Pertemuan di Kota London (Akhir)

Short Story Completed 48

Hubungan antara Dylan dan Izara semakin akrab dari hari ke hari. Setiap kali mereka bertemu, perasaan Dylan terhadap Izara semakin mendalam. Izara, pada awalnya, hanya melihat Dylan sebagai seorang teman yang baik, namun lama-kelamaan, dia mula merasakan kehadiran Dylan memberi makna besar dalam hidupnya. Mereka kini lebih sering menghabiskan masa bersama-sama seperti berjalan di tepi pantai, menikmati makanan tempatan, dan berbual hingga larut malam. Izara merasa lebih selesa dengan Dylan daripada sesiapa pun sebelum ini.

Namun, kebahagiaan itu tidak kekal tanpa cabaran. Selepas beberapa minggu di Malaysia, Dylan menerima panggilan daripada syarikat ayahnya di London. Projek besar memerlukan perhatiannya, dan Dylan tiada pilihan lain selain kembali ke London untuk seketika. Hatinya berat, namun dia tahu itu adalah tanggungjawab yang tidak boleh dielakkan.

"I’ll be flying back to London next week, Izara. There’s some important work that I need to take care of."

"I understand. But, what about us? You’re in London, and I’m here. It’s not exactly easy to maintain something like this." Luah Izara.

"I know... It’s not ideal, but I promise you, I’ll come back. I just need to handle things in London for a while. We can make this work."

Izara diam sejenak. Walaupun dia tahu Dylan serius tentang hubungan mereka, dia tidak boleh mengelak daripada memikirkan cabaran yang bakal mereka hadapi. Jarak antara London dan Malaysia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Rasa ragu-ragu mula timbul dalam dirinya.

"Dylan, I don’t want to sound negative, but long-distance relationships... they’re hard. I’m not sure if I can handle it."

Dylan memandang Izara dengan serius. Dia mengerti kebimbangan Izara, tetapi hatinya yakin bahawa hubungan mereka lebih kuat daripada apa yang dihadapi.

"I won’t deny that it’s hard. But I believe if we really want this to work, we’ll find a way. I’m not ready to give up on us, Izara. I’ve been waiting for something like this for a long time."

Izara tersenyum kecil, namun masih ada keraguan yang tersimpan. Dia tidak pernah menjalani hubungan jarak jauh sebelum ini, dan ketakutan bahawa mereka akan semakin jauh apabila Dylan kembali ke London menghantui fikirannya.

----------------------------------------------

Beberapa bulan berlalu. Dylan berulang-alik antara London dan Malaysia. Setiap kali dia kembali ke London, panggilan video dan mesej menjadi penghubung utama antara mereka. Walaupun Dylan berusaha keras untuk menyeimbangkan kerja dan hubungannya dengan Izara, jarak tetap menjadi satu cabaran yang besar. Mereka tidak dapat menikmati kehadiran fizikal satu sama lain, dan itu kadangkala membuatkan hubungan mereka terasa sepi.

Dylan dan Izara berbual seperti biasa melalui panggilan video.

"How are you holding up?" Tanya Dylan.

"It’s... tough. I miss you, Dylan. And sometimes I wonder if we’re doing the right thing. This isn’t easy for either of us." Luah Izara.

Dylan terdiam, memandang Izara di skrin. Dia tahu bahawa Izara benar-benar merasa tertekan dengan situasi mereka. Setiap kali dia harus kembali ke London, perasaan berat itu turut dirasainya. Dia mula berfikir tentang masa depan mereka berdua.

---------------------------------------------

Selepas satu lawatan singkat ke London tempoh hari, Dylan duduk di atas kerusi kayu di halaman rumah neneknya. Udara malam yang sejuk menyelubungi dirinya, tetapi fikirannya bergelut dengan keputusan yang perlu diambil. Dia mencintai Izara, tetapi komitmen kerjanya di London terus menariknya jauh. Sesuatu perlu dilakukan.

Malam itu, Dylan berbual panjang dengan ibu bapanya, Hanim dan Dennis.

"Mom, Dad, I’ve been thinking... I can’t keep doing this, flying back and forth between London and Malaysia. I need to make a decision."

"Apa maksud Dylan? You nak buat apa?" Tanya ibu Dylan.

"I want to stay here in Malaysia, at least for a longer period. Izara means a lot to me, and this long-distance thing... it’s not working. I love her, and I want to be with her."

"That’s a big decision, Dylan. Are you sure you’re ready to step away from the company for that long?" Giliran bapanya bersuara.

"I know it’s not easy, Dad. But I think... I need to take this chance. I can’t keep living my life halfway between two places. Izara is worth it."

Hanim memandang anaknya dengan penuh kasih sayang. Sebagai seorang ibu, dia memahami perjuangan hati Dylan. Dia tahu betapa pentingnya Izara bagi Dylan, dan sebagai wanita Malaysia, dia gembira melihat Dylan akhirnya menemui cinta di tanah kelahirannya.

"Kalau itu yang Dylan rasa terbaik, ibu sokong. Ibu tahu, cinta itu bukan mudah. Tapi kalau hati Dylan betul-betul untuk Izara, ibu percaya Dylan buat keputusan yang betul."

Dennis tersenyum kecil, bangga dengan keputusan matang yang diambil oleh anaknya.

"We’ll figure it out, son. You’ve always been good at making things work. Just remember, relationships are about compromise, but also about passion. If you’re willing to take this leap, we’ll support you."

------------------------------------------------------

Dengan restu ibu dan bapanya, Dylan membuat keputusan untuk menetap lebih lama di Malaysia. Dia tahu bahawa cintanya kepada Izara lebih kuat daripada sebarang komitmen kerja di London. Dylan tidak mahu terus hidup dalam keraguan, dan dia yakin bahawa dia boleh membina masa depan bersama Izara.

----------------------------------------------------

Suatu petang, Dylan bertemu dengan Izara di sebuah kafe kecil di tepi pantai. Mereka duduk berhadapan, dengan matahari terbenam di ufuk barat. Izara nampak tenang, tetapi di matanya, ada sedikit tanda tanya."You wanted to talk about something?"

Dylan mengangguk, mengambil nafas panjang sebelum bersuara.

"I’ve made a decision, Izara. I’m going to stay here in Malaysia, for a while, maybe even longer. I want to be with you. No more long-distance, no more flying back and forth. Just us."

Mata Izara terbuka lebar. Dia terdiam seketika, terkejut dengan keputusan Dylan.

"Dylan, are you serious? What about your work in London?"

"I’ll figure it out. What matters most to me is being with you. I don’t want to keep living half a life. You’re important to me, Izara, more than anything else."

Izara tersenyum, rasa syukur dan kelegaan jelas terpancar di wajahnya. Di hatinya, dia tahu bahawa Dylan benar-benar serius tentang hubungan mereka. Pada ketika itu, memori pertemuan pertama mereka di London mula terlintas di benaknya. Sedikit demi sedikit, ingatan itu kembali, bagaimana Dylan menyelamatkannya di perhentian bas, berpura-pura menjadi teman lelakinya. Dan kini, tiga tahun kemudian, perasaan yang dulu samar-samar kini menjadi nyata.

"Dylan, I think I remember... London. You helped me that day, didn’t you?"

Dylan tersenyum, teruja melihat Izara mula mengingati pertemuan mereka yang pertama.

"Yes, I did. And I’ve never stopped thinking about you since then."

Izara ketawa kecil, memandang Dylan dengan penuh kasih."Maybe... this was meant to be."

TAMAT

• Cinta adalah tentang kepercayaan dan komitmen, serta usaha untuk kekal bersama walau apa pun cabaran yang dihadapi. Walaupun ada halangan seperti jarak atau keadaan, kekuatan perasaan dapat mengatasinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience