Pertemuan di Kota London iii

Short Story Completed 48

Sudah hampir tiga minggu Dylan berada di Malaysia dan keadaan neneknya semakin pulih. Neneknya yang pada mulanya sangat lemah kini sudah mampu duduk dan berbual, walaupun masih memerlukan penjagaan rapi. Dylan berasa lega melihat perubahan positif itu. Hubungannya dengan neneknya semakin erat sepanjang tempoh ini, dan dia sering menemani neneknya berbual tentang pelbagai perkara, dari kenangan masa lalu hingga cerita terkini tentang keluarganya di London.

Petang menjelang, ketika Dylan dan neneknya duduk di halaman rumah, angin sepoi-sepoi bertiup lembut, membawa aroma bunga-bunga tempatan yang mekar di taman kecil neneknya.

"Dylan, nenek rasa lega kamu balik. Dah lama kita tak jumpa, kan?"

"Ya, nek. Lama sangat. Saya rasa dah bertahun-tahun. Tapi tak apa, saya akan duduk sini sampai nenek betul-betul sihat."

"Kamu memang cucu nenek yang baik Dylan. Nenek selalu ingat masa kecil kamu suka lari-lari dekat sawah belakang rumah. Sekarang dah besar, dah jadi orang penting."

Dylan ketawa kecil, membayangkan kenangan zaman kanak-kanaknya di kampung ini. "Itu dulu, nek. Sekarang saya dah besar, tapi hati saya masih suka Malaysia, macam dulu."

Neneknya tersenyum, kemudian menepuk tangan Dylan dengan lembut. "Nenek bangga dengan kamu, Dylan. Tapi jangan lupa jati diri, tak kira di mana kamu berada."

Dylan mengangguk, terasa kata-kata neneknya benar-benar mendalam. Walaupun dia sudah banyak menghabiskan hidupnya di London, Malaysia tetap mempunyai tempat istimewa dalam hatinya.

----------------------------------------------------------

Malam hari, Dylan bersama keluarganya pergi ke pasar malam di kampung itu. Suasana pasar malam penuh dengan bunyi orang ramai, deruan kenderaan, dan aroma makanan tempatan yang enak seperti satay, keropok lekor, dan nasi lemak. Dylan berjalan-jalan sambil menghirup udara malam yang segar, menikmati suasana yang jauh berbeza dengan kehidupan sibuknya di London.

Ketika mereka melewati gerai-gerai makanan, mata Dylan tertangkap kepada seorang gadis yang sedang berdiri di salah satu gerai. Dari jauh, gadis itu kelihatan sangat dikenali. Dia memakai baju kurung moden berwarna biru lembut, dan rambutnya yang hitam mengurai lepas di bahunya. Wajahnya kelihatan cemas ketika dia berbual dengan penjual gerai. Dylan berhenti seketika, cuba memastikan penglihatannya.

"Itu… Izara?"

Dia terkejut. Hampir tak percaya, gadis yang berdiri di hadapannya itu adalah Izara, gadis yang pernah dia selamatkan di London tiga tahun yang lalu. Tanpa membuang masa, Dylan mendekati gerai itu dengan penuh berhati-hati, memastikan dia tidak menarik terlalu banyak perhatian.

Izara kelihatan serba salah ketika berbicara dengan penjual gerai. Nampaknya, dia ingin membeli beberapa jenis kuih tetapi wangnya tidak mencukupi.

"Takpe, kalau tak cukup boleh beli lain kali." Kata penjual kuih tersebut.

Izara memandang dompetnya dengan sedikit kecewa, tetapi sebelum dia sempat menjawab, Dylan melangkah ke hadapan.

"Let me get that for you." Dylan bersuara.

Izara terkejut. Dia menoleh ke arah Dylan dengan mata yang sedikit terbuka, tidak menyangka ada orang yang akan membantunya. "Oh no, it's okay, really. You don’t have to."

Dylan tersenyum tenang sambil mengeluarkan wang dari dompetnya, membayar untuk kuih yang ingin dibeli Izara. "I insist. It's no big deal."

Penjual gerai menerima wang tersebut dan menyerahkan bungkusan kuih kepada Izara, yang masih kelihatan sedikit teragak-agak. Setelah itu, Izara mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih… um, saya rasa macam pernah jumpa awak sebelum ni." Kata Izara pada Dylan.

Dylan hanya tersenyum. Dia tahu bahawa Izara mungkin tidak akan mengingatinya dengan segera, tetapi dia sendiri tidak pernah melupakan pertemuan mereka di London.

"Mungkin kita pernah terserempak. Nama saya Dylan. And you?"

Izara tersenyum kecil sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Saya Izara. Tak sangka pula terserempak orang yang baik hati macam awak dekat pasar malam."

Dylan mengangguk, menyembunyikan senyuman kecilnya. “Well, Izara, it's nice to meet you again.”

Izara kelihatan sedikit keliru dengan perkataan "again" itu, tetapi tidak bertanya lebih lanjut. Mungkin kerana suasana sibuk pasar malam atau kerana mereka baru saja bertemu semula, Izara tidak menyedari bahawa mereka pernah berjumpa sebelum ini.

"So you’re from around here?” Tanya Izara pada Dylan.

"Well, kinda. My mum’s from Malaysia, but I grew up in London. I’m just here visiting my family.”

Izara mengangguk memahami, dan seketika itu, Dylan melihat kilasan ingatan dari tiga tahun yang lalu, perbualan yang hampir serupa ketika mereka bertemu di London. Tetapi kali ini, gadis itu tidak mengingatinya langsung.

"Studying or working ?” Tanya Dylan ingin tahu ketika melihat ada lanyard yang tergantung di leher gadis tersebut.

"Oh, saya pelajar universiti tempatan di sini dan I’m doing Business Administration. Masih dalam tahun kedua. You?”

Dylan tersenyum. “I’m working with my dad now, but used to study at Imperial College in London. That’s where I spent most of my time.”

Mereka berjalan sedikit dari gerai itu, berbual ringan tentang kehidupan di universiti dan pengalaman Dylan di Malaysia. Dylan cuba mengimbangi perbualan mereka, tidak mahu terlalu cepat mendedahkan pertemuan mereka yang lalu. Dia tahu Izara tidak mengingatinya, dan dia ingin memberi ruang kepada gadis itu untuk mengenalinya semula tanpa tekanan.

Setelah beberapa ketika, Izara memandang jam tangannya."I should get going. My friends are waiting for me.”

Dylan mengangguk, walaupun ada sedikit rasa kecewa kerana pertemuan itu begitu singkat.
"Sure. It was nice meeting you again, Izara. Maybe we’ll bump into each other again soon.”

Izara tersenyum manis sebelum melambaikan tangan."Maybe. And thanks again for the kuih."

Dylan mengangguk, menatap Izara yang berjalan pergi di antara orang ramai. Hatinya berdegup kencang, masih terkejut dengan pertemuan tidak disangka itu. Dia tidak menyangka akan bertemu semula dengan Izara di Malaysia, selepas bertahun-tahun berlalu. Namun, Izara tidak mengingatinya langsung, dan ini membuatkan Dylan berfikir—bagaimana dia harus mendekati gadis ini semula tanpa membuatnya rasa janggal?

Perasaan Dylan bercampur-baur. Dia gembira kerana dapat bertemu semula dengan Izara, gadis yang pernah membuatkan dia tersenyum di London. Namun, ada sedikit kesedihan kerana Izara tidak ingat apa-apa tentang pertemuan mereka dahulu. Tetapi Dylan tahu, dia tidak boleh terburu-buru. Jika takdir ingin mereka bertemu semula, dia akan membiarkan masa menentukan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience