat yang asing baginya. Namun, dalam masa yang sama, ada juga rasa keterujaan untuknya kembali ke tempat yang penuh dengan memori masa kecilnya, meskipun dalam keadaan yang tidak menggembirakan.

-----------------------------------------------------------------------

Hari yang dinanti tiba, Dylan dan keluarganya menaiki pesawat dari London menuju Kuala Lumpur. Sepanjang penerbangan, Dylan tidak dapat mengelak daripada memikirka neneknya. Dia teringat kembali dimana neneknya mengajar bahasa Melayu dengan penuh sabar. Begitu juga pada saat mereka berjalan bersama-sama di sawah padi.

Hampir lebih 13 jam penerbangan, pesawat mereka akhirnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Hanim kelihatan sedikit emosional ketika dia melangkah keluar dari pesawat, menjejakkan kaki di tanah air yang telah lama ditinggalkannya. Begitu juga Dylan, walaupun agak letih dia merasakan satu perasaan yang tidak dapat dijelaskan. Ada sedikit rasa sentimental dalam setiap hirupan udara yang diambilnya. Ya, bau Malaysia yang sering diceritakan ibunya. Bau tropika, campuran lembap udara dan bunyi-bunyian alam yang tidak pernah ada di London.

Akhirnya, mereka tiba di rumah di sebuah kampung kecil di utara Malaysia, Dylan merasakan satu kehangatan yang telah lama hilang. Rumah kayu tradisional yang besar itu tidak banyak berubah sejak kali terakhir dia melihatnya. Di halaman rumah, beberapa saudara mara sedang menunggu kepulangan mereka. Ternyata, berita mengenai kepulangan mereka telah diketahui di kalangan keluarga besar itu.

"Dylan, mari kita masuk jumpa nenek. Dia dah lama tunggu kita.” Kata ibu Dylan.

Dengan hati yang berdebar, Dylan melangkah masuk ke dalam rumah kayu tersebut. Bau familiar kayu tua, bunga rampai, dan masakan tradisional memenuhi segenap ruang udara. Dia disambut dengan senyuman saudara mara yang lain, namun fikirannya hanya tertumpu kepada satu perkara iaitu neneknya. Saat dia melihat neneknya terbaring lemah di atas katil, hatinya terasa sebak. Wanita tua yang pernah begitu kuat dan penuh tenaga kini kelihatan lemah dan letih.

“Nenek...” Panggil Dylan perlahan, suaranya serak.

Neneknya membuka mata perlahan-lahan, dan senyuman kecil muncul di bibirnya yang pucat.
“Dylan... akhirnya kamu pulang juga. Nenek sangat rindukan kamu” Luah neneknya.

Dylan tidak dapat menahan air mata yang mula mengalir di pipinya. Dia mendekati neneknya, memegang tangan tua itu dengan penuh kasih sayang. Waktu seakan berhenti seketika, membiarkan Dylan merasakan setiap detik berharga ini bersama wanita yang telah membentuk banyak kenangan masa kecilnya.

Dylan tahu kepulangannya ke Malaysia bukan hanya kerana kewajipan sebagai cucu. Ia adalah perjalanan yang akan membawa dia kembali kepada akar umbinya dan mungkin juga kepada dirinya yang telah lama hilang di kota London.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience