Pertemuan di Kota London i

Short Story Completed 48

Dylan Sanchez seorang jejaka yang tinggi lampai dengan wajah yang mudah menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Matanya berwarna kelabu terang sama seperti bapanya Dennis Sanchez seorang ahli perniagaan terkenal di London. Dylan juga mewarisi rupa paras kacukan yang sempurna daripada ibunya Hanim, yang berdarah Melayu. Gabungan warisan Malaysia dan Inggeris membuatkan wajah Dylan unik di kalangan rakan-rakannya. Rambutnya yang berwarna coklat gelap sering dibiarkan sedikit berantakan.

Petang itu, seperti biasa selepas tamat kelas di kolej, Dylan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Pandangannya tiba-tiba tertarik kepada sesuatu yang berlaku di seberang jalan. Di sana, berdiri seorang gadis yang kelihatan agak cemas, terperangkap dalam keadaan yang tidak diingininya. Seorang lelaki yang kelihatan berusia dalam lingkungan 30-an sedang mengganggu gadis tersebut. Lelaki itu nampak seperti tidak berputus asa, walaupun gadis tersebut cuba menjauhkan diri dan menolak pelawaan yang diberikan.

Gadis itu, dengan rambut panjangnya yang hitam dan berkilau, nampak seperti seorang yang baru tiba di kota besar ini. Dia memakai jaket tebal berwarna krim yang kelihatan sedikit besar untuk tubuhnya yang langsing. Wajahnya putih bersih, dengan bibir merah muda yang nampak semakin pudar ketika dia cuba menahan keresahan. Dylan dapat merasakan bahawa gadis tersebut bukan berasal dari kota London.

“Hey babe, sorry I’m late.” Dylan melangkah ke arah mereka tanpa berfikir panjang, suaranya santai seakan-akan sudah mengenali gadis itu lama.

Izara, gadis yang diganggu itu, kelihatan agak terkejut. Dia memandang Dylan dengan mata yang sedikit terbuka, tidak tahu apa yang sedang berlaku. Namun, dengan cepat dia memahami keadaan itu. Lelaki yang mengganggunya kini memandang Dylan dengan wajah yang kelihatan tidak puas hati, namun ada sedikit kekeliruan di matanya.

Izara menarik nafas dalam, mencuba untuk ikut permainan Dylan. “Oh... finally! I’ve been waiting for you,” balasnya dengan senyuman kecil yang jelas sekali dibuat-buat, tapi cukup untuk membuat lelaki itu bingung.

Lelaki yang mengganggu itu menatap Dylan dengan rasa tidak puas hati. “Wait, boyfriend? You didn’t mention anything about a boyfriend.” Suaranya penuh rasa tidak percaya.

Dylan hanya tersenyum tenang, tangannya masih berada di bahu Izara, seolah-olah dia benar-benar kekasihnya. “Well sorry mate, I think it’s time for you to leave." Kata Dylan kepada lelaki tersebut.

Lelaki itu mendengus, "huh, whatever" . Dia berlalu pergi dengan wajah masam, seolah-olah merasa dia telah kalah dalam satu pertandingan yang tidak pernah dimulakan. Dylan perlahan-lahan menurunkan tangannya dari bahu Izara, tersenyum kecil ke arah gadis itu.

“Oh my God, thank you! I didn't know what to do. That guy just wouldn't leave me alone." Kata Izara, yang masih sedikit terkejut dengan situasi sebentar tadi.

Dylan tersenyum, “Glad I could help you. I saw you looked pretty uncomfortable just know. I’m Dylan, by the way.”

“Izara," jawab gadis itu pendek. Senyuman manis kembali menghiasi wajah yang cantik itu. “Thank you again, Dylan. I really didn’t know what I would’ve done without you.”

“Don’t mention it, London can be a bit much sometimes, especially for someone new.” Balas Dylan

“Wait..how did you know?” tanya Izara, keningnya terangkat sedikit tanda kehairanan.

“Well, you looked pretty lost and the way you handled that guy hmm.. you’re not used to this city, are you?” Dylan ketawa kecil. “I’ve seen that look before.”

Izara ketawa kecil, “Yeah, you’re right. I’m just here for a holiday. I’m from Malaysia, actually.”

Dylan tersenyum lebih lebar. “Malaysia? No wayy. My mum’s from Malaysia too. We used to visit there a lot when I was younger.”

“Really?” Izara kelihatan terkejut. “That’s cool. I guess that explains why you knew how to step in. You’ve got a bit of both worlds.”

Dylan mengangguk. “I guess you could say that. But seriously, if you ever need help around the city, just let me know. I can’t promise to be there every time a creep shows up, but I’ll do my best.”

Izara tersenyum, kali ini lebih tulus. “Thanks, Dylan. I’ll remember that.”

Bas yang dinantikan Dylan akhirnya tiba, berhenti di hadapan mereka. Dylan melirik ke arah Izara. “That’s my bus. You sure you’re okay?”. Izara mengangguk sambil tersenyum, “Yeah, I’ll be fine.”

Dylan menaiki bas, sebelum pintu bas tertutup, dia sempat bersuara, “Take care, Izara. Hope we bump into each other again.. jaga diri ”

Izara melambai kecil, melihat bas itu berlalu pergi. Pertemuan yang tidak dijangka di kota London itu akan sentiasa tersemat di dalam ingatannya. Dylan juga berharap ini bukan kali terakhir mereka bertemu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience